Photobucket

Thursday, February 24, 2011

Peribahasa Sama Maksud

Maksud
Perpaduan dan semangat kerjasama yang erat dalam kalangan masyarakat.

  1. Bagai Aur Dengan Tebing
  2. Pisang Sesikat Gulai Sebelanga
  3. Ke Bukit Sama Didaki Ke Lurah Sama Dituruni

SAJAK TINGKATAN 4

Antologi Harga Remaja

Sajak Harga Remaja karya Rahman Shaari

Bagi penyajak harga sebuah remaja sangat mahal. Hal ini adalah kerana semasa remaja seseorang itu akan mengalami dugaan dan cabaran dalam hidup. Remaja yang tidak dapat mengawal diri akan mudah terjebak dalam gejala sosial seperti percintaan, pergaulan bebas dan sebagainya. Apabila mengalami kekecewaan, seseorang remaja cenderung melakukan perkara yang boleh merosakkan diri sendiri. Justeru, remaja yang mempunyai semangat juang dan jati diri yang kental akan dapat menangani segala cabaran dan dugaan yang mendatang. Penyajak amat berharap agar semua remaja memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan dan mempunyai wawasan yang hendak ditujui.

  Sajak Di Perpustakaan karya Shafie Abu Bakar

Maksud
Penyajak membayangkan suasana yang dialami semasa berada dalam perpustakaan. Karya-karya tokoh termasyhur lagi terkenal dan himpunan buku-buku lama dan baru tersusun kemas dan rapi dalam ruang di perpustakaan. Suasana dalam perpustakaan pula sangat hening, sunyi, sepi dan dingin sekali sesuai utnutk menelaah buku-buku yang dibaca. Pengunjung perpustakaan pula khusyuk dan berteleku menatap setiap halaman dan bab-bab yang terdapat dalam bahan-bahan bacaan. Penyajak merasakan dirinya terlalu kerdil apabila melihat betapa banyaknya buku-buku dalam pelbagai bidang dan ilmu pengetahuan yang ditulis oleh penulis-penulis zaman dahulu hingga sekarang. Warisan ilmu dan kajian-kajian tokoh terkenal dalam bidang masing-masing seperti matematik, sains kejuruteraan, perubatan dan lain-lain terkumpul dalam gedung ilmu yang dipanggil perpustakaan. Walaupun berkali-kali penyajak mengunjungi perpustakaan, namun penyajak tidak dapat mengutip semua ilmu yang terdapat di dalam perpustakaan.

Wednesday, February 23, 2011

PUISI MODEN TINGKATAN 5

Antologi Dirgahayu Bahasaku
DIRGAHAYA BAHASAKU OLEH AHMAD SARJU

Maksud Sajak
Penyajak meletakkan bahasa di tempat yang tertinggi dalam masyarakat kerana bahasa itu maruah kepada sesuatu bangsa. Bahasa perlu dipelihara dan dijaga martabat dan kedudukannya dalam pertuturan masyarakat seharian. Para pejuang bahasa zaman sebelum merdeka telah memperjuangkan bahasa Melayu sehingga ia menjadi bahasa rasmi kebangsaan pada hari ini. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan pedagang timur dan barat pada suatu ketika dahulu di Selat Melaka. Pada hari ini bahasa Melayu telah mula mendapat tempat di beberapa Negara kerana keindahan dan kesantunan bahasa Melayu itu sendiri. Penyajak berbangga kerana bahasa dan bangsa Melayu bergerak sederap untuk menempa kejayaan pada alaf baru ini.

