Tiada apa yang menggembirakan hati seseorang pelajar selain daripada kebebasan. Bebas dalam erti kata menamatkan usia remaja dari alam persekolahan dan melangkah keluar dari dewan peperiksaan selepas menduduki penilaian dan pentaksiran yang bernama SIJIL PELAJARAN MALAYSIA. Setelah bertungkus lumus belajar selama 13 tahun di bangku sekolah bagi murid aluran sains seperti puteri tunggal Cikgunie, hari ini merupakan hari merdeka buat mereka. Kertas Biologi 3 pada petang semalam adalah kertas terakhir yang mereka duduki. Doa Cikgunie semoga semua 455839 calon SPM 2014 akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun ini.
Wednesday, November 26, 2014
Monday, November 24, 2014
SELAMAT BERCUTI
Sesi persekolahan 2014 telah berakhir pada 20 November 2014 bagi negeri yang sesi persekolahannya Ahad hingga Khamis dan 21 November 2014 bagi sesi persekolahan Isnin hingga Jumaat. Cikgunie mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua guru dan murid sesi tahun 2014. Bagi anak-anak dan calon SPM 2014 yang masih berhempas pulas menjawab soalan peperiksaan yang masih berbaki Cikgunie doakan teruskan usaha kalian.
Sunday, November 2, 2014
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2014
Seramai lebih 455000 atau hampir 1/2 juta calon sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah swasta termasuk aliran agama akan menduduki peperiksaan SPM 2014 yang akan bermula esok. Daripada seramai 455000 calon SPM itu termasuklah anak sulung Cikgunie, Putri Dayang Nur Afifah binti Mohd Tarmizi. Putri sulung Cikgunie menggalas harapan yang terlalu berat untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM ini. Hal ini demikian, SPM merupakan sijil yang akan menentukan hala tuju seseorang murid apabila melangkah keluar dari alam persekolahan selama 13 tahun termasuk pra-sekolah. Oleh itu debaran, resah, gelisah dan pelbagai rasa lagi sedang dialami oleh semua calon termasuk anak Cikgunie dan murid-murid sekolah Cikgunie yang akan menduduki peperiksaan SPM pada esok hari. Doa dan harapan Cikgunie kepada semua calon SPM 2014 termasuk anak Cikgunie, murid Cikgunie dan pembaca blog Cikgunie akan dapat menjawab dengan tenang, khusyuk dan fokus dengan tajuk yang bakal keluar pada esok hari. Membaca banyak bahan bacaan tidak rugi. Tidak membaca apa-apa sangatlah rugi. Semasa ucapan Cikgunie dengan calon SPM sekolah Cikgunie pada tengahari tadi ialah jaga kesihatan mental, emosi dan fizikal pada setiap masa kerana jawapan yang bernas akan lahir daripada pemikiran yang cerdas. Pemikiran yang cerdas lahir daripada kesihatan yang baik. Kesihatan yang baik diperoleh melalui pemakanan yang sihat dan tidur yang cukup. Oleh itu persediaan mental sangat penting pada masa-masa terakhir persediaan menghadapi peperiksaan awam yang besar seperti SPM ini. Selain itu, sediakan peralatan menulis yang mencukupi, mintalah maaf zahir dan batin daripada ibu bapa calon sekalian, dan ringan-ringankan bibir berzikir seperti, bertasbih, bertahmid dan bertakbir dalam perjalanan ke Dewan Peperiksaan. Setelah berusaha tidak salah meminta doa kepada Allah SWT agar dipermudahkan urusan menduduki peperiksaan. Semoga usaha kita semua diberkati dan dilimpahi rahmat Allah SWT. Akhir kata daripada Cikgunie, Selamat Menjawab Semua Soalan Peperiksaan SPM dengan baik dan Semoga Mendapat Keputusan yang Cemerlang dalam SPM 2014.
Wajib Baca Contoh Karangan SPM 2014
Langkah-langkah yang dapat dilaksanakan untuk memupuk semangat patriotik
dalam kalangan generasi muda.
Semangat
patriotisme ialah semangat cinta akan negara. Perdana Menteri, Yang Amat
Berhormat Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak menyatakan bahawa
semangat patriotisme perlu dipupuk dalam diri generasi muda di negara ini
supaya rakyat di negara lain dapat menghormati dan memandang mulia kepada kita.
Tambah beliau lagi, semangat patriotisme hendaklah diterapkan dalam diri
generasi muda kita kerana budaya ini sudah menjadi sebahagian
negara.Terutamanya ,ibu bapa perlu menerapkan semangat patriotisme dalam diri anak-anak
untuk menjadikan mereka sebagai generasi muda yang cemerlang dan dibanggakan
oleh negara kerana keperibadian generasi kini akan mencerminkan keperibadian
negara ini. Banyak langkah yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak
untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri generasi masa kini.
Antara
langkah yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri
generasi muda ialah bermula dari ibu bapa. Misalnya, ibu bapa perlu sering
bercerita tentang tokoh-tokoh pejuang tanah air kepada anak-anak. Secara tidak
langsung semangat patriotik dapat diterapkan semasa anak-anak masih kecil lagi.
Ibu bapa haruslah bercerita atau membacakan cerita tentang perjuangan
tokoh-tokoh terkenal seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Tok Kenali,Datuk Bahaman
dan banyak lagi pejuang tanah air. Ibu bapa perlu mendedahkan jasa-jasa pejuang
tanah air dengan memberitahu mereka betapa sukarnya berjuang untuk membebaskan
diri daripada belenggu penjajahan. Selain itu, menceritakan peristiwa
orang-orang terdahulu hidup semasa zaman penjajahan. Apabila bercerita ibu bapa
perlu menekankan betapa pentingnya semangat patriotisme dalam diri kita. Hal
ini dapat dilihat apabila orang terdahulu mengharungi pahit maung dan bertapa
sukarnya untuk mendapatkan makanan, hidup dalam kesusahan dan kesengsaraan
serta sentiasa dizalimi oleh penjajah. Mereka akan dapat membandingkan keadaan
hidup dalam pascamerdeka.
Selain
itu, pihak sekolah perlu mengadakan lawatan ke tempat bersejarah untuk
pelajar-pelajar sekolah supaya menjadi generasi yang mempunyai semangat
patriotisme. Terdapat banyak tempat bersejarah di negara kita untuk dikunjungi.
