Photobucket

Monday, January 23, 2017

TETAMU ALLAH DUYUFURRAHMAN

Alhamdulillah, tahun 2016 menjadi titik tolak dalam hidup Cikgunie. Dijemput menjadi tetamu Agung pada musim haji yang lepas banyak memberi keinsafan dalam hidup Cikgunie. Saat nak bertolak Cikgunie tak sempat nak minta maaf daripada pembaca blog Cikgunie yang mungkin sepanjang 7 tahun menulis di sini banyak hati2 yang terluka kerana terasa dengan ayat-ayat tak berlapik Cikgunie. Syukur Cikgunie masih diberi kesempatan untuk meminta maaf kepada pembaca blog sekalian bahawa Cikgunie tidak sempurna dan pastinya banyak kesilapan yang Cikgunie lakukan. Maafkan diri ini andai sepanjang berbicara di sini ada hati-hati yang terasa.

Mengimbau pengalaman menjejakkan kaki ke Bumi Anbia, terasa betapa beruntungnya Cikgunie dilahirkan dan dibesarkan sebagai umat Islam. Namun pengorbanan besar Nabi Muhammad SAW dalam menyampai dan menyebarkan agama Islam bukan boleh dinilai dengan wang ringgit dan harta benda. Nyawa yang menjadi taruhannya. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Pengalaman mengerjakan ibadat dan rukun haji pada tahun 2016 sangat bernilai. Sesungguhnya Cikgunie adalah orang-orang yang bertuah dan terpilih daripada kalangan umat Islam di Malaysia untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima. Syukur Alhamdulillah. 

No comments:

Post a Comment