Photobucket

Sunday, February 23, 2014

TARGET SOALAN 3 (TATABAHASA)

MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA AYAT MAJMUK
A. AYAT MUDAH
Juga dikenali sebagai ayat selapis/ayat pendek atau ayat tunggal.
Ayat mudah hanya mempunyai satu subjek dan satu predikat sahaja.

B. AYAT MAJMUK
 
Juga dikenali ayat berlapis/ayat berkait/ayat panjang.
Ayat majmuk mempunyai lebih daripada satu subjek dan lebih daripada satu predikat.

C.  KAEDAH MENUKARKAN AYAT MUDAH MENJADI AYAT MAJMUK
 
Syarat penukaran ayat;
i.                  Jangan mengubah maksud ayat yang diberi.
ii.               Jangan mengubah struktur atau susunan ayat. Ayat yang dahulu mesti didahulukan.
iii.           Sambung ayat-ayat mudah dengan menggunakan kata sendi yang lazim digunakan seperti di/dari/ke/pada/kepada/demi/untuk/agar dan sebagainya.
iv.            Juga boleh gunakan kata hubung seperti dan/tetapi/lalu/atau/sambil/namun/walaupun dan lain-lain.
v.                Perkataan yang sama tidak boleh diulang kecuali perkataan ‘atau’ digunakan.
vi.            Pastikan jumlah ayat yang hendak dibuat berdasarkan perkataan yang diberi.
vii.         Ayat baru boleh dibuat jika sesuatu ayat mudah itu menceritakan perkara yang berlainan daripada subjek yang sebelumnya.
viii.     Nomborkan ayat majmuk yang telah dihasilkan.

D. CONTOH MENUKARKAN AYAT MAJMUK
 
I.                 Azam pergi ke pasar raya. Ibu Azam pergi ke pasar raya. Mereka membeli gula. Mereka membeli susu.
AYAT MAJMUK

I.                  Azam dan ibunya pergi ke pasar raya untuk membeli gula dan susu.

LATIHAN MEMBINA AYAT MAJMUK

Tukarkan ayat-ayat mudah di bawah supaya menjadi
3 ayat majmuk.


       Mereka dijemput hadir. Mereka hadir untuk menjamu selera. Jamuan itu ialah jamuan hari jadi. Jamuan itu sempena hari jadi cucu Puan Siti Zahara. Ramai tetamu yang hadir. Mereka dating dari seluruh kawasan perumahan itu. Mereka meraikan hari jadi cucu Puan Siti zahara. Hari itu ialah hari jadi ke lima cucu Puan Siti Zahara. Banyak juadah disediakan. Juadah itu untuk para tetamu. Tetamu menjamu selera. Mereka sungguh gembira.

No comments:

Post a Comment