Tempat-tempat tersebut merupakan monument yang perlu dipelihara supaya generasi
kini akan dapat melihat sendiri dan merasai kesan yang amat mendalam. Sebagai
contoh tempat bersejarah yang boleh dilawati ialah Kota A’ Famosa di Melaka.
Sambil melawat ke tempat bersejarah, guru yang mengetuai lawatan tersebut perlu
menceritakan tentang kejatuhan Melaka lalu Portugis membina Kota A’ Famosa.
Pelajar-pelajar akan dapat melihat kesan peristiwa tanah air dan dapat
menerapkan semangat cinta akan negara.pemerhatian mereka terhadap kesan-kesan
peninggalan sejarah akan melahirkan semangat juang untuk menpertahankan negara
daripada ancaman musuh. Contohnya, kunjungan ke tempat bersejarah yang lain
seperti Bandar Hilir Melaka yang akan mengingatkan mereka kepada sejarah hitam
negara ketika dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris.
Tambahan
lagi, generasi kini perlu menyertai program yang dilakukan oleh pihak kerajaan.
Contohnya remaja kini perlu menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Program
ini dipernuhi dengan aktiviti yang memupuk semangat patriotik seperti kawad
kaki dan latihan berkumpulan. Program ini juga merupakan gabungan latihan
ketenteraan dan memupuk semangat patriotik kepada mereka ke arah
cinta akan negara. Pelatih-pelatih akan dapat mempelajari nilai-nilai murni
seperti tanggungjawab, kerjasama dan hormat-menghormati. Pelatih akan bercampur
gaul dengan pelatih lain yang berbilang kaum, budaya dan agama yang berbeza.
Hal ini akan dapat memupuk semangat perpaduan yang merupakan elemen yang
penting dalam semangat patriotik seperti pepatah bersatu kita teguh, bercerai
kita roboh. Di samping itu, program ini akan dapat melahirkan generasi yang
mengetahui hal kenegaraan yang berkaitan dengan kerajaan dan kedaulatan negara.
Seterusnya,
ibu bapa perlu sering membawa anak-anak menyambut hari kemerdekaan. Ibu bapa
dan anak-anak perlu melihat atau menyertai sambutan di kawasan setempat atau
ibu bapa mengajak anak-anak menyaksikan kemeriahan kemerdekaan di televisyen.
Hai ini demikian akan dapat menjadi medium yang sangat berkesan untuk
menyermai rasa cinta akan negara dalam sanubari meraka. Di samping menyaksikan
kemeriahan kemerdekaan akan dapat mengimbas kembali nostalgia dan memori
sewaktu negara dijajah melalu nukilan puisi-puisi, sketsa, novel-novel
kemerdekaan terbit di hati meraka semangat biar patah tulang, jangan putih
mata. Ibu bapa juga perlu menerangkan kepada anak-anak nikmat menjadi anak
pascamerdeka dan bersyukur kerana diberikan keamanan dan kedamaian.
Konklusinya,
memupuk semangat patriotisme perlu dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal
ini demikian dapat melahirkan generasi yang mempunyai rasa cinta akan negara
dan menjadi individu yang berguna kepada bangsa dan juga negara. Peranan semua
pihak sangat penting untuk menerapkan semangat patriotik dalam diri generasi
muda. Contoh yang baik akan diikuti oleh orang ramai. Bak kata pepatah
bagaimana acuannya, begitulah kuihnya.
PERANAN IBU BAPA MEMUPUK SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA (SEMANGAT PATRIOTIK)
DALAM KALANGAN ANAK-ANAK
Pada era
pascaperindustrian dan globalisasi yang serba mencabar akal dan minda, Malaysia
telah menjadi sebuah negara yang sedang membangun di mata dunia selepas
kemerdekaan yang disambut pada tanggal 31 Ogos 1957. Kini, Malaysia duduk
sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara gergasi di pentas
antarabangsa. Bertitik tolak daripada itu, semangat cinta akan negara perlu ada dalam diri
setiap masyarakat bagi menghargai jasa tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang
bertungkus lumus dalam mempertahankan negara yang berdaulat ini. Oleh
itu, keluarga perlu memainkan peranan yang sangat signifikan dalam memupuk semangat
cinta akan negara dalam diri anak-anak mereka.
Pada realiti, memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu perlu mengambil
inisiatif utama dengan membawa anak-anak mereka ke tempat bersejarah seperti
muzium. Di
Malaysia, terdapat sebuah muzium iaitu Muzium Negara yang mempunyai pelbagai
khazanah orang pada zaman dahulu, pakaian istana, keris-keris yang digunakan
oleh tokoh terdahulu untuk menentang penjajah luar. Anak-anak bukan
sahaja dapat mengenali tokoh-tokoh terdahulu malah menerapkan semangat
keberanian perwira-perwira negara yang mengamalkan peribahasa biar putih
tulang, jangan putih mata dalam mempertahankan negara suatu ketika dulu.
Salah satu tempat bersejarah yang tersohor ialah Melaka yang lebih dikenali
sebagai Negeri Bersejarah. Di Melaka, ibu bapa boleh menunjukkan tempat atau
bangunan yang dibina oleh negara luar yang pernah menjajah negara kita seperti
bangunan Stadhyus. Oleh itu, bolehlah kita akui bahawa semangat cinta
akan negara dapat disemai melalui lawatan ke tempat-tempat bersejarah yang
banyak terdapat di Malaysia.
Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, langkah yang
seterusnya ialah ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Berdasarkan peribahasa, bagaimana acuan
begitulah kuihnya, ibu bapa perlu menjadi ikon kepada anak-anak dalam
menerapkan semangat cinta akan negara. Dalam konteks ini, ibu bapa tidak
sewajarnya menunjukkan etika yang bertentangan dengan semangat patriotisme itu
sendiri. Kita boleh ambil contoh perlakuan yang pernah menjadi isu suatu
ketika dahulu iaitu seorang warga Malaysia yang mempersendakan lagu Negaraku
malah ada yang berani memijak bendera Jalur Gemilang. Ibu bapa perlu
menunjukkan semangat cinta akan negara melalui kibaran Jalur Gemilang
dengan bangga untuk diteladani oleh anak-anak. Secara tidak langsung,
perbuatan ini akan menjadi ikutan kerana mana tumpahnya kuah kalau tidak ke
nasi. Dengan cara ini juga, anak-anak akan sedar betapa pentingnya
semangat patriotisme ini. Tambahan pula, ibu bapa boleh bercerita tentang
perjuangan tokoh-tokoh tanah air yang berjuang hingga titisan darah yang
terakhir demi mempertahankan negara yang tercinta daripada ancaman
penjajah. Tegasnya, peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya
perlu dijadikan azimat oleh ibu bapa untuk melentur anak-anak mereka menjadi
seorang yang mempunyai semangat patriotisme sejak kecil lagi.
Selain itu, pada masa ini ramai ibu bapa yang membimbing anak-anak
mereka dalam menguasai subjek Sejarah. Bagi segelintir pelajar, subjek Sejarah amat sukar dikuasai
kerana banyak fakta yang perlu dihafal dan diingati. Tambahan pula,
mereka tidak pernah merasai keperitan tokoh-tokoh terdahulu yang
bermati-matian memperjuangkan tanah air yang bertuah ini. Oleh itu, ibu
bapa tidak boleh memberi tekanan kepada anak-anak dengan memaksa dan memarahi
mereka jika gagal dalam subjek sejarah. Hal ini kerana, anak-anak umpama
kain putih, ibu bapalah yang perlu mencorakkannya dengan menerapkan semangat
cinta akan negara. Bertitik tolak daripada itu, ibu bapa perlu menyokong
anak-anak mereka agar mereka tidak berasa tertekan malah semangat bersemangat
dalam mempelajari subjek Sejarah. Selain itu, ibu bapa boleh menghantar
anak-anak mereka menghadiri kelas tuisyen untuk menguasai subjek Sejarah demi
meningkatkan prestasi anak dalam subjek tersebut. Rentetan itu,
penguasaan dalam subjek ini akan membibitkan rasa cinta terhadap subjek Sejarah
seterusnya melahirkan kecintaan terhadap negara.
Sebagai menggulung segala yang telah diperkataan di atas, ibu bapa perlu
memainkan peranan dalam memupuk masyarakat yang mempunyai semangat cinta akan
tanah air. Pepohon
pokok tidak akan berliuk lintuk jikalau tiada angin yang meniupnya. Oleh itu,
ibu bapa bertanggungjawab memupuk semangat cinta akan negara dalam diri
anak-anak. Sebenarnya, anak-anak merupakan tonggak utama dalam menjayakan
visi kudsi Wawasan 2020 pada masa hadapan. Kita mengakui hakikat bahawa
uslub ini perlu dilakukan dan boleh dimulakan dengan langkah-langkah yang telah
disarankan di atas. Dengan berbuat demikian, anak-anak dapat memupuk
malah menguatkan semangat cinta akan tanah air dalam diri mereka.
Nescaya, semangat patriotisme yang telah sebati dalam diri anak-anak akan dapat
melahirkan generasi muda yang mantap jati diri.
Soalan Ramalan Karangan SPM 2014
Sebagai seorang
pelajar yang bertanggungjawab jelaskan peranan anda dalam memupuk
budaya penyayang di sekolah.
Sejak tiga dekad
belakangan ini, sering didengari kenyataan yang menyebut, bahawa orang Melayu
sebagai bangsa Asia yang sangat tinggi nilai hormat dan bersopan santun. Malah
nilai itulah yang telah mengangkat imej Malaysia untuk dikenali di seantero
alam. Namun, selepas dilanda pelbagai arus perubahan dan ancaman globalisasi
yang semakin pantas, nilai-nilai murni itu semakin memupus dalam budaya dan
tradisi masyarakat Melayu. Kini dalam pola masyarakat majmuk, masyarakat
Malaysia kelihatan komplek. Tiada lagi nilai sopan santun dan hilang budaya
hormat dan berkasih sayang. Hukum sesiapa yang kuat dia menang, yang cepat dia
dapat, dan yang megah dia gagah sedikit demi sedikit membentuk pola baru
imej bangsa Malaysia pada abad milenium ini. Oleh itu, sebagai anak muda saya
perlu menghayati semula nilai-nilai murni masyarakat agar budaya hormat dapat
dinobatkan semula.
Isi-isi penting
:
Isi 1 : saya
perlu menjadi pelajar yang proaktif dalam mengamalkan akhlak yang terpuji – mempamerkan sikap dan tingkah laku yang baik –
tutur kata penuh dengan sopan-santun - disenangi rakan dan para
guru
Isi 2 : menjadi
pelajar yang mudah didekati – ular
yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya - sikap hati kuman sama dicecah
dan hati gajah sama dilapah - senang berkawan, cepat mesra, peramah dan menghormati
rakan – menjadi pelajar yang luhur budi bahasa serta patuh kerpada perintah
Tuhan
Isi 3 :
mengamalkan prinsip dan identiti diri/jati diri – mempunyai prinsip dalam hidup. - bertindak
dengan rasional dan matang - menolak ajakan daripada melakukan
perkara-perkara yang boleh merosakkan masa depan - tidak mudah terikut-ikut
dengan perangai buruk rakan – tegas dan berani kerana benar
Isi 4 : belajar
secara istiqamah – menjadi
pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, –mempunyai jadual
belajar yang terancang dan sistematik - mengikuti proses pembelajaran
dengan penuh minat dan teliti - ikhlas membantu rakan untuk sama-sama
berjaya dalam akademik
Isi 5 :
penglibatan dalam aktiviti kokurikulum – kokurikulum mampu melahirkan modal insan yang
unggul dan cemerlang - proses bergaul dengan rakan-rakan secara sihat –
menyumbang kejayaan kepada sekolah – mengangkat imej sekolah agar tersohor di
persada negara
Kesimpulan : Hidup pokok berbuah, hidup manusia berjasa ialah
ungkapan peribahasa yang mendorong seseorang itu agar beriltizam untuk
menyumbangkan khidmat dan jasa. Budaya penyayang seandainya dipupuk dan dibaja
boleh memberi natijah kepada lahirnya masyarakat yang bertanggungjawab dan
prihatin. Oleh hal yang demikian, saya sangat teruja untuk berada di
tengah-tengah khalayak bagi meuar-uarkan idea yang baik ini agar terbentuk juga
masyarakat yang berbudaya, beretika serta penyayang. Sesungguhnya, masyarakat penyayang lahir daripada nilai-nilai luhur yang dipupuk dalam sesebuah keluarga. Keluarga harmoni, masyarakat penyayang dan negara sejahtera adalah impian setiap pemimpin. Bersamalah kita sederap menghayun langkah memupuk budaya penyayang agar cita-cita pemimpin kita akan menjelma menjadi realiti menjelang 2020.
