Photobucket

Friday, February 1, 2013

Kepentingan Kertas 1 Bahasa Melayu SPM (I)


Calon-calon SPM 2013 yang Cikgunie sayangi dan kasihi sekalian,,,

Hari ini cikgunie nak berikan tips kepentingan Kertas 1 1103/1 mata pelajaran B.Melayu terhadap calon. Selain menyumbang 130 markah daraipada 280 markah, Kertas 1 adalah lubuk markah untuk calon-calon SPM mendapat Gred A+ dalam mata pelajaran B.Melayu. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab Kertas 1 ialah 2 jam 15 minit di mana calon SPM perlu menjawab tugasan bahagian A dan bahagian B. Bagi pengetahuan calon-calon SPM, tugasan bahagian A adalah karangan berasaskan bahan ransangan yang diberikan beberapa keping gambar beserta huraian gambar bagi membantu calon menulis dengan sebaik mungkin untuk merebut 30 markah. Walaupun guru-guru BM telah memberi pendedahan bahawa terdapat bahan ransangan seperti gambarajah, iklan, ilustrasi kartun, petikan atau catatan diari, namun pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia lebih senang mengeluarkan gambar foto sebagai tugasan kepada calon-calon SPM. Oleh itu, calon hendaklah enjawab soalan bahagia A tentang karangan bahan ransangan terlebih dahulu sebelum menjawab karangan bahagian B kerana tugasan bahagian A adalah daripada aras sederhana dan semua calon dari pelbagai latar belakang dapat menjawab tugasan mengikut tema.

No comments:

Post a Comment