Photobucket

Thursday, January 31, 2013

Ingatan Untuk Calon SPM 2013~~

Tumpukan kepada Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) kerana ia menyumbang kepada 40 daripada 280 markah kertas Bahasa Melayu.
Ingatlah bahawa Bahasa Melayu bukan diwarisi tetapi dipelajari.
Pembetulan peribahasa hari ini;
Harapkan pegar, pegar makan padi.
Maksudnya ialah orang kepercayaan kita membelot dan mengkhianati kita.
Pegar ialah sejenis burung yang makan burung kecil seperti burung pipit.

Wednesday, January 16, 2013

Wanita dan Kecantikan....


Kepentingan, keperluan dan kehendak adalah 3 elemen yang sering menghantui kaum wanita. Wanita sering dikaitkan dengan kecantikan. Kecantikan pula sering dikaitkan dengan badan ideal. Badan yang ideal pula sering dikaitkan dengan badan yang langsing. Persoalannya, adakah semua wanita yang langsing atau dalam bahasa mudah wanita yang kurus itu adalah wanita yang cantik?

Sebenarnya kecantikan seseorang wanita itu sangat subjektif. Ada orang yang suka dengan bentuk badannya sejak dia dilahirkan sama ada kurus, berisi, atau montel. Tetapi tidak ada seorang wanita pun yang sukakan bentuk badan yang gemuk atau gempal. Pernah seorang murid perempuan menangis dan tidak mahu ke sekolah kerana murid-murid lain memanggilnya gemuk. Oleh itu, gemuk sering dikaitkan dengan tidak cantik, obesiti dan tidak menarik. Tetapi tahukah anda bahawa nilai kecantikan seseorang wanita itu bukan diukur daripada bentuk badan yang dimilikinya? 

Ahmad, An-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya." (Hadis Riwayat Muslim).

Selain daripada akhlak yang mulia, kecantikan seseorang wanita diukur daripada kehebatan yang dimiliknya.Wanita yang cantik ialah wanita yang mempunyai kehebatan. Wanita yang hebat bukan semestinya wanita yang kurus, atau wanita yang berisi dan bukan juga wanita yang gemuk. Kehebatan adalah pakej yang perlu ada bagi seseorang wanita yang ingin kelihatan cantik. Biasanya kehebatan akan diiringi dengan kejayaan dalam profesion yang diceburi oleh seseorang wanita. Nah, kecantikan itu bukan milik mutlak wanita yang kurus. 

Analoginya begini; wanita yang kurus kalau tidak berkerjaya dan terperap di rumah 24 jam tidak akan nampak cantik. Wanita yang kurus tetapi tidak pandai menyesuaikan pakaian dan gaya juga tidak nampak cantik. Paling nampak tidak cantik, wanita yang kurus berjalan seperti pokok lalang yang bergoyang tidak mampu melaksanakan tugasan yang diberikan dan sering sakit-sakit. Jadi, bentuklah kehebatan anda seandainya anda ingin kelihatan cantik dan hentikanlah omongan kosong produk-produk kecantikan di pasaran untuk menguruskaan badan supaya nampak cantik. Mulai sekarang jadilah wanita yang hebat kerana wanita yang hebat memang seorang yang cantik, elegan dan bergaya.

Bagaimana hendak menjadi wanita yang hebat? Wanita yang hebat adalah wanita yang berjiwa pahlawan (kental menghadapi cabaran), bijak, berilmu dan suka menolong orang. Begitulah gambaran wanita yang kuat, tidak bergantung pada belas kasihan sesiapapun, mampu menghadapi kesusahan dan cabaran hidup dengan tabah. Malah wanita yang hebat adalah penolong bagi sesiapa yang memerlukan pertolongan. Maka, jadilah wanita yang hebat untuk memiliki kecantikan. Hentikanlah pil-pil, kolagen, vitamin dan makanan tambahan yang dijual oleh pengusaha produk kecantikan untuk menguruskan badan. Ingatlah bahawa badan yang kurus bukan faktor utama kecantikan seseorang wanita. Wanita yang hebat adalah sebenar-benar wanita yang cantik.

Sunday, January 6, 2013

Carilah 3K Untuk Mendapatkan 3K

Carilah,
Ketenangan,
Kebebasan,
Kebahagiaan,

Untuk Dapatkan,
Kesenangan....
Kegembiraan....
Kesejahteraan...

Peribahasa Tahun Baru,,,,

Belum berkilat sudah berkilau, bulan sangkap tiga puluh.
Maksud:
Sudah terang lagi bersuluh.

Siang bagai hari, malam bagai bulan.
Maksud:
Sangat jelas.

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada pengunjung blog http://www.cikgunie.blogspot.com
Harapan Cikgunie agar semua calon SPM 2013 dan PMR 2013 dapat memberikan maklumbalas untuk penambahbaikan bahan-bahan Bahasa Melayu untuk rujukan anda semua.