KECEK – (V) OLEH AWANG ABDULLAH
Maksud Sajak
(1)
Penyajak melahirkan kekecewaannya kerana seorang pengarah yang berjawatan besar telah menggunakan pengaruh dan kuasanya memerah keringat orang bawahannya demi kekayaaan dirinya. Pengarah itu juga menjadi kaya kerana telah pecah amanah atau makan rasuah.
(2)
Kehidupan seorang petani miskin di kampung-kampung pula adalah kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Walaupun miskin petani itu tidak pernah memikirkan untuk menjadi kaya dengan jalan yang mudah. Walaupun susah petani miskin di kampung menanggung penderitaan tanpa menyusahkan orang lain.
(3)
Kehidupan seorang nelayan miskin pula tetap bertarung dengan ombak dan laut demi sesuap nasi dan seteguk air kepada anak-anaknya yang kelaparan di rumah. Namun nelayan itu tidak pernah terfikir untuk menumpang kesenangan orang lain walaupun bertahun-tahun dirinya hidup dalam kepayahan.
(4)
Ingatlah bahawa Tuhan pula tidak pernah terlupa mencatat dosa dan pahala setiap makhluk di muka bumi ini walaupun sebesar zarah. Amalan baik dan buruk setiap manusia di dunia ini akan dihitung di hari akhirat kelak.

 BANGKITLAH OLEH REJAB F.I
Maksud Sajak
Penyajak menyeru agar anak-anak yang sedang nyenyak tidur bangun untuk menyambut terbitnya matahari pagi dan melihat burung-burung yang bebas berterbangan di udara dalam cuaca yang indah. Penyajak membandingkan hasil bumi yang makmur dengan bahan mentah akan habis diambil oleh bangsa lain yang sedang mengintai peluang. Oleh itu, penyajak menyeru semua anak bangsa bangun merebut peluang di bumi tercinta ini dengan bekerja di pelbagai sektor untuk memajukan diri. Penyajak tidak mahu hasil bumi ini dijarah oleh bangsa lain dan orang Melayu hanya melihat sahaja. Penyajak berharap anak-anak bangsa mempunyai pekerjaan dan mempunyai pendapatan yang banyak untuk menampung kehidupan seterusnya. Sebelum terlewat, anak-anak muda perlu memikul tanggungjawab merebut peluang pekerjaan yang ada.

PASAR PERASAAN OLEH T.ALIAS TALIB
Maksud Sajak
Penyajak membandingkan manusia yang hidup di dunia ini mempunyai pelbagai perasaan. Ada yang mempunyai perasaan sentimental dan dicurahkan segala emosinya kepada pendengar yang setia mendengarnya. Ada orang yang suka memaki hamun orang lain tanpa berfikir dahulu sebelum berkata-kata. Ada juga manusia yang mempertikaikan kata-kata pemimpin tetapi tidak mempunytai ilmu yang kukuh untuk menyokongnya. Selain itu, ada manusia yang suka berbual-bual kosong tanpa ada faedahnya di keda-kedai kopi. Oleh itu, dalam setiap tindakan kita perlu berfikir baik dan buruk sebelum mengeluarkan kata-kata kerana orang yang panas baran akan mengeluarkan perkataan yang bukan-bukan semasa dalam keadaan marah. Penyajak mendapati perasaan manusia yang berbagai-bagai itu ada yang bijaksana dan ada yang cetek ilmunya. Orang yang emosional  gagal mengawal emosi lalu jadilah orang itu seperti orang yang hilang akal.

