Photobucket

Thursday, February 28, 2013

Latihan Rumusan Karangan SPM 2013


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara memanfaatkan masa lapang oleh murid-murid sekolah dan halangan murid-murid memanfaatkan masa lapang merekaPanjangnya rumusan tersebut hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Biasanya selepas murid-murid menghadapi peperiksaan awam seperti Peperiksaan UPSR, dan Penilaian Menengah Rendah, masa murid-murid  masih banyak di sekolah. Masa yang panjang ini perlu diisi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah dan bukannya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Oleh kerana murid-murid yang mengambil peperiksaan ini masih berada di sekolah selepas peperiksaan, pihak sekolah mestilah mengadakan pelbagai program termasuk lawatan ke tempat-tempat bersejarah. Selain itu, pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti ceramah serta perkhemahan untuk memberi faedah kepada murid-murid agar tidak ponteng sekolah. Contohnya menerusi Persatuan Sejarah, murid-murid akan mendapat pendedahan tentang sejarah Malaysia dan  budaya    sesuatu tempat yang mereka lawati.

Pihak sekolah juga boleh mengadakan pelbagai pertandingan yang menawarkan hadiah yang menarik seperti pertandingan membaca, bahas, kuiz, berbalas pantun dan sebagainya. Dalam hal ini, pihak sekolah memstilah memastikan bahawa murid-murid yang telah selesai menghadapi pepriksaan awam tidak akan ponteng sekolah dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah. Guru-guru pula mestilah memainkan peranan dengan memberikan penekanan kepada murid-murid tentang matlamat mereka berada di sekolah bukan hanya untuk lulus peperiksaan sahaja tetapi juga untuk mempelajari pelbagai ilmu lain. Langkah yang boleh dilakukan oleh guru ialah membuat pelbagai aktiviti yang melibatkan murid seperti membuat mural di dinding sekolah dan mencantikkan bilik darjah.

Pertandingan sukan antara sekolah juga boleh diadakan untuk memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang kepentingan sukan. Selain itu Program 1 Murid 1 Sukan dapat diterapkan dengan lebih berkesan dalam diri setiap murid.  Semangat kesukanan dapat diterapkan dalam diri murid-murid agar mereka memahami erti kekalahan dan kemenangan yang diperoleh semasa pertandingan. Walaupun demikian, aktiviti selepas peperiksaan tidak hanya dibebankan kepada pihak sekolah sahaja. Sebaliknya ibu bapa dan masyarakat perlu juga melibatkan diri untuk membantu pihak sekolah dengan melaporkan aktiviti yang tidak berfaedah oleh murid-murid sekolah kepada pihak sekolah.

Oleh itu, ibu bapa tidak boleh lepas tangan, tetapi mereka perlu memainkan peranan untuk memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dalam gejala negatif selepas tamat peperiksaan. Ibu bapa perlulah memantau dan memerhati pergerakan anak-anak agar sentiasa berada di sekolah dengan sentiasa menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui keadaan anak-anak mereka. Ibu bapa juga boleh meluangkan masa datang ke sekolah untuk melihat sendiri aktiviti anak-anak mereka selepas peperiksaan. Kerjasama semua pihak dapat menghindarkan murid-murid melakukan gejala tidak sihat selepas peperiksaan.

(Dipetik dan diubah suai daripada ”Manfaat Masa Lepas Peperiksaan” oleh M. Jasni Majed, Harian Metro, Oktober 2010)  

Monday, February 25, 2013

Menulis Karangan Respons Terbuka Dimensi Keluarga


Soalan SPM 2010 (Dimensi Keluarga)
Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. 

Situasi seperti di atas seharusnya tidak berlaku dalam sesebuah masyarakat. 
Jelaskan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa.