Peranan ibu bapa dalam melahirkan anak yang seimbang daripada segi rohaniah
dan jasmaniah
Galakan, dorongan dan nasihat serta tunjuk ajar daripada ibu bapa penting
dalam melahirkan anak yang seimbang daripada segi rohaniah dan jasmaniah.
Bincangkan.
Anak merupakan satu anugerah Tuhan
kepada mana-mana ibu bapa pun. Kemunculan anak dalam kehidupan berkeluarga
dianggap pemberi penyeri atau sumber inspirasi pula. Keadaan ini menyebabkan
ibu bapa perlu memberikan perhatian dan penekanan terhadap usaha mendidik anak
juga. Oleh itu, ibu bapa memang berperanan penting dalam mendidik anak mereka.
Kepentingan
peranan ibu bapa ketara kerana merekalah orang yang paling rapat dengan anak
mereka. Semua tindakan dan kelakuan ibu bapa akan menjadi
ikutan anak mereka kerana anak menjadikan ibu bapa contoh teladan mereka pula.
Kegagalan ibu bapa untuk memaparkan teladan yang baik boleh mempengaruhi sikap
anak mereka pula nanti. Pendek kata, kerapatan ibu bapa dengan anaklah yang
menjadikan peranan mendidik itu penting dilaksanakan dengan baik.
Selain
itu, ibu bapa menjadi tempat meluahkan masalah buat anak-anak.
Setiap masalah yang berlaku dalam kehidupan anak pasti akan dirujuk kepada ibu
bapa untuk mendapat panduan menyelesaikannya dan kegagalan untuk berinteraksi
dengan ibu bapa ketika inilah yang menyebabkan anak-anak terganggu kelakuannya.
Ibu bapa yang mahir ialah ibu bapa yang sedar keadaan ini lalu memberikan
pelbagai nasihat dan kata perangsang yang membantu anak mereka untuk
mengharungi zaman keremajaan mereka dengan baik. Justeru, ibu bapa penting
kerana merekalah tempat anak-anak mendapatkan panduan ketika dibelenggu
pelbagai masalah hidup.
Tambahan
pula, ibu bapa boleh menjadi individu yang memberikan kasih sayang kepada anak
mereka terutama ketika anak mereka melakukan kesilapan.
Ibu bapa yang bijak mendidik akan memaafkan kesalahan anak mereka walaupun diri
mereka berasa kecewa kerana sedar anak mereka perlu diberi peluang kali kedua.
Tindakan memaafkan kesalahan anak dengan bijak dan penuh kasih sayang ini akan
membentuk anak menjadi insan yang lebih baik sikapnya. Maka, ibu bapa penting
kerana merekalah tempat kasih sayang bermula dalam hidup remaja itu.
Namun
begitu, peranan pihak sekolah terutama guru juga penting dalam kehidupan remaja.
Pihak guru perlulah mendidik generasi muda ini dengan penuh tanggung jawab
kerana masa remaja banyak juga dihabiskan di sekolah. Semua nasihat dan
dorongan yang diberikan oleh pihak guru pasti meninggalkan kesan mendalam dalam
jiwa pelajar itu lalu membentuk peribadi yang mulia pula. Jadi, pihak sekolah
juga memikul tugas mendidik generasi muda ini bersama-sama ibu bapa.
Malah,
pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan penting dalam pembentukan akhlak
anak-anak mereka. Remaja yang berakhlak mulia pasti
memiliki rakan yang serupa juga akhlaknya. Kegagalan memilih rakan yang baik akan menyebabkan seseorang remaja itu
terjebak ke kancah negatif yang lebih buruk pada masa hadapan. Oleh itu,
anak juga hendaklah bijak memilih rakan supaya mereka tidak terjebak dalam
kegiatan yang tidak bermanfaat pula.
Kesimpulannya, ibu bapa memang berperanan penting
dalam didikan anak kerana mereka umpama lilin yang membakar diri sendiri untuk
memastikan kehidupan anak berjalan lancar. Kerjasama anak juga penting supaya
semua masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan pantas.
Anak merupakan satu tugas yang diamanahkan oleh Tuhan kepada kita semua.
Peribahasa “melentur buluh biarlah daripada rebungnya” membuktikan betapa
didikan ibu bapa ketika anak itu masih kecil amat penting lagi bermakna untuk masa
depan mereka kelak.
Huraikan peranan ibu
bapa dalam menentukan kejayaan /kecemelangan anak anak.
Pada
zaman pasca modenisasi ini, kecemerlangan pelajar sudah menjadi impian dan
harapan bagi setiap ibu bapa. Ibu bapa mana yang tidak berbangga, sekiranya
nama anak mereka tersenarai sebagai pelajar cemerlang di sesebuah sekolah.
Kejayaan mereka merupakan tonggak kemajuan negara. Pelajar yang cemerlang
merupakan aset negara yang bernilai. Jika tiada mereka, pastinya akan
mencetuskan kemunduran negara. Kecemerlangan seseorang acap kali dikaitkan
dengan peranan ibu bapa. Pastinya pepatah anak-anak ibarat kain putih, ibu
bapalah yang perlu mencorakkannya tidak menjadi sesuatu yang asing bagi kita.
Sememangnya kajian membuktikan peranan ibu bapa amat penting dalam menentukan
kejayaan anak-anak.
Tidak dapat dinafikan, didikan yang asuhan yang berterusan
sejak buaian merupakan langkah yang berkesan untuk membentuk peribadi
mulia seseorang anak. Asuhan yang ditakrifkan sebagai belaian dan kasih sayang
haruslah diterapkan sejak usia bayi lagi. Pepatah Melayu ada menyatakan,
melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Pepatah ini amat sesuai untuk
diamalkan oleh ibu bapa dalam mencorak kehidupan anak-anak. Penerapan
nilai-nilai murni pula dapat melahirkan anak-anak yang terpuji tingkah lakunya.
Selain itu, ibu bapa sewajarnya menjadi pendorong untuk
anak-anak mencapai kejayaan. Seandainya mereka mengalami kegagalan dalam pelajaran,
ibu bapa tidak boleh cepat melatah dengan memarahi anak-anak mereka.
Sebaliknya, ibu bapa wajar membisikkan kata-kata semangat untuk mereka. Seorang
cendekiawan ulung pernah mengatakan, jika seseorang itu dilahirkan untuk gagal,
dia tidak akan keluar daripada buaiannya untuk melihat dunia, justeru ibu bapa
mestilah berusaha memberi keyakinan diri kepada anak-anak. Tambahan pula, gagal
sekali bukan bererti gagal selamanya.
Di samping itu, ibu bapa perlulah sentiasa mendoakan
kejayaan anak-anak. Lebih-lebih lagi doa seseorang ibu bapa itu doa yang
dimakbulkan.Dengan berbekalkan doa ibu bapa, anak-ana akan lebih kuat
menghadapi cabaran hidup. Mereka tidak akan mudah berputus asa apabila
mengetahui adanya sikap ambil berat yang tidak putus-putus daripada ibu bapa.
Semestinya anak-anak akan dapat melakar kejayaan ke puncak menara gading dengan
keazaman yang diserapkan oleh ibu bapa.
Di samping itu, Ibu bapa perlulah memberikan sedikit
kebebasan kepada anak-anak. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu mengongkong hidup
anak-anak mereka. Ibu bapa perlu sedar bahawa anak-anak yang hidup pada zaman
serba moden ini berbeza dengan anak-anak zaman dahulu. Mungkin mereka kerap
didedahkan dengan keseronokan hidup tanpa kongkongan memandangkan teknologi
kini sudah semakin meningkat. Namun begitu, kebebasan yang diberikan bukan
bermaksud ibu bapa boleh mengambil sikap lepas tangan sahaja. Anak-anak
tetap perlu diawasi. Sebagai contoh, ibu bapa mestilah mengetahui teman rapat
anak-anak agar jika sesuatu terjadi kelak, akan ada sesiapa untuk dirujuk.
Seterusnya, Ibu bapa haruslah mengambil tahu tentang
prestasi anak-anak di sekolah. Setiap kali selepas peperiksaan, Ibu bapa sepatutnya
bertanyakan keputusan peperiksaan mereka. Ibu bapa juga haruslah mengetahui
sikap anak-anak terhadap guru. Jangan sampai mereka bersikap kurang ajar
terhadap guru. Hal ini berlaku demikian kerana, sekali hati guru tercalar,
segala ilmu yang dicurahkannya mungkin tidak dihalalkan. Allahyarham Sasterawan
Negara Usman Awang pernah mencoretkan serangkap pantun yang mengisahkan pelajar
yang gagal kerana tidak menghormati guru.
Memburu
di padang datar,
Dapat
rusa berbelang di kaki,
Berguru
kepalang ajar,
Bagai
bunga kembang tak jadi.
Intihanya,
peranan ibu bapa dalam menentukan kecemerlangan anak-anak amat penting. Berkat
asuhan dan didikan ibu bapa, pasti akan lahir pelajar cemerlang berakhlak
terpuji. Aset negara seperti Datuk Nicole Ann David, Datuk Lee Chong Wei yang
kini pemain nombor satu negara pastinya berkat pengasuhan dan didikan ibu bapa.
Ibu bapa sememangnya insan yang paling banyak mengerah keringat demi
membesarkan anak-anak. Tanpa ibu bapa, pastinya Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul
Razak tidak akan cekap mentadbirkan negara. Cendekiawan ulung seperti Tan Sri
Zetty Aziz juga tidak akan berjaya tanpa peranan cemerlang ibu bapanya.
Konklusinya, terbuktilah bahawa ibu bapa sememangnya memainkan peranan penting
dalam menentukan kejayaan anak-anak.
Peranan Ibu Bapa memastikan Kecemerlangan
Anak-anak
Anak ibarat kain putih , ibu bapalah yang insan yang
bertanggungjawab mencorakkannya. Jika merah, merahlah ia, jika biru, birulah
ia. Corak yang dihasilkan itu bakal menentukan siapakah anak-anak pada masa
hadapan, Ibu bapa sentiasa mengharapkan dan mendambakan anak-anak mereka
menjadi insan yang berguna serta berbakti terhadap orang tua. Demi mencapai
keinginan tersebut ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan hasrat
hati mereka itu terlaksana dengan jayanya. Mereka tega menghabiskan masa dan
tenaga bahkan wang ringgit demi melihat anak-anak mereka berjaya. Kebanyakan
ibu bapa menyayangi anak mereka dengan setelusnya, umpama menatang minyak yang
penuh. Namun, dengan mencurhkan kasih sayang semata-amata tidak mungkin akan
dapat menjadikan anak-anak seorang insan yang berbakti, justeru usaha-usaha
lain harus ditimbal balik dan diambil kira.
Memetik kata-kata pakar motivasi terkenal Malaysia Dr. H.M Tuah Iskandar “seribu mancis tidak dapat menerangi engkau dalam kegegalapan namun, cahaya keimanan pasti dapat menyuluh engkau ke jalan kebahagiaan”. Oleh hal yang demikian, langkah awal wajar diambil oleh ibu bapa untuk meralisasikan hasrat murni itu iaitu dengan cara menerapkan dan memberikan didikan agama yang sempurna. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud; “ suruh dan perintahlah anak-anakmu mendirikan solat sedari umurnya tujuh tahun”. Solat merupakan perkara terpenting yang perlu dipantau oleh ibu bapa. Solat dapat mendidik anak-anak untuk sentiasa melakukan perkara baik dan menjauhi perkara mungkar. Apabila anak-anak telah diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti menghormati oarng tua dan berbudi pekerti luhur, sudah pasti segala apa yang diangan-angankan oleh ibu bapa akan menjadi realiti. Insan yang berguna ialah insan yang tahu nilai diri dan estetika. Jadi apabila benteng pertahanan diri mereka sudah cukup teguh, segala apa yang dirancang pasti menjadi nyata.
Seterusnya usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan melihat anak-anak mereka berjaya itu tercapai adalah dengan bermain “tarik tali’ dengan anak-anak. Dalam usaha mendidik anak-anak ibu bapa perlu mengamalkan toleransi, perasaan kasih sayang dan bertegas dalam bicara perlu menjadi tunjang utama. Ibu bapa tidak perlu memanjakan anak-anak sehingga mereka merasakan bahawa diri seperti anak emas dalam keluarga, ibu bapa boleh menuruti rengekkan dan permintaan anak-anak. Namun, mereka harus berpada-pada, Sedikit penegasan perlu diberikan. Hal ini bertujuan mengelakkan anak-anak menjadi manja dan besar kepala. Menghukum apabila anak-anak melakukan kesalahan tidak bererti ibu bapa membanci, tetapi hal ini merupakan tanda ibu bapa menyayangianak-anak. Apabila perasaan kasih sayang dan bertegas sudah menjadi sama rata, maka tidak akan wujud sebarang kekangan. Anak-anak akan sentiasa mengawal tingkah laku dan peradaban mereka. Malah, mereka pasti akan melakukan yang terbaik demi membahagiakan diri sendiri dan ibu bapa yang tercinta. “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Perpeganglah kepada peribahasa tersebut, nescaya kesudahan yang baik akan menjadi milik kita.
“Lampu Alladdin tidak akan bersinar dengan sendiri tetapi Alladdin akan mengosoknya terlebih dahulu”. Begitulah kata-kata azimat yang ditinta oleh Alex Osborn. Hasrat ibu bapa untuk menyaksikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna tidak akan berhasil jika ibu bapa sahaja yang bertungkus lumus menggembleng tenaga. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu memberi sedikit penekanan terhadap kepentingn pendidikan dalan sanubari anak-anak. Ibu bapa perlu mengasuh anak-anak untuk memahami dan mendalami ilmu. Anak-anak pula perlulah berusaha untuk mencapai keinginan tersebut. Anak-anak umpama jentera yang memerlukan minyak pelincir bagi menlancarkan pergerakannya. Apabila minyak pelincir sudah dituang, maka akan lencarlah pergerakannya. Sehubungan dengan itu, kedua-dua belah pihak perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masnig bagi memastikan kelangsungan perjalanan hidup mereka.
Tun Dr Mahathir pernah berkata, “banyak masalah di dunia ini berpunca daripada sikap manusia yang tidak pernah berusaha memahami antara satu sama lain dan berbincang untuk melepaskan diri daripada sebarang musibah”. Oleh yang demikian langkah drastik yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna ialah dengan menyelami hati dan keinginan anak-anak. “Umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak”, ibu bapa perlu sebaik-baiknya mengetahui rasa hati anak-anak. Cara sebegini akan dapat menghindari anak-anak daripada berasa tertekan. Tertekan dalam konteks ini bermaksud bahawa anak-anak akan berasa dalam dilema sama ada menurut kemahuan diri dan menghancurkan harapan ibu bapa atau menurut kemahuan ibu bapa dan merobek hati sendiri. Kebanyakan ibu bapa mengharapkan anak-anak berusaha untuk mencapai mimpi mereka tanpa memikirkan kemampuan sebenar anak-anak. Anak-anak akan memberontak akibat desakan yang bertubi-tubi daripada ibu bapa. Nah, apabila situasi ini berlaku, lain yang diharap lain yang menjadi, bak kata pepatah, yang dikejar tidak dapat yang diikendong berciciran. Oleh itu, ibu bapa perlu memikirkan sedalam-dalamnya atas segala tindakan yang akan diambil. Setiap insan memiliki paradigma dan pandangan yang berbeza dalam menentukan hala tuju hidup mereka. Dato Dr Fadzillah Kamsah, ada menyebut “usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tidak mungkin digapai, sedangkan bumi sedia di tapak kaki”.
Selanjutnya ibu bapa haruslah memberikan sedikit ruang kepada anak-anak untuk melakukan apa yang mereka hajati, asalkan tidak menyipang dan tersasar jauh ke lembah kehancuran. Dalam memastkan anak-anak berhsil menjadi insan yang berguna, ibu bapa tidak boleh terlalu mengongkong anak-anak. Tiada paksaan dalam menuntut ilmu. Jika anak-anak tidak mampu meneruskannya, ibu bapa tidak boleh terus memaksa. Sebaliknya dorongan dan kata-kata semangat perlu diberi untuk menaikkan semula semangat membara anak-anak. Ahli Falsafah Pascal mengungkapkan “kalau kita berusaha mencapai keinginan, mulakan dengan kata-kata yang lembut kerana kata-kata yang lembut umpama air yang menyirami tanah yang tandus”. Desakan dan paksaan akan menjatuhkan anak-anak. Sebaliknya dorongan dan nasihat akan mendorong anak-anak untuk berjaya kerana “anak umpama bunga-bunga yang tumbuh di taman, yang menjadi tanah dan baja ialah ibu bapa”. Justeru mulakan dengan kelembutan dalam memastikan kejayaan menjadi hak hakiki dan azali anak-anak.
Intihanya, sudah terang lagi bersuluh, usaha untuk memastikan anak-anak mereka supaya menjadi insan berguna bukanlah mudah. Professor Beetcher pernah berkata, “anak-anak ibarat simen basah, sesiapa yang jatuh ke atasnya pasti memberi kesan”. Justeru, ibu bapa perlu berhati-hati mengambil sebarang tindakan dalam usaha melahirkan model insan yang cemerlang. Usaha yang sewajarnya perlu diambil dan segala emosi yang membungkam jauh dalam sanubari perlu ditolak ke tepi. Kepentingan setiap individu perlu diambil kira dan dipertimbangkan. Akhir kalam, pendayong sudah di tangan, perahu sudah di air, segala tindakan wajar sudah terpampang hanya yang tinggal adalah usaha untuk melaksanakannya. Jauhkan emosi untuk meningkatkan prestasi,

(Ramalan) Tajuk Wajib Baca Karangan Bahagian B SPM 2014
CARA-CARA
MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN
Dalam
mendepani era modenisasi pada abad-21 kini, dunia menyaksikan iktisad (ekonomi)negara
membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang
semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah, timbul sama
hanyut seiringan dengan negara maju lain. Namun
begitu, isu memupuk semangat kejiranan masih menjadi polemik dalam
kalangan marhaen(golongan bawahan) di
Malaysia. Dewasa ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat
kita semakin hari semakin terpinggir. Maasyarakat pada hari ini lebih
mementingkan diri sendiri dan membudayakan hidup bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing. Dari segi konsepnya
semangat kejiranan boleh ditakrifkan sebagai suatu perasaan yang harus dipupuk
oleh setiap masyarakat di Malaysia tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama
dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum demi negara yang tercinta.
Biasanya semangat kejiranan merangkumi semua lapisan masyarakat tidak kira muda
ataupun tua yang perlu kita amalkan.Menurut Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah jiran
merupakan orang yang tinggal di sekeliling kita sama ada di depan, belakang,
kiri , atau pun kanan dan merupakan orang pertama yang membantu kita ketika
kita berada dalam kesusahan. Hal ini boleh dianalogikan seperti awan yang
melindungi bumi daripada cahaya matahari. Oleh itu, langkah yang signifikan harus
diambil bagi menerapkan semangat kejiranan kepada semua lapisan masyarakat.
Cara
yang afdal untuk memupuk semangat kejiranan ialah ibu bapa perlu
menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa merupakan
guru pertama dan guru terbaik kepada anak-anak. Jika ibu bapa menunjukkan
teladan yang baik kepada anak-anak maka mereka akan mencontohi
teladan yang ditunjukkan kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Sekiranya ibu bapa menunjukkan suri teladan yang buruk kepada anak-anak maka
mereka akan menjadi anak-anak yang jahat malah lebih teruk lagi. Hal
ini boleh dianologikan seperti anak burung yang baru belajar terbang daripada
ibunya. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah mengunjungi atau menziarahi jiran
tetangga walaupun mereka berada dalam keadaan yang baik atau tidak. Selain itu,
ibu bapa haruslah tidak sombong dengan jiran dan sering bertegur-sapa agar
dapat memupuk semangat kejiranan. Kesannya, semangat kejiranan dapat dipupuk
antara jiran dalam kalangan anak-anak dan ibu bapa sekali gus dapat mewujudkan
masyrakat yang harmoni. Sekiranya cara memupuk semangat kejiranan dapat dipupuk
oleh ibu bapa maka negara dapat melahirkan generasi yang bijaksana dan
bekerjasama dalam mentadbir membangunkan negara ke arah kemajuan negara
pada masa akan datang. Tegasnya, contoh teladan yang terbaik daripada ibu bapa
mampu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan anak-anak.
Memetik
wasitah nirmala seterusnya, minhaj (cara) untuk
memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat setempat di Malaysia ialah program
rukun tetangga di kawasan perumahan mesti dihidupkan semula. Hal ini
kerana program rukun tetangga berfungsi sebagai perisai untuk mengawal
keselamatan kawasan perumahan
terutama pada malam hari. Anggotanya membabitkan semua pihak tanpa
mengira kaum kerana masing-masing bertanggungjawab menjaga keselamatan kendiri
dan keluarga. Sebagai contohnya, anggota rukun tetangga akan bergilir-gilir
bertugas meronda kawasan tanpa mengira usia, agama dan status. Secara ghalibnya (lazimnya),
senario ini akan mewujudkan jalinan hubungan yang mesra bagai
isi dengan kuku sekali gus memupuk semangat kejiranan yang
hakiki (sebenar). Menurut Tun Dr. Mahathir, jiran
yang muafakat akan membentuk masyarakat yang harmoni. Oleh itu, kita perlu mengaktifkan
program rukun tetangga bagi melahirkan semangat kejiranan yang utuh dan bersatu
padu.
Meninjau
dari skop yang lain, langkah yang seterusnya adalah dengan mengadakan
aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran
dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan
dilakukan. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong
adalah seperti membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan
untuk kenduri-kendara dan sebagainya. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka
akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus
membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat.
Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa tak
kenal maka tak cinta. Selepas mengenali hati budi antara satu sama lain
barulah benih-benih kasih sayang. Melalui cara ini, masyarakat yang penyayang
dapat dilahirkan di samping dapat menerapkan pelbagai nilai murni. Tun
Dr. Mahathir, Mantan Perdana Menteri pernah menegaskan bahawa dengan
melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerapkan
pelbagai nilai murni dalam diri. Bukan itu sahaja, kawasan kediaman
juga akan menjadi bersih dan terpelihara daripada penyakit demam denggi.
Jelaslah bahawa aktiviti gotong-royong dapat memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat.
Jika
dilihat dari perspektif yang lain, kita juga hendaklah mengadakan
majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini
dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam
kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanyakan
khabar dan bercerita tentang pengalaman masing-masing dengan lebih dekat.
Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat
berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang
disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya
Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis
rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Maka, dengan adanya
pengimplimentasian program seperti “Rumah Terbuka Kebangsaan” bagi setiap
sambutan perayaan, rakyat dapat diterapkan dengan nilai hormat-menghormati dan
sayang-menyayangi antara satu sama lain ibarat kata bidalan, “serumpun
seperti serai, seikat seperti sirih”. Hal ini dikuatkan lagi dengan kajian
dari Universiti Sains Malaysia yang menunjukkan keberhasilan penganjuran
program “Rumah Terbuka Kebangsaan” dalam mewujudkan institusi kejiranan yang
kukuh di sembilan buah kawasan perumahan di sekitar Pulau Pinang. Pendek
kata, majlis rumah terbuka mampu mengeratkan hubungan kejiranan dan memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Lontaran idea yang seterusnya ialah kita mestilah menyemarakkan budaya
kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk
dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan
menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan
kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung
ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital
kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada
mengatakan bahawaberat mata memandang berat lagi bahu memikulnya,
namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha
kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai
semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan
keperitan yang dialami oleh jiran kita. Dengan ini, kita dapat meringankan
penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Izharlah bahawa amalan
ziarah-menziarahi mampu menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat kita.
Sebagai
menggulung segala lontaran idea yang telah dinyatakan, dapatlah disimpulkan
bahawa terdapat beberapa cara yang dapat dipraktikkan untuk memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat kita. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan
diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin
menebal. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan
seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara kerana bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh. Oleh itu, kita perlu memupuk semangat
kejiranan bermula daripada sekarang. Cogan kata “Jiran
Sepakat Membawa Berkat” perlu terus diamalkan dalam kehidupan kita
sehari-hari. Golongan remaja seharusnya menyuburkan semangat kejiranan
kerana mereka merupakan pemimpin yang akan mewarnai corak pemerintahan pada
masa hadapan. Namun begitu, kita tidak seharusnya meletakkan usaha ini pada
bahu satu pihak kerana bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.
Oleh itu, semua pihak perlulah bersinergi ibarat berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing untuk menghidupkan semangat kejiranan di
negara kita. Allah berfirman yang maksudnya, “Wahai manusia,
sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu
kenal-mengenali”. Semoga Malaysia menjadi sebuah negara yang
mempunyai perpaduan yang utuh dan kukuh.
