Dalam
jenayah penculikan di Malaysia, ia terbahagi kepada dua jenis:
(a) Seksyen
360 Kanun Keseksaan:
Penculikan mangsa sehingga keluar
daripada sempadan Malaysia
(b) Seksyen
361 Kanun Keseksaan:
Penculikan mangsa sehingga memisahkan
mangsa daripada ibu bapanya atau penjaganya yang sah.
Mengikut Seksyen 360 Kanun Keseksaan:
(Penculikan mangsa sehingga
keluar daripada sempadan Malaysia)
Sesiapa yang melarikan atau membawa
keluar mana-mana individu melebihi daripada sempadan Malaysia tanpa
restu/keizinan orang itu, atau mana-mana individu lain yang merupakan
penjaganya yang sah memberikan keizinan bagi pihak orang itu maka perlakuan itu
telah dianggap sebagai perbuatan menculik keluar daripada Malaysia.
Berpandukan Seksyen 361
Kanun Keseksaan:
(Penculikan mangsa sehingga memisahkan mangsa daripada ibu
bapanya/penjaganya yang sah)
Sesiapa yang mengambil/mengumpan/menarik keluar
mana-mana kanak-kanak di bawah umur 14 tahun sekiranya lelaki, atau 16 tahun
sekiranya perempuan, atau mana-mana orang yang gila/tidak siuman, berpisah/jauh
daripada penjagaan penjaganya yang sah maka perlakuan itu dianggap sebagai
perbuatan menculik daripada penjaga yang sah.
*Maksud penjaga yang sah mengikut Seksyen 361 Kanun
Keseksaan ialah mana-mana individu yang diberikan hak penjagaan ke atas
kanak-kanak atau mana-mana individu lain.
Hukuman
bagi Jenayah Culik:
Mengikut
Seksyen 363 Kanun Keseksaan,
Sesiapa yang menculik mana-mana
individu keluar daripada Malaysia atau memisahkannya daripada penjaganya yang
sah, maka dia boleh dihukum dengan hukuman penjara yang boleh menjangkau
sehingga tempoh 7 tahun dan boleh juga dikenakan denda.
Dengan jenayah culik yang kerap kali berlaku
kebelakangan ini, hukuman berat bagi jenayah culik sahaja tidak akan mampu
untuk menakut-nakutkan mereka yang bernafsu binatang ini. Apa yang lebih
penting buat masa sekarang ialah ibu bapa atau penjaga harus sentiasa mengambil
langkah berjaga-jaga dalam memastikan tidak akan ada kejadian yang tidak
diingini seperti jenayah culik berlaku ke atas anak mereka.
Antara
Langkah-Langkah Pencegahan Jenayah Culik:
1. Ibu bapa/penjaga tidak harus
membiarkan anak mereka bermain di luar rumah/kediaman tanpa pemerhatian/penjagaan.
2. Ibu bapa/penjaga perlu tiba lebih
awal bagi menjemput anak mereka di nurseri/tadika/sekolah.
3. Ibu bapa/penjaga tidak harus
membiarkan anak mereka berkeliaran di luar rumah pada waktu malam.
4. Ibu bapa/penjaga harus sentiasa
mengingatkan kepada anak mereka supaya tidak bercakap atau berada dekat dengan
orang yang tidak dikenali.
5. Anak-anak harus diingatkan supaya
sentiasa menjauhkan diri daripada kawasan sunyi.
Natijahnya,
anak merupakan kurniaan Tuhan yang akan membawa kebahagiaan dan hiburan kepada
keluarga. Anak juga akan mewarnai masyarakat, nusa dan bangsa kita . Seisi
masyarakat kita bertanggungjawab untuk melindungi mereka supaya membesar dengan
aman dan sentosa. Janganlah kes jenayah kanak-kanak dan gangguan seksual
menjadi fobia kepada ibu bapa tentang keselamatan anak mereka. Jangan terhantuk
baru tengadah. Semua pihak yang terlibat tidak patut melepaskan batuk di atas
tangga dan berusaha dengan gigih untuk melindungi hak kanak-kanak.
Sebagai kesimpulannya,
masalah kehilangan kanak-kanak di negara ini perlulah dikurangkan dengan adanya
kerjasama antara semua pihak. Hal ini demikian kerana anak-anak ialah harapan
nengara yang paling berharga pada masa depan. Tanpa aset yang berharga ini,
negara akan menanggung kerugian yang besar. Di samping itu, pihak berkuasa
perlulah memainkan peranan yang penting untuk memastikan keamanan dan
keselamatan rakyat terjamin seperti menyediakan
payung sebelum hujan. Untuk memastikan kanak-kanak dapat menjalani
saat-saat kehidupan yang bermakna dan bahagia, ibu bapalah tempat mereka
berlindung. Oleh itu, ibu bapa khususnya berperanan penting untuk memastikan
anak-anak hidup bahagia, selamat dan terjamin keselamatannya.