Photobucket

Tuesday, August 23, 2011

JENIS KATA TUGAS


Menurut Nik Safiah Karim et. al. (2008) kesemua kata tugas dapat dibahagikan kepada empat kelompok besar berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, iaitu:
·         Kata penyambung ayat (kata hubung)
·         Kata praklausa (kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat)
·         Kata prafrasa dan pascafrasa (kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah, dan kata bilangan)
·         Kata pascakata (kata penekan dan kata pembenda)
Latihan
Tandakan (√) pada ayat yang betul.
1.
Sepak takraw adalah sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukma yang akan datang.

2.
Beliau ialah orang yang pertama membiakkan ikan baka baharu.

3.
Kaum wanita adalah elemen terpenting dalam pembangunan negara.

4.
Negara kita kini memiliki warga yang sejumlah besarnya adalah berpendidikan sekurang-kurangnya pada peringkat menengah.

5.
Institut itu adalah merupakan sebuah institut penyelidikan.

6.
Kursus ini adalah untuk menerangkan konsep tatabahasa.

7.
Pilihan raya ialah detik bersejarah yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat.

8.
Kenyataan itu ialah benar.

9.
Dunia ini ialah fana.

10.
Keputusan panel hakim adalah muktamad.

11.
Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti selama seminggu.

12.
Adalah diumumkan bahawa peperiksaan ulangan akan diadakan pada minggu hadapan.

13.
Adalah diharapkan bahawa masalah perparitan dapat diatasi dengan kadar yang segera.

14.
Adalah dengan ini diberitahu bahawa pihak institut akan menjalani proses pengauditan selama seminggu.

15.
Hal inilah di antara hal yang mesti difahami oleh semua pelajar.

16.
Kita melihat pertentangan di antara pihak di seberang dengan pihak kita berhubung dengan isu kemasukan pekerja asing.

17.
Kini banyak di antara mereka telah mempelajari ilmu bantu.

18.
Perkara ini di antara persoalan penting yang harus diketahui umum.

19.
Di antara penerbitan yang berkualiti dengan penerbitan yang sebaliknya perlu kita bezakan.

20.
Tambak Johor terletak antara Johor Bahru dengan Singapura.

21.
Di antara Johor Bahru dengan Singapura, banyak perbezaannya.

22.
Lif itu terhenti  antara tingkat dua dengan tingkat tiga.

23.
Di antara tingkat dua dengan tingkat tiga, tingkat tiga lebih teratur pejabatnya.

24.
Amelia duduk antara Halijah dengan Hasnah.

25.
Banyak persamaan di antara Ab. Rahim dengan Mohamad.

26.
Kedai baharu itu terletak antara pasar raya A dengan pasar raya B.

27.
Yang manakah lebih awal dibina di antara pangsapuri A dengan pangsapuri B.

28.
Perdebatan itu berlangsung di antara pihak kerajaan dengan pihak pembangkang.

29.
Di antara pihak penyokong kerajaan dengan pihak penyokong pembangkang, banyak perbezaannya.

30.
Hubungan politik, ekonomi, dan kebudayaan wujud di antara wilayah-wilayah ini.

31.
Di antara lagu persembahan artis baharu itu ialah lagu Separuh Jiwaku Pergi.

32.
Di antara jurnal yang diterbitkan oleh universiti itu ialah Jurnal Psikologi dan Jurnal Kemanusiaan.

33.
Antara nama yang disebut dalam pertuduhan itu ialah nama seorang tokoh korporat.

34.
Blog adalah di antara sumber tidak rasmi yang perlu diteliti kebenarannya.


No comments:

Post a Comment