Photobucket

Sunday, October 26, 2014

Pertemuan Selepas 19 Tahun

Bertemu dan berpisah adalah biasa TETAPI
Bertemu selepas berpisah sangat luar biasa.
Cikgunie bertemu semula anak murid Maisarah Daruwis selepas 19 tahun berpisah. Pertemuan pertama di R&R Banjaran Titiwangsa. Produk pertama Cikgunie di SMK HAMID KHAN, TAPAH, PERAK.

RAMALAN SPM 2014

Sebenarnya tahun ini Cikgunie tidak berani meramal kerana beberapa sebab.
Maafkan Cikgunie wahai pembaca sekalian kerana salah satu sebab Cikgunie tidak mahu meramal ialah anak sulung Cikgunie juga akan mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini. Oleh kerana anak Cikgunie menjadikan Cikgunie ialah ikon dan idola beliau, maka semua yang Cikgunie tulis akan dibaca dan dihafalnya. Cikgunie tidak mahu beliau terlalu fokus kepada Bahasa Melayu sehingga hilang tumpuan terhadap mata pelajaran lain. Namun tunggu sehari dua lagi akan mimpi-mimpi Cikgunie tentang soalan yang bakal keluar...hehehe

PANDUAN DAN ARAHAN SEMASA MENDUDUKI SPM


ARAHAN TENTANG KERTAS PEPERIKSAAN

Calon hendaklah:

Menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul.

Memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan segera jika menerima kertas peperiksaan yang salah atau tidak lengkap.
Membaca dan mematuhi semua arahan pada muka hadapan dan muka belakang (jika ada) kertas peperiksaan sebelum peperiksaan dimulakan.


ARAHAN TENTANG KERTAS JAWAPAN DAN SKRIP JAWAPAN PEPERIKSAAN

Calon hendaklah:

Menulis Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri dan Angka Giliran dengan jelas dan betul di muka hadapan skrip jawapan peperiksaan.

Menulis Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri, Nama Kertas, Kod Kertas dan Nombor Soalan dengan jelas dan betul di muka hadapan Helaian Tambahan (HT).

Menulis jawapan dengan menggunakan pena mata bola berdakwat hitam atau biru. Pensel atau pena mata bola berdakwat selain hitam atau biru boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta.

Menulis semua jawapan dalam Bahasa Melayu kecuali bagi kertas peperiksaan yang membenarkan atau memerlukan calon menjawab dalam bahasa lain.

Menulis dengan jelas nombor soalan pada kertas jawapan seperti yang tertera pada kertas peperiksaan. Calon tidak perlu menyalin soalan.

Memastikan Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Nama Kertas, Kod Kertas dan Nombor Soalan telah ditulis dengan betul pada ruangan yang disediakan pada kertas peperiksaan dan kertas jawapan seperti BJ dan HT apabila diarah berhenti menulis.

Memastikan setiap helaian tambahan disusun mengikut urutan nombor soalan
sebelum diikat bersama kertas peperiksaan atau BJ.

Berada di tempat duduk yang ditetapkan semasa skrip jawapan peperiksaan
dikumpul semula oleh Pengawas.


ARAHAN TENTANG JAWAPAN OBJEKTIF BERMAKLUMAT (JOB) DAN

JAWAPAN OBJEKTIF TIDAK BERMAKLUMAT (JOTB)

Calon yang menerima kertas JOB hendaklah menyemak Nama Calon, Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod Kertas dan Nama Kertas pada kertas JOB berkenaan.

Calon dilarang membuat sebarang pindaan terhadap maklumat yang telah dicetak pada Bahagian A. Kosongkan Bahagian B dan Bahagian C.

Calon hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan segera jika menerima kertas JOB yang salah atau tidak lengkap.

Calon yang menerima kertas JOTB hendaklah melengkapkan Nama Calon, Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod Kertas dan Nama Kertas pada ruangan yang disediakan dan hitamkan ruang yang berkenaan. Kosongkan Bahagian B dan Bahagian C.

