Photobucket

Sunday, November 4, 2012

Jom Bermain Dengan Bahasa Sebelum Exam,,,


LATIHAN PENULISAN KARANGAN SAAT-SAAT AKHIR
ENJOY DAN GEMENTAR…. Bersama Pelajar 5 Ibnu Sina SMK Mutiara 2012

Buat pendahuluan yang boleh digunakan dalam pelbagai situasi seperti dimensi diri, keluarga, masyarakat dan dunia.
Mari kita cuba kaedah ini….

Era globalisasi lagi urbanisasi melanda segenap ceruk pelosok dunia mengubah persepsi masyarakat terhadap teknologi maklumat. Kepesatan perkembangan teknologi maklumat telah menjana transformasi dalam pelbagai bidang baik di peringkat nasional mahupun multi nasional. Kecanggihan teknologi maklumat telah mewujudkan pelbagai masalah sosial yang menerjah kehidupan peribadi setiap individu. Pada masa ini, tiada lagi istilah privasi dalam kehidupan setiap umat manusia lantaran kecanggihan aplikasi yang dimuat turun dalam pelbagai ‘gajet’. Antara ‘gajet’ yang sering menjadi pilihan pengguna ialah ‘Samsung Galaxy Tab 10.1’, ‘Iphone’, ‘Ipad’, ‘Tablet’ dan lain-lain. Kesemua ‘gajet’ ini akan melalaikan golongan remaja tentang keperluan semasa dan mengurangkan hubungan sosial kerana dunia tanpa sempadan telah berjaya menghubungkan yang jauh menjadi dekat dan yang dekat menjadi rapat. Justeru, sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak dengan membelikan ‘gajet-gajet’ yang terkini akan member kesan kepada tingkah laku anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu bersikap rasional dalam memberi pendidikan yang berkesan terhadap anak-anak mereka.

Era globalisasi lagi urbanisasi melanda segenap ceruk pelosok dunia mengubah persepsi masyarakat terhadap teknologi maklumat. Kepesatan perkembangan teknologi maklumat telah menjana transformasi dalam pelbagai bidang baik di peringkat nasional mahupun multi nasional. Kecanggihan teknologi maklumat telah mewujudkan pelbagai masalah sosial yang menerjah kehidupan peribadi setiap individu. Pada masa ini, tiada lagi istilah privasi dalam kehidupan setiap umat manusia lantaran kecanggihan aplikasi yang dimuat turun dalam pelbagai ‘gajet’. Antara ‘gajet’ yang sering menjadi pilihan pengguna ialah ‘Samsung Galaxy Tab 10.1’, ‘Iphone’, ‘Ipad’, ‘Tablet’ dan lain-lain. Kesemua ‘gajet’ ini akan melalaikan golongan remaja tentang keperluan semasa dan mengurangkan hubungan sosial kerana dunia tanpa sempadan telah berjaya menghubungkan yang jauh menjadi dekat dan yang dekat menjadi rapat. Justeru, remaja kurang mengambil berat tentang hal-hal yang berkaitan dengan semangat kejiranan. Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk memastikan amalan semangat kejiranan terpelihara dalam kalangan masyarakat moden lagi urban pada hari ini.

