hey guys,
hari ni cikgu nak ingatkan you all buat karangan lengkap respon terbuka elemen 1.
Gambarkan suasana di Bazar Ramadhan pada hari pertama umat Islam menyambut puasa di tempat anda.
INGAT!
KARANGAN ANDA MESTILAH PENDAHULUAN JENIS SUASANA.
SEKURANG-KURANGNYA 5 ISI
1. KEADAAN ORANG RAMAI
2. SIAPA PENGUNJUNG BAZAR RAMADHAN
3. CERITAKAN BERAPA BANYAK GERAI YANG TERDAPAT DI SANA
4. SENARAIKAN JUADAH ATAU MASAKAN YANG DIJUAL
5. KEMUDAHAN TEMPAT LETAK KERETA YANG DISEDIAKAN
JANGAN LUPA 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA
i. karangan perlu ada PENDAHULUAN.
ii. setiap perenggan perlu LANGKAU sebaris.
iii.setiap isi perlu ada FAKTA (AYAT PENYATA), HURAIAN FAKTA, CONTOH+KESIMPULAN.
iv. setiap perenggan perlu ada PERIBAHASA/COGANKATA/SIMPULAN BAHASA/KATA-KATA HIKMAT
v. setiap karangan perlu ada PENUTUP.
CONTOH PENDAHULUAN JENIS SUASANA
Setiap kali tibanya bulan Ramadhan, umat Islam akan mula berpuasa. Tidak kira tua, muda, lelaki atau perempuan akan berpuasa pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Di Malaysia, tibanya bulan Ramadhan bermakna wujudnya bazar Ramadhan. Bazar Ramadhan wujud di mana-mana sahaja ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Suasana hingar bingar dengan suara penjual dan pengunjung bazar Ramadhan sangat meriah. Keadaan bazar Ramadhan pula diselubungi aroma yang menggoda tekak pengunjung dek haruman ikan bakar, ayam percik, ayam panggang, satay dan sebagainya. Begitu jualah keadaannya di tempat saya, iaitu bazar Ramadhan di Labuan.
*pelajar boleh buat ikut kreativiti sendiri berdasarkan contoh yang cikgu bagi*
No comments:
Post a Comment