AMALAN NILAI MURNI
GURINDAM TONGGAK DUA BELAS
Hendak pandai menghargai
masa,
Jangan dinanti esok lusa.
|
Masa yang ada hendaklah
digunakan dengan sebaik-baiknya dan jangan membazirkan masa.
|
|
|
Ketekunan akan membawa
kejayaan,
Kegigihan bekerja dengan
keupayaan.
|
Kejayaan akan dikecapi jika
kita berusaha dengan tekun dan gigih.
|
|
|
Wajah ceria keseronokan
bekerja,
Usah berduka bermuram
durja.
|
Apabila kita seronok
bekerja, hidup kita akan lebih gembira.
|
|
|
Hidup dalam kemuliaan
kesederhanaan,
Bertindak dengan penuh
kebijaksanaan.
|
Kesederhanaan dituntut
dalam kehidupan dan semua tindakan perlu dilakukan dengan bijaksana.
|
|
|
Ketinggian peribadi jadi
amalan,
Ketelusan hati jadi
bekalan.
|
Peribadi unggul dan
kejujuran hati.perlu diterapkan dalam kehidupan .
|
|
|
Kekuatan sifat baik hati,
Bertimbang rasa dan
bersimpati.
|
Sifat baik hati,
bertimbang rasa dan bersimpati jadikan amalan.
|
|
|
Pengaruh kepimpinan
melalui teladan,
Baik buruk jadikan
sempadan.
|
Pemimpin yang baik menjadi
ikutan.
|
|
|
Menjadi kewajipan
menjalan tugas,
Walaupun sederhana tetapi
tegas.
|
Tanggungjawab yang
diamanahkan perlu dilaksanakan dengan sempurna.
|
|
|
Kebijaksanaan
berhemat perlu diutama,
Tidak membazir teliti
saksama.
|
Pembaziran perlu
dielakkan dalam melaksanakan sesuatu kerja.
|
|
|
Keutamaan
kesabaran fikiran tenang,
Perkara susah
menjadi senang.
|
Kesabaran dan ketenangan
fikiran perlu dalam menghadapi sebarang situasi.
|
|
|
Peningkatan
bakat diberi sokongan,
Tunjukkan
kebolehan jadikan dorongan.
|
Kebolehan diri yang ada
perlu ditonjolkan sebagai motivasi.
|
|
|
Nikmat
mencipta budaya kreatif,
Kembangkan
bakat semoga aktif.
|
Pemikiran kreatif dapat menjana
idea yang lebih inovatif.
|
CARA MEMUPUK NILAI MURNI DALAM KALANGAN PELAJAR
Penerapan nilai mendefinisikan nilai sebagai
peraturan perlakuan standard yang menjadi pegangan ahli masyarakat, ditentukan
oleh masyarakat mengikut budaya masyarakat tersebut . Tujuan penerapan nilai
adalah untuk mempengaruhi diri individu dengan nilai tertentu yang berbentuk
universal dan mutlak, yang difikirkan baik dan sesuai.Nilai murni boleh ditakrifkan sebagai amalan yang baik dalam kehidupan,
umpamanya hormat-menghormati, tolong-menolong, prihatin, bersimpati,
berperikemanusian dan lain-lain lagi. Namun, pada era dunia tanpa
sempadan ini, amalan murni ini semakin lenyap ditelan zaman. Persoalan
yang menjadi percaturan minda adalah apakah prakarsa istiqamah
yang boleh dijana untuk menjamin amalan suci ini terus diamalkan?
Dalam sesebuah masyarakat, nilai murni amat perlu
diterapkan bagi mewujudkan suasana yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.
