Photobucket

Sunday, October 26, 2014

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM


ARAHAN, AMARAN, LARANGAN DAN PERINGATAN KEPADA CALON SPM

ARAHAN AM

Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar.

Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan ujian lisan khusus calon persendirian akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan.

Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan.

Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM 2014.

Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan.

Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00.

Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.

Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2014 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

 
ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN

Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.

Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri atau Perakuan Pengenalan Diri dan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan di penjuru kanan sebelah label meja sepanjang waktu peperiksaan.

Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.

Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan.

Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh.

Masa gantian tidak akan diberikan.

Calon boleh membuat bantahan sekiranya telah mendaftar untuk menduduki sesuatu mata pelajaran tetapi kod kertas peperiksaan tersebut tidak tercatat dalam Jadual Kedatangan.

Calon hendaklah mengemukakan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan dari Lembaga Peperiksaan yang mengandungi kod kertas, nama kertas dan jenis peperiksaan SPM 2014 sebagai bukti pendaftaran.

Calon tidak dikenakan bayaran.

 

 

No comments:

Post a Comment