Photobucket

Tuesday, March 1, 2016

KRITERIA PENULISAN KARANGAN

Enam Aspek yang dinilai dalam penulisan karangan SPM ialah;

1.  IDEA HENDAKLAH BERNAS DAN MATANG.
2.  OLAHAN HENDAKLAH MENARIK DAN RELEVAN.
3.  BAHASA HENDAKLAH GRAMATIS DAN BERVARIASI.
4.  GAYA BAHASA HENDAKLAH SESUAI DAN BERKESAN.
5.  WACANA HENDAKLAH LENGKAP.
6.  KOSA KATA HENDAKLAH LUAS DAN TEPAT.

Jom semak karangan anda.
1. Adakah karangan anda menjawab tugasan atau memenuhi kehendak soalan?
2. Adakah bahasa yang anda gunakan baik atau cemerlang?
3. Adakah idea atau isi-isi yang dikemukakan relevan dengan tugasan?
4. Adakah contoh-contoh yang diberikan sesuai dengan kehendak soalan?
5. Adalah olahan karangan anda mantap?
6. Adakah setiap idea atau isi telah dirumuskan?

Semak juga perenggan dalam karangan anda.
1. Perenggan pendahuluan hendaklah ditulis dalam 4-6 ayat, iaitu;
# 1 x Ayat Pengenalan
# 2 -4 Ayat Sokongan atau Huraian
# 1 x Ayat Fokus atau Pandu Arah

2. Perenggan Isi hendaklah ditulis 5-7 ayat, iaitu;
@ 1 x Ayat Topik/Isi
@ 3-4 Ayat Huraian
@ 1 x Ayat Contoh/Bukti
@ 1 x Ayat Penyimpul/Penegas

3. Perenggan Penutup ditulis antara 4-6 ayat, iaitu;
* 1 x Ayat Saranan/Cadangan
* 3-5 Ayat Penegasan

No comments:

Post a Comment