Isu keruntuhan institusi keluarga semakin hangat menjadi bual bicara semua peringkat rakyat Malaysia sama ada dalam bilik berhawa dingin atau di warung-warung kopi di tepi jalan. Ia bukanlah sesuatu yang tabu untuk dibicarakan di khalayak terutama dalam media arus perdana tidak kira berstatus quo atau tidak. Walaupun berbagai-bagai prakarsa telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengekalkan keharmonian keluarga, namun hal ini seolah-olah tiada nokhtahnya. Adakah peranan yang dimainkan oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak cukup bersepadu untuk membawa paradigma baru ke dalam institusi kekeluargaan? Adakah peranan yang digerakkan oleh institusi keluarga dalam memacu keluarga mereka di bawah payung keharmonian gagal. Hal ini mungkin berpunca daripada kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak menjadi insan yang bertanggungjawab kerana kesibukan mengejar duniawi semata-mata. Mutiara kata ada menyebut hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Oleh itu prakarsa mendidik anak-anak menjadi insan yang bertanggungjawab hendaklah dimulakan dari sekarang kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan.

Kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak akan melahirkan anak-anak yang tidak bertanggungjawab terhadap agama, bangsa, negara dan keluarga itu sendiri. Oleh itu, ibu bapa perlu menjadi role model kepada anak-anak agar anak-anak menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Apabila anak-anak menjadi insan yang berguna, maka anak-anak dapat membahagiakan ibu bapa mereka  dengan memberikan kejayaan dan kecemerlangan kepada ibu bapa mereka. Saban tahun setiap kali keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan pasti ada yang berduka dan bergembira. Insan yang bergelar ibu bapa pasti akan mengalirkan air mata kegembiraan apabila melihat keputusan cemerlang yang diraih oleh anak-anak mereka. Sudah pastinya terselit seribu kepuasan dalam diri ibu bapa kerana keperitan dan penderitaan mendidik dan membesarkan anak-anak telah terbalas dengan kejayaan anak-anak mereka. Oleh itu, anak-anak hendaklah belajar bersungguh-sungguh dan membesar mengikut acuan yang telah dibentuk oleh ibu bapa mereka. Mutiara kata ada menyebut usaha tangga kejayaan. Jadi usaha yang gigih tanpa mengenal erti putus asa akan membuahkan kejayaan yang manis untuk dikecapi bersama keluarga. Kegigihan anak-anak belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan akan dapat direalisasikan sekiranya mereka berjaya menangkis segala ancaman yang masuk ke tingkap globalisasi kehidupan mereka. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran merupakan tanggungjawab anak-anak untuk memberikan kebahagiaan berganda kepada ibu bapa.

Anak-anak yang dilahirkan ibarat sehelai kain putih. Maka terpulanglah kepada setiap ibu bapa untuk mencorakkannya. Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Oleh itu didikan ibu bapa akan melahirkan anak-anak yang mengikut corak didikan ibu bapanya. Jika cantik coraknya, maka baiklah akhlak anak-anak. Anak-anak yang mempunyai akhlak dan budi pekerti mulia akan memberikan kebahagiaan kepada orang tua mereka apabila mereka dewasa kelak. Mutiara kata yang berbunyi Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara adalah contoh anak-anak yang berbakti kepada ibu bapa akan menggalas tanggungjawab menjaga keamanan negara akan memacu ke arah kebahagiaan keluarga. Selama bertahun-tahun anak-anak dididik dengan kebanyakan ibu bapa yang mengamalkan konsep melentur buluh biarlah dari rebungnya akan menyejukkan hati ibu bapa apabila dewasa nanti anak-anak yang dipelihara mereka mempunyai keperibadian yang unggul. Oleh itu, anak-anak seharusnya berusaha menjaga akhlak dan budi pekerti mereka walau di man mereka berada kerana menjaga imej dan maruah keluarga adalah tanggungjawab anak-anak.

