Photobucket

Wednesday, September 9, 2009

KECEWA

Semalam cikgunie betul2 kecewa. Internet langsung tak dapat baik di rumah mahupun di sekolah. So cikgunie tak dapat kongsi berita dengan semua orang kat Malaysia nie. Hari ni baru server okey. Okeylah, cikgunie nak kongsi masalah dengan semua pelajar Tahun 6. Soalan UPSR Pemahaman BM sangat mencabar. jawapan pengganggu hampir sama. Cikgunie tak tahulah penggubal soalan kat Lembaga Peperiksaan Malaysia tu buat JSI yang adil atau tidak. Bukan apa, salah satu soalan tu, anak cikgunie kata pasal wang. wang belanja, wang muka, wang kopi atau wang hangus. suma jenis wang tu bukan suma budak sekolah rendah tahu terutama sekolah luar bandar. anak cikgunie yang boleh tahan juga vocab dalam BM pun boleh konfius inikan pula budak luar bandar. Kalau yang tak tahu JSI tu biar cikgunie terangkan. Jadual Spesifikasi Ujian (JSI). Maknanya kalau nak buat soalan mesti ada aras rendah, aras sederhana dan aras tinggi. Mungkin pasal wang tu masuk dalam kategori aras tinggi kot. Cikgunie tak nak komen lebih kerana soalan UPSR anak cikgunie guru dia ambil nak semak. Okey guys, tq sbb baca komen cikgunie. Ah, lega rasanya.

No comments:

Post a Comment