DI BAWAH LANGIT YANG SAMA OLEH  LIM SWEE TIN
Maksud Sajak
Penyajak menyatakan semua manusia daripada pelbagai Negara sama ada Negara berperang atau Negara yang aman damai hidup di bawah langit yang sama. Manusia juga menyedut dan bernafas di bawah langit yang sama. Oleh itu tidak ada perbezaan jika kita menetap di Beirut atau Kuala Lumpur mahupun Negara-negara yang lain. Walaupun begitu, penyajak menyukai gerimis di Kota London dan kedinginan cuaca di banda raya Washington. Namun pepohon yang tumbuh walau di Negara mana pun tetap berbunga dan menghijau daunnya. Semua manusia tidak ada bezanya walaupun mendiami Negara beriklim sejuk, sederhana atau panas terik dan kawasan sahara. Harapan penyajak ialah mengunjungi Negara mempunyai iklim yang pelbagai dan cuaca yang berbeza untuk merasai pengalaman baru. Penyajak mahu menyedarkan masyarakat bahawa walau di mana kita berada, destinasi kita tetap sama kerana kita hidup di bawah langit yang sama. Yang memisahkan setiap manusia ialah peta dan sempadan Negara. Apabila kita ingin melalui sempadan Negara lain kita perlu mempamerkan visa dan passport sebagai pengenalan diri dan Negara asal kita. Ada Negara yang menutup sempadan negaranya kerana desakan Negara lain. Oleh itu penyajak berharap agar tiada pemimpin di dunia ini yang menutup pintu sempadan negaranya kepada Negara jirannya. Justeru kita perlu membuang dan mengikis perasaan benci kita terhadap orang lain demi kesejahteraan bersama.


Monday, February 21, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah/2011 Masihi


terpaksa jinjing kasut....
pertama kali SM St. Anthony mengikuti perarakan Maulidur Rasul..

SIRAH RASULULLAH S.A.W
Nabi Muhammad s.a.w telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 570M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf daripada keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur daripada Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Kronologi perkembangan Islam dan perjalanan hidup Rasululullah s.a.w...

  • 570M- Nabi Muhammad dilahirkan.
  • 610M- Nabi Muhammad menerima wahyu pertama di Gua Hira'.
  • 615M- Orang Muslim didera oleh puak Quraish. Hijrah pertama ke Habsyah.
  • 616M- Saidina Hamzah dan Saidina Umar memeluk Islam. Hijrah kedua ke Habsyah.
  • 619M- Khadijah (isteri nabi) dan Abu Talib (bapa saudara nabi) meninggal dunia.
  • 619M-Melawat Taif. Peristiwa Isra dan Mi'raj berlaku.
  • 621M- Baiat Aqabah 1 (Perjanjian Aqabah 1)
  • 622M- Baiat Aqabah 2. (Perjanjian Aqabah 2) Hijrah ke Madinah. Daulah Islamiah dibina.
  • 624M- Perang Badar.
  • 625M- Perang Uhud.
  • 627M- Perang Ahzab.
  • 628M- Perjanjian Hudaibiyah.
  • 629M- Perang Khaibar dan dalam menentang tentera Rom Byzantine,
  • Baginda menghantar tentera Islam dalam Perang Mu'tah.
  • 630M- Pembukaan Makkah. Perang Hunain.
  • 631M- Perang Tabuk.
  • 632M- Kewafatan Nabi Muhammad Perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah.

Peribahasa Popular 2011

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan


Setiap kali menonton televisyen sama ada siaran berbayar atau RTM, peribahasa yang sering meluncur keluar dari bibir pembaca berita, pengacara rancangan televisyen atau pelakon drama berbahasa Melayu  ialah "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan."


Maksud peribahasa popular ini ialah "sekiranya kita mempunyai kemahuan atau keinginan melakukan sesuatu pekerjaan pasti kita akan mencapai kejayaan."

Sambutan Hari Wilayah 2011






Sempena sambutan Hari Wilayah ke 27 tahun, minggu ini pelbagai acara dan aktiviti telah diadakan di Dataran Labuan. Pada malam ini sedang berlangsung acara Pertandingan Tarian Rakyat yang disertai oleh pelbagai agensi dan jabatan dari Putrajaya, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan sendiri. Sekolah Menengah St. Anthony juga menyertai pertandingan tarian rakyat ini. Tahniah atas semangat juang para penari SM St. Anthony. Selamat bertanding buat Martina Soliano, Jed Javier, Jason, Herlizah Harun, Christopher dan adik Nur Dianah Ker, adik Khasnizah dan adik Shafik...Hadiahkan  cikgu kemenangan.

Friday, February 18, 2011

BAHASA MELAYU KERTAS 2

 SOALAN 3 : PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TATABAHASA

3 (a)       BINA AYAT
i.                     Ayat Penyata
ii.                   Ayat Perintah
iii.                  Ayat Tanya
iv.                 Ayat Seruan

3 (b)       RAGAM DAN JENIS AYAT

i.                     Ayat Majmuk
ii.                   Ayat Aktif
iii.                  Ayat Pasif
iv.                 Ayat Songsang
v.         Ayat Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

3 (c)       KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN
i.                     Kata  yang mempunyai vokal e dan i (contoh : bilek/bilik, awit/awet)
ii.                   Kata  yang mempunyai vokal u dan o (surung/sorong, perabut/perabot)
iii.                  Kata  yang mempunyai konsonan j dan g (teknoloji/teknologi, agenda/ajenda)
iv.                 Kata  yang mempunyai konsonan y dan h (dahsyat/dahshat, syahwat/shahwat)

3 (d)       KESALAHAN BAHASA DAN TATABAHASA
i.                     Penggunaan perkataan yang mempunyai imbuhan awalan dan kata sendi di-/ke-
ii.                   Penggunaan imbuhan pinjaman (awalan : tata/eka/dwi/pro/anti/ultra)
iii.                  Penggunaan kata tugas kerana/sebab/jika/oleh dalam ayat
iv.                 Penggunaan perkataan berimbuhan “meng- dan kan” bagi perkataan yang bermula dengan huruf (p,s,k,t) dan perkataan yang berakhir dengan huruf “k”

3 (e)       PERIBAHASA
I.                    Bina ayat dengan peribahasa/simpulan bahasa
II.                  Menyatakan maksud peribahasa
III.                Menyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat
IV.                Memberikan peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa diberi

 Latihan Pengukuhan
Kenalpasti kesalahan ejaan dan imbuhan dalam setiap ayat di bawah.

  • 1.       Gulungan imigran di negara kita masih beramalan budaya yang dibawa dari negara asal mereka.
  • 2.       Berapa orang pelajar telah dihantar ke hospital pagi tadi kerana mengalami batok yang teruk.
  • 3.       Penggunaan teknoloji yang semakin canggih dalam dunia tanpa sempadan telah diberi kesan negatif kepada remaja.
  • 4.       Penuntun pertunjukkan teater itu menangis kerana tidak dapat menahankan kesedihan apabila watak utama meninggal dunia.
  • 5.       Tunjang kekuatan sesebuah negara ialah perpaduan dan ideoloji yang mendokong oleh rakyatnya.
  • 6.       Semua barang milek mangsa kemalangan jalan raya itu menyerahkan kepada pihak polis.
  • 7.       Sungai di belakang kawasan perumahan itu semakin cetik kerana telah mengalami proses hakisan dan mendapan.
  • 8.       Perlakuan pelek rakan sekelas kami telah timbulkan pelbagai spekulasi.
  • 9.       Ibu sentiasa berdoa semuga keselamatan anak-anaknya terpelihara dan terlindung Allah sentiasa.
  • 10.   Emak memasak kari kepala ikan menggunakan periok tanah yang baru beli ayah.
  • 11.   Ibu bapa pelajar Malaysia di Mesir lahirkan kebimbangan tentang naseb anak-anak mereka yang terperangkap dalam rusuhan antikerajaan di sana.
  • 12.   Para peserta pertandingan bola jaring perlu mendapat rihat yang cukupnya.
  • 13.   Pelbagai anika juadah menghidangkan dalam majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri.
  • 14.   Berderet kedai perabut musnah dalam kebakaran di pekan Papar semalam.
  • 15.   Beberapa orang pelajar terdapat kopon makan percuma di sebuah restoran makanan segera di Kota Kinabalu.
  • 16.   Ajenda mesyuarat itu terpaksa berubah kerana belanjawan tidak mencukupi.
  • 17.   Semua calun pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri perlu mengisi borang mengisytiharkan harta.
  • 18.   Setiap pihak perlu jujor dan berkerjasama membanteras penyeludupan dadah yang semakin meningkat di negara kita.
  • 19.   Para pelajar mengingatkan agar selalu hurmat-menghurmati orang yang lebih tua daripada mereka.
  • 20.   Sultan dan Raja-raja Melayu ialah payong kedaulatan dan perpaduan sesebuah negara yang merdeka dan mendaulat seperti Malaysia. 









