Photobucket

Saturday, August 20, 2011

Persiapan Menyambut Raya....

WAJIB ADA....
Setiap tahun apabila tibanya bulan Ramadan, pasti umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan Idul Fitri atau Hari Raya Aidil Fitri. Sambutan Hari Raya Aidil Fitri atau Hari Raya Puasa ini disambut mengikut budaya sesuatu tempat. Namun masyarakat Malaysia berbeza dengan masyarakat lain di dunia ini apabila menyambut Hari Raya Puasa. Kalau tiada mercun, golongan kanak-kanak beraya ibarat tanpa kaki dan tangan. Tidak ceria langsung. Golongan remaja pula, jika tidak bergaya dengan baju baru, kasut baru, motor baru atau kereta baru memang tidak lengkap sambutan Hari Raya Puasa mereka. Golongan tua pula, jika sambut raya tanpa anak cucu, akan menangis hibalah mereka. Kaum bapa pula jika sambut raya kalau tidak habis duit dalam poket kerana mengikut kehendak anak-anak dan isteri, maka bukan bapa namanya. Berbeza dengan kaum ibu yang menyambut Hari Raya Puasa di negara kita. Semua mesti baru. Langsir baru, kerusi meja baru, perabot baru, barang elektrik baru, pinggan mangkuk baru dan yang paling kaum bapa pening kepala ialah barang kemas baru. Kalau ada semua itu, barulah lengkap sambutan hari raya bagi kaum ibu. Kalau tiada semua itu, kaum bapa terpaksa tahan telinga mendengar leteran kaum ibu dari pagi sampai malam bahkan hingga selepas raya. Begitulah adanya sambutan raya di negara kita.

No comments:

Post a Comment