Photobucket

Tuesday, September 18, 2012

SEBAB PENUBUHAN AKTA KEGANASAN RUMAHTANGGA 1994


         Akta Keganasan Rumahtangga 1994 telah dikuatkuasakan di seluruh Malaysia pada 1 Jun 1996. Jenayah keganasan yang dilakukan dalam rumahtangga kian meningkat dan kini merupakan masalah sosial. Isu sosial ini boleh membawa kepada keruntuhan masyarakat sekiranya tidak dibendung. Akta Keganasan Rumahtangga 1994 adalah satu undang- undang yang memberi perhatian yang khusus dalam hal-hal keganasan rumahtangga dengan memperuntukan beberapa cara penyelesaian bagi kes-kes sedemikian.

PERCERAIAN adalah satu perkara yang ditakuti oleh setiap pasangan yang berkahwin. Siapa yang mahu melihat rumah tangga yang dibina atas dasar cinta, lebur dalam sekelip mata. Kata orang 'cinta itu buta' yang boleh menyebabkan orang yang dilamun cinta membuat pelbagai perkara pelik untuk menunjukkan rasa cinta. Cinta menyebabkan orang makan tak kenyang, mandi tak basah. Sebaliknya, perceraian menyebabkan orang hilang pertimbangan sehingga tidak boleh duduk berbincang.

        Yang lahir daripada hati dan mulut adalah kebencian yang menyebabkan orang yang dilanda musibah perceraian tidak boleh tidur, migran, lelah dan cirit-birit atau gastrik. Daripada seorang yang ceria, perceraian akan menyebabkan seseorang menjadi murung, hilang keyakinan diri dan akhirnya menyendiri. Ini bermakna, kesan perceraian boleh membawa padah.

        Perceraian melalui fasakh berbeza daripada talak dan taklik kerana kedua-duanya itu bergantung kepada lafaz talak oleh suami. Fasakh adalah perceraian atau pembubaran perkahwinan yang dibuat oleh mahkamah syariah yang kebiasaannya atas permohonan isteri.Fasakh tidak menambah bilang talak sedangkan jika bercerai melalui talak, ia hanya boleh dilafazkan sebanyak tiga kali.

       Jika talak telah dilafazkan sebanyak tiga kali, maka pasangan tidak boleh rujuk lagi. Kecuali isteri berkahwin dengan lelaki lain dan diceraikan olehnya. Barulah pasangan boleh bernikah semula. Fasakh biasanya atas sebab-sebab tertentu yang menyebabkan isteri memohon kepada Kadi (dulu) atau Mahkamah Syariah untuk bercerai daripada suaminya. Sebenarnya di Malaysia, kita sangat terbiasa dengan memanggil perceraian dengan panggilan fasakh. Apabila seorang isteri ke mahkamah syariah, biasanya dia akan mengatakan bahawa dia hendak memohon fasakh.

          Namun hari ini, jika seorang isteri pergi ke mahkamah syariah untuk memohon cerai, dia tidak semestinya memohon fasakh. Dia boleh memohon untuk ditalak atau memohon pengesahan perceraian di mana talak telah dilafazkan di luar mahkamah oleh suaminya, atau isteri ingin memohon cerai melalui lafaz taklik suami. Biasanya, hanya isteri yang memohon fasakh. Namun hari peruntukan fasakh tidak hanya boleh dipohon oleh isteri tetapi boleh juga dipohon oleh suami. Ini boleh dilihat dalam kebanyakan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri dan sebagai contoh, boleh dilihat dalam seksyen 53 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 yang berbunyi: "Seorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berkahwin Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau fasakh.

     Suami juga boleh memfasakh isterinya berdasarkan alasan-alasan tertentu yang dibenarkan oleh syarak. Mahkamah juga akan menolak permohonan fasakh si isteri jika suami dapat membuktikan kepada mahkamah bahawa dia percaya isterinya tidak akan membuat permohonan fasakh dan adalah tidak adil jika perintah dibuat terhadap suami. Misalnya, jika isteri mendapati suaminya mati pucuk dan dia berusaha membantu suami untuk mendapat rawatan dan pada masa sama mengambil anak angkat sebagai langkah menyelamatkan perkahwinan, hingga suami secara munasabah percaya isterinya tidak akan memohon fasakh atas alasan mati pucuk.

