Photobucket

Friday, April 19, 2013

KOMSAS PROSA MODEN : CERPEN IBU DAN CEPER

Cikgunie nak kongsi cerita tentang CERPEN IBU DAN CEPER,,,,
Di dalam cerpen ini ada disebut Ceper telah menimbulkan masalah besar kepada penduduk kampung hingga semua penduduk kampung itu PAPA KEDANA dan terpaksa makan GADUNG.

Cikgunie bersoaljawab dengan murid-murid Cikgunie tentang GADUNG.
Ada yang kata UBI, ada yang kata AKAR, ada yang kata PUCUK dan ada yang kata POKOK.
AKHIRNYA CIKGUNIE MENERANGKAN BAHAWA gadung IALAH SEJENIS UBI YANG BERACUN yang terpaksa melalui beberapa proses sebelum boleh dimakan. Ini ialah contoh UBI GADUNG....
POKOK UBI GADUNG
UBI GADUNG BARU DIKOREK
UBI GADUNG YANG TELAH DIPROSES

Thursday, April 18, 2013

LATIHAN TATABAHASA SPM


KATA TUGAS (KATA SERU, KATA TANYA, KATA PERINTAH, KATA PEMBENAR, DAN KATA PANGKAL AYAT)

TUGAS KATA PRAKLAUSA DALAM AYAT

Kata praklausa terbahagi kepada lima subjenis, masing-masing hadir di hadapan ayat dan masing-masing memikul tugas tertentu. Subjenis kata praklausa ialah kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat.

AYAT PENYATA/BERITA
AYAT TANYA
AYAT SERU
AYAT PERINTAH

AYAT PENYATA

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.


CONTOH AYAT PENYATA/BERITA
1.         Perdana Menteri Malaysia ialah Dato' Seri Najib Bin Tun Haji Abdul Razak.
2          Pencuri itu telah ditangkapa pada pukul 7 pagi tadi.
3.         Semua murid SMK Mutiara akan menghadapi peperiksaan pada 7 Mei 2013.

KATA TANYA
Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu. Lazimnya kata tanya disertai bentuk penegas –kah dan hadir di bahagian hadapan ayat.

CONTOH AYAT TANYA.
A.           AYAT TANYA DENGAN KATA TANYA
1.         Siapa nama awak?
2.         Di mana kamu tinggal?
3.         Berapa harga buku rujukan ini?
4.         Bagaimana cara membuat kek ini?
5.         Kenapa muka awak bengkak?
6.         Mengapa kamu tidak datang ke rumah saya semalam?

B.           AYAT TANYA TANPA KATA TANYA
1.         Kamu sudah makan?
2.         Kerja rumah awak belum siap?
3.         Nasi ini basi?
4.         Meja itu rosak?
5.         Pagi tadi hujan?
6.         Awak menangis?

 KATA SERU
Kata seru ialah perkataan yang digunakan untuk menyampaikan perasaan-perasaan seperti marah, sakit, hairan, geram, terperanjat, dan ejekan. 

CONTOH AYAT SERU
1.         Amboi, cantiknya baju awak!
2.         Aduh, sakitnya kaki saya!
3.         Eh, terkejut saya!
4.         Cis, langkah mayat saya dahulu!
5.         Wah, bergaya sungguh ibu awak!

KATA PERINTAH 
Kata perintah ialah kata tugas yang hadir di hadapan ayat perintah. Terdapat tiga jenis ayat perintah, iaitu ayat suruhan, ayat larangan, dan ayat silaan/permintaan.

CONTOH AYAT PERINTAH

A.           AYAT SURUHAN
1.         Semua murid dikehendaki berbaris di tapak perhimpunan.

B.           AYAT LARANGAN
1.         Semua murid dilarang memijak rumput di kawasan ini.
2.         Jangan berbual semasa guru sedang mengajar.
3.         Dilarang membuang sampah di kawasan sekolah.
4.         Usah kamu bersandiwara lagi dengan saya.

C.           AYAT PERMINTAAN/SILAAN
1.         Tolong sampaikan pesanan saya kepada ibu kamu.
2.         Sila masuk ke dalam dewan dengan segera.
3.         Jemput duduk di tempat yang disediakan.

KATA PEMBENAR
Kata pembenar ialah perkataan yang mengiyakan atau menyokong kebenaran atau ketepatan sesuatu.
Contoh kata: ya, betul, benar, dan sungguh
CONTOH AYAT PEMBENAR
1.            Ya, saya yang melakukan tugasan itu.
2.            Sungguh, dia yang melakukan aksi itu.
3.            Benar kata awak. Saya yang bersalah.
4.            Semua yang disampaikan oleh Abu betul.

KATA PANGKAL AYAT
Kata pangkal ayat ialah memulakan sesuatu ayat dan umumnya digunakan dalam bahasa Melayu lama          
Contoh kata: maka, syahadan, alkisah dan hatta 

CONTOH AYAT
Tersebutlah alkisah di zaman dahulu kala, seorang putera mengembara ke seluruh rimba raya untuk mencari bonda baginda yang hilang.

Wednesday, April 10, 2013

RUMUSAN KARANGAN : KESAN NEGATIF TABIAT MEROKOK DALAM KALANGAN WANITA


Soalan 1  :  Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan negatif  tabiat merokok dalam kalangan wanita dan punca remaja di negara ini merokok. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

                Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan kerana mereka amat mementingkan penampilan. Wanita sanggup melakukan apa sahaja untuk kelihatan cantik, langsing dan menawan. Terbaharu, Kementerian Kesihatan mendedahkan terdapat peningkatan jumlah perokok dalam kalangan wanita. Peningkatan jumlah perokok wanita berpunca daripada kepercayaan bahawa merokok mampu menurunkan berat badan. Hal ini merupakan kepercayaan songsang yang bakal mendedahkan wanita kepada satu lagi pakej risiko. Wanita yang merokok akan  menghidap barah paru-paru, kerongkong, strok dan penyakit pada sistem pernafasan.

                Wanita hamil yang merokok akan mendedahkan risiko bayi kepada kecacatan dan menjejaskan perkembangan janin di dalam kandungan. Selain itu, merokok juga menyebabkan nafas berbau dan bibir bertukar  menjadi lebam. Merokok turut menjejaskan keterampilan diri seseorang individu dalam pergaulan mereka seharian. Pada masa yang sama, psikologi dan persepsi masyarakat kepada perokok wanita adalah negatif walaupun masih terdapat masyarakat yang bersikap terbuka. Kini, adalah menjadi satu fenomena wanita terpelajar dan yang menjawat jawatan penting menjadikan rokok sebagai peneman mereka.

                Sebenarnya, peningkatan jumlah perokok wanita akan mendedahkan mereka kepada ancaman penyakit kronik. Ada yang beranggapan merokok adalah satu trend yang melambangkan status seseorang wanita.  Wanita yang merokok beranggapan merokok dapat melengkapkan penampilan mereka di khalayak ramai. Seterusnya merokok menjadi punca pelbagai gejala negatif dalam kalangan masyarakat. Selain itu, tabiat merokok dalam kalangan wanita akan menyebabkan jumlah penagih dadah di negara kita akan bertambah. Oleh hal yang demikian, trend wanita menjadi perokok harus disekat kerana tiada jalan mudah untuk seseorang wanita menjadi kurus.

                Sehubungan itu, langkah menyekat tabiat merokok harus dipertingkat untuk mengekang gejala tidak sihat ini. Kerajaan telah mewartakan lebih banyak kawasan larangan merokok terutama di premis perniagaan dan di tempat-tempat awam. Kempen-kempen kesedaran telah dilaksanakan dengan memaparkan lebih banyak iklan tentang keburukan merokok. Langkah paling proaktif yang dilakukan oleh kerajaan ialah mempamerkan gambar-gambar  kesan merokok di setiap kotak rokok yang dijual di negara ini. Oleh itu, kaum wanita perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil diet yang seimbang  untuk  menurunkan berat badan mereka.

(Dipetik dan diubahsuai daripada “Mekanisme Sekat Tabiat Merokok Mesti Dipertingkatkan”, Berita Harian, 8 April 2010.)


Monday, April 8, 2013

IMBUHAN meN-kan DAN meN-i


meN-.....kan = apa kepada siapa(objek tak bernyawa)
meN-......i     = siapa , apa (objek bernyawa)

Contoh ayat :
 
Ayah menghadiahi ibu sebuah kereta.

Ayah menghadiahkan sebuah kereta kepada ibu.

 

Hakim menjatuhi pembunuh itu hukuman gantung sampai mati.

Azman menjatuhkan pinggan ke atas lantai.

Wednesday, April 3, 2013

Contoh Karangan Dimensi Keluarga / Ibu Bapa


Kebanyakan ibu bapa suka menghantar anak-anak mereka mengikuti kelas tuisyen. Pada masa kini trend ini dikatakan semakin popular dan dapat membantu meningkatkan prestasi akademik anak-anak.

Ulaskan pernyataan di atas.