Sunday, February 13, 2011

PEMBENTUKAN KATA

Aspek Pembentukan Kata
Kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami
proses penggandaan dan perangkaian. Proses pembentukan kata menghasilkan
bentuk-bentuk kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda.
Yang berikut ialah contoh-contoh perkataan mengikut kategori.

Kata Tunggal

Kata
Tunggal
Satu Suku
Kata

1. KV
2. VK
3. KVK
4. KKVK
5. KVKK
6. KKKV
7. KKKVK
mi, ru
am, oh
caj, sang
stor, pruf, dril, gred
teks, bank, volt, seks, golf
skru
skrip, spring; ku (aku), tu (itu)




Kata
Tunggal
Dua Suku
Kata

1. V+KV
2. V+VK
3. V+KVK
4. VK+KV
5. VK+KVK
6. KV+V
7. KV+VK
8. KV+KV
9. KV+KVK
10. KVK+KV
11. VK+KVK
aku, uda, apa
aib, air, ais
adik, emas, ubat
undi, impi, angka
ambil, umpan, angkat
dua, doa, tua, sua, dia, gua
jauh, tuah, buah, luah
jala, pasu, buku
kapal, telur, sikat
lampu, binti, tunggu 
bangsal, bintang, sandar







Kata
Tunggal
Tiga Suku
Kata

1. KV+V+KV
2. KV+V+KVK
3. V+KV+V
4. KV+KV+V
5. KVK+KV+V
6. KV+KV+VK
7. KVK+KV+VK
8. V+KV+KV
9. V+KV+KVK
10. VK+KV+KV
11. KV+KV+KV
12. KVK+KV+KV
13. VK+KV+VK
14. V+KV+VK
15. KV+KV+KVK
16. KVK+KV+KVK
17. KV+KVK+KV
18. KVK+KVK+KV
19. KV+KVK+KVK
cuaca, suara, tuala, siapa
biawak, siasat
usia, urea, idea
semua, mulia, benua
tempua, mentua
keruan, seluar
berlian
utara, utama, irama
ijazah, amanah, amaran
indera, asrama, antara
keliru, budaya, teruna
menteri, bendera, kemboja
ilmiah, ikhtiar
akaun, elaun, ideal
belukar
matlamat, cendawan
belanja, setanggi, kerengga
sempurna
selumbar, kelongsong, belimbing
* gugus konsonan kh dan ng dianggap
  sebagai satu  bunyi.



Kata
Tunggal
Empat
Suku
Kata dan
Lebih

1. KV+KV+VK+KV
2. KV+KVK+KV+ KV
3. KVK+KV+KV+KV
4. KVK+KV+V+KV
5. KV+KV+KV+KV
6. KV+KKV+KV+KVK
7.KVK+KV+KV+KVK 8.KVKK+KVK+KV+KV
9.KV+KV+V+KVK
10.V+KV+KVK+KV+KV 11.KVK+KV+KV+KV+KVK 12.KV+KV+KV+KV+KV+KV
keluarga, biduanda, keluangsa
sederhana, peristiwa, sayembara
laksamana, sandiwara, sangkakala
sentiasa
bidadari, serigala, samudera
musyawarah, perajurit, hulubalang
sentimeter
singgahsana
nasional, mesyuarat
universiti
cenderawasih, kosmopolitan
maharajalela

