Photobucket

Thursday, January 26, 2017

FROG VLE

1Bestarinet
1Bestarinet ialah laman web untuk syarikat Frog VLE bagi kegunaan guru dalam sesuatu aktiviti.

Monday, January 23, 2017

TETAMU ALLAH DUYUFURRAHMAN

Alhamdulillah, tahun 2016 menjadi titik tolak dalam hidup Cikgunie. Dijemput menjadi tetamu Agung pada musim haji yang lepas banyak memberi keinsafan dalam hidup Cikgunie. Saat nak bertolak Cikgunie tak sempat nak minta maaf daripada pembaca blog Cikgunie yang mungkin sepanjang 7 tahun menulis di sini banyak hati2 yang terluka kerana terasa dengan ayat-ayat tak berlapik Cikgunie. Syukur Cikgunie masih diberi kesempatan untuk meminta maaf kepada pembaca blog sekalian bahawa Cikgunie tidak sempurna dan pastinya banyak kesilapan yang Cikgunie lakukan. Maafkan diri ini andai sepanjang berbicara di sini ada hati-hati yang terasa.

Mengimbau pengalaman menjejakkan kaki ke Bumi Anbia, terasa betapa beruntungnya Cikgunie dilahirkan dan dibesarkan sebagai umat Islam. Namun pengorbanan besar Nabi Muhammad SAW dalam menyampai dan menyebarkan agama Islam bukan boleh dinilai dengan wang ringgit dan harta benda. Nyawa yang menjadi taruhannya. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Pengalaman mengerjakan ibadat dan rukun haji pada tahun 2016 sangat bernilai. Sesungguhnya Cikgunie adalah orang-orang yang bertuah dan terpilih daripada kalangan umat Islam di Malaysia untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima. Syukur Alhamdulillah. 

Tuesday, January 10, 2017

Ciri-Ciri Guru Abad 21

1.  Menguasai subjek diajar.
2.  Mahir dan berketrampilan dalam pedagogi.
3.  Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka.
4.  Memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology).
5.  Memiliki kemahiran Kaunseling.
6.  Menggunakan teknologi terkini.

Wednesday, January 4, 2017

Rindu dan Kenangan

Rindu ialah satu perasaan yang dianugerahkan Allah SWT kepada setiap insan.

Kita akan merindui insan yang tidak pernah kita temui. Contohnya Rasulullah SAW.
Sebagai manusia biasa perasaan rindu akan terbit saat kita dibuai kenangan. 
Kenangan biasanya akan disulami rasa rindu.
Namun kenangan pahit tidak pernah akan menggamit kerinduan.
Cuma kenangan manis yang pernah tercipta akan menimbulkan bibit-bibit rindu.
Setiap kali kenangan manis menjelma akan terbitlah bunga-bunga kerinduan terhadap insan-insan yang pernah mencipta kenangan manis bersama kita. 
Kadang-kadang rasa rindu kita simpan dalam hati. Ada yang malu dan ada yang ego untuk meluahkannya.
Apabila rasa rindu diluahkan kita akan menitipkan pesanan ringkas atau kiriman salam melalui teman sebagai tanda ingatan kita terhadap insan yang kita rindui.
TETAPI.....
Tahukah kita bahawa perasaan RINDU  itu akan terlerai saat kita bertemu insan yang kita rindui...

Tuesday, January 3, 2017

Kenderaan 2016 D-MAX Isuzu

Alhamdulillah. Allah bagi rezeki lebih. Cikgunie dapat hadiah kereta pick up daripada suami. Kereta tahan lasak untuk semua jenis permukaan jalan. tegap dan selamat ketika memandu di jalan raya. Cikgunie tak pernah terfikir untuk memiliki kenderaan seperti ini. Memandangkan jarak perjalanan Cikgunie ke sekolah sejauh 35 kilometer melalui jalan yang tidak rata dan bertampal di sana-sini, suami Cikgunie menghadiahkan kenderaan ini kepada Cikgunie sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke 20 pada April lalu. D-MAX jimat minyak dan tahan lasak serta mempunyai ciri-ciri yang menawan serta garang jika di lihat dari hadapan. 

SELAMAT TAHUN BARU 2017
















Selamat tinggal 2016. Selamat datang 2017. Alhamdulillah bertemu lagi kita tahun 2017 ini.
Syukur kepada Allah SWT yang telah memanjangkan usia kita.
Apa azam tahun 2017?
Apa maksud azam?
Azam ialah KPI (Key Performance Indicator) kita, iaitu apa yang kita nak capai dalam hidup.
Setiap tahun kita memperbaharui azam seperti memperbaharui lesen memandu.
Seperti tahun sebelumnya Cikgunie berazam nak jadi lebih baik daripada tahun sebelumnya. 
Insya Allah. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidup dan semua urusan Cikgunie. 
Cepatnya waktu berlalu. Tahun 2016 paling sibuk untuk insan bernama Rusni binti Ahmad. Kursus haji dan mengerjakan ibadat haji, iaitu Rukun Islam Kelima. Sempurna sudah Cikgunie sebagai orang Islam. Lepas tu Cikgunie menjemput YB Dato Seri Mahdzir Khalid sebagai perasmi Hari Anugerah Cemerlang Sekolah SMK Mahang pada 6 November 2016 berjalan lancar. Syukur atas nikmat Allah. Pejam celik rupanya dah masuk tahun kedua Cikgunie menjadi Pengetua SMK Mahang. GURU ARKITEK BANGSA. Semoga tahun 2017 membawa sinar kebahagiaan kepada semua pembaca blog cikgunie.blogspot.com. Sama-sama kita perbaharui azam kita. Akhir kata, selamat kembali ke sekolah.