Photobucket

Wednesday, August 28, 2013

BIARKAN SAMUDERA

Nilai

1.Sayang kepada sahabat  -  Hakimah sayang kepada sahabatnya, Mir. Oleh sebab sayangnya itu, dia cuba membantu sahabatnya yang dilanda kekecewaan dan konflik jiwa akibat permasalahan yang dihadapinya.

2.Bertanggungjawab  -  Mir ialah insan yang bertanggungjawab kepada ayahnya, nasib samudera (tempat pembangunan/pusat peranginan) di kawasannya. Dia sentiasa berfikir dan risau akan nasib ayahnya, masa depannya tempat tinggalnya, nelayan di kwasannya dan samudera yang dikotori.
 
3.Bertaqwa  -  Ibu Hakimah seorang yang kuat agama dan bertaqwa. Semasa mendengar permasalahan yang dihadapi oleh Mir, ibu Hakimah menggunakan pendekatan berhemah dan keagamaan bagi mencari jalan penyelesaian.

4.Tabah dan sabar  -  Ayah Mir tabah dan sabar menghadapi permasalahan rumah yang dirobohkan dan hak mutlak yang tidak sah atas rumah yang dirobohkan 

5.Sayang kepada alam sekitar  -  Mir suka melihat alam dan menghayati keindahan alam terutamanya laut (samudera). Oleh sebab sayangnya akan laut, Mir begitu bimbang tentang laut yang akan tercemar.

6.Simpati  -  Hakimah bersimpati dengan nasib sahabatnya. Hakimah simpati nasib malang Mir yang kehilangan rumah, kurang kasih sayang dan Mir berubah daripada seorang yang ceria kepada pendiam dan murung.

7.Prihatin  -  Hakimah prihatin akan nasib sahabatnya. Keprihatinannya menyebabkan dia mengambil berat tentang masalah dan perubahan diri Mir.

Pengajaran

1.Kita hendaklah membantu sahabat kita yang berada dalam kesusahan agar beban yang ditanggungnya berkurangan. Hakimah membantu Mir yang dilanda masalah dengan memahami dan berusaha mencari jalan agar Mir dapat hidup seperti dahulu, tenang.

2.Kita mestilah banyak bersabar dan tabah ketika menghadapi cabaran dan masalah. Mir terlalu kecewa dan berada dalam konflik yang hebat kerana tiada siapa berada di sisi Mir terutama ibunya.

3.Kita wajarlah mencintai dan menyanyangi alam sekitar dan janganlah mencemarkannya. Penguasaha pusat peranginan di pantai, tempat Mir tinggal, tidak menjaga alam sekitar sehingga laut kotor dan tercemar.

No comments:

Post a Comment