DIRGAHAYA BAHASAKU OLEH AHMAD SARJU
Maksud Sajak
Penyajak meletakkan bahasa di tempat yang tertinggi dalam masyarakat kerana bahasa itu maruah kepada sesuatu bangsa. Bahasa perlu dipelihara dan dijaga martabat dan kedudukannya dalam pertuturan masyarakat seharian. Para pejuang bahasa zaman sebelum merdeka telah memperjuangkan bahasa Melayu sehingga ia menjadi bahasa rasmi kebangsaan pada hari ini. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan pedagang timur dan barat pada suatu ketika dahulu di Selat Melaka. Pada hari ini bahasa Melayu telah mula mendapat tempat di beberapa Negara kerana keindahan dan kesantunan bahasa Melayu itu sendiri. Penyajak berbangga kerana bahasa dan bangsa Melayu bergerak sederap untuk menempa kejayaan pada alaf baru ini.
KECEK – (V) OLEH AWANG ABDULLAH
Maksud Sajak
Maksud Sajak
(1)
Penyajak melahirkan kekecewaannya kerana seorang pengarah yang berjawatan besar telah menggunakan pengaruh dan kuasanya memerah keringat orang bawahannya demi kekayaaan dirinya. Pengarah itu juga menjadi kaya kerana telah pecah amanah atau makan rasuah.
(2)
Kehidupan seorang petani miskin di kampung-kampung pula adalah kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Walaupun miskin petani itu tidak pernah memikirkan untuk menjadi kaya dengan jalan yang mudah. Walaupun susah petani miskin di kampung menanggung penderitaan tanpa menyusahkan orang lain.
(3)
Kehidupan seorang nelayan miskin pula tetap bertarung dengan ombak dan laut demi sesuap nasi dan seteguk air kepada anak-anaknya yang kelaparan di rumah. Namun nelayan itu tidak pernah terfikir untuk menumpang kesenangan orang lain walaupun bertahun-tahun dirinya hidup dalam kepayahan.
(4)
Ingatlah bahawa Tuhan pula tidak pernah terlupa mencatat dosa dan pahala setiap makhluk di muka bumi ini walaupun sebesar zarah. Amalan baik dan buruk setiap manusia di dunia ini akan dihitung di hari akhirat kelak.
Maksud Sajak
Penyajak menyeru agar anak-anak yang sedang nyenyak tidur bangun untuk menyambut terbitnya matahari pagi dan melihat burung-burung yang bebas berterbangan di udara dalam cuaca yang indah. Penyajak membandingkan hasil bumi yang makmur dengan bahan mentah akan habis diambil oleh bangsa lain yang sedang mengintai peluang. Oleh itu, penyajak menyeru semua anak bangsa bangun merebut peluang di bumi tercinta ini dengan bekerja di pelbagai sektor untuk memajukan diri. Penyajak tidak mahu hasil bumi ini dijarah oleh bangsa lain dan orang Melayu hanya melihat sahaja. Penyajak berharap anak-anak bangsa mempunyai pekerjaan dan mempunyai pendapatan yang banyak untuk menampung kehidupan seterusnya. Sebelum terlewat, anak-anak muda perlu memikul tanggungjawab merebut peluang pekerjaan yang ada.
PASAR PERASAAN OLEH T.ALIAS TALIB
Maksud Sajak
Maksud Sajak
Penyajak membandingkan manusia yang hidup di dunia ini mempunyai pelbagai perasaan. Ada yang mempunyai perasaan sentimental dan dicurahkan segala emosinya kepada pendengar yang setia mendengarnya. Ada orang yang suka memaki hamun orang lain tanpa berfikir dahulu sebelum berkata-kata. Ada juga manusia yang mempertikaikan kata-kata pemimpin tetapi tidak mempunytai ilmu yang kukuh untuk menyokongnya. Selain itu, ada manusia yang suka berbual-bual kosong tanpa ada faedahnya di keda-kedai kopi. Oleh itu, dalam setiap tindakan kita perlu berfikir baik dan buruk sebelum mengeluarkan kata-kata kerana orang yang panas baran akan mengeluarkan perkataan yang bukan-bukan semasa dalam keadaan marah. Penyajak mendapati perasaan manusia yang berbagai-bagai itu ada yang bijaksana dan ada yang cetek ilmunya. Orang yang emosional gagal mengawal emosi lalu jadilah orang itu seperti orang yang hilang akal.
DI BAWAH LANGIT YANG SAMA OLEH LIM SWEE TIN
Maksud Sajak
Penyajak menyatakan semua manusia daripada pelbagai Negara sama ada Negara berperang atau Negara yang aman damai hidup di bawah langit yang sama. Manusia juga menyedut dan bernafas di bawah langit yang sama. Oleh itu tidak ada perbezaan jika kita menetap di Beirut atau Kuala Lumpur mahupun Negara-negara yang lain. Walaupun begitu, penyajak menyukai gerimis di Kota London dan kedinginan cuaca di banda raya Washington. Namun pepohon yang tumbuh walau di Negara mana pun tetap berbunga dan menghijau daunnya. Semua manusia tidak ada bezanya walaupun mendiami Negara beriklim sejuk, sederhana atau panas terik dan kawasan sahara. Harapan penyajak ialah mengunjungi Negara mempunyai iklim yang pelbagai dan cuaca yang berbeza untuk merasai pengalaman baru. Penyajak mahu menyedarkan masyarakat bahawa walau di mana kita berada, destinasi kita tetap sama kerana kita hidup di bawah langit yang sama. Yang memisahkan setiap manusia ialah peta dan sempadan Negara. Apabila kita ingin melalui sempadan Negara lain kita perlu mempamerkan visa dan passport sebagai pengenalan diri dan Negara asal kita. Ada Negara yang menutup sempadan negaranya kerana desakan Negara lain. Oleh itu penyajak berharap agar tiada pemimpin di dunia ini yang menutup pintu sempadan negaranya kepada Negara jirannya. Justeru kita perlu membuang dan mengikis perasaan benci kita terhadap orang lain demi kesejahteraan bersama.
No comments:
Post a Comment