BAHAGIAN
C KARANGAN UMUM
2. Selepas itu, barulah anda membuat keputusan untuk memilih soalan yang
dirasakan sesuai dengan pengetahuan anda.
3. Mulai tahun 2005, markah yang diberi ialah 40 markah. Karangan akan disemak secara impression dan
mementingkan aspek bahasa. Oleh itu, pelajar mesti berhati-hati, dan sentiasa
menyemak karangan bagi mengurangkan kesilapan tatabahasa. Penilaian karangan
adalah berdasarkan penggunaan bahasa, idea dan isi serta pengolahan karangan.
4. Soalan yang sesuai dengan pemahaman, pengetahuan, dan keupayaan anda akan
memudahkan anda mengembangkannya. Selepas itu, sediakan rangka karangan
seringkas yang mungkin. Unsur keindahan bahasa perlu dimasukkan dalam
karangan ( kosa kata/peribahasa). Frasa menarik juga dapat membantu
meningkatkan markah.
5. Sebelum menulis rangka karangan, fahamilah kata kunci soalan karangan,
tema soalan dan jenis karangan tersebut.
6. Untuk Kertas 02/2 PMR Bahasa Melayu, calon digalakkan menulis:
Pendahuluan (lebih
kurang 40 patah kata)
Tiga isi penting (40 x 3 isi = lebih
kurang 120 patah kata)
Penutup (
lebih kurang 30 patah kata)
Jumlah
perkataan = 190 patah kata
Jumlah yang
dikehendaki = 180 patah kata
TAJUK:
Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita. Nyatakan usaha yang boleh
anda lakukan untuk mencapai cita-cita anda.
CONTOH KARANGAN
Antara usaha yang saya lakukan adalah dengan belajar bersunggu-sungguh supaya
mendapat ilmu yang berguna bak kata pepatah” ilmu pelita hidup”. Saya berasa
amat bersyukur kerana saya ditempatkan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang
menyediakan subjek aliran sains yang amat diperlukan dalam kerjaya ini
terutamanya subjek Fizik. Subjek teras seperti Sains dan Matematik perlulah
cemerlang di peringkat SPM supaya saya dapat melepasi separuh syarat kelayakan
dengan hati yang tenang. Oleh itu, saya sering menumpukan perhatian sepenuhnya
kepada pengajaran yang diajar oleh guru di dalam kelas.
Selain itu, saya juga merupakan seorang individu yang mementingkan disiplin.
Saya sering menjaga pemakanan supaya dapat mengekalkan berat yang diperlukan
untuk melepasi syarat kelayakan. Pemakanan yang sihat seperti buah-buahan dan
sayur-sayuran amat penting untuk badan terutamanya karot yang dapat menjaga
kesihatan mata dan muka. Mata yang mempunyai penglihatan yang bagus 6/6 amat
penting untuk seorang juru terbang. Saya juga sangat mementingkan pengurusan
masa. Hal ini akan mempengaruhi saya apabila dewasa kelak supaya sentiasa
menepati masa. Apabila saya berjaya menjadi seorang juruterbang, saya perlu
bersedia lebih awal supaya boleh menyemak pelan penerbangan sebelum berlepas.
Oleh itu, saya perlu mendisiplinkan diri mulai sekarang bak kata mutiara
“sediakan payung sebelum hujan”.
Di samping itu, saya juga bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Saya
mengikuti unit beruniform Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Laut (PKBML). Walaupun
saya menyertai unit beruniform PKBML, saya tetap dapat belajar untuk menempuhi
cabaran di laut. Saya menganggap laut dan udara merupakan dua benda yang sama.
Saya mengambil kesempatan menyertai PKBML untuk melatih diri supaya dapat
berdepan dengan segala cabaran dan risiko yang amat tinggi bak kata pepatah
“sambil menyelam minum air”. Sikap keberanian dan tidak gentar ini amat
penting untuk mengelak daripada rasa takut apabila berada di tempat yang
tinggi dan di dalam air. Juru terbang juga mempunyai risiko yang tinggi kerana
mereka terpaksa manjaga nyawa dan keselamatan penumpang di dalam pesawat. Oleh
sebab itu, saya perlu lebih melatih diri untuk menjadi lebih berani dalam
menghadapi cabaran.
Kesimpulannya, impian dan cita-cita tidak akan datang tanpa adanya
usaha. Oleh itu, kita perlu berusaha untuk merealisasikan cita-cita kita kerana
yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang.