Lihat
gambar yang diberi dengan teliti.
Ø Baca arahan untuk mengetahui kehendak soalan.
Ø Kalau arahan meminta calon menjawab kepentingan sesuatu tema yang
diberikan,
Ø huraikan semua kebaikan tema berdasarkan isi di bawah setiap gambar yang
diberikan.
Ø Kalau arahan meminta calon menulis, kesan sesuatu tema,
Ø Huraikan semua akibat tema berdasarkan isi yang diberikan.
Ø Calon wajib menulis 5 perenggan mengikut pembahagian seperti berikut:
Ø Pendahuluan
Ø Isi 1
Ø Isi 2
Ø Isi 3
Ø Penutup dan kesimpulan.
Ø Mulakan pendahuluan tentang tema atau tajuk yang dikemukakan dalam arahan
soalan.
Ø Contoh :
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan menjaga tempat bersejarah. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan
KEPENTINGAN MENJAGA TEMPAT
BERSEJARAH
BAHAGIAN A
(30 MARKAH)
Lihat gambar di bawah
ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah mengatasi masalah disiplin di sekolah. Panjang
huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan
Mengetatkan hukuman sekolah Melaksanakan
hukuman denda
Melarang penggunaan
telefon bimbit di sekolah
Ka
Bahagian B
[ Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit ]
[
100 markah ]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah
karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.
1
Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan
seseorang remaja.
Sebagai seorang remaja, jelaskan ciri-ciri rakan sebaya yang menjadi
pilihan anda.
2
Amalan berjimat cermat amat penting dalam menghadapi
krisis ekonomi hari ini.
Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam memupuk amalan
berjimat cermat.
3
Usaha yang berterusan untuk membantu
golongan Orang Kurang Upaya (OKU) amat wajar supaya mereka dapat
memberikan sumbangan kepada negara.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha untuk membantu golongan ini.
4
Kegiatan jenayah membabitkan pemerdagangan manusia kini
menjadi isu sejagat.
Bincangkan kerjasama antara Malaysia dengan negara jiran
untuk menangani masalah tersebut.
5 Anak
itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan;
Budi
sedikit bila kan hilang,
Itu
menjadi kenang-kenangan.
Berdasarkan maksud pantun tersebut, huraikan kepentingan hidup berbudi
dalam masyarakat.
Soalan 1
Rumusan Karangan
(30 markah)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu
rumusan tentang punca-punca berlakunya
penderaan kanak-kanak di pusat asuhan dan langkah-langkah untuk mengatasinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pusat
jagaan dan asuhan kanak-kanak merupakan suatu tempat yang menempatkan
kanak-kanak di bawah penguasaan institusi ketika ibu bapanya sedang bekerja. Insiden keganasan membabitkan
penderaan kanak-kanak di pusat asuhan yang dilaporkan sejak akhir-akhir ini
semakin membimbangkan dan menimbulkan reaksi pelbagai dalam kalangan ibu bapa.
Menurut Perunding Kanan Psikiatri Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Dr
Osman Che Bakar, beberapa faktor menyebabkan berlakunya penderaan kanak-kanak.
Antaranya ialah pengalaman silam dilalui pelaku mendorong tindakan ganas
terhadap kanak-kanak d ibawah jagaan mereka tanpa rasa simpati.
Mereka
yang melakukan keganasan kepada kanak-kanak biasanya tidak mempunyai sifat
kasihan dan kebanyakan daripada mereka pernah didera ketika zaman kanak-kanak.
Individu yang bekerja sebagai pengasuh perlu memiliki tahap kesihatan emosi dan
mental yang stabil. Umum mengetahui ramai dalam kalangan pengasuh yang bersikap
panas baran dan mudah melenting. Sifat
kanak-kanak pula mudah menangis dan karenah itulah yang menyebabkan
kebanyakan pengasuh tidak dapat menahan kesabaran mereka. Sementara itu,
kita sedia maklum kebanyakan kes yang berlaku di pusat penjagaan kanak-kanak
melibatkan sikap pengasuh itu sendiri. Punca seterusnya keselamatan
kanak-kanak di pusat penjagaan kanak-kanak tidak selamat ialah lokasi pusat
penjagaan tersebut. Lokasi pusat penjagaan yang terpencil dan jauh daripada
penglihatan orang ramai akan mengundang bahaya kepada kanak-kanak yang dihantar
ke situ. Selain itu, kesibukan ibu bapa juga dilihat sebagai peluang kepada
pengasuh pusat asuhan untuk menjaga bayi dan kanak-kanak asuhan mereka secara
sambil lewa
Pengusaha pusat asuhan
haram atau tidak berlesen pula akan memikirkan keuntungan semata-mata sehingga
mengupah pengasuh yang tidak mempunyai pengalaman dalam asuhan awal kanak-kanak.
Demi mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda, mereka juga gagal untuk
menyediakan makanan sihat, memantau kesihatan, premis asuhan yang ala kadar
selain mengambil pengasuh yang tidak berpengelaman. Pengasuh yang tidak dilatih
cara penjagaan kanak-kanak atau kurang asuhan, berisiko untuk melakukan
penderaan apatah lagi apabila hanya memikirkan asal mereka dibayar gaji. Konsep
kendiri yang rendah juga membawa kepada tingkah laku terpendam. Maksudnya, di
hadapan majikan mereka kelihatan elok dan boleh mengawal tingkah laku, tetapi
mereka mula berubah sikap apabila tindakan mereka tidak diawasi. Pengusaha
pusat asuhan kanak-kanak ini menjadikan perusahaan mereka sebagai kerja
sambilan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka dan menyerah tugasan mereka
sepenuhnya kepada pengasuh untuk menjaga bayi atau kanak-kanak yang dihantar ke
pusat asuhan mereka.
Justeru, ibu bapa seharusnya perlu lebih cerewet dalam
memilih pusat asuhan untuk anak-anak mereka dan sentiasa meletakkan keselamatan
sebagai isu utama bagi mengelakkan berlaku sebarang kejadian yang tidak
diingini. Sebelum ibu bapa menghantar anak-anak mereka,
mereka perlu menitik beratkan latar belakang tempat yang hendak dihantar dan
latar belakang pengasuhnya.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ibu Bapa Sibuk Antara
Punca Risiko Kes Dera di Pusat Asuhan’,
Sinar Online, Julai 2012)
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri
( i. Berikan maksud rangkai kata pengalaman silam [2
markah]
(ii) Dalam petikan ada dinyatakan beberapa
punca masalah penderaan di pusat asuhan.Bincangkan punca-punca tersebut.
[3
markah]
(iii) Para pengasuh yang tidak diawasi akan
berubah sikap terhadap kanak-kanak di pusat asuhan. Pada pendapat anda, apakah
yang boleh dilakukan oleh pengusaha atau ibu bapa bagi menangani masalah ini?
[4
markah]
2 (b) Baca petikan cerpen
di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan berikutnya menggunakan ayat-ayat
anda sendiri.
Azam
menggeleng-gelengkan kepala lagi. “Jabatan haiwan kan ada?” Takkan mereka
tidak memantau? Kau boleh adukan kepada mereka. Minta nasihat doktor veterinar
jika ayam kau sakit..”
Aku
pun harap pun begitu. Aku harap kerajaan boleh buat sesuatu. Jangan biarkan
penternak kecil terperangkap dalam syarikat besar.”
Azam
memujuk pula, “menternak cara kontrak ada kelebihannya. Bagus juga. Kau tidak
payah mencari anak-anak ayam. Kau tidak payah keluar mencari dedak. Setiap musim
syarikat payung akan menghantar lori-lori
untuk mengangkut ayam-ayam yang sudah besar.”
Hakim
menjawab, “Ya, mereka menghantar segalanya dengan harga yang mereka tentukan.
Kini, hidupku bergelumang dengan hutang. Setiap saat aku berhutang dengan
RAJA. Kau fikirkan pula kalau nasibku malang dan nilai jualan kurang daripada
harga dedak dan ubat yang mereka bekalkan, beerti aku akan menanggung hutang
kepada RAJA. Berhutang dan berhutang.”
Azam
memandang wajah sahabatnya penuh simpati. “Jadi apakah cadangan kau sekarang?”
Hakim
terus mengeluh, “Apalagi yang boleh aku buat selain meneruskan kerja-kerja
membela ayam dan mengharapkan hasil yang baik. Aku sudah berhutang dengan
bank. Hutang mesti dibayar, kalau tidak tanah aku yang akan dirampas. Kau ingat
kan, tanah inilah yang yang kita tuntut di mahkamah dengan susah payah. Bank akan
merampas tanah ku seperti raja merampas tanah datukku dahulu.”
(Dipetik daripada “Kaduk, Ayam dan
Raja” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul. Dewan Bahasa dan
Pustaka)
|
(i)
Berikan
maksud rangkai kata bergelumang dengan hutang.
-------------------------------------------------------------------------------------
2 markah
(ii)
Mengapakah
Hakim meluahkan perasaan bimbang kepada rakannya, Azam?
--------------------------------------------------------------------------------------
3 markah
(iii)
Jelaskan
satu persoalan yang terdapat dalam
petikan dan satu persoalan lain yang
terdapat dalam keseluruhan cerpen Kaduk, Ayam dan Raja.
---------------------------------------------------------------------------------------
4 markah
2 (c) Baca petikan prosa
tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan berikutnya
menggunakan ayat-ayat anda sendiri.
Dan telah sudah lepas edah, maka
Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka jadi maufakatlah
Seri Nara Diraja dan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti
saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara
Diraja kepada Sultan Muzaffar Syah, "Tuanku, baiklah Paduka Raja
dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara."
Maka titah baginda,
"Baiklah."
Maka Paduka Raja pun dijadikan
bendahara.
Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya, pertama Majapahit, kedua Pasak, ketiga Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu ada tiga orang yang bijaksana, di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada, dan di Pasak, Orang Kaya Kayanan, dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja, dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.
(Dipetik
daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada, Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa
dan Pustaka)
|
(i)
Beri maksud rangkai kata sejalan
sejadi seperti yang digunakan dalam petikan
--------------------------------------------------------------------------------------------2
markah]
(ii)
Siapakah orang yang dianggap
bijaksana oleh penulis? [3
markah]
---------------------------------------------------------------------------------
(iii)
Mengapakah Seri Nara Diraja mencadangkan
Sultan Muzaffar Syah melantik Paduka Raja sebagai bendahara?
----------------------------------------------------------------------------------------------- [3 markah]
2 (d) Baca petikan puisi di bawah
dengan teliti. Kemudian jawab soalan berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.
GURINDAM DUA BELAS (FASAL YANG KETIGA)
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
Apabila terpihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang
semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
(Dipetik daripada Gurindam Dua Belas, Antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)
|
(i)
Nyatakan
maksud rangkap pertama gurindam ini.
-----------------------------------------------------------------------------------
2 markah
(ii)
Rangkap
kelima menyentuh persoalan mengenai mengawal nafsu makan.
Pada pendapat anda mengapakah kita perlu
mengawal nafsu makan?
-----------------------------------------------------------------------------------
4 markah
(iii)
Huraikan
tiga gaya bahasa gurindam tersebut. 3 markah
2 (d) Baca petikan puisi di bawah
dengan teliti. Kemudian jawab soalan berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.
AKU MEMBACA LAGI
Aku mendongak langit
membaca garis dan titik menaakuli kebesaran-Mu di bawahnya gumpulan mega hembasan bayu dan banjaran gunung.
Kuselusuri alam
kicauan burung desiran ombak dan wajah pelangi mewarnai kehidupan umat-Mu.
ku mendongak lagi
Aku membaca langit di dalamnya pohon-pohon kayu yang rapuh dahan dan ranting terkulai daun-daun berguguran helai demi helai di lantai tanah airku yang makmur.
Aku membaca langit
Kutemui bulan dan bintang menangis meratapi luka nasib bangsa.
Aku mendongak lagi
menitis air mata langit membasahi bahasa Melayuku yang berdarah.
(Dipetik daripada Antologi Sejadah Rindu)
|
(i)
Nyatakan
maksud rangkap terakhir sajak ini.
-----------------------------------------------------------------------------------
2 markah
(ii)
Sebagai
warganegara yang berwawasan, nyatakan usaha-usaha untuk memartabatkan Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
-----------------------------------------------------------------------------------
4 markah
(iii)
Huraikan
dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut 3 markah
Soalan 3 PENGETAHUAN
DAN KEMAHIRAN TATABAHASA
(30 markah)
3 (a) Tulis satu ayat bagi setiap kata di bawah
untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau kata nama khas.
i.
tanggungjawab
ii.
olahraga
iii.
tandatangan
iv.
kakitangan
v.
pesuruhjaya
vi.
warganegara 6
markah
3 (b) Tulis
semula petikan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan
struktur dan susunan ayat asal.
Azam : Pukul
berapa awak akan berangkat?
Azimah : Pukul 3.00 petang tetapi teksi yang akan
menghantar saya ke lapangan terbang akan tiba sebentar lagi.
Azam : Berhati-hati
dalam perjalanan nanti. Pandai-pandailah jaga diri di tempat
orang. Oh, ya! Passport sudah
bawa?
Azimah: Ada di dalam beg galas. Terima kasih
atas peringatan.
Azam : Sama-sama.
Teksi sudah sampai. Selamat jalan Azimah.
6 markah
Azimah: Selamat tinggal Azam.
3 (c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada tiga
kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
imbuhan. Anda tidak perlu menyali semula ayat-ayat di bawah
i. Aminah ditugas sebagai pengarang akbar Utusan
Melayu semenjak lapan tahun yang lalu.
ii. Dewasa ini, semakin ramai remaja yang melibat
dalam gejala penyalahgunaan dadah dan melanggar.displin sekolah.
iii. Tabiat merokok
bagi wanita hamil akan bahayakan kesihatan dan keselamatan bayi yang di kandung. 6
markah
3
(d) Dalam setiap ayat di bawah
terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i. Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah
Ampang telah berjaya menaiki bukit dan merentas hutan rimba di dalam program
menawan puncak Gunung Ledang.
ii. Para pengusaha dinasihati supaya cepat
berusaha kerana meningkatkan produktiviti hasil pertanian mereka.
iii. Azman dan Borhan sedang menangkap ikan di
anak sungai kampung dengan menggunakan beberapa batang joran. 6
markah
3 (e) Berikan
maksud peribahasa di bawah.
i. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
ii. ukur
baju di badan sendiri
iii. hujan emas di negeri orang, hujan batu
di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.
iv. bagai
kacang lupakan kulit.
v. bak
cendawan tumbuh selepas hujan.
vi. tak
lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. 6
markah
Soalan 4 (NOVEL)
Jawab soalan-soalan
berikut berdasarkan novel di bawah.
i.
Jendela
Menghadap Jalan
ii.
Songket
Berbenang Emas
(a)
Berdasarkan
novel yang anda kaji, huraikan 3 peristiwa menarik dalam novel tersebut. 7
markah
(b)
Berdasarkan
sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan 4 latar tempat dalam novel tersebut. 8
markah