Calon hendaklah menanda ruangan BAHASA DIGUNAKAN untuk menjawab
kertas peperiksaan yang berkenaan.

Calon hendaklah menggunakan pensel 2B atau BB sahaja.


Calon hendaklah memastikan ruang jawapan yang dihitamkan memenuhi
keseluruhan ruang.

Calon hendaklah menggunakan getah pemadam jenis lembut sahaja untuk memadamkan hingga bersih tanda jawapan yang tidak dikehendaki. Calon dilarang menggunakan pemadam jenis cecair, kimia, pelekat atau seumpamanya.

Calon dilarang melipat, menggulung atau merenyuk Kertas JOB dan JOTB.

Calon dilarang membuat lubang atau apa-apa tanda yang tidak dikehendaki pada Kertas JOB dan JOTB.


AMARAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN

Tidak dibenarkan melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan.

Tidak dibenarkan keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama peperiksaan dimulakan dan 10 minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan kecuali dengan kebenaran Ketua Pengawas Peperiksaan.

Tidak dibenarkan membawa keluar dari dewan/bilik peperiksaan kertas peperiksaan sebelum peperiksaan tamat.

Tidak dibenarkan mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.

Tidak dibenarkan memakai pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata.

Tidak dibenarkan merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan.


LARANGAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN

Calon dilarang:

Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alatulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.

Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.

Mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.

Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.

Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.

Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.

Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.

Membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan

Membawa kertas peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.

Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.

Membawa kertas peperiksaan tertutup keluar dari dewan/bilik peperiksaan.


PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM


ARAHAN, AMARAN, LARANGAN DAN PERINGATAN KEPADA CALON SPM

ARAHAN AM

Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar.

Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan ujian lisan khusus calon persendirian akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan.

Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan.

Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM 2014.

Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan.

Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00.

Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.

Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2014 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

 
ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN

Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.

Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri atau Perakuan Pengenalan Diri dan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan di penjuru kanan sebelah label meja sepanjang waktu peperiksaan.

Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.

Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan.

Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh.

Masa gantian tidak akan diberikan.

Calon boleh membuat bantahan sekiranya telah mendaftar untuk menduduki sesuatu mata pelajaran tetapi kod kertas peperiksaan tersebut tidak tercatat dalam Jadual Kedatangan.

Calon hendaklah mengemukakan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan dari Lembaga Peperiksaan yang mengandungi kod kertas, nama kertas dan jenis peperiksaan SPM 2014 sebagai bukti pendaftaran.

Calon tidak dikenakan bayaran.

 

 

Saturday, October 25, 2014

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH

Salam Maal Hijrah.
Selamat tinggal 1435H.
Selamat datang 1436H.
Semoga amalan kita pada tahun 1435H dan sebelumnya diterima Allah dan dosa-dosa kita diampunkan.
Semoga permulaan tahun baru 1436H hari ini akan mempermudahkan urusan kita melakukan amal makruf dan menjauhkan nahi mungkar. Amin.

Friday, October 24, 2014

Masjid Kristal di Terengganu

Harga dan kos pembinaan Masjid Kristal ialah RM2.2 juta. Sebiji kristal yang terdapat di bahagian atas bulan sabit kubah masjid berkenaan ialah RM15 ribu. Difahamkan terdapat beberapa biji kristal di masjid berkenaan. Walaupun harga madjid ini mencecah jutaan ringgit tetapi masjid ini tidak dapat digunakan untuk menunaikan solat Jumaat kerana tiada orang yang tinggal di pulau tempat masjid ini didirikan.