Pendahuluan

Ibu bapa merupakan individu yang bertanggungjawab mendidik dan memberi pendidikan kepada anak-anak. Pendidikan yang berkualiti akan menjamin kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan. Kecemerlangan anak-anak adalah kebanggaan ibu bapa kerana setiap ibu bapa inginkan kejayaan anak-anak dalam semua aspek kehidupan ini. Namun, pengukuran kejayaan seseorang anak biasanya diukur daripada kejayaan mereka dalam peperiksaan. Justeru, setiap ibu bapa akan memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Tidak cukup dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, ibu bapa pada masa kini cenderung menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan pemahamanan anak-anak mereka dalam semua mata pelajaran bak mutiara kata sekepal dijadikan gunung, setitik dijadikan laut.

Isi

1.         Pusat tuisyen tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen yang dipercayai dapat memberi pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. [ Tambahkan Ayat Huraian+Ayat Contoh+Peribahasa+Ayat Penyimpul]

2.         Guru-guru di pusat tuisyen dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajar kerana jumlah bilangan yang tidak ramai seperti di dalam kelas. [Tambahkan Ayat Huraian+Ayat Contoh+Peribahasa+Ayat Penyimpul]

3.         Pusat tuisyen menyediakan nota dan latihan yang berfokus kepada peperiksaan sedangkan di sekolah guru-guru perlu mengajar mengikut sukatan pelajaran. Penilaian dilaksanakan selepas sesuatu topik diajar bukannya berterusan seperti di pusat tuisyen. [ Tambahkan Ayat Huraian+Ayat Contoh+Peribahasa+Ayat Penyimpul]

4.         Bimbingan yang diberikan lebih berkesan kerana guru-guru di pusat tuisyen adalah guru-guru yang berpengalaman mengajar melebihi 10 tahun. Kemampuan mereka tidak boleh dipertikaikan lagi kerana semua guru tuisyen pakar dalam mata pelajaran yang diajar. [ Tambahkan Ayat Huraian+Ayat Contoh+Peribahasa+Ayat Penyimpul]

5.         Ibu bapa lebih yakin menghantar anak-anak belajar di pusat tuisyen berbanding belajar sendiri di rumah. Belajar di pusat tuisyen tidak membuang masa seperti belajar sendiri di rumah kerana anak-anak akan leka bermain permainnan komputer jika tidak dipantau. [ Tambahkan Ayat Huraian+Ayat Contoh+Peribahasa+Ayat Penyimpul]

6.         Ibu bapa tidak berkira dalam soal yuran anak-anak kerana bagi ibu bapa pada masa kini, pelajaran adalah pelaburan. Ibu bapa sanggup berkorban untuk memastikan anak-anak cemerlang dalam akademik. Walaupun yuran yang dikenakan oleh pusat tuisyen sangat mahal, tetapi ibu bapa sanggup menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen semata-mata kerana trend masa kini. [ Tambahkan Ayat Huraian+Ayat Contoh+Peribahasa+Ayat Penyimpul]

Kesimpulan

Ibu bapa tidak sepatutnya bergantung kepada pusat tuisyen kerana pihak sekolah juga menyediakan program kelas tambahan dan kelas bimbingan berfokus. Namun tepuk dada tanya selera kerana ibu bapa pada masa kini sentiasa mengikut trend. Ibarat melentur buluh, biarlah daripada rebungnya kerana jika benih yang baik dicampak ke langit menjadi kejora, dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi bukit.
 

 

Tuesday, April 2, 2013

Iklan 60 Saat Tom Staley

Jualkan Diri Anda Kepada Anda Sendiri,,,,

Bagaimana?????

Diri Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan....

Fikirkan Lebih Mengenai Diri Anda,

Maka akan Wujud Kelebihan Mengenai Diri Anda !!!!!!!!!!!!


Caranya?????????

1.  BINALAH KEYAKINAN DAN MUSNAHKAN KETAKUTAN MELALUI TINDAKAN.....

2.   JANGAN CUBA MENCARI KESALAHAN ANDA SUPAYA ANDA BOLEH BERKATA LAGI KEPADA DIRI ANDA "Inilah satu sebab mengapa saya gagal."

3.  LIHATLAH KESALAHAN ANDA SEBAGAI "Inilah satu lagi cara untuk saya berjaya dengan hebat."

4.  JADILAH PENGKRITIK KEPADA DIRI ANDA SENDIRI.

5.  JANGAN LARI DARIPADA KEKURANGAN.

6.  JADILAH SEORANG YANG PROFESIONAL kerana orang yang profesional sentiasa mencari kesalahan dan kelemahan mereka dan kemudian mereka memperbaikinya.....