Photobucket

Monday, October 13, 2014

PERISTIWA HARI INI

PT3 berlangsung dalam keadaan biasa-biasa saja. Tiada gimik apa-apa. Tiada lawatan siapa-siapa. Semuanya serba biasa. Cuma soalan berbeza format daripada PMR. Kalau nama pentaksiran bertukar sudah semestinya format peperiksaan juga bertukar. Realitinya aura peperiksaan tidak muncul . Sebelum ini perjumpaan meja bulat antara Lembaga Peperiksaan dengan pihak kementerian telah membincangkan isu PBS. Hal ini demikian kerana ibu bapa tetap mahukan gred bagi pencapaian anak-anak mereka semasa peperiksaan Tingkatan 3 dan bermati-matian menolak sistem band yang diperkenalkan dalam PBS. Apabila Kementerian dan Lembaga Peperiksaan akur dengan kehendak ibu bapa, PT3 pun dilaksanakan pada tahun ini, iaitu 2014. Sarana Ibu Bapa telah diadakan 3 bulan sekali namun kehadiran waris ke sekolah amat mengecewakan. Kesannya maklumat PT3 tidak sampai kepada ibu bapa. Anak-anak pula tiada masa bercerita dengan ibu bapa kerana ibu bapa terlalu sibuk. Sepanjang bulan Julai, Ogos, September hingga bulan Oktober pelbagai pentaksiran dilaksanakan pada peringkat sekolah tetapi ibu bapa tidak ambil peduli. Hari ini peperiksaan penuh PT3 berlangsung pun ada ibu bapa yang tidak tahu betapa pentingnya peperiksaan PT3 itu. Terpaksa pihak sekolah menelefon waris memberitahu kegagalan anak mereka menghadiri peperiksaan pada hari ini. Jawapan mereka bukankah peperiksaan diadakan di sekolah dan boleh diambil semula jika anak mereka tidak hadir? Siapa nak jawab?

No comments:

Post a Comment