(Ramalan) Tajuk Wajib Baca Karangan SPM 2014
Soalan:
Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin longgar. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan.
Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat".Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.
Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.
Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.
Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga. Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi, atau padang sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
Sementelahan itu juga, kita harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.

Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Jadi, melalui lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita itu.
Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.
(Ramalan) Tajuk Wajib Baca Karangan SPM 2014
Assalamualaikum WBT. Salam 1 Malaysia dan Salam Perpaduan. Terlebih dahulu Cikgunie ingin mengucapkan selamat mengulangkaji pelajaran terutama Kertas Bahasa Melayu akan akan bermula pada jam 8.10 pagi 3 November 2014, iaitu kira-kira 15 jam daripada sekarang. Berikut ialah contoh-contoh tajuk karangan berserta contoh jawapan untuk dibaca oleh para calon SPM 2014 sekalian.
Kebanyakan sekolah mengadakan Kedai Koperasi. Apakah
faedah/Peranan yang boleh diperoleh daripada kedai koperasi itu?
Koperasi
merupakan salah satu jenis perniagaan. Koperasi juga merupakan sebuah
syarikat usahasama yang terdiri daripada beberapa individu yang memegang saham
di dalam syarikat tersebut. Koperasi sekolah ditubuhkan untuk memberikan
kemudahan kepada murid-murid mempelajari selok-belok perniagaan. Sejak dua tiga
dekad belakangan ini kita dapat menyaksikan peranan koperasi kepada warga
sekolah. Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana
menggalakkan penubuhan koperasi dalam kawasan sekolah. Koperasi Sekolah
merupakan perniagaan yang dibangunkan oleh pihak sekolah yang terdiri daripada
guru dan murid. Oleh itu, terdapat beberapa faedah yang mewarnai fokus
perbincangan demi kebaikan bersama.
Umum
mengetahui bahawa koperasi memberi faedah kepada warga sekolah kerana koperasi
membantu memudahkan murid memperoleh barangan keperluan sekolah. Malah, harga
yang dikenakan lebih murah dan berpatutan daripada harga di pasaran. Secara
logiknya, murid-murid hanya membuang masa sahaja jika mereka pergi ke pasar
raya semata-mata hendak membeli sebatang pen. Dengan penubuhan koperasi
di sekolahi, secara tidak langsung pelajar tidak akan membuang masa dan tidak
akan membazir wang dengan mengunjungi pasar raya atau kedai serbaneka semata-mata
untuk membeli peralatan sekolah. Tidak tumbuh tidak melata, tidak sungguh orang
tidak mengata. Justeru, penubuhan koperasi di sekolah-sekolah banyak membantu
murid-murid dan guru-guru sekolah membeli peralatan menulis tanpa membuang masa
dan tenaga.
Selain
itu, kita dapat menyaksikan betapa banyak kebaikan dapat diperoleh melalui
penubuhan koperasi seperti pengalaman baru untuk murid dalam perniagaan. Secara
tidak langsung, penglibatan murid dalam koperasi adalah merupakan proses
pembelajaran di luar bilik darjah. Perkara yang dipelajari di dalam kelas
seperti subjek prinsip akaun dan matematik dapat dipraktikkan ketika
murid-murid mencari pengalaman berniaga daripada penglibatan mereka dalam
koperasi.sebagai contoh, murid-murid dalam beklajar cara menguruskan Akaun
Tunai, membuat Kunci Kira-kira dan Timbang Duga apabila menutup akaun bagi
setiap tahun. Pengalaman tersebut juga membantu memudahkan murid-murid
yang ingin menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan dan menjadikan bidang tersebut sebagai
kerjaya pada masa hadapan bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh koperasi sekolah dapat membantu
memberi pengalaman berniaga kepada murid-murid sekolah.
Seterusnya,
penubuhan koperasi juga memberi faedah untuk menjana pendapatan sekolah dengan
membantu menambah sumber kewangan sekolah. Keuntungan diperoleh pihak koperasi
berpunca daripada pembelian barangan koperasi oleh murid-murid, guru-guru dan
warga sekolah. Oleh hal yang demikian, sebahagian keuntungan akan diberi kepada
pihak sekolah supaya kewangan sekolah meningkat memandangkan koperasi merupakan
kepunyaan sekolah. Di samping itu, kebanyakan koperasi juga dengan ikhlas
memberi sumbangan untuk sekolah demi kemudahan murid-murid dan guru-guru.
Misalnya, kemudahan bersolat di surau setiap sekolah dan menambah prasarana
sesebuah sekolah merupakan sumbangan ikhlas daripada koperasi sekolah tersebut.
Oleh itu, pendapatan dan keuntungan sesebuah koperasi dapat membantu meringankan
beban sekolah dalam menyediakan kemudahan untuk guru dan para pelajarnya.
Realitinya, tidak dapat dinafikan bahawa penubuhan koperasi
membawa semangat muhibah dalam kalangan guru dan murid. Buktinya,
penglibatan murid-murid memudahkan guru-guru untuk menguruskan koperasi. Jika
tiada kesepakatan, pengurusan koperasi tidak akan berjalan dengan lancar. Di
samping itu, murid-murid juga dapat menimba ilmu daripada guru. Sebagai contoh,
ilmu mengenai selok-belok perniagaan berkoperasi. Hubungan silaturahim antara
guru dan murid juga akan terjalin dengan baiknya. Kerjasama mereka dalam
pengurusan koperasi diibaratkan seperti aur dengan tebing. Justeru, pengurusan
koperasi dapat mewujudkan jalinan dan jaringan antara pengurusan sekolah dengan
pembekal barangan koperasi di sekolah.
Intihanya,
penubuhan koperasi oleh pihak sekolah yang telah lama berkembang di Malaysia
seperti cendawan tumbuh selepas hujan memberi banyak faedah kepada warga
sekolah termasuk guru dan murid. Dengan demikian, semua warga sekolah perlulah
bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kebaikan yang diperoleh akan
berterusan serta menambah baik tahap koperasi kepada yang lebih tinggi.
Sekiranya semua pihak bekerjasama, nescaya impak positif penubuhan koperasi
akan berkekalan dalam jangka masa yang lama. Jelaslah, peranan warga sekolah
menaik taraf koperasi adalah sama penting dengan peranan koperasi terhadap
warga sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)