Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang
remaja.
Sebagai seorang remaja, jelaskan ciri-ciri rakan sebaya yang menjadi
pilihan anda.
Peribahasa Melayu ada
menyebut, seperti isi dengan kuku. Hubungan yang akrab antara seorang individu
dengan seorang individu lain diumpamakan seperti isi dengan kuku. Bagaimana rapatnya
hubungan isi dengan kuku, begitulah juga ibaratnya hubungan yang akrab antara
seseorang itu dengan kawan rapatnya. Kawan rapat ialah kawan tempat kita
mengadu dan berkongsi masalah sama ada baik atau tidak. Ibarat mencubit paha
kanan, paha kiri terasa sakitnya. Begitulah peranan dan fungsi rakan atau
sahabat dalam kehidupan seseorang remaja. Remaja amat memerlukan rakan sebaya
untuk berkongsi masalah dan meluahkan perasaan. Namun, hendak mencari kawan
rapat yang sanggup menangis dan ketawa bersama-sama sangat sukar. Sebagai seorang
remaja, saya menggariskan beberapa kriteria dalam pemilihan kawan rapat yang
sebaya dengan saya.
Antara ciri utama
rakan sebaya yang menjadi pilihan saya ialah seorang yang menghormati ibu bapa
dan orang tua. Rakan sebaya yang menghormati ibu bapa dan orang tua lebih
cenderung untuk menghormati sahabat mereka. Rakan sebaya jenis ini akan lebih
bertolak ansur dalam perhubungan dan sentiasa menjaga hati dan perasaan sahabat
baiknya. Malah, rakan sebaya yang menghormati orang tua juga akan sentiasa
prihatin dan menjaga kebajikan sahabatnya. Mereka lebih mengutamakan sahabat
baik daripada kepentingan diri mereka sendiri. Mutiara kata ada menyebut, jika
kita berkawan dengan penjual minyak wangi, nescaya kita akan terkena tempias
wangiannya. Sebaliknya jika kita berkawan dengan pembuat senjata, nescaya kita
akan terkena percikan apinya. Oleh itu, dalam memilih rakan sebaya yang dapat
membantu semasa saya dalam kesusahan ialah memilih rakan sebaya yang
menghormati ibu bapa mereka dan orang yang lebih tua. Pujangga lama ada
menyebut, yang tua disayangi, yang muda dikasihi.
Selain itu, memilih
rakan sebaya yang rajin membaca dan bijak dalam pelajaran adalah ciri yang
sangat penting. Sekiranya kita mempunyai masalah dalam pembelajaran, kita akan
dapat meminta bantuan rakan sebaya kita menyelesaikan masalah pembelajaran. Rakan
sebaya yang rajin membaca akan sentiasa mengajak kita menelaah pelajaran dan
mengunjungi pusat sumber pada setiap masa senggang atau masa cuti sekolah. Rakan
sebaya yang bijak juga akan mengajar kita membahagikan masa dengan baik. Berkawan
dengan orang rajin membaca dan bijak dalam pembelajaran akan meningkatkan
motivasi saya. Saya akan menjadikan rakan sebaya yang bijak sebagai idola saya
dalam mencapai kejayaan. Mutiara kata yang berbunyi, kalau tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya sangat sesuai dengan peranan rakan sebaya yang
membantu kita melakar kejayaan yang lebih baik pada masa akan datang. Oleh itu,
tidak rugi jika saya memilih rakan sebaya yang rajin membaca dan bijak dalam
pelajaran sebagai sahabat baik saya kerana ular yang menyusur akar tidak akan
hilang bisanya.
Sahsiah dan budi
pekerti memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi seseorang remaja. Pembentukan
peribadi yang terpuji bukan hadir dalam sekelip mata. Begitu juga bukan tugas
ibu bapa menggalas tanggungjawab sedemikian. Peranan rakan sebaya banyak
mempengaruhi tingkah laku dan sahsiah remaja pada masa kini. Sehubungan dengan
itu, saya akan memilih rakan sebaya yang mempunyai budi pekerti yang baik dan
sahsiah yang terpuji sahaja sebagai sahabat baik saya. Hal ini demikian kerana,
sahabat yang mempunyai sahsiah yang terpuji akan menunjukkan saya mana yang
positif dan mana yang negatif. Mutiara kata lama ada menyebut, seekor kerbau
membawa lumpur, habis semuanya terpalit. Oleh itu, untuk mengelakkan saya
terjebak dalam gejala yang tidak sihat, saya akan memilih rakan sebaya yang
mempunyai budi pekerti yang terpuji agar saya dapat mencontohinya.
Intihanya, membuat
pilihan adalah di tangan kita. Ibarat mencari pelangi, kita perlu menunggu
hujan reda. Ibarat mengutip kenangan, kita perlu mempunyai pengalaman. Tidak perlu
mengasah parang atau menarik baju ke lengan, kita bebas membuat pilihan
siapakah calon rakan sebaya yang layak menjadi sahabat baik kita. Oleh itu,
buatlah pilihan yang bijak dalam mencari rakan sebaya. Sekali terjebak
selamanya terpenjara. Sekali terlepas peluang, jalan pulang ke pangkal jalan
tetap ada. Justeru, berhati-hatilah memilih rakan sebaya kerana rakan sebaya
boleh membawa kita ke syurga dan rakan sebaya juga yang boleh mengheret kita ke
neraka.
Keluar soalan ini?
ReplyDeleteRamalan je.. X komfem msuk..
DeleteHrap laa keluar soalan mcm ni.. Senang nak huraikn...
ReplyDeletebetul (Y)
DeleteMinta maaf semua,,, ini cuma ramalan...
ReplyDelete7 soalan cikgu ramalkan, naik 3 soalan tu kira bonus la, kan?
rujuk post cikgu pada 17 Oktober 2013...
hm,hm excuse yee apa karangan awak teruk sangat,hm takdela teruk sangat ,okey la,tapi too bad .. maaf yee jangan kecewa dngan komen saya ni ,,harap cuba lagi ,anggap ujian daripada allahSWT kita manusia ada salah silap ,begitu juga saya .. tapi saya mara kehadapan ,dan dah tak boleh nak reverse sebab rupa rupa nya saya lupa tukar gear kereta ,..ok,ok macam dah panjang sngat je ,dah macam karangan awak yang perenggan pertama pulakk , okey try your best next time ,jangan kecewa sangat ... last kata ...bye
ReplyDeletekalau boleh kau buat lah karangan macam ni
DeleteSalm cikgu yang kongsikan krangan ciri ciri rakan sebaya yang menjadi pilihan anda . saya sangat berpuas hati dengan karangan cikgu . I love it so much ... Ayat ayat yang cikgu guna sangat relevan... Saya menyukai hasil karangan cikgu ini . .. Terima kasih kerana kongsi ilmu kepada semua .. Saya sebagai pelajr sangat berpuas hati dengan karangan cikgu . Terbaik !
ReplyDeleteSalm cikgu yang kongsikan krangan ciri ciri rakan sebaya yang menjadi pilihan anda . saya sangat berpuas hati dengan karangan cikgu . I love it so much ... Ayat ayat yang cikgu guna sangat relevan... Saya menyukai hasil karangan cikgu ini . .. Terima kasih kerana kongsi ilmu kepada semua .. Saya sebagai pelajr sangat berpuas hati dengan karangan cikgu . Terbaik !
ReplyDelete