Mutiara kata pepatah Melayu lama menyebut Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing sering berlegar-legar dan bermain-main di segenap minda kehidupan harian rakyat Malaysia. Jadi, dalam mempraktikkan hal ini, anak-anak hendaklah mengaplikasikan sikap ringan tulang dengan membantu ibu bapa menguruskan kerja-kerja rumah. Perkara ini bukan sahaja memudahkan urusan ibu bapa mereka malah dapat mengeratkan hubungan ukhwah kekeluargaan yang tersimpul rapi. Dalam menyingkap hal ini, konsep muafakat membawa berkat boleh diamalkan oleh ibu bapa dan anak-anak dengan saling membantu ibu bapa di rumah. Bermula daripada aktiviti melakukan kerja-kerja rumah, rumah bukan sahaja cantik malah dapat menghindari diri daripada segala wabak penyakit akibat tidak mengutamakan kebersihan persekitaran. Ibarat bulan sangkap empat belas, beban yang digalas oleh ibu bapa akan menjadi ringan malah mampu melestarikan warna-warni kebahagiaan dan keharmonian keluarga tersebut. Senario ini sekali gus mengurangkan jurang perpecahan sesebuah institusi keluarga seperti statistik sahih yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada tahun 2007 hingga 2008 yang menunjukkan bahawa satu daripada sepuluh pasangan di Malaysia bercerai setiap hari. Tuntasnya, memang benarlah bahawa peranan anak-anak dalam membantu meringankan beban ibu bapa mereka menguruskan kerja-kerja rumah amat signifikan untuk mewujudkan kebahagiaan dalam sesebuah keluarga terutamanya anak-anak yang meningkat dewasa.

Prakarsa lain yang boleh dilakukan untuk membahagiakan ibu bapa adalah mendengar nasihat mereka. Bagi menghuraikan perspektif ini, semua orang dapat menyaksikan bahawa hampir saban hari ada sahaja kes-kes yang membabitkan ibu bapa dan anak-anak menghiasi muka depan akhbar arus perdana di Malaysia sama ada kes mencederakan ibu bapa atau pergaduhan antara anak dengan kedua-dua ibu bapa mereka serta paling tragis menempatkan ibu bapa yang tua dan uzur di rumah-rumah kebajikan. Cuba kita renungkan kembali peristiwa yang berlaku pada 27 Oktober 2010 di akhbar Harian Metro bertajuk, ‘Trajedi pilu 9 anak membuang ibu mereka yang sudah tua’. Wajarkah 9 orang anak bertindak sedemikian rupa? Pastinya peristiwa dan tragedi hitam ini tidak akan berlaku jika seorang anak tidak mengamalkan peribahasa seperti kacang lupakan kulit dan mendengar nasihat. Anak-anak yang mendengar nasihat sudah pasti akan menjaga kebajikan ibu bapa mereka terutama ketika umur senja mereka. Janganlah anak-anak membiarkan nasihat ibu bapa mereka umpama mencurah air ke daun keladi kerana segala nasihat itu tidak lebih untuk kebahagiaan anak-anak itu juga. Deduksinya, memang izharlah bahawa jika seseorang anak mendengar nasihat ibu bapa maka perkara inilah yang menjadi kunci kebahagiaan kepada ibu bapa mereka.

Mendoakan kesejahteraan ibu bapa juga adalah antara prakarsa yang boleh dilakukan untuk membahagiakan ibu bapa. Dalam menghayati hal ini, boleh dilihat dari dua perspektif yang berbeza. Perspektif pertama, mendoakan kesejahteraan ibu bapa ketika mereka masih hidup dan yang keduanya, mendoakan kesejahteraan mereka setelah mereka meninggal dunia. Oleh hal yang demikian, seseorang anak hendaklah menjadikan doa sebagai budaya yang sinonim dengan diri mereka. Bagi merealisasikan hal ini, kekerapan berdoa kepada ibu bapa hendaklah dilakukan sebagai aktiviti rutin selepas solat kerana alah bisa tegal biasa. Tidak mustahil rasanya langkah ini dipraktikkan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jadi, anak-anak hendaklah mendoakan kesejahteraan, keselamatan, kesihatan dan kemurahan rezeki untuk pihak ibu bapa mereka. Hal ini bukan sahaja bakal memudahkan urusan ibu bapa mereka di akhirat kelak malah akan membawa kebahagiaan di dunia lagi. Bagi merungkai kehidupan selepas mati, ibu bapa pastinya berasa bahagia dan tenang apabila berada di alam barzakh berkat doa seorang anak yang soleh. Konklusinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa doa merupakan senjata yang penting dan utama untuk membahagiakan ibu bapa.

