Rindu ialah satu perasaan yang dianugerahkan Allah SWT kepada setiap insan.
Kita akan merindui insan yang tidak pernah kita temui. Contohnya Rasulullah SAW.
Sebagai manusia biasa perasaan rindu akan terbit saat kita dibuai kenangan.
Kenangan biasanya akan disulami rasa rindu.
Namun kenangan pahit tidak pernah akan menggamit kerinduan.
Cuma kenangan manis yang pernah tercipta akan menimbulkan bibit-bibit rindu.
Setiap kali kenangan manis menjelma akan terbitlah bunga-bunga kerinduan terhadap insan-insan yang pernah mencipta kenangan manis bersama kita.
Kadang-kadang rasa rindu kita simpan dalam hati. Ada yang malu dan ada yang ego untuk meluahkannya.
Apabila rasa rindu diluahkan kita akan menitipkan pesanan ringkas atau kiriman salam melalui teman sebagai tanda ingatan kita terhadap insan yang kita rindui.
TETAPI.....
Tahukah kita bahawa perasaan RINDU itu akan terlerai saat kita bertemu insan yang kita rindui...
No comments:
Post a Comment