Kadang-kadang kita sering menyembunyikan kesedihan untuk menunjukkan kegembiraan sedangkan hati kita disiat-siat saat kita tersenyum kerana ketawa penawar duka.
Kadang-kadang kita melihat halaman orang terlalu cantik sedangkan halaman kita sendiri berwarna-warni dan berseri kerana milik orang semua menarik di mata.
Kadang-kadang kita terlalu asyik memandang bintang bersinar terang di langit sedangkan rumput di bumi yang kita pijak terlalu lembut di tapak kaki.
Kadang-kadang kita tersilap menilai antara kejernihan kaca dan sinaran permata di tengah lautan pepasir yang memutih sedangkan kilauannya mengaburi pandangan mata.
Kadang-kadang kita terlupa di mana sebenarnya bumi yang dipijak dengan langit yang dijunjung kerana tiada garis pemisah keduanya sedangkan fantasi dan realiti sering bertemu di hujung mimpi.
No comments:
Post a Comment