Tuntasnya, benih yang baik jika dicampak ke langit menjadi kejora, jika dicampak ke laut menjadi pulau, jika dicampak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke dasar laut menjadi mutiara.  Anak-anak yang dididik dengan ilmu agama dan dilentur sejak kecil akan membesar menjadi insan yang bisa membahagiakan ibu bapa di dunia dan di akhirat. Seterusnya, anak-anak akan menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang akan bersama-sama berganding bahu, melangkah sederap dengan pihak kerajaan dalam menjalankan tranformasi besar-besaran untuk memastikan keluarga sakinah dapat dilahirkan. Tepuk dada tanya selera kerana tanggungjawab menjaga ibu bapa bermula seawal usia kanak-kanak itu dilahirkan kerana cara didikan akan membentuk peribadi seseorang individu.

                                     

Friday, February 22, 2013

Latihan Rumusan Karangan SPM 2013~~


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing dan implikasinya terhadap negara. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Jumlah pekerja asing di negara kita telah melebihi dua juta orang. Kebanyakan daripada mereka adalah pendatang asing yang datang dari negara jiran seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Filipina. Tumpuan mereka adalah dalam sektor pembinaan, perindustrian, perladangan dan pembantu rumah. Sebab utama mereka bertumpu ke negara kita adalah untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding di negara asal mereka.
Selain itu, matlamat utama mereka bertumpu ke Malaysia adalah disebabkan banyak pekerjaan di sini memberi pendapatan yang tinggi. Golongan ini mampu memperoleh pendapatan sehingga ribuan ringgit sebulan. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya akan dikirimkan kepada keluarga di negara asal mereka. Selain itu, keadaan negara  yang aman dan makmur, telah menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Hal ini amat berbeza sekali dengan keadaan di negara asal mereka seperti Indonesia, Bangladesh dan Filipina yang kerap berlaku pergolakan politik dan peperangan. Justeru, walaupun banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk mengekang kebanjiran pendatang asing ini, namun jumlah mereka semakin bertambah.
Kebanjiran penatang asing di negara kita turut disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap buruh asing dari luar negeri oleh majikan di Malaysia. Hal ini kerana pendatang asing sanggup menerima upah yang lebih rendah berbanding dengan buruh tempatan. Keadaan ini ditambah pula oleh sikap pekerja tempatan yang lebih gemar memilih pekerjaan dengan gaji yang tinggi. Tambahan pula, ada pihak di negara kita yang memberi perlindungan kepada pekerja asing sehingga menggalakkan mereka bertumpu di Malaysia. Hal ini menyebabkan pendatang asing berasa selamat bekerja di sini walaupun sebahagiannya tidak memiliki permit. Sikap negatif penduduk tempatan juga telah menyebabkan operasi membanteras pekerja asing tanpa permit menemui kegagalan.
Malaysia merupakan sebuah negara yang dikelilingi oleh lautan dengan keadaan pantainya yang terlalu luas menyebabkan kawalan daripada pihak berkuasa menjadi terhad. Tambah merumitkan keadaan, jabatan yang ditugaskan untuk mengawal kebanjiran pekerja asing itu masih mengalami kekurangan penguatkuasa bagi menjalankan rondaan dan serbuan. Kebanyakan rondaan yang dilakukan gagal menemui pekerja asing tersebut yang sebahagian besarnya menjadikan Selat Melaka sebagai laluan yang selamat untuk ke negara kita.
Bagi mengekang kebanjiran pekerja asing, penguatkuasaan perlulah lebih kerap dilakukan. Kerajaan turut menggunakan tenaga RELA bagi menjalankan rondaan dan tangkapan terhadap pekerja asing tanpa permit. Mereka yang ditangkap akan ditempatkan di pusat-pusat tahanan sebelum didakwa dan dihantar pulang ke negara asal mereka. Usaha ini bukan sahaja memerlukan kos yang tinggi malah merugikan negara.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Usaha-Usaha Mengatasi Kebanjiran Pekerja Asing, Berita Harian, 2008)



Saturday, February 16, 2013

Ciri-Ciri Orang EQ Tinggi



1.      Melabelkan perasaannya sendiri
Contoh : “ Saya rasa tidak sabar.” Lawan “ Ini tak masuk akal”
         “ Saya rasa takut” lawan “ kamu memandu seperti orang bodoh”

2.      Membezakan pemikiran dengan perasaan
-          Pemikiran - Contoh : “ Saya kira…
     “ Pada pandangan saya….
-          Perasaan - Contoh :  “ Saya rasa …(perkataan perasaan)
    “ Apa yang saya alami…”

3.      Bertanggungjawab di atas perasaan sendiri
Contoh : “ Saya rasa cemburu “ lawan “ kamu membuat saya rasa cemburu”
   “ sebenarnya saya telah melakukan kesilapan” lawan “ ini semua kesilapan  
      awak”
  “ saya rela meletak jawatan” lawan “Bukan salah saya….”

4.      Gunakan perasaannya untuk membuat keputusan
Contoh : “ Apakah perasaan saya jika saya melakukan ini?”
   “ Saya yakin ia akan berhasil sekiranya….”
    “Saya sedih sekiranya…..”

5.      Menghormati perasaan orang lain
Contoh : “ Apakah perasaan anda jika saya buat ini?”
  “Marahkah anda jika…”
        “ Apa kata anda mengetuai kumpulan ini…”

6.      Berasa bertenaga dan asertif
Contoh : “ Saya berasa lebih sihat pada hari ini” 
   “Inilah saat terbaik untuk saya membuktikan bahawa….”
   “Saya senang sekali menjalankan tugas ini.”

7.      Mengesahkan perasaan orang lain
Contoh : “Saya bersetuju dengan anda bahawa..”
          “ Benarlah kata anda berkenaan…..”
8.       Berlatih mendapatkan nilai positif daripada emosi negatif
 Contoh : “Apakah perasaan saya?”
   “Apakah yang boleh membantu saya berasa lebih baik?”
  “Tempat kerja saya amat kondusif dan menyeronokkan.”
  “ Jika saya mencuba kali ini tentu hasilnya akan lebih baik.”

9.      Tidak menasihati, mengawal, mengarah, mengkritik, mengadili atau membebel
Contoh :
-          “ Kan lebih baik kalau anda…” “Anda akan kelihatan lebih ayu jika berbaju kurung.”
-          “ kenapa awak tidak menggunakan cara ini kerana cara inilah yang saya gunakan.”
-          “ Pilih antara dua … saya ataupun dia!”
-          “Eeeee… teruknya tulisan awak..”
-          “ Anda bodoh…”
-          “ Ah sudahlah… awak pun dua kali lima sahaja.”