TAMAN TAMADUN ISLAM







Taman Tamadun Islam (TTI) terletak di Terengganu berhampiran dengan Pulau Duyung. TTI ini merupakan sebuah kawasan yang menempatkan pelbagai monumen yang menjadi kebanggaan setiap negara Islam di dunia. Terdapat 21 monumen daripada 20 buah negara Islam termasuk Malaysia. Antara monumen yang menarik ialah Masjid Biru dari Turki. Terdapat juga Taj Mahal dan Masjid dari negeri Cina yang terdapat di Taman Tamadun Islam ini. Oleh kerana kawasan ini amat luas maka perkhidmata ala keretapi, basikal dan juga buggy disediakan di dalam TTI. Bayaran masuk ialah RM20. Namun terdapat pakej untuk murid- murid sekolah. Sesungguhnya untuk mengenali sesebuah masyarakat lihatlah pemimpinnya. Untuk mengenali sesebuah negara lihatlah masyarakatnya. Untuk mengenali Islam, lihatlah tamadunnya.

Thursday, October 23, 2014

LAWATAN PENANDAARASAN ASRAMA SMK KUALA NERANG

Untuk meningkatkan Band Asrama SMK Kuala Nerang pada 2015, pihak pengurusan asrama telah mengadakan lawatan 4 hari 3 malam ke Terengganu dan Kelantan. Sangat mengujakan.







Tahun Melawat Terengganu 2014

Terengganu telah melancarkan Tahun Melawat Terengganu 2014 pada penghujung tahun lepas. Oleh itu Cikgunie cuba juga mencari masa melawat Terengganu. Alhamdulillah. Petang semalam Cikgunie membawa ibu kesayangan Cikgunie turutt serta dalam lawatan ke Terengganu. Hari ini Cikgunie pun berada di Terengganu sempena Cuti Deepavali.

1. Lokasi Masjid Terapung Kuala Ibai


2. Lokasi Batik Arfa


3. Lokasi Muzium Terengganu







Wednesday, October 22, 2014

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN

Anak-anak ialah harta yang bernilai kepada setiap ibu bapa. Oleh itu anak-anak perlu diasuh dan didedahkan dengan segala macam ilmu pengetahuan untuk meneruskan kehidupan. Hari ini Cikgunie telah mendedahkan ilmu memandu kereta kepada anak lelaki Cikgunie walaupun usianya baru 14 tahun. Bagi Cikgunie asalkan ada keberanian dan keazaman yang tinggi kita boleh buat benda-benda yang orang anggap mustahil. Lagi pun apabila Cikgunie sakit pening, ada juga anak-anak yang boleh Cikgunie harapkan.




Tuesday, October 21, 2014

Telefon Pintar Idaman

LENOVO S850     


KAUNSELOR SMK KUALA NERANG

Tahniah Encik Omar bin Abdullah kerana dapat menyampaikan misi dan visi sekolah di parlimen minggu lepas.




KEMALANGAN MOTOR BESAR DI LEBUH RAYA KARAK

Gambar-gambar ini dikirim oleh suami Cikgunie pada 20/10/2014 sebagai nasihat agar Cikgunie membatalkan hasrat memiliki dan mencuba hobi baru menunggang motor berkuasa tinggi. 







Monday, October 20, 2014

Indahnya Mimpi

Kadang-kadang berada di alam fantasi lebih indah dan mengasyikkan.
Kadang-kadang berada di alam realiti sangat menyakitkan.
Antara realiti dan fantasi, kadang-kadang kita keliru.

Sunday, October 19, 2014

Jodoh Masih Panjang

Semalam 18/10/2014 telefon bimbit Cikgunie tercicir. Tetapi Alhamdulillah. Rezeki masih ada. Jodoh Cikgunie dengan telefon bimbit masih ada dan masih panjang lagi.

Cara-Cara Membuat Ketupat Daun Palas

1. Mula-mula masak pulut dengan santan.
( 2 kilo pulut masak dengan 4 cawan santan pekat daripada 2 kilo kelapa parut )
2. Bila santan sebati dengan pulut dan santan makin kering, tutup api. Kemudian ikutilah langkah-langkah berikut;










Soalan Ramalan BM 2014