Photobucket

Tuesday, January 13, 2015

SINOPSIS CERPEN JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

Cerpen ini ditulis oleh Maskiah Hj Masrom mengisahkan pengembaraan watak utama Mas ke negara Turki. Mas merupakan seorang wanita cantik yang mengikuti pakej percutian ke Turki. Beiau telah memperuntukkan sejumlah wang untuk berbelanja di Turki. Dengan nilai RM1800 beliau menukarkan wang RM menjadi USD400 sahaja. Niat Mas hanyalah membeli cenderamata untuk kawan-kawan pejabatnya, keluarganya dan para pensyarah yang mengajarnya di peringkat sarjana sahaja. Idea untuk membeli jaket kulit kijang langsung tiada dalam agenda perancangannya semasa berbelanja.

Semasa Mas dan rakannya yang lebih dewasa seperti Kak Chah, Syahmeem, Dr. Liza dan Hajah Zalehon serta Hajah Normah berjalan di Grand Bazaar mereka telah memasuki salah sebuah bazar yang menjual jaket kulit. Pemuda Turki selaku pelayan kedai itu melayan mereka seperti puteri raja dengan disajikan jus epal. Akhirnya kawan-kawan Mas telah membeli jaket kulit dan beberapa barang perhiasan lain. Jurujual Turki itu sengaja mempelawa Mas mencuba salah sehelai jaket kulit kijang di kedainya. Mas pun mencuba dan memang kena dengan bentuk badannya. Oleh kerana tiada keperluan selain harganya USD300 Mas tidak berminat untuk membeli jaket tersebut. Penjual tersebut menghina Mas dan menyebut "You can go to hell" apabila Mas tidak jadi membeli jaket kulit tersebut.

Semasa Mas sedang beratur untuk menaiki feri menyeberangi Selat Bhosporus seorang lelaki tua telah menjual jaket kulit kijang di pasaran gelap kepada Shahneem dengan harga USD120. Oleh kerana jaket itu saiz S' maka Syahneem menjualnya kepada Mas dengan harga USD100. Mas terpaksa membeli jaket kulit kijang itu untuk membantu Syahneem walaupun dia kesal kerana beberapa ekor kijang telah dikorbankan untuk mendapatkan sehelai jaket seperti itu. Oleh itu, Mas berniat semasa pulang ke tanah air dia akan menjual jaket kulit kijang itu di kedai harga terpakai dan bercadang mendermakan wang itu ke mana-mana zoo yang ada kijang di dalamnya.

ANTOLOGI JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

PUISI TRADISIONAL
Syair Bidasari
Gurindam Dua Belas Fasal yang Ketiga

PUISI MODEN
Sang Gembala Kuda (Mohd Hashim Othman)
Aku Membaca Lagi (Razali Mohd Yussof)
www.sibermerdeka.com.my (Abdul Ghaffar Ibrahim)
Gelanggang (Onn Malini)

PROSA TRADISONAL
Kepimpinan Melalui teladan

CERPEN
Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)
Munsyi (Husna Nazri)
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul (Maskiah Hj Masrom)

DRAMA
Berkhidmat Untuk Negara (Affix Zulkarnaen Adam)

TEKS BAHARU KOMSAS TINGKATAN 4

ANTOLOGI TINGKATAN 4

NOVEL TINGKATAN 4 ZON UTARA

Thursday, January 8, 2015

LEPTOSPIROSIS ATAU KENCING TIKUS

Penyakit Kencing Tikus atau Leptospirosis merupakan jangkitan yang jarang berlaku kepada manusia. Penyakit ini dipindahkan kepada manusia melalui air yang dicemari air kencing haiwan seperti tikus atau mondok dan lain-lain haiwan yang mempunyai bakteria Spirochaete menyentuh bukaan pada kulit, mata atau lendir. Penyakit ini juga dikenali sebagai Sindrom Weil kerana Adolf Weil ialah orang yang mula menemui penyakit Leptospirosis ini pada tahun 1886.

Baru-baru ini anak murid Cikgunie Mohd Fahmi bin Abdul Razak telah koma 2 minggu selepas mandi di sebuah sungai peranginan dan terkena jangkitan penyakit Leptospirosis. Alhamdulillah berkat kekuatan semangat dan umurnya masih panjang Mohd Fahmi telah berjaya dipulihkan dan beliau telah pun keluar dari ICU pada 4 Januari 2015.
Hari Keempat Mohd Fahmi dalam ICU

HARI KETUJUH DALAM ICU

HARI KETUJUH 

HARI KE 10

HARI KE 12

Tuesday, January 6, 2015

JANUARI 2015

Banjir yang melanda beberapa negeri di pantai timur dan sebahagian di Perak, Johor dan lain- lain tempat telah melumpuhkan prasarana dan pentadbiran kerajaan. Kesannya dapat dirasai dalam jangka masa panjang dan pendek. 

Antaranya ialah sesi persekolahan ditangguh. Bayaran bonus ditangguh. Bayaran bantuan awal persekolahan juga ditangguh. Apa yang penting sekarang ialah membantu mangsa banjir meneruskan kelangsungan hidup. 

Banjir ialah bencana alam. Kuasa Allah Taala untuk menurunkan hujan, memberikan kemarau dan meniupkan angin kencang kepada semua makhluk di dunia ini. Sebagai umat Islam kita hendaklah redha dan bersabar. Janganlah menghukum kerajaan jika bantuan lewat diberikan. Belajarlah bersabar dan sentiasalah muhasabah diri.

Thursday, January 1, 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Hari- hari yang berlalu menjadi kenangan
Hari- hari yang bakal dilalui menjadi harapan
Selamat tinggal 2014
Selamat datang 2015
Bangkitlah Matahari
Sinarilah mimpi kami