Photobucket

Thursday, June 22, 2017

SELAMAT BERPUASA... RAMADAN KAREEM

Alhamdulillah. 
Ramadan menghampiri penghujungnya. Pejam celik dah nak raya. Pada kesempatan ini, Cikgunie menyusun jari 10 dan dengan rasa rendah diri memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog Cikgunie. Sebagai manusia biasa, pasti ada coretan Cikgunie yang menyinggung hati pembaca sekalian. Kadang kala tiada niat pun cuma situasi dan masa menyebabkan berlaku sesuatu yang tidak kita duga. 
Bercerita mengenai sambutan bulan puasa pada tahun ini sangat-sangat menguji diri Cikgunie sebagai hamba Allah. Bermula pada minggu kedua puasa, Cikgunie menerima panggilan dari pihak bank di Kota Kinabalu memaklumkan bahawa kereta suami Cikgunie kena tarik. Sebagai penjamin, sudah sewajarnya pihak bank memaklumkan kepada Cikgunie. Setahu Cikgunie, suami telah pun menjual kereta itu kepada individu yang dikenalinya di Labuan  tanpa menukar nama. maksudnya pembeli itu cuma sambung bayar sahaja. Selama 2 tahun ini Cikgunie sangka kan urusan kereta itu telah selesai. Suami pun beli kereta baru untuk Cikgunie. Rupanya dalam keadaan kegawatan ekonomi kelewatan membayar ansuran kereta selama 2 bulan bertutur-turut bank akan keluarkan notis untuk tarik kereta. Dijadikan cerita, bulan April 2017, kereta Cikgunie telah ditarik oleh pihak bank tanpa pengetahuan suami dan Cikgunie sendiri. Pembeli baru tidak memaklumkan sepatah pun tentang keadaan kereta sehinggalah pada 7 Jun 2017 pihak bank menelefon suami bahawa kereta akan dilelong pada 9 Jun 2017. Ya Rabbi. Cikgunie tak pernah terfikir bahawa kereta itu masih di tangan bank. Mahu tidak mahu, Cikgunie terpaksa ke Labuan pada 8 Jun 2017 untuk selesaikan bayaran kereta termasuk charge tarik dan store selama hampir 2 bulan. Rupanya kalau sesuatu itu milik Cikgunie, berapa lama dan di mana sahaja ia tetap akan kembali kepada Cikgunie.
Sekembalinya Cikgunie ke Kuala Lumpur, suami kawan rapat Cikgunie pula meninggal. dalam keadaan badan yang penat Cikgunie menziarahi jenazah arwah suami kawan Cikgunie. Sejak 12 Jun 2017 badan Cikgunie lemah-lemah dan demam berpanjangan sehingga semalam, 21 jun 2017. pada hari ini, 22 jun 2017, alhamdulillah, kesihatan Cikgunie makin pulih. Rupanya bulan Ramadan memang bulan yang penuh ujian dan bulan yang penuh kerahmatan. Hanya insan yang terpilih akan melalui ujian dan dugaan yang mencabar mental dan fizikal untuk memperoleh keberkatan yang dilimpahi Allah SWT untuk semua hambaNya.
Ramadan yang berbaki 2 hari lagi, sempatkah Cikgunie mengumpulkan amalan yang tertunggak??


No comments:

Post a Comment