10.  Tidak menghiraukan orang yang tidak menerima atau menghormati perasaannya.
-          “ Saya yakin dengan apa yang saya lakukan..”
-          “Hasil yang saya peroleh ini sesuai dengan kemampuan dan bakat yang saya miliki.”
-          “Saya mesti menolongnya walau pun….”
-          “Saya tetap akan menjalankan tanggungjawab ini walau pun sukar bagi saya…”



Hubungan Sesama Manusia,,,,


CARA MENINGKATKAN KECERDASAN EMOSI

1.      Umpan yang positif daripada orang lain
Ia bermaksud pihak lain adalah cermin bagi membina dan membentuk emosi seseorang. Kritikan, nasihat, pandangan daripada pihak lain yang positif dapat membantu seseorang memperbaiki emosinya. Ia boleh dilakukan dengan cara:
-          Mengukur dan menggambarkan diri sendiri (konsep diri) – konsep diri berkait rapat dengan persepsi pada diri sendiri. Seseorang individu dapat mengukur dan menggambar siapa sebenar dirinya menerusi pihak lain atau diri sendiri memberi label khusus kepada diri sendiri.
-   Menilai diri ( harga diri) – penilaian ke atas diri sama ada positif atau negatif dapat meetakkan di mana ‘harga diri’ seseorang itu. Jika penilaian yang negative diberikan kepada diri sendiri, kesannya ke atas emosi turut negatif.  Begitulah sebaliknya. Penilaian ke atas diri boleh dibuat oleh orang lain atau diri sendiri. Setiap individu itu sepatutnya lebih peka dengan perubahan yang telah, sedang dan akan berlaku kepada dirinya.

2.      Pengukuran EQ
Seseorang itu dapat mengetahui  tahap EQ dengan cara mengambil ujian-ujian tertentu yang  berkaitan dengan EQ dalam pekerjaan, motivasi diri, pergaulan, komunikasi dan sebagainya.

3.      Kerja kelompok
Kerja berkelompok atau kerja berkumpulan dapat mempertingkatkan  kepintaran emosi seseorang. Kerja berkelompok memerlukan setiap individu meletakkan nilai kebersamaan dan emotif dalam melakukan pekerjaan.

4.      Belajar bekerjasama
Belajar bekerjasama adalah baik bagi  meletakkan emosi kita dalam emosi pihak lain. Bekerjasama memberi kelebihan kepada kita supaya lebih memahami emosi orang lain dan dalam masa yang sama mampu mengendalikan emosi sendiri dalam proses  mencapai  matlamat bekerjasama.

5.      Kasih tak bersyarat
Kita harus membuktikan keikhlasan dan kejujuran kita menyayangi seseorang lahir daripada emosi dan perasaan yang suci, bukannya kerana faktor-faktor lain. Kasih tidak bersyarat dalam interaksi dan pergaulan sehari-hari membuatkan pihak lain lebih bertoleransi dan percaya pada diri kita.




Sunday, February 3, 2013

Gubahan Rindu Puisi Syahdu


Tiada irama saat rindu terputus rimanya
Tiada melodi saat pena kekeringan tinta
Tiada lirik melankolia saat jiwa terbakar kehangusan
Tiada gubahan puisi saat cinta tewas dalam peperangan masa
Tiada apa-apa dapat dilakarkan di kanvas duka
Tiada warna pelangi yang sudi mewarnai lukisan hati
Tiada catan indah menghiasi potret asmara
Tiada memori yang sudi bertandang di ruang sepi
Cuma titisan air mata menghujani jendela waktu
Merawat luka yang masih merah
Cukupkah waktu yang singkat ini
Membasuh dan membebat luka yang maha dalam?

Ilusirasa : Roussenie AR 03022013

Friday, February 1, 2013

FORMAT BARU SEJARAH KERTAS 3 1249 MULAI 2013

Cikgunie ingin menunaikan tanggungjawab sosial sebagai guru kepada semua pengunjung cikgunie.blogspot tentang syarat wajib lulus SPM mulai tahun 2013. Mengikut SURAT SIARAN LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA (LPM) BERTARIKH 8 OGOS 2011
Calon SPM mulai tahun 2013 perlu lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah untuk mendapatkan sijil. Mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013 akan ditaksir dan dinilai mengikut format baru dengan memasukkan Kertas 3 sebagai sokongan kepada Kertas 1 dan Kertas 2.

