Photobucket

Wednesday, June 4, 2014

Soalan Ramalan Kertas 1 BM Ulangan SPM 2014

Sebenarnya Cikgunie terlalu sibuk dan tak sempat nak analisis soalan SPM Jun 2014. Untuk maklumat pembaca dan calon SPM Ulangan BM Kertas 1, bagi soalan bahagian B bacalah rencana tentang kepentingan industri pelancongan, usaha meningkatkan hasil pertanian, langkah berjimat cermat, isu-isu keselamatan negara dan usaha menangani rasuah. Ini hanyalah ramalan Cikgunie kerana tema tersebut menjadi fokus sekolah Cikgunie tahun 2013. Tidak rugi membaca dan sangat untung jika memahami apa yang dibaca dan dikaitkan dengan tema yang dibincangkan dalam soalan.
 
Bahagian A kertas 1 pula tidak ada masalah kerana gambar bahan ransangan disediakan. Calon hanya perlu mengambil semua isi yang disertakan di bawah gambar untuk dibincangkan serta dikaitkan dengan tema yang diberikan.
 
Selamat Menjawab Untuk Semua Calon SPM Ulangan Bahasa Melayu.
Tiada Usaha Yang Sia-Sia Selagi Ada Kemahuan Untuk Berusaha.

No comments:

Post a Comment