Puisi Tradisional
Pantun Lapan Kerat dalam Dirgahayu Bahasaku
Maksud
Rangkap 1
Bersifat sabar ialah
tanda orang yang beriman. Orang yang beriman tidak akan terpedaya dengan
bisikan iblis dan itu sebagai tanda kejayaan.
Rangkap 2
Keturunan manusia
berasal daripada Nabi Adam. Dipilih menjadi menjadi khalifah/ pemimpin di muka
bumi Allah.
Rangkap 3
Kelalaian manusia
menyebabkan bumi rosak binasa. Kebudayaan Timur telah dicemari oleh budaya
Barat malah bahasa ibunda juga turut diabaikan.
Tema
Keagamaan
Persoalan
1. Persoalan kunci kejayaan ialah bersabar. (rangkap 1)
2. Persoalan keistimewaan sebagai seorang manusia. (rangkap 2)
3. Persoalan
pencemaran budaya dan bahasa . (rangkap 3)
Bentuk
1. Mempunyai 3
rangkap.
2. Mempunyai 8 baris
dalam setiap rangkap.
3. Jumlah perkataan antara 3 hingga 5 patah perkataan.
Contoh : ikan teluk parang-parang ( 3 perkataan – rangkap 2)
Contoh : biarlah sabar dengan perlahan ( 4 perkataan – rangkap
1)
Contoh : Di tepi
halaman menanam kubis ( 5 perkataan – rangkap 1)
4. Terdiri daripada 8
hingga 13 suku kata.
5. Rima akhir abcdabcd
6. Bentuk pantun
terikat.
Gaya Bahasa
1. Unsur bunyi
Asonansi - kerana lalai rosak binasa (rangkap 3 baris 6)
Aliterasi – bumi
kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5)
2. Sinkof
Bumi kandungan nenek
moyangku (rangkap 3 baris 5)
3. Kata ganda
Anak ketam disangka lelabi (rangkap 2 baris 2)
Dapat buruan dibelah-belah (rangkap 2 baris 4)
Bukan makhluk sebarang-barang (rangkap 2 baris 5)
Lengkang-lengkung apa
dipaku (rangkap 3 baris 1)
4. Unsur alam
Tumbuhan – kubis, papaya
Haiwan – ikan , ketam, lelabi
Alam – hutan, langit,
bumi
Nilai
1. Nilai kesabaran. Kesabaran amat penting untuk menepis segala
hasutan iblis.
2. Nilai kesyukuran.Bersyukurlah kita dengan segala anugerah
Allah kepada kita.
3. Nilai keimanan.
Keimanan penting dalam mengharungi kehidupan.
Pengajaran
1. Kita hendaklah sabar dalam menjalani kehidupan agar kita
beroleh kejayaan.
2. Kita hendaklah bersyukur apabila dipilih sebagai pemimpin.
3. Kita janganlah merosakkan
budaya dan bahasa Melayu.
(Disediakan Oleh: Pelajar 5 CST SMK MUTIARA)