Era globalisasi lagi urbanisasi melanda segenap ceruk pelosok dunia mengubah persepsi masyarakat terhadap teknologi maklumat. Kepsatan perkembangan teknologi maklumat telah menjana transformasi dalam pelbagai bidang baik di peringkat nasional mahupun multi nasional. Kecanggihan teknologi maklumat telah mewujudkan pelbagai masalah sosial yang menerjah kehidupan peribadi setiap individu. Pada masa ini, tiada lagi istilah privasi dalam kehidupan setiap umat manusia lantaran kecanggihan aplikasi yang dimuat turun dalam pelbagai ‘gajet’. Antara ‘gajet’ yang sering menjadi pilihan pengguna ialah ‘Samsung Galaxy Tab 10.1’, ‘Iphone’, ‘Ipad’, ‘Tablet’ dan lain-lain. Kesemua ‘gajet’ ini akan melalaikan golongan remaja dan anggota masyarakat tentang keperluan semasa dan mengurangkan hubungan sosial kerana dunia tanpa sempadan telah berjaya menghubungkan yang jauh menjadi dekat dan yang dekat menjadi rapat melalui alam maya. Justeru, setiap individu lebih suka memerap di rumah daripada melancong atau bercuti di dalam negara. Oleh itu, industri pelancongan dalam negara tidak berkembang seterusnya membawa kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Jauh perjalanan luas pemandangan sinonim dengan kebaikan industri pelancongan kepada negara kita. Mutiara kata menyebut ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni menjelaskan bahawa usaha berterusan daripada semua pihak akan menjamin kesejahteraan bersama. Justeru, terdapat beberapa kebaikan industri pelancongan kepada negara. Antaranya ialah industri penerbangan dapat memperkenalkan negara kita kepada dunia luar. Umum mengetahui bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang kecil terletak di Asia Tenggara. Dengan usaha rakyat menggembleng tenaga memperkenalkan negara kita melalui Internet telah berjaya memperkenalkan produk pelancongan melalui syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dengan harga yang kompetetif. Harga yang kompetetif ini dapat menarik pelancong berkunjung ke negara kita seterusnya menjamin pengaliran wang asing ke dalam negara. Pepatah menyatakan bahawa, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Oleh itu, kebaikan industri penerbangan murah dapat menjamin kemasukan pelancong asing ke dalam negara kita.


Ramalan SPM Bahasa Melayu Tatabahasa


Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

(a)       Bina ayat
(i)         membeli – membelikan
(ii)        membiayai – membiayakan
(iii)       menghubungi – menghubungkan

(b)       Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i)         Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah mengenal pasti beberapa orang pelaku rasuah.

Jawapannya:
Langkah pertama; kenal pasti kata kerja yang berimbuhan meN- dan gantikan dengan imbuhan di dan oleh. Contoh mengenal pasti tukar dikenal pasti oleh.
Langkah kedua; kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat. Contoh, beberapa pelaku rasuah (predikat); Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (subjek)
Langkah ketiga; tulis jawapan….

(i)         Beberapa orang pelaku rasuah telah dikenal pasti oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.(Jawapan Lengkap)

Latihan
Tukarkan ayat songsang berikut menjadi ayat bersusunan biasa.
Langkah 1, tukarkan bahagian subjek ke belakang ayat dan bahagian predikat ke bahagian hadapan ayat. Perbezaan ayat pasif dengan ayat songsang ialah tidak perlu tukar kata kerja berimbuhan meN-

(i)         Gambar tersebut menyimpan pelbagai memori indah.
Jawapan : Menyimpan pelbagai memori indah gambar tersebut.

(ii)        Encik Hatta sedang tidur di serambi rumah.
Jawapan : Sedang tidur Encik Hatta di serambi rumah.
Alasan, ayat dasar Encik Hatta (subjek) sedang tidur (predikat) di serambi rumah (keterangan)

(iii)       Soalan itu pernah kami ajukan sebulan yang lalu.
Pernah kami ajukan sebulan yang lalu soalan itu.

(iv)      Pameran buku diadakan di Dewan Mutiara semalam.
Di Dewan Mutiara semalam diadakan pameran buku.

(v)       Blok asrama itu untuk murid-murid perempuan sahaja.
Untuk murid-murid perempuan sahaja blok asrama itu.

(vi)      Sesiapa sahaja yang meneka kedudukan bola dengan tepat akan menerima hadiah utama.
Akan menerima hadiah utama sesiapa sahaja yang meneka kedudukan bola dengan tepat.

