Photobucket

Wednesday, September 20, 2017

TIPS MENGULANGKAJI SUBJEK BM DAN SEJARAH SPM 2017

Assalamualaikum anak-anak dan calon SPM 2017.

Masa berlalu begitu pantas. Keterbatasan waktu yang makin menghimpit membuat ramai calon SPM dan ibu bapa lebih-lebih lagi para guru yang mengajar mata pelajaran BM dan SEJARAH tak lena tidur. Apa tidaknya. Kedua-dua mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran wajib lulus demi sekeping sijil yang akan menetukan hala tuju anak-anak calon SPM sekalian. Kerunsingan ibu bapa ada relevannya. SPM adalah penentuan kerjaya dan laluan melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS. Malang jika tidak dapat melanjutkan pengajian kerana gagal BM dan Sejarah. Susah kah belajar dan hendak cemerlang dalam subjek BM dan Sejarah? Di dalam diri individu wujud faktor dalam diri anda sendiri yang mendorong anda melakukan apa yang dilakukan disebabkan memenuhi tuntutan atau keperluannya. Nah, apa keperluan calon SPM sekalian? Tentulah ingin lulus dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek BM dan Sejarah. Apabila anda belajar untuk lulus peperiksaan tentulah anda ulang dan ulang membaca nota-nota dan buku-buku teks anda. Cara yang paling baik menurut pakar ialah baca satu perenggan ataupun satu muka surat kemudian berhenti. Selepas itu cuba ingat dengan menyebut apa yang telah anda baca sebentar tadi. Seterusnya sambung bacaan dan berhenti lagi. Kemudian ulang apa yang anda baca tadi. Teknik ini sesuai untuk anda mengulangkaji subjek BM dan Sejarah. Akhir sekali bacalah kuat-kuat dan terangkan kepada diri sendiri seolah-olah anda menerangkan kepada murid-murid anda. Di samping itu hafallah ayat-ayat al-Quran atau kata-kata hikmat untuk meningkatkan motivasi semasa menghafal. Tiada benda yang mustahil di dalam dunia ini. Nah, cubalah kaedah yang Cikgunie terapkan kepada murid dan anak-anak Cikgunie. Semoga bermanfaat untuk calon SPM 207.  Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Belakang parang diasah lagikan tajam, inikan kita makhluk ciptaan Allah yang diberi akal dan fikiran. Oleh itu, calon-calon SPM sekalian, rajin-rajinlah layari blog Cikgunie untuk mendapatkan info terkini tentang soalan dan latihan pengukuhan yang akan Cikgunie kemaskini dari semasa ke semasa.



Salam sayang dan salam hormat untuk semua pembaca sekalian.

No comments:

Post a Comment