Pecutan Terakhir Belajar Teknik Menulis Karangan Bahagian A
Ø Lihat gambar yang diberi dengan
teliti.
Ø Baca arahan untuk mengetahui
kehendak soalan.
Ø Kalau arahan meminta calon
menjawab kepentingan sesuatu tema yang diberikan,
Ø huraikan semua kebaikan tema
berdasarkan isi di bawah setiap gambar yang diberikan.
Ø Kalau arahan meminta calon
menulis, kesan sesuatu tema,
Ø Huraikan semua akibat tema
berdasarkan isi yang diberikan.
Ø Calon wajib menulis 5 perenggan
mengikut pembahagian seperti berikut:
Ø Pendahuluan
Ø Isi 1
Ø Isi 2
Ø Isi 3
Ø Penutup dan kesimpulan.
Ø Mulakan pendahuluan tentang tema
atau tajuk yang dikemukakan dalam arahan soalan.
Ø Contoh :
KEPENTINGAN MENJAGA TEMPAT BERSEJARAH
Memperkenalkan
negara kepada pelancong asing
Keunikan
senibina masyarakat Minang
Mengkaji
Masyarakat terawal yang mendiami sesuatu tempat
Warisan Dunia
UNESCO
KEPENTINGAN
MENJAGA TEMPAT BERSEJARAH
Sejarah ialah
satu kajian yang menceritakan satu
kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban. Mengikut definisi yang diberikan oleh
Aristotle, Sejarah merupakan satu sistem yang mengira kejadian semulajadi dan
tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang sama, menurut beliau juga
Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan,
rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh.Tempat bersejarah merupakan warisan sesebuah
Negara. Bandaraya Melaka telah diisytiharkan sebagai
tapak warisan dunia oleh UNESCO. Hal ini demikian kerana, Bandaraya Melaka
merupakan salah sebuah tempat bersejarah yang terkenal di negara kita. Terdapat
beberapa tempat bersejarah di negara kita seperti Pasir Salak, Muzium Lenggong dan Bukit Belanda di Perak, Lembah
Bujang di Merbok, Kedah, Bukit Melawati
di Kuala Selangor dan Istana Menanti di Negeri Sembilan. Tempat bersejarah ini
sering dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat pada musim cuti sekolah.
Oleh itu terdapat beberapa kepentingan tempat bersejarah ini wajar dipelihara.
Antara kepentingan
menjaga tempat bersejarah di Negara kita ialah kita dapat memperkenalkan
tempat-tempat bersejarah di Negara kita sebagai tempat pelancongan. Pelancongan
merupakan satu industry yang berkembang pesat di seluruh dunia. Setiap Negara mempunyai
produk pelancongannya yang tersendiri. Salah satu produk pelancongan yang dapat
menarik pelancong asing datang melancong ke negara kita ialah tempat
bersejarah. Tempat bersejarah dapat menarik minat pelancong dalam dan luar negara
untuk mengunjunginya. Hal ini demikian kerana, kita akan tertarik untuk
mengetahui apakah tinggalan-tinggalan sejarah yang ditinggalkan oleh masyarakat
yang pernah mendiami kawasan tersebut. Mutiara kata ada menyebut, tiada yang
lama maka tiada yang baru. Tempat-tempat bersejarah merupakan tarikan pelancong
untuk mengunjunginya seperti Kota A’Famosa di Melaka dan Muzium Lenggong di
Perak. Di Muzium Lenggong contohnya, kita dapat melihat “Perak Man”, iaitu
manusia terawal yang ditemui mendiami Tanah Melayu. Oleh itu, wajarlah tempat
bersejarah di negara kita dijaga dan dipulihara untuk menarik lebih ramai
pelancong mengunjunginya.
Selain itu, tempat bersejarah wajar dijaga
adalah supaya masyarakat dapat mengetahui keunikan senibina masyarakat pada
zaman silam. Istana Menanti di Negeri Sembilan misalnya, mempamerkan keunikan
senibina yang tiada tolok bandingnya. Pembinaan istana ini menggunakan kayu
jati yang tinggi mutunya dan tidak menggunakan sebatang paku pun. Reka bentuk
dan sennibina istana ini jelas menggambarkan bahawa telah ada hubungan
masyarakat nusantara antara pendudk Tanah Melayu dengan masyarakat Minang di
Palembang. Hubungan serumpun masyarakat Melayu pada suatu masa dahulu
menunjukkan bahawa tanah Melayu merupakan pusat perdagangan entrepot yang maju
di mana Kota Melaka adalah laluan utama yang menghubungkan masyarakat Timur dan
Barat. Oleh itu, melalui tempat bersejarah ini, generasi masa kini dapat
mengenali budaya dan senibina yang pernah bertapak di Tanah Melayu.
Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sejenis bentuk penyelidikan atau
suatu penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia
pada masa lampau. Manakala Shefer pula berpendapat bahawa Sejarah adalah
peristiwa yang telah lepas dan benar-benar berlaku. Oleh itu, kepentingan
menjaga tempat bersejarah adalah untuk menyelidik tentang masyarakat terawal
yang mendiami sesuatu kawasan. Hal ini demikian kerana sejarah ialah masa
lampau manusia dan persekitarannya yang
disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebut. Tafsiran
dan penjelasan tentang sesuatu monumen yang terdapat di kawasan bersejarah memberi
pengertian dan kefahaman tentang apa yang berlaku. Sejarah dalam erti kata lain
digunakan untuk mengetahui masa lampau berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti
yang sahih bagi membolehkan manusia memperkayakan pengetahuan supaya waktu
sekarang dan akan datang menjadi lebih cerah. Dengan itu akan timbul sikap
waspada dalam diri semua kelompok masyarakat kerana melalui pembelajaran
Sejarah, ia dapat membentuk sikap tersebut terhadap permasalahan yang dihadapi
agar peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa lampau dapat dijadikan
pengajaran yang berguna. Justeru, kita dapat mengenali tamadun awal manusia berdasarkan
artifak dan monumen yang ditinggalkan di sesebuah kawasan.
Kesimpulannya, tempat bersejarah wajar dijaga kerana kepentingannya tidak
dapat dinafikan. Apabila UNESCO mengisytiharkan Bandaraya Melaka sebagai salah
satu tapak warisan dunia, ramai pelancong asing dating mengunjungi Negara kita
semata-mata untuk melihat sendiri tempat bersejarah tersebut. Selain itu,
menjaga dan memulihara tempat bersejarah di Negara kita adalah tanggungjawab
semua pihak dan semua warganegara. Melalui sejarah kita belajar mengenali suku
kaum dan bangsa yang mula-mula mendiami Negara ini. Melalui sejarah juga kita
mengenali asal usul bahasa Melayu. Oleh itu, sama-samalah kita menjaga dan
memulihara tempat-tempat bersejarah di Negara kita.
KEPENTINGAN MENJAGA TEMPAT BERSEJARAH
Antara kepentingan
menjaga tempat bersejarah di Negara kita ialah kita dapat memperkenalkan
tempat-tempat bersejarah di Negara kita sebagai tempat pelancongan. Pelancongan
merupakan satu industry yang berkembang pesat di seluruh dunia. Setiap Negara mempunyai
produk pelancongannya yang tersendiri. Salah satu produk pelancongan yang dapat
menarik pelancong asing datang melancong ke negara kita ialah tempat
bersejarah. Tempat bersejarah dapat menarik minat pelancong dalam dan luar negara
untuk mengunjunginya. Hal ini demikian kerana, kita akan tertarik untuk
mengetahui apakah tinggalan-tinggalan sejarah yang ditinggalkan oleh masyarakat
yang pernah mendiami kawasan tersebut. Mutiara kata ada menyebut, tiada yang
lama maka tiada yang baru. Tempat-tempat bersejarah merupakan tarikan pelancong
untuk mengunjunginya seperti Kota A’Famosa di Melaka dan Muzium Lenggong di
Perak. Di Muzium Lenggong contohnya, kita dapat melihat “Perak Man”, iaitu
manusia terawal yang ditemui mendiami Tanah Melayu. Oleh itu, wajarlah tempat
bersejarah di negara kita dijaga dan dipulihara untuk menarik lebih ramai
pelancong mengunjunginya.
Selain itu, tempat bersejarah wajar dijaga adalah supaya masyarakat dapat mengetahui keunikan senibina masyarakat pada zaman silam. Istana Menanti di Negeri Sembilan misalnya, mempamerkan keunikan senibina yang tiada tolok bandingnya. Pembinaan istana ini menggunakan kayu jati yang tinggi mutunya dan tidak menggunakan sebatang paku pun. Reka bentuk dan sennibina istana ini jelas menggambarkan bahawa telah ada hubungan masyarakat nusantara antara pendudk Tanah Melayu dengan masyarakat Minang di Palembang. Hubungan serumpun masyarakat Melayu pada suatu masa dahulu menunjukkan bahawa tanah Melayu merupakan pusat perdagangan entrepot yang maju di mana Kota Melaka adalah laluan utama yang menghubungkan masyarakat Timur dan Barat. Oleh itu, melalui tempat bersejarah ini, generasi masa kini dapat mengenali budaya dan senibina yang pernah bertapak di Tanah Melayu.
Selain itu, tempat bersejarah wajar dijaga adalah supaya masyarakat dapat mengetahui keunikan senibina masyarakat pada zaman silam. Istana Menanti di Negeri Sembilan misalnya, mempamerkan keunikan senibina yang tiada tolok bandingnya. Pembinaan istana ini menggunakan kayu jati yang tinggi mutunya dan tidak menggunakan sebatang paku pun. Reka bentuk dan sennibina istana ini jelas menggambarkan bahawa telah ada hubungan masyarakat nusantara antara pendudk Tanah Melayu dengan masyarakat Minang di Palembang. Hubungan serumpun masyarakat Melayu pada suatu masa dahulu menunjukkan bahawa tanah Melayu merupakan pusat perdagangan entrepot yang maju di mana Kota Melaka adalah laluan utama yang menghubungkan masyarakat Timur dan Barat. Oleh itu, melalui tempat bersejarah ini, generasi masa kini dapat mengenali budaya dan senibina yang pernah bertapak di Tanah Melayu.
Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sejenis bentuk penyelidikan atau
suatu penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia
pada masa lampau. Manakala Shefer pula berpendapat bahawa Sejarah adalah
peristiwa yang telah lepas dan benar-benar berlaku. Oleh itu, kepentingan
menjaga tempat bersejarah adalah untuk menyelidik tentang masyarakat terawal
yang mendiami sesuatu kawasan. Hal ini demikian kerana sejarah ialah masa
lampau manusia dan persekitarannya yang
disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebut. Tafsiran
dan penjelasan tentang sesuatu monumen yang terdapat di kawasan bersejarah memberi
pengertian dan kefahaman tentang apa yang berlaku. Sejarah dalam erti kata lain
digunakan untuk mengetahui masa lampau berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti
yang sahih bagi membolehkan manusia memperkayakan pengetahuan supaya waktu
sekarang dan akan datang menjadi lebih cerah. Dengan itu akan timbul sikap
waspada dalam diri semua kelompok masyarakat kerana melalui pembelajaran
Sejarah, ia dapat membentuk sikap tersebut terhadap permasalahan yang dihadapi
agar peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa lampau dapat dijadikan
pengajaran yang berguna. Justeru, kita dapat mengenali tamadun awal manusia berdasarkan
artifak dan monumen yang ditinggalkan di sesebuah kawasan.
Kesimpulannya, tempat bersejarah wajar dijaga kerana kepentingannya tidak
dapat dinafikan. Apabila UNESCO mengisytiharkan Bandaraya Melaka sebagai salah
satu tapak warisan dunia, ramai pelancong asing dating mengunjungi Negara kita
semata-mata untuk melihat sendiri tempat bersejarah tersebut. Selain itu,
menjaga dan memulihara tempat bersejarah di Negara kita adalah tanggungjawab
semua pihak dan semua warganegara. Melalui sejarah kita belajar mengenali suku
kaum dan bangsa yang mula-mula mendiami Negara ini. Melalui sejarah juga kita
mengenali asal usul bahasa Melayu. Oleh itu, sama-samalah kita menjaga dan
memulihara tempat-tempat bersejarah di Negara kita.
cikgu pasyi ke soallan ni akan keluar ? kenapa panjang sngt? bahagian bukan 250 p.pkataan ke?
ReplyDeleteok bahagian A 350 pp . bahagian B 500 terima kasih :)
ReplyDeleteterlalu panjang untuk pelajar yang lemah dalam matapelajaran bahasa melayu, untuk memahami cara cara membuat karangan.
ReplyDeleteikut jelah contoh orang dah bagi tu
ReplyDeleteKalau lemah belajarlah
rugi nye xikut..tdi,sebijik kluar tajuk nie...huhu
ReplyDeleteCikgu cuma meramal sebab cikgu suka tajuk ni...
ReplyDeleteAlhamdulillah naik...harap dapat membantu calon SPM tahun ni.
Tapi soalan no 2 bahagian B jenis rencana, lihat post cikgu pada 17 Oktober 2013...sebijik jugak kan...????
Saya suka dengan karangan cikgu ni. Panjang dan ayatnya gramatis!!! Saya juga suka buat karangan panjang2. Selalunya saya buat karangan untuk b A - 4 mukasurat( depan belakang), Bahagian b- 6 mukasurat( depan belakang)Tetapi, kawan2 saya yang ada tuisyen cakap tak boleh buat karangan panjang2. Betul ke cikgu???? Tlng saya, keliru ni????
ReplyDeleteTahniah Vennando Romieo!!!!
DeleteSemakin panjang karangan yang Vennando tulis, semakin jelas huraian yang cuba Vennando sampaikan. Huraian yang jelas akan memberi kelebihan kepada calon mendapat cemerlang kerana pemeriksa kertas BM akan memberi markah berdasarkan impression. Cuma Vennando kena jaga ejaan dan kekemasan tulisan Vennando semasa menulis. Cuba lihat post cikgu pada minggu lepas contoh tulisan karangan anak murid cikgu yang agak baik. Ingat, tulisan karangan mesti cantik, menarik dan menawan untuk memikat hati pemeriksa. Selamat menulis....