Kata
Tunggal –
Akronim






Gabungan Beberapa
Huruf Awal

ABIM  : Angkatan Belia Islam
             Malaysia
IKIM  : Institut Kefahaman Islam
            Malaysia
ADUN : Ahli Dewan Undangan
             Negeri
Gabungan Suku Kata
dengan Huruf Awal/
Suku Kata dengan
Suku Kata

Mara    : Majlis Amanah Rakyat
Perkim: Pertubuhan Kebajikan
              Islam Malaysia
Bernama: Berita Nasional Malaysia
Perkeso:Pertubuhan Keselamatan
                Sosial

Gabungan Suku
Kata dengan
Suku Kata
tabika: taman bimbingan kanak-
             kanak
pawagam: panggung wayang
                  gambar
cerpen: cerita pendek
glokal: global dan lokal

PEMBENTUKAN KATA

        Aspek Pembentukan Kata:  Kata Terbitan (Pengimbuhan)







Kata
Terbitan
Berawalan

Awalan Kata Nama
pe-     (pelari, perakus, penyapu)
pem-  (pembawa, pembuat, pemveto)
pen-   (pendatang, pencari, penjual)
peng- (penggali, pengkhianat, pengukur)
penge- (pengebom, pengetin, pengelap)
pel-    (pelajar)
per-    (perasap, perbara, pertapa)
pe-     (pesara, pekedai, petani)
ke-     (ketua, kelipat, kekasih)
juru-   (juruukur, juruwang, juruterbang)
maha- (mahasiswa, mahaguru, maharaja)
tata-   (tatabuku, tatabahasa, tatacara)
pra-    (prasejarah, prakata, prasangka)
sub-   (subteks, subsistem, substandard)
supra- (suprakelas, supranasional, suprasegmental)
eka-    (ekabahasa, ekawarna, ekapaksi)
dwi-    (dwibahasa, dwifungsi, dwiambang)




Kata
Terbitan
Berawalan

Awalan Kata Kerja
me-       (melawan, menyikat,  merasa)
mem-    (membawa, memveto, memfitnah)
men-     (mendaki, mencadang, mentadbir)
meng-   (menggali, mengikut, mengajar)
menge-  (mengecat, mengekod, mengetut)
memper- (memperisteri, memperhamba, memperluas)
ber-       (berjalan, berganti, berserta)
be-        (beraja, berasa, berupa)
bel-       (belajar)
ter-        (terjebak, terbentuk, terjelus)
di-         (diatur, ditimbang, disusun)
diper-    (diperisteri, dipercepat, diperoleh)



Kata
Terbitan
Berakhiran


Akhiran Kata Nama
-an        (pakaian, jahitan, mainan)
-wan     (sasterawan, angkasawan, usahawan)
-man     (budiman, seniman)
-wati      (seniwati, olahragawati)
-isme     (nasionalisme, sosialisme, komunisme)
-in          (hadirin, muslimin)
-at          (muslimat)
-ah         (ustazah, sultanah)
Kata
Terbitan
Berakhiran
Akhiran Kata Kerja:
-kan       (buatkan, gunakan, besarkan)
-i            (turuti, duduki, berkati)



Kata
Terbitan
Berapitan


Apitan Kata Nama:
pe-…-an     (pelaksanaan, perasaan, penyiaran, pesisiran,
                    peperangan, pekarangan)
pem-...-an    (pembuatan, pembinaan, pemfitnahan)
pen-...-an     (pentakrifan, pendapatan, pencarian)
peng-...-an   (penggunaan, pengkhayalan, pengairan)
penge-...-an (pengehadan, pengesahan, pengesyoran)
per-...-an      (persalinan, perkuburan, permainan)
pel-…-an      (pelajaran)
ke-…-an       (kelainan, kelebihan, kedukaan)