TEKNIK PENULISAN JAWAPAN PEMAHAMAN BM KERTAS 2 SPM


TEKNIK PENULISAN JAWAPAN PEMAHAMAN (Soalan 2a-2d)
Contoh Jawapan;
Soalan 2(b): Petikan Drama Gelanggang Tuk Wali
(i)         Tuk Wali masih menerima jemputan kerana tidak sanggup duduk di tepi gelanggang kerana 50 tahun usianya dihabiskan dalam gelanggang silat. Selain itu, apabila gong dan gendang silat dipukul, kaki dan tangannya akan bergerak sendiri. Akhir sekali, dadanya akan sakit kalau berterusan menahan kaki dan tangannya daripada bersilat.
(ii)        Silat kurang digemari kerana anak muda sekarang lebih suka sukan lasak seperti ragbi. Mereka juga lebih suka aktiviti taekwondo dan karate. Anak muda zaman sekarang juga sekar mendapatkan khidmat jurulatih silat kerana tiada kepakaran silat di sekolah-sekolah.
(iii)       Pengajaran daripada petikan ialah kita perlu belajar mempertahankan diri. Contohnya Tuk wali tidak jemu-jemu mempraktikkan seni silat yang dipelajarinya di gelanggang silat di halaman rumahnya.
            Pengajaran daripada keseluruhan drama pula ialah kita hendaklah menjaga tutur kata apabila berbicara dengan orang-orang yang lebih tua dari kita. Contohnya Pemuda 1, Pemuda 2, Pemuda 3, dan Pemuda 4 yang bersikap biadap terhadap Tuk Wali tidak wajar dicontohi.
            Akhir sekali, kita hendaklah membalas jasa orang yang banyak berkorban kepada kita. Contohnya, sikap cucu tiri Tuk Wali, iaitu Pie tidak wajar dicontohi kerana dia bukan sahaja penagih dadah, malah sanggup mencuri dan membunuh Tuk Wali.

TEKNIK PENULISAN RUMUSAN YANG BETUL


Rumusan Karangan
  1. Saya cadangkan 10 patah kata untuk pendahuluan, 70 kata untuk isi tersurat, 25 patah kata untuk isi tersirat dan 15 patah kata untuk kesimpulan. Rancang perenggan anda dengan teliti. 
     
  2. Untuk pendahuluan, sila semak kata-kata sinonim untuk faktor, kepentingan, kesan dan sebagainya. Apakah makna perkataan ini? Natijah, kekangan, kemaslahatan, manfaat, gejala, strategi. Sila cari makna yang tepat daripada kamus dewan.
     
  3. Mulakan isi tersurat dengan (rujuk soalan, katakanlah kelebihan) Salah satu kelebihan makan bersama keluarga  ialah (isi pertama). Selain itu, (isi ke-2), Seterusnya, (isi ketiga), Seperkara lagi, (isi ke-4), malahan (isi ke-5). Di samping itu(isi ke-6) dan juga, (isi ketujuh). Justeru bukan penanda wacana.
     
  4. Kalau isi tersurat sudah ditulis 6 isi, kira jumlah perkataan. Kalau baru 60 perkataan, anda boleh tambah satu isi lagi. Kalau sudah 65 ke atas, semak semula isi kalau-kalau ada perkataan yang tak perlu untuk dibuang dan boleh tambah satu isi lagi. Kalau tidak, ada teruskan saja ke perenggan seterusnya iaitu menuliskan isi tersirat.
     
  5. Mulakan isi tersirat dengan menuliskan kembali soalan untuk isi tersirat. Contoh: Halangan untuk makan bersama keluarga ialah (isi 1) dan (isi 2). Kalau belum cukup 25 patah kata, boleh tambah isi lagi. Selain itu, (isi 3). Jangan tulis isi tersirat melebihi 3 ayat atau 3 isi.
     
  6. Kesimpulan hendaklah satu ayat sahaja yang terdiri daripada 2 unsur. Unsur pertama ialah cadangan anda iaitu apa/siapa yang patut melakukan sesuatu. Unsur kedua ialah mengapa cadangan itu patut dilaksanakan/kesan daripada cadangan itu. Contoh: Kesimpulannya, ibu bapa harus makan bersama anak-anak untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan (unsur pertama) agar anak-anak berasa dihargai. (unsur kedua).
Kelebihan makan bersama keluarga.

Petikan membincangkan kesan positif makan bersama-sama keluarga dalam kalangan masyarakat.(P)

Salah satu kelebihan makan bersama keluarga ialah ibu bapa dapat menunjukkan tabiat pemakanan yang baik. (S1) Selain itu, ibu bapa boleh menetapkan disiplin atau peraturan di meja makan. (S2) Seterusnya ibu bapa boleh berinteraksi dengan anak-anak. (S3) Seperkara lagi, ibu bapa juga boleh mengesan pergerakan anak-anak.(S4) Pada masa yang sama ibu bapa boleh menjadikan masa makan sebagai masa yang terbaik untuk memuji anak-anak. (S5) Di samping itu, keakraban hubungan antara anggota keluarga akan terjalin.(S6) Kelebihan terakhir ialah dapat melatih anak-anak berfikir dan bertutur. (S7)

Halangan untuk mengamalkannya ialah ibu bapa sibuk dengan kerjaya dan urusan pejabat. (T1) Selain itu, anak-anak menganggap makan bersama membuang masa.(T2) 

Kesimpulannya, ibu bapa perlu makan bersama anak-anak supaya dapat mengetahui perkembangan semasa anak-anak mereka.(K)
(121 patah perkataan)

Contoh pengiraan markah rumusan
P
2
S1
2
S2
2
S3
2
S4
2
S5
2
S6
2
T1
2
T2
2
T3
2
K
2
ISI = 20
BAHASA (SEPARUH DARIPADA MARKAH ISI)= 10
JUMLAH = 30/30

Friday, November 2, 2012

Soalan Ramalan Bahasa Melayu Kertas 1 SPM 2012....

Dimensi diri/individu...
Sikap ibu bapa masa kini yang kerap memanjakan anak-anak dengan menunaikan setiap permintaan mereka mendorong murid-murid melakukan kes disiplin di sekolah dan menjadi punca meningkatnya masalah sosial.
Tulis sebuah cerita berdasarkan pengalaman anda punca-punca pelajar terlibat dalam kes salah laku di sekolah.
Panjang karangan anda hendaklah melebihi 350 patah perkataan.

Perhatian kepada calon SPM tahun 2012...
Mulai tahun 2012, Soalan 1 Bahagian B Kertas 1 Bahasa Melayu adalah menulis sebuah cerita berkisar tentang kehidupan anda dalam pelbagai tema.

Contoh Jawapan



Setiap ibu bapa inginkan kehidupan yang terbaik buat anak-anak mereka. ada ibu bapa yang sanggup bergolok gadai untuk memenuhi permintaan anak-anak mereka. hal ini demikian kerana anak-anak merupakan permata yang berharga kepada sertiap pasangan suami isteri. bagi suami isteri yang tidak memiliki anak-anak, mereka sanggup menjalani pelbagai rawatan untuk mendapatkan anak. ada juga pasangan suami isteri yang sanggup mengambil anak angkat bagi melengkapkan kehidupan berumahtangga. Justeru, situasi ini menggambarkan bahawa anak-anak adalah nyawa kepada setiap ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa mendidik anak-anak dengan menumpahkan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak ibarat menatang minyak yang penuh.

Namun perhatian dan kasih sayang yang melampau boleh menjerumus anak-anak kee lembaah gejala sosial yang semakin parah. Tidak dapat dinafikan, saya juga menerima kasih sayang yang tidak berbelah bahagi daripada kedua-dua orang tua saya. namun kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa saya terhadap saya dan adik beradik yang lain tidak membutakan mata dan memekakkan telinga saya. Saya menghargai kasih sayang yang dicurahkan oleh kedua ibu bapa saya dengan belajar bersungguh-sungguh. Hal ini demikian kerana saya menyedari bahawa peningkatan gejala sosial dan berlakunya kes disiplin di sekolah adalah berpnca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak.

Sikap ibu bapa pada masa kini yang sring menunaikan setiap permintaan anak-anak akan menyebabkan anak-anak menjadi besar kepala dan degil. Anak-anak yang sering ditunaikan permintaan mereka akan menjadi 'pengarah' kepada ibu bapa mereka sendiri yang meminta dibelikan itu dan ini. Apabila ibu bapa tidak dapat menunaikan permintaan mereka yang semakin melampau, maka berlakulah kes anak memukul ibu bapa apabila permintaan mereka tidak dipenuhi. selain itu, ada juga anak-anak yang tidak mahu bersekolah kerana mereka merasakan tidak perlu belajar bersungguh-sungguh kerana ibu bapa mereka mampu membelikan apa yang mereka ingini. hal ini akan menyebabkan berlakunya masalah ponteng sekolah dan gejala sosial seperti menghisap rokok, merempit dan lain-lain lagi. Mutiara kata ada menyebut, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Oleh itu, sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak akan melahirkan anak-anak yang mempunyai masalah disiplin dan masalah sosial yang lain.

Seterusnya, sikap ibu bapa yang tidak pernah memarahi anak-anak atas kesilapan yang mereka lakukan juga menjadi penyumbang meningkatnya masalah sosial dalam kalangan pelajar sekolah. Hal ini demikian kerana masalah sosial ini sukar dibendung kerana ia bermula dari rumah. Bagi ibu bapa yang mempunyai seorang anak atau anak tunggal cenderung mempertahankan kesalahan anak-anak mereka. Sehubungan dengan itu, ibu bapa yang kerap memanjakan anak-anak ini tidak sampai hati hendak memukul atau memberi pengajaran kepada anak-anak mereka. Mutiara kata ada menyebut, sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Oleh itu, setiap ibu bapa perlu memberi didikan yang betul kepada anak-anak agar mereka tidak terpesong dari landasan semasa usia meningkat remaja kerana yang indah itu budi yang maanis itu bahasa.

Sebagai ibu bapa juga, mereka tidak perlu menunjukkan kasih sayang yang berlebihan terhadap anak-anak semata-mata untuk menambat hati anak. Saya teringat satu ceramah motivasi yang pernah saya hadiri tentang perkembangan anak-anak. Pakar motivasi tersebut menjelaskan ada 3 K yang perlu diamalkan oleh ibu bapa dalam memberi pendididikan dan pengajaran kepada anak-anak, iaitu 'kebahagiaan', 'ketenangan' dan 'kerukunan'. Kebahagiaan sesebuah rumah tangga setiap pasangan akan menjamin ketenangan penghuni serta seluruh isi rumah tersebut seterusnya mewujudkan kerukunan rumahtangga. saya bernasib baik kera ibu bapa saya memberi didikan yang sempurna tanpa mengabaikan prinsip 3 K yang disebut pakar motivasi tersebut. Justeru, setiap ibu bapa perlu mengekalkan kebahagiaan rumah tangga tanpa perlu menggadaikan kasih sayang yang berlebihan dalam mendidik anak-anak mereka.

Intihanya, sikap ibu bapa yang memanjakan anak-anak perlu menilai semula kasih sayang mereka. Ibu bapa yang sayangkan anak-anak bukan memanjakan mereka sebaliknya mengajar mereka tentang 'usaha'. setiap perkara yang hendak dimiliki hendaklah melalui usaha dan bukannya dengan meminta-minta. Allah berfirman, "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum tersebut yang berusaha mengubah nasib mereka" sangat sesuai diaplikasikan oleh ibu bapa dalam menangani setiap permintaan anak-anak mereka. Tepuk dada tanya iman kerana setiap ibu bapa adalah pelindung anak-anak.