Photobucket

Wednesday, April 3, 2013

Contoh Karangan Dimensi Keluarga / Ibu Bapa


Kebanyakan ibu bapa suka menghantar anak-anak mereka mengikuti kelas tuisyen. Pada masa kini trend ini dikatakan semakin popular dan dapat membantu meningkatkan prestasi akademik anak-anak.

Ulaskan pernyataan di atas.

Pendahuluan

Ibu bapa merupakan individu yang bertanggungjawab mendidik dan memberi pendidikan kepada anak-anak. Pendidikan yang berkualiti akan menjamin kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan. Kecemerlangan anak-anak adalah kebanggaan ibu bapa kerana setiap ibu bapa inginkan kejayaan anak-anak dalam semua aspek kehidupan ini. Namun, pengukuran kejayaan seseorang anak biasanya diukur daripada kejayaan mereka dalam peperiksaan. Justeru, setiap ibu bapa akan memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Tidak cukup dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, ibu bapa pada masa kini cenderung menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan pemahamanan anak-anak mereka dalam semua mata pelajaran bak mutiara kata sekepal dijadikan gunung, setitik dijadikan laut.

Isi

1.         Pusat tuisyen tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen yang dipercayai dapat memberi pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. [ Tambahkan Ayat Huraian+Ayat Contoh+Peribahasa+Ayat Penyimpul]

2.         Guru-guru di pusat tuisyen dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajar kerana jumlah bilangan yang tidak ramai seperti di dalam kelas. [Tambahkan Ayat Huraian+Ayat Contoh+Peribahasa+Ayat Penyimpul]

3.         Pusat tuisyen menyediakan nota dan latihan yang berfokus kepada peperiksaan sedangkan di sekolah guru-guru perlu mengajar mengikut sukatan pelajaran. Penilaian dilaksanakan selepas sesuatu topik diajar bukannya berterusan seperti di pusat tuisyen. [ Tambahkan Ayat Huraian+Ayat Contoh+Peribahasa+Ayat Penyimpul]

4.         Bimbingan yang diberikan lebih berkesan kerana guru-guru di pusat tuisyen adalah guru-guru yang berpengalaman mengajar melebihi 10 tahun. Kemampuan mereka tidak boleh dipertikaikan lagi kerana semua guru tuisyen pakar dalam mata pelajaran yang diajar. [ Tambahkan Ayat Huraian+Ayat Contoh+Peribahasa+Ayat Penyimpul]

5.         Ibu bapa lebih yakin menghantar anak-anak belajar di pusat tuisyen berbanding belajar sendiri di rumah. Belajar di pusat tuisyen tidak membuang masa seperti belajar sendiri di rumah kerana anak-anak akan leka bermain permainnan komputer jika tidak dipantau. [ Tambahkan Ayat Huraian+Ayat Contoh+Peribahasa+Ayat Penyimpul]

6.         Ibu bapa tidak berkira dalam soal yuran anak-anak kerana bagi ibu bapa pada masa kini, pelajaran adalah pelaburan. Ibu bapa sanggup berkorban untuk memastikan anak-anak cemerlang dalam akademik. Walaupun yuran yang dikenakan oleh pusat tuisyen sangat mahal, tetapi ibu bapa sanggup menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen semata-mata kerana trend masa kini. [ Tambahkan Ayat Huraian+Ayat Contoh+Peribahasa+Ayat Penyimpul]

Kesimpulan

Ibu bapa tidak sepatutnya bergantung kepada pusat tuisyen kerana pihak sekolah juga menyediakan program kelas tambahan dan kelas bimbingan berfokus. Namun tepuk dada tanya selera kerana ibu bapa pada masa kini sentiasa mengikut trend. Ibarat melentur buluh, biarlah daripada rebungnya kerana jika benih yang baik dicampak ke langit menjadi kejora, dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi bukit.
 

 

No comments:

Post a Comment