Kata
Terbitan
Berapitan

Apitan Kata Kerja:
me-…-kan      (memainkan, melukakan, menakutkan)
men-…-kan    (mendermakan, mentakrifkan, menzahirkan)
mem-...-kan    (membaharukan, membaikkan, memvariasikan)
meng-...-kan   (menggunakan, mengkhayalkan, menghiraukan)
menge-…-kan (mengepinkan, mengecamkan, mengetinkan)
ber-...-kan      (beralaskan, berlaukkan, berbajukan)
ber-...-an        (berlanjutan, bermaafan, berjauhan)
di-…-kan        (dibiarkan, digunakan, dipisahkan)
me-...-i           (melalui, memasuki, menyedari)
men-...-i         (mencurigai, menciumi, menziarahi)
mem-…-i        (membaharui, membohongi, mempercayai)
meng-…-i       (menganggotai, menggauli, mengekori)
di-...-i              (didekati, dimulai, diadili)
diper-…-kan   (diperdengarkan, diperlihatkan, diperbahaskan)
memper-...-kan (memperdengarkan, memperlihatkan,
                          memperjuangkan)
memper-...-i   (memperingati, mempercayai, memperkawani,
                       mempersuami, memperisteri)
ke-...-an         (kehujanan, kehausan, kepanasan)
Kata Terbitan
Berapitan
Apitan Kata Adjektif:
ke-…-an        (keinggerisan, keakraban, kecinaan)


Kata Terbitan
Bersisipan

Sisipan Kata Nama:
-el-    (kelengkeng, telunjuk, kelabut)
-er-   (keruping, seruling, serabut)

Sisipan Kata Adjektif:
-el-    (kelebak, selerak, gelembung)
-er-   (gerodak, kerelip)
-em-  (gemilang, semerbak, gemerlap)
-in-    (sinambung)
-el-    (jelajah, gelegak)

        Aspek Pembentukan Kata: Kata Majmuk (Rangkaian Kata)


Kata Majmuk
Bebas
gambar rajah, alat tulis, biru laut, air hujan, jalan raya,
nasi minyak, terima kasih, luar biasa, merah muda, bandar
raya, tengah hari, jam tangan, meja tulis, asam pedas,
kapal terbang, kuning langsat; Perdana Menteri,
Duta Besar, Ketua Menteri, Naib Canselor,
Angkasawan Negara, Profesor Madya, Ketua
Setiausaha Negara


Kata Majmuk
Istilah Khusus
muat turun, garis pusat, lut sinar, cakera padat,
telefon dail terus, lesung sendi, kanta tangan,
segi tiga, cari gali, reka bentuk, hak milik, pita suara,
darah panas, kertas kerja, batu kapur, atur cara,
urus setia, siar raya, inap desa, daftar masuk,

Kata
Majmuk Kiasan/
Simpulan Bahasa

anak emas, berat mulut, buah tangan, buah hati,
duit kopi, makan angin, pilih kasih, bulan madu,
manis mulut, tumbuk rusuk, kaki ayam, kaki bola

Kata
Majmuk yang
Mantap

antarabangsa, suruhanjaya, tandatangan, matahari,
kerjasama, pesuruhjaya, bumiputera, beritahu, kakitangan,
jawatankuasa, sukarela, setiausaha, olahraga,
warganegara, tanggungjawab


Kata Majmuk
Jamak






Gandaan Kata Pertama
alat-alat tulis, guru-guru besar, kapal-kapal terbang,
suku-suku kata, jirim-jirim organik, gambar-gambar rajah,
garis-garis pusat, model-model linear, Menteri-Menteri
Besar, Ketua-Ketua Eksekutif, Naib-Naib Canselor,
Timbalan-Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Pengarah

Penanda Jamak
semua Ketua Setiausaha, sekumpulan guru penolong
kanan, Persatuan Bekas Perajurit, Gabungan Pelajar
Melayu Semenanjung, Persidangan Pengetua,
Mesyuarat Staf Akademik, kalangan guru, para
pemakalah (pembentang kertas kerja), Pertubuhan
Bangsa Bersatu, sebahagian gambar rajah, barisan
pemimpin negara, Muktamar Agung, senarai nama





