KEPINTARAN PERSONAL
MENGAWAL EMOSI DALAM MASYARAKAT MELAYU
Orang Melayu menyedari setiap manusia memiliki kebolehan
dan kepintaran yang tersendiri. Hal ini dibayangkan dalam peribahasa Melayu
yang berbunyi:
( Setiap orang
mempunyai kekuatan sendiri)
Dalam pantun Melayu juga ada menyatakan:
Anak Melayu
belayar pagi,
Nampak angin
menentang pelangi,
Bunga layu
jangan dikeji,
Sungguh layu
baunya wangi.
Bagaimana pun di samping segala kelebihan dan
keistimewaan, manusia juga mempunyai kelemahan dan kekurangan:
Tiada gading
yang tidak retak
(Tidak ada
yang sempurna)
Penyedaran segala sifat kelebihan dan kekurangan ini
berkait rapat dengan kebolehan emosi dalam berhadapan dengan cabaran dalam
kehidupannya. Ada kalanya kita bahagia kerana mendapat apa yang diinginkan,
adakalanya kita kecewa, sedih dan marah kerana gagal dalam mengejar apa yang
dingini. Namun begitu, kita PERLU menginsafi bahawa di dunia ini ada masa menang ada
masa kalah.
No comments:
Post a Comment