Friday, August 3, 2012
Tuesday, July 24, 2012
TEKNIK MENJAWAB KERTAS 2 PMR
BAHAGIAN
C KARANGAN UMUM
2. Selepas itu, barulah anda membuat keputusan untuk memilih soalan yang
dirasakan sesuai dengan pengetahuan anda.
3. Mulai tahun 2005, markah yang diberi ialah 40 markah. Karangan akan disemak secara impression dan
mementingkan aspek bahasa. Oleh itu, pelajar mesti berhati-hati, dan sentiasa
menyemak karangan bagi mengurangkan kesilapan tatabahasa. Penilaian karangan
adalah berdasarkan penggunaan bahasa, idea dan isi serta pengolahan karangan.
4. Soalan yang sesuai dengan pemahaman, pengetahuan, dan keupayaan anda akan
memudahkan anda mengembangkannya. Selepas itu, sediakan rangka karangan
seringkas yang mungkin. Unsur keindahan bahasa perlu dimasukkan dalam
karangan ( kosa kata/peribahasa). Frasa menarik juga dapat membantu
meningkatkan markah.
5. Sebelum menulis rangka karangan, fahamilah kata kunci soalan karangan,
tema soalan dan jenis karangan tersebut.
6. Untuk Kertas 02/2 PMR Bahasa Melayu, calon digalakkan menulis:
Pendahuluan (lebih
kurang 40 patah kata)
Tiga isi penting (40 x 3 isi = lebih
kurang 120 patah kata)
Penutup (
lebih kurang 30 patah kata)
Jumlah
perkataan = 190 patah kata
Jumlah yang
dikehendaki = 180 patah kata
TAJUK:
Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita. Nyatakan usaha yang boleh
anda lakukan untuk mencapai cita-cita anda.
CONTOH KARANGAN
Antara usaha yang saya lakukan adalah dengan belajar bersunggu-sungguh supaya
mendapat ilmu yang berguna bak kata pepatah” ilmu pelita hidup”. Saya berasa
amat bersyukur kerana saya ditempatkan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang
menyediakan subjek aliran sains yang amat diperlukan dalam kerjaya ini
terutamanya subjek Fizik. Subjek teras seperti Sains dan Matematik perlulah
cemerlang di peringkat SPM supaya saya dapat melepasi separuh syarat kelayakan
dengan hati yang tenang. Oleh itu, saya sering menumpukan perhatian sepenuhnya
kepada pengajaran yang diajar oleh guru di dalam kelas.
Selain itu, saya juga merupakan seorang individu yang mementingkan disiplin.
Saya sering menjaga pemakanan supaya dapat mengekalkan berat yang diperlukan
untuk melepasi syarat kelayakan. Pemakanan yang sihat seperti buah-buahan dan
sayur-sayuran amat penting untuk badan terutamanya karot yang dapat menjaga
kesihatan mata dan muka. Mata yang mempunyai penglihatan yang bagus 6/6 amat
penting untuk seorang juru terbang. Saya juga sangat mementingkan pengurusan
masa. Hal ini akan mempengaruhi saya apabila dewasa kelak supaya sentiasa
menepati masa. Apabila saya berjaya menjadi seorang juruterbang, saya perlu
bersedia lebih awal supaya boleh menyemak pelan penerbangan sebelum berlepas.
Oleh itu, saya perlu mendisiplinkan diri mulai sekarang bak kata mutiara
“sediakan payung sebelum hujan”.
Di samping itu, saya juga bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Saya
mengikuti unit beruniform Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Laut (PKBML). Walaupun
saya menyertai unit beruniform PKBML, saya tetap dapat belajar untuk menempuhi
cabaran di laut. Saya menganggap laut dan udara merupakan dua benda yang sama.
Saya mengambil kesempatan menyertai PKBML untuk melatih diri supaya dapat
berdepan dengan segala cabaran dan risiko yang amat tinggi bak kata pepatah
“sambil menyelam minum air”. Sikap keberanian dan tidak gentar ini amat
penting untuk mengelak daripada rasa takut apabila berada di tempat yang
tinggi dan di dalam air. Juru terbang juga mempunyai risiko yang tinggi kerana
mereka terpaksa manjaga nyawa dan keselamatan penumpang di dalam pesawat. Oleh
sebab itu, saya perlu lebih melatih diri untuk menjadi lebih berani dalam
menghadapi cabaran.
Kesimpulannya, impian dan cita-cita tidak akan datang tanpa adanya
usaha. Oleh itu, kita perlu berusaha untuk merealisasikan cita-cita kita kerana
yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang.
Friday, July 20, 2012
Salam Ramadhan~~~
Alhamdulillah,,,,,
Kita masih lagi bernafas di bumi Allah ini,,,,
Kita masih lagi diberi peluang untuk menambah amalan dengan kedatangan bulan yang paling berkat, iaitu bulan Ramadhan.
Kita masih lagi berpeluang menjalani ibadah puasa pada tahun ini.
Maka sama-samalah kita mengimarahkan rumah-rumah Allah sepanjang bulan Ramadhan AlMubarak pada tahun ini....