         Daripada pengalaman serta hasil penyelidikan pada 2003, perceraian melalui fasakh mengambil masa lebih lama untuk diselesaikan. Ini kerana ia perlukan pembuktian yang jelas dan meyakinkan. Lazimnya, pasangan memerlukan perkhidmatan peguam syarie kerana apabila kes dibicarakan, seorang isteri atau suami yang tiada latihan dalam perundangan tidak mungkin dapat berhujah dengan baik di mahkamah.

       Perkahwinan hanya akan dibubarkan atau difasakhkan jika mahkamah berpuashati bahawa pihak yang memohon dapat membuktikan dakwaannya. Pada kebiasaannya, isteri yang memohon untuk difasakh. Alasan utama ialah penganiayaan, hilang lebih satu tahun dan dipenjarakan. Namun dalam hal penganiayaan, isteri perlu membuktikan bahawa penganiayaan fizikal adalah sesuatu yang 'lazim' atau selalu dan isteri mesti telah membuat laporan polis dan mendapat rawatan doktor. Tanpanya, adalah amat sukar mendapat fasakh atas alasan ini. Ada isteri yang terpaksa turun naik mahkamah, balai polis dan hospital untuk mendapatkan fasakh dengan alasan penganiayaan.

           Kekecewaan isteri yang didera telah menjadi begitu mendesak pada 1990-an di mana akhirnya kerajaan meluluskan Akta Keganasan Rumahtangga 1994 yang terpakai kepada orang Islam dan bukan Islam. Di bawah akta itu seorang isteri yang dianiaya suaminya boleh mendapat perintah Pelindungan Sementara atau IPO dan suami yang mendera boleh disabitkan kesalahan dan dihukum penjara.
Namun, akta itu tidak berupaya mengurangkan kes penganiayaan terhadap isteri oleh suami. Seringkali pula, suami terlepas daripada hukuman kerana isteri takut atau malu untuk mendapatkan bantuan.

      Masalah lain ialah isteri yang telah berjaya mensabitkan suami masih tidak boleh mendapat fasakh kerana permohonan perlu dibuat di mahkamah syariah. Sedangkan kes penderaan dibawa ke mahkamah majistret. Penderaan terhadap isteri boleh datang dalam berbagai bentuk seperti penderaan fizikal seperti pukul, tumbuk, sepak, terajang, cucur dengan puntung rokok, ketuk dan sebagainya. Begitu juga dengan penderaan emosi atau mental yang membabitkan caci, maki-hamun, ugut, menghina dan memalukan.

           Penderaan seksual pula seperti memaksa isteri melakukan persetubuhan dengan cara mendera atau mengugut untuk dicederakan. Untuk memberi lebih perlindungan kepada golongan isteri, Akta Keganasan Rumahtangga sedang dipinda untuk memberinya gigi yang boleh menggigit. Pada masa sama, mahkamah syariah juga perlu memahami tekanan yang dihadapi oleh isteri yang didera suami.

       Ada isteri yang didera sehingga menjadi gila, membunuh diri, membunuh anak-anak kerana takut anak didera dan tidak kurang yang mengambil arak, dadah dan sebagainya demi melarikan diri daripada penderaan. sehubungan dengan itu, akta keganasan Rumahtangga ditubuhkan untuk membela nasib kaum wanita di negara kita. Tepuk dada tanya iman kerana fikiran yang waras akan melahirkan keputusan yang rasional.
(Sumber Facebook Bro Wandi)

Monday, September 10, 2012


Effective Schools Have School-Wide Procedures

At Harris Elementary School in Bakersfield, California, the principal, Wanda Bradford, showed tape three of the video series, The Effective Teacher. She did not mandate anything, rather her staff chose to start each day with a bellwork assignment. Thus, this became a consistent school-wide procedure.
She reports, “We start each day with a structured opening. Each teacher has a daily opening and the students start the day on task.” She describes the success of her school in a poem.

Each day begins with learning
When students come to class.
And without a lot of chatting,
They start the day on task.

With assignments clearly posted
Students need not be told,
To quiet down and get to work
While the teacher takes the roll.

If daily routines are followed
Less wasted time is spent.
Classes will run smoothly
With great class management.

Research has been proven
Achievement gains will rise,
When effective teachers start the day
With time that’s maximized.
 
The key words in the poem are “achievement gains.” The staff at Harris School in Bakersfield was able to obtain student achievement because of its knowledge of “classroom management” and the implementation of “procedures and routines.”

The goal in the above poem is student achievement and the teachers achieved this by using routines to manage their classrooms.