Usaha penerapan nilai murni ini perlu dilakukan pada peringkat awal proses
sosialisasi, iaitu semasa individu itu berada pada peringkat persekolahan,
selain penerapan nilai yang diterapkan oleh ibu bapa di rumah. Obligasi untuk memupuk nilai-nilai
murni ini tidak harus dipandang enteng oleh setiap ibu bapa dan haruslah
dijulang sampai ke langit. Ibu bapa harus mendidik amalan ini sejak
anak-anak dalam kandungan lagi, bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Hal ini kerana
secara analoginya, kanak-kanak
diibaratkan kain putih dan ibu bapa yang akan mencorakkan warna warni kehidupan
anak-anak mereka. Misalnya, ibu bapa harus menerapkan ajaran agama yang
mantap dalam atma anak-anak
dengan membawa mereka untuk mendekati Tuhan seperti dengan bersembahyang dan
mengikut anutan agama masing-masing. Selain itu, mereka haruslah mengajar
anak-anak untuk menghormati orang tua dan menyayangi haiwan. Mereka
mestilah memberi amaran kepada kanak-kanak supaya tidak bersikap biadab
terhadap sesiapa sahaja apatah lagi ahli keluarga sendiri. Malah, mereka
harus mendidik kanak-kanak secara ti9dak formal di rumah tentang cara bercakap
dengan orang tua dan tingkah laku semasa berada di rumah orang. Apabila
selalu terdedah kepada pengajaran sedemikian, kanak-kanak boleh membezakan
antara intan dengan kaca dan antara batu dengan permata. Dalam konteks ini, ibu
bapa juga haruslah menjadi suri teladan yang terbaik kepada anak-anak dengan
bersikap sopan santun kerana pepatah Melayu ada mengatakan bahawa bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Peranan pihak sekolah pula ialah memberi pendidikan secara formal kepada
anak-anak yang mula membesar. Di sekolah,
sejak di tadika hingga ke peringkat menengah atas, setiap anak-anak akan diasuh
dan diterapkan nilai-nilai murni dalam setiap kandungan mata pelajaran. Pengajaran
dan pembelajaran di dalam kel;as akan mengaitkan anak-anak dengan amalan
nilai-nilai murni. Nilai murni seperti tolak ansur dan kerjasam sangat penting
dipupuk semasa aktiviti sukan dan permainan dalam aktiviti kokurikulum. Sementelahan
itu, peranan pendidikan formal dalam memupuk nilai-nilai murni dalam sukma
kanak-kanak tidak harus kita pinggirkan. Amalan nilai-nilai murni dalam
kehidupan misalnya nilai bertanggungjawab, rasional, kepercayaan kepada Tuhan,
amanah, toleransi, berhemah tinggi, kesederhanaan, kasih sayang, menyayangi dan
menghargai alam sektiar, hidup bersama secara aman, mematuhi peraturan dan
undang-undang wajar diterapkan dalam subjek Pendidikan Moral, Pendidikan
Sivik Dan Kewarganegaraan, serta Pendidikan Agama Islam. Kendatipun, untuk mencapai misi yang
komprehensif dan konkrit, nilai-nilai murni haruslah diamalkan secara berkesan.
Bertitik tolak daripada itu, pihak sekolah boleh menganjurkan Hari Kokurikulum
dan memberi anugerah Pelajar Sahsiah Unggul kepada pelajar yang bersikap sopan
santun, menghormati guru-guru dan berhemah tinggi sepanjang program supaya
boleh menjadi suri teladan kepada
pelajar lain. Tambahan pula, para pendidik harus mementingkan
amalan nilai murni dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dengan
mengajar murid-murid terutama pelajar sekolah rendah tentang adab sopan ketika
berada di dalam kelas, adab sopan ketika berkomunikasi dengan guru dan rakan.
Hal ini demikian kerana misi pendidikan negara kita bukan sahaja untuk
melahirkan pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum, malah juga
untuk melahirkan modal insan yang mengamalkan nilai-nilai murni, bermoral dan
bertatasusila, sejajar dengan prinsip kelima Rukun Negara, yakni Kesopanan dan
Kesusilaan. Deduksinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa
pendidikan merupakan senjata yang dominan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam
kalangan kanak-kanak sejak di bangku sekolah.