Sebagai hamba Allah, kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan sepanjang perjalanan hidup kita menuju alam yang kekal abadi.
Oleh itu, perbanyakkanlah amalan sunat sempena bulan Ramadhan pada tahun ini kerana kita tidak pasti dapat melakukannya pada tahun hadapan.
Di pagi Jumaat yang penuh keberkatan ini, sama-samalah kita berdoa agar diberi kesihatan yang baik dan tubuh badan yang sihat untuk menyempurnakan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini.
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DARIPADA Cikgunie.....
Wednesday, July 18, 2012
Hubungi Cikgunie...
Cikgunie berasa simpati terhadap beberapa calon SPM 2012 yang mengambil Kesusasteraan Melayu kerana Antologi seuntai Kasih secebis Harapan tiada di pasaran. Bagi adik-adik yang minta nak beli copy antologi buku itu boleh hubungi Cikgunie melalui emel Cikgunie rusni.ahmad@ymail.com
KURSUS NPQEL AMBILAN 2/2012
Semua pelajar yang dikasihi,
Buat sementara waktu Cikgunie sedang sibuk mengikuti Kursus NPQEL selama 5 bulan dan terpaksa meninggalkan kelas dan sekolah untuk mengikuti kursus face to face selama sebulan di Genting Higlands. Selepas itu Cikgunie akan mengikuti kursus secara e-pembelajaran secara atas talian selama lebih kurang 4 bulan. Justeru, buat sementara waktu, Cikgunie terpaksa meninggalkan keluarga di bulan Ramadhan pada tahun ini. Tiada resepi baru mahupun bahan-bahan Bahasa Melayu untuk dipamerkan di blog cikgunie.blogspot.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK BUAT SEMUA UMAT ISLAM~~

Monday, June 25, 2012
Wednesday, May 23, 2012
Doa Taubat
MAKSUDNYA,,,,,
“Aku memohon ampun atas segala dosaku kepada Allah Yang Maha Agung. Ya Tuhan Kami, kami terlanjur berbuat aniaya terhadap diri kami sendiri, jika Engkau tidak mengampuni kami dan tidak mengasihi kami, pastillah kami ini tergolong orang yang rugi. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, serta wafatkanlah kami bersama orang-orang yang baik. Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang yang zhalim. Ya Allah, ampunilah dosaku semuannya, baik yang halus maupun yang kasar, yang terdahulu dan yang kemudian, yang nyata dan yang tersembunyi. Ya Allah, aku telah menganiaya diriku sendiri dengan aniaya yang banyak lagi besar, padahal tak ada yang dapat mengampuni dosaku selain Engkau, karena itu ampunilah segala dosaku dengan ampunan dari hadirat-Mu dan kasihanilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Doa Terhindar dari kejahatan / Surat
Al-Falaq
MAKSUDNYA,,,,
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakan: “Aku berlindung dari Tuhan subuh. Dari kejahatan makhluk-Nya. Dari kejahatan malam bila gelap gulita. Dan dari kejahatan tukang sihir yang meniup-niup pada buhulan. Dan dari kejahatan orang yang dengki bila ia dengki

Kemenangan dan Kesalehan
MAKSUDNYA,,,,
“Ya Allah, jadikanlah kami
orang-orang yang mendapat kemenangan, wahai Tuhanku, bukalah segala kunci-kunci
hati kami dengan menyebut –Mu dan sempurnakanlah atas kami nikmatMu dan
curahkanlah atas kami keutamaan –Mu dan jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang
shaleh.
Menerima Khabar Gembira
MAKSUDNYA,,,,
“Segala puji bagi Allah, Tuhan
yang memelihara segala alam pujan yang menyamai nikmat-Nya dan menandingi
keutamaan-Nya.”
Pertolongan dalam segala hal
MAKSUDNYA,,,,
“Ya Allah Tuhanku, bantulah aku
dan janganlah Engkau membantu untuk menyulitakn aku tolonglah aku dan janganlah
Engkau menolong untuk menyengsarakan aku, berilah aku siasat dan janganlah
Engkau beri siasat untuk mengalahkan aku, mudahkanlah petunjuk bagiku, dan
tolonglah aku terhadap orang yang menganiaya diriku. Ya Tuhanku, jadikanlah aku
orang yang bersyukur pada-Mu, ingat pada- Mu, takut pada-Mu, taat pada-Mu,
memenuhi perintah-Mu, dan kembali kepada-Mu, Ya Tuhanku, terimalah taubatku,
cucilah dosaku, perkenankanlah doaku, tetapkanlah hujjahku, tujukilah hatiku,
luruskanlah ucapanku, dan lenyapkanlah kedengkian hatiku.”
Penjagaan dari gangguan ular
Salaamun ‘alaa nuuhin fil ‘aalamina.
MAKSUDNYA,,,,
Salaamun ‘alaa nuuhin fil ‘aalamina.
MAKSUDNYA,,,,
Keselamatan atas Nabi Nuh as, yang ada di alam semesta.
(Sumber : Ustazah Roshidah Binti Saad, SMK Mutiara, WP Labuan.)
Subscribe to:
Posts (Atom)