Photobucket

Monday, June 16, 2014

PANDUAN MENGHADAPI UJIAN LISAN BM CALON PERSENDIRIAN (ULKCP)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
 
Cikgunie menerima beberapa kiriman emel daripada pembaca yang inginkan tips dan panduan menghadapi Ujian Lisan Bahasa Melayu untuk calon-calon persendirian. Seperti biasa ada dua model pentaksiran semasa sesi Ujian Lisan, iaitu Individu dan Berkumpulan.
 
Tidak banyak perbezaan dengan Ujian Lisan bagi calon persekolahan. Bezanya untuk individu, calon boleh memilih tema yang disukai tentang isu-isu semasa untuk diulas, dikomen atau dibahaskan. Calon boleh memilih isu semasa seperti kebersihan, pencemaran, gejala sosial, ponteng sekolah, peranan ibu bapa, keselamatan negara, pendatang tanpa izin, pekerja asing, penculikan, jenayah, rasuah, vandalisme, lumba haram, pembalakan haram, banjir, bencana alam, sukan, dan lain-lain lagi. Untuk ulasan pula calon boleh memilih ulasan buku, novel atau filem yang ditonton yang memberi kesan dan pengajaran kepada audiens.
 
Bagi aktiviti berkumpulan pula calon boleh memilih sendiri rakan-rakan dalam sesi Ujian Lisan yang hadir pada hari berkenaan sebagai ahli kumpulan mereka. Biasanya untuk aktiviti berkumpulan, ahli kumpulan tidak boleh melebihi 5 orang. Tema pula boleh dipilih berdasarkan kemahuan ahli kumpulan. Oleh itu, calon-calon tidak akan mengalami sebarang masalah untuk melontarkan idea-idea semasa membincangkan isu semasa yang dipilih.
 
Harapan Cikgunie semoga semua calon persendirian dapat menjawab soalan Ujian Lisan dengan bergaya...hehe

2 comments:

  1. Assalamualaikum cikgunie,

    Saya akan ambil ULKCP BM bulan Jun 2018 ini.

    Saya nak minta pencerahan & nasihat dari cikgunie boleh?

    Boleh cikgunie bagi tajuk-tajuk spot untuk ULKCP BM untuk individu dan berkumpulan bagi sesi 2018 ini?

    Berapa masa yang akan diambil untuk sesi individu?

    Kerjasama cikgunie amatlah saya hargai

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum Cikgunie saya nk tnya..Calon spm persendirian ada ujian lisan bahasa inggeris tak?

    ReplyDelete