Photobucket

Saturday, September 24, 2011

BAB LIMA


                                                           
Hari ini genap tiga bulan aku bertugas di Wad Bersalin Kelas Satu. Aku berkongsi bilik dengan Dr. Izlynn yang sudah dua tahun bertugas di hospital ini. Dr. Izlynn sebaya dengan aku tetapi dia sudah pun bertunang. Katanya hujung tahun nanti dia akan melangsungkan perkahwinannya. Dr. Izlynn di bawah seliaan Dr. Danish.
Melalui Dr. Izlynn aku tahu serba sedikit tentang Dr. Danish. Dr. Danish jarang berbual kosong dengan doktor-doktor perempuan.  Tiada seorang pun doktor di Wad Bersalin yang rapat dengan Dr. Danish Ong. Kata Dr. Izlynn, Dr. Danish terlalu tekun dengan kerjanya hinggakan tiada masa berbual dengan staf di bawahnya. Lagipun Dr. Izlynn baru dua tahun bekerja di bawah seliaan Dr. Danish. Dia pun bukan kenal sangat dengan Dr. Danish.
Aku tersenyum sendirian mengingatkan tingkah Dr. Danish. Bagi aku mustahil dia belum berpunya. Perwatakannya memang ciri-ciri lelaki idaman aku walaupun aku menggilai Dr. Fadzreen separuh mati. Senyumannya dan barisan giginya yang tersusun bisa mencairkan hati setiap gadis yang melihatnya termasuk aku. Kalaulah dia aku isytiharkan lelaki pertama aku, aku akan meluahkan perasaan aku kepadanya saat itu juga. Masalahnya aku sendiri tidak berani mengistiharkan jejaka pertama aku kerana aku mempunyai empat calon. Walaupun calon yang seorang lagi  adalah seorang samseng tapi dia dikira lelaki pertama yang menegur aku secara berhadapan dan bertentang mata walaupun ayat-ayat yang dituturkan sangat berbisa dan membuatkan aku tidak boleh melupai wajahnya hingga saat ini.
“Assalamualaikum!” Suara yang bergema di depan pintu menerbangkan wajah Samseng Pintu Lif yang bertandang di kotak fikiranku.
“Waa…aaa..laikum…salam!” Hampir tercabut jantungku melihat Samseng Pintu Lif  berdiri di depan pintu bilikku. Dia memakai kemeja putih dan berseluar jeans hitam. Macam tahi cicak pula. Terpana aku melihat wajahnya yang bersih tanpa kumis. Samseng Pintu Lif menghadiah sebuah senyuman kepadaku. Aku membalas senyuman seadanya. Bayangkan saat kita memikirkan insan tersebut, tiba-tiba insan itu muncul di depan kita. Bukankah itu jodoh kita? Tapi kenapa jodohku dengan seorang samseng pula?
“Dr. Qistina?” Soalnya dengan wajah serius. Namun nadanya dikawal sebaik mungkin.
“Ya, saya. Ada apa yang boleh saya tolong?” aku juga mengawal suara seanggun mungkin. Aku tahu aku bukan Doktor Pakar. Di Klinik Pakar O&G hanya doktor-doktor pakar saja yang akan merawat pesakit luar di hospital tempat aku bertugas. Lagipun tetamu tidak diundang ini seorang lelaki.
“Saya nak ajak Dr. Qistina makan. Boleh?”
“Hah? Makan?” Mimpikah aku Samseng Pintu Lif ajak aku makan.
“Saya datang ni nak ajak Dr. Qistina keluar makan dengan saya.”
Aku serba salah. Samseng itu datang mengajak aku makan bersamanya. Biar betul. Terkedu aku sementara menyusun bait-bait ayat seterusnya. Musykil sungguh aku. Seingat aku, tidak pernah pula aku berhubungan dengan samseng ini, kenapa tiba-tiba datang mempelawa aku makan bersamanya? Perlukah aku mengikutnya? Hati aku berbelah bagi. Sebenarnya aku takut untuk mengikutnya apatah untuk pergi makan.
“Di mana?” Dari mana keberanian itu datang aku tidak pasti.
Belum sempat samseng itu menjawab, daun pintu diketuk dari luar. Dr. Danish!
Sorry. I tak tahu U ada tetamu.” Katanya sambil menghulurkan tangan ke arah lelaki samseng yang tidak aku ketahui namanya itu.