Kata Majmuk
Terbitan

Awalan: dicampur aduk, mengambil alih, dikenal pasti,
berlitar selari

Akhiran: daya serapan, ditemu bual, kemas kinikan,
mengatur cara, kenal pastikan, susun aturkan, beransur
maju, campur adukkan

Apitan: mencampuradukkan,pengambilalihan,
 pengenalpastian, pengaturcaraan, pengemaskinian
    
        Aspek Pembentukan Kata: Kata Ganda

Kata Ganda
Penuh
Tunggal

rama-rama, kupu-kupu, cantik-cantik, elok-elok, kalau-kalau,
jangan-jangan, pulau-pulau, rumah-rumah, budak-budak,
tadika-tadika, buku-buku, sekolah-sekolah, cerpen-cerpen





Kata Ganda
Penuh
Berimbuhan

Awalan: pemimpin-pemimpin, pembesar-pembesar,
pelatih-pelatih, kekasih-kekasih, ketua-ketua,
pekedai-pekedai, peruncit-peruncit, pengguna-pengguna

Akhiran: amalan-amalan, dapatan-dapatan, jualan-jualan,
 ajaran-ajaran

Apitan:persatuan-persatuan,permainan-permainan, 
 kementerian-kementerian, pertandingan-pertandingan
Kata Ganda Separa
Tunggal

lelaki, pepohon, gegelang, tetikus, sesiku, lelayang


Kata Ganda Separa
Berimbuhan








Kata Ganda Separa
Berimbuhan


Kata Kerja
berlari-lari, berkata-kata, berbisik-bisik, tersenyum-senyum,
teresak-esak, tercengang-cengang, ditanya-tanya,
dirisik-risik,dimarah-marah,mencari-cari, meronta-ronta,
merayu-rayu, cari-mencari, bantu-membantu,
Kata Adjektif: sepandai-pandai, sebaik-baik, setinggi-tinggi

Akhiran Kata Nama: sayur-sayuran, kenang-kenangan,
orang-orangan

Akhiran Kata Kerja: risik-risikan, doa-doakan,
tanya-tanyakan, amat-amati, pukul-pukuli, siram-sirami

Akhiran Kata Adjektif: jadi-jadian, rindu-rinduan,
mati-matian

Apitan Kata Kerja: bersalam-salaman, berkasih-kasihan, bertikam-tikaman, mendewa-dewakan, memburuk-
burukkan, meninggi-ninggikan, mengawas-awasi,
mengulang-ulangi, membohong-bohongi, diagung-
agungkan, dimanja-dimanjakan, ditonjol-tonjolkan,
dibayang-bayangi, dimarah-marahi, dihalus-halusi

Apitan Kata Adjektif: kebodoh-bodohan, kekuning-
kuningan, kebarat-baratan



Kata Ganda
Berentak
Pengulangan vokal
Kata Nama: lauk-pauk, kuih-muih, sayur-mayur
Kata Kerja: cerai-berai, gotong-royong, tungkus-lumus
Kata Adjektif: hiruk-pikuk

Pengulangan Konsonan
Kata Nama: batu-batan, gunung-ganang, suku-sakat
Kata Kerja: dolak-dalik, huyung-hayang, mundar-mandir
Kata Adjektif: gelap-gelita, kontang-kanting, kucar-kacir

Bebas
Kata Nama: anak-pinak, saudara-mara, ipar-lamai
Kata Kerja: ulang-alik, bolak-balik,
Kata Adjektif: lintang-pukang, lemah-longlai, simpang-siur

Kata Ganda
Semu
*semu menurut Kamus Dewan ialah keadaan bukan yang sebenarnya, tidak sesungguhnya, situasi yang pura-pura.
Contoh: kanak-kanak, kupu-kupu, biri-biri, labah-labah,
kura-kura,  kunang-kunang, kelip-kelip