Peranan kerajaan memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar bukanlah
tugas mudah. Sehubungan itu, kerajaan sewajarnya memandang serius masalah yang
berkaitan sahsiah kanak-kanak bagai menghela
rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak.
Pihak kerajaan sepatutnya bersendel bahu dengan pihak media massa dan badan
bukan kerajaan (NGO) seperti Astro, Persatuan Karyawan Malaysia dan lain-lain
lagi untuk menggerakkan kempen Budi Bahasa Budaya kita secara menyeluruh di
tanah air kita kerana bersatu teguh
bercerai roboh. Barangkali, kempen yang dianjurkan oleh kerajaan
tidak berkesan kerana tidak disokong oleh banyak pihak, termasuklah syarikat-syarikat
swasta yang bersikap bagai enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Buktinya, kempen Kami
Prihatin gagal mengurangkan “kemelut sosial” yang semakin berleluasa dalam
masyarakat kita, iaitu isu pembuangan bayi. Justeru itu, kempen Budi
Bahasa Budaya Kita hanya akan berjaya sekiranya semua pihak melibatkan diri
dalam pelaksanaannya. Dalam pada itu, kempen ini perlu disempurnakan di
peringkat awal persekolahan, iaitu di peringkat tadika untuk memupuk
nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak. Ceramah, pertandingan
menulis esei, melukis poster, pertandingan syarahan, pertandingan kuiz dan
sebagainya boleh dilaksanakan sempena kempen ini. Oleh itu, kerajaan
perlu menggmbleng tenaga mengerah semua pihak bergerak sederap bagi menjamin
nilai-nilai murni ini diterapkan dalam kalangan pelajar untuk melahirkan
masyarakat yang sejahtera.
Di samping itu, peranan media massa, sama ada media cetak dan media
elektronik amat dominan dalam usaha memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa
kanak-kanak. Berdasarkan penyelidikan, dipercayai bahawa kecanggihan
teknologi media seperti televisyen, radio dan internet serta akhbar arus
perdana mampu mempengaruhi akhlak kanak-kanak kerana kanak-kanak pada era moden
ini sememangnya sudah celik teknologi maklumat. Mereka akan tergila-gila
kepada media baharu. Oleh hal yang demikian, pihak media massa bolehlah
mengambil kesempatan ini untuk menyiarkan iklan, dokumentari, drama dan paling
penting, siaran kartun yang semestinya menjadi kegemaran kanak-kanak. Misalnya,
iklan tentang seorang kanak-kanak yang memberi tempat duduk kepada orang tua di
dalam komuter yang kerap disiarkan di TV3 dan iklan kanak-kanak membantu
seorang wanita tua mengangkat barang amat berkesan kepada penonton.
Malahan, drama-drama seperti “Precious Babies”, “Three Pads”, “One Mom”, “Hwang
Jin Yi”, “Next Stop, Happiness” dan lain-lain lagi mengandungi
babak-babak yang menonjolkan kepentingan nilai-nilai murni yang boleh
dipelajari dan seterusnya diamalkan oleh kanak-kanak dalam kehidupan seharian.
Jadi, sudah terang lagi bersuluh,
bahawa media massa merupakan wadah
yang paling sesuai untuk memupuk nilai-nilai murni dalam sanubari kanak-kanak.
Akhirulkalam, yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan
datang melayang. Tanpa usaha ibu bapa mendidik dan mengasuh anak-anak dengan
nilai-nilai murni sejak kecil, pihak sekolah akan menghadapi kesukaran untuk
membentuk peribadi yang unggul dalam jiwa anak-anak. Apatah lagi pihak kerjaan,
sangat sukar membentuk tulang yang semakin keras dan buluh yang sudah
membengkok. Bukan menuding jari menyalahkan sesiapa, ibu bapa memainkan peranan
yang penting dalam pembentukan sahsiah dan peribadi anak-anak. Oleh itu, usaha
semua pihak dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa anak-anak agar
generasi masa hadapan akan mempunyai kesantunan budi dan kesopanan raga
mencapai Wawasan 2020.