SEJARAH KERTAS 3
OBJEKTIF
  • MEMBERI RUANG DAN PELUANG KEPADA PELAJAR UNTUK MENJAWAB SOALAN 
  •   MENGELAKKAN PELAJAR DARIPADA MENDAPAT MARKAH KOSONG
  • PELAJAR BOLEH PETIK SEMULA AYAT DARIPADA BUKU TEKS DAN BUKU ILMIAH
  • BERKAITAN SOALAN YANG DITANYA UNTUK MEMPEROLEH MARKAH
  • SOALAN DIGUBAL BERDASARKAN BUKU TEKS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5 SEDIA
  • ADA (SEHINGGA 2018)
  • GURU BOLEH MEMBIMBING PELAJAR UNTUK MENGENALPASTI TAJUK DARIPADA
  •  TEMA  YANG BERKEMUNGKINAN BESAR BOLEH KELUAR SEBAGAI SOALAN ( HANYA 
  • TAJUK YANG BOLEH DIKEMBANGKAN ISI SAHAJA BOLEH DITANYA DALAM KERTAS
  •  1249/3) –RUJUK SP/HSP
  •  GURU BOLEH BANTU PELAJAR UNTUK MEMILIH BAHAN-BAHAN BACAAN YANG
  •  SESUAI TERMASUK BUKU TEKS/BAHAN ILMIAH YANG LAIN(CONTOH?)
CONTOH SOALAN
Satu  tugasan  diberikan
Peringatan :
        Tema/ tajuk umum dimaklumkan kepada calon sebulan sebelum tarikh peperiksaan Kertas 3
        Tajuk tugasan khusus dan panduan menjawab tugasan diberi pada calon pada hari peperiksaan

KONSTRUK SOALAN
  1.  MEMAHAMI
  2.  MENGAPLIKASI
  3. MENGANALISIS 
  4.  MENILAI
  5. MENJANA IDEA
  6. NILAI

FORMAT KERTAS 3

FORMAT

ASPEK/KONSTRUK

MARKAH
1. PENGENALAN
Memahami
5 Markah
2. ISI dan HURAIAN
Memahami
30 Markah
Menganalisis
15 Markah
Mengaplikasi
15 Markah
Menilai
10 Markah
Mencipta/ Menjana Idea
10 Markah
Nilai/ Iktibar/Patriotisme
10 Markah
3. KESIMPULAN
Merumus
5 Markah
JUMLAH MARKAH
100

AGIHAN MARKAH
ASPEK /KONSTRUK
MARKAH
PENGENALAN
5
MEMAHAMI
30
ANALISIS
15
APLIKASI
15
MENILAI
10
CIPTA/MENJANA IDEA
10
NILAI/PENGAJARAN/IKTIBAR/PATRIOTISME
10
RUMUSAN
5
JUMLAH
100

CARA MENJAWAB SOALAN 1249/3

1.  OPEN BOOK TEST” – PELAJAR BOLEH MEMBAWA MASUK BUKU TEKS/BUKU ILMIAH UNTUK MENJAWAB SOALAN.
2.  PELAJAR BOLEH PETIK AYAT DARIPADA BUKU TEKS ( INTOTO) UNTUK DAPAT MARKAH(bahan bercetak yang releven) 
3. MARKAH DIBERI BERDASARKAN PENGENALAN DAN PERKEMBANGAN ISI MENGIKUT FORMAT YANG DISEDIAKAN 
CONTOH TUGASAN :

 PEMBENTUKAN MALAYSIA

FORMAT BARU 1249 MULAI 2013

FORMAT AM KERTAS 1249/3

WAJARAN KERTAS SEJARAH KERTAS SPM
20 %
MARKAH KESEULURUHAN KERTAS  1249/3
100 %
MASA DIPERUNTUKKAN  KEPADA CALON MENJAWAB
 3  JAM