Photobucket

Tuesday, March 1, 2016

TIPS MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM

Soalan khusus atau berfokus bermaksud arahan atau kehendak soalan dinyatakan secara khusus. 
Sebagai contoh; 

FOKUS PERTAMA - PUNCA/ FAKTOR/ SEBAB

FOKUS KEDUA - KESAN BAIK/ KEBAIKAN/ MANFAAT/ KELEBIHAN/ KEPENTINGAN

FOKUS KETIGA - KESAN BURUK/ KEBURUKAN/ IMPAK/ KESAN NEGATIF

FOKUS KEEMPAT - LANGKAH/ USAHA/ CARA/ KAEDAH/ STRATEGI/ CADANGAN

FOKUS KELIMA - TUJUAN/ OBJEKTIF/ PERANAN/ FUNGSI/ TANGGUNGJAWAB

FOKUS KEENAM - MASALAH/ KEKANGAN/ HALANGAN/ KEMELUT/ RINTANGAN/ CABARAN

CONTOH : FOKUS PERTAMA

PUNCA/FAKTOR/SEBAB 

KERAJAAN - penguatkuasaan undang-undang yang lemah
ORANG RAMAI/MASYARAKAT - individualistik
IBU BAPA - tidak memberikan didikan agama/ kurang perhatian/sibuk
MEDIA MASSA - pengaruh iklan dan laman sesawang
RAKAN SEBAYA - pengaruh rakan sebaya
PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN - tidak memberikan bantuan
PIHAK SWASTA - pentingkan keuntungan semata-mata

KRITERIA PENULISAN KARANGAN

Enam Aspek yang dinilai dalam penulisan karangan SPM ialah;

1.  IDEA HENDAKLAH BERNAS DAN MATANG.
2.  OLAHAN HENDAKLAH MENARIK DAN RELEVAN.
3.  BAHASA HENDAKLAH GRAMATIS DAN BERVARIASI.
4.  GAYA BAHASA HENDAKLAH SESUAI DAN BERKESAN.
5.  WACANA HENDAKLAH LENGKAP.
6.  KOSA KATA HENDAKLAH LUAS DAN TEPAT.

Jom semak karangan anda.
1. Adakah karangan anda menjawab tugasan atau memenuhi kehendak soalan?
2. Adakah bahasa yang anda gunakan baik atau cemerlang?
3. Adakah idea atau isi-isi yang dikemukakan relevan dengan tugasan?
4. Adakah contoh-contoh yang diberikan sesuai dengan kehendak soalan?
5. Adalah olahan karangan anda mantap?
6. Adakah setiap idea atau isi telah dirumuskan?

Semak juga perenggan dalam karangan anda.
1. Perenggan pendahuluan hendaklah ditulis dalam 4-6 ayat, iaitu;
# 1 x Ayat Pengenalan
# 2 -4 Ayat Sokongan atau Huraian
# 1 x Ayat Fokus atau Pandu Arah

2. Perenggan Isi hendaklah ditulis 5-7 ayat, iaitu;
@ 1 x Ayat Topik/Isi
@ 3-4 Ayat Huraian
@ 1 x Ayat Contoh/Bukti
@ 1 x Ayat Penyimpul/Penegas

3. Perenggan Penutup ditulis antara 4-6 ayat, iaitu;
* 1 x Ayat Saranan/Cadangan
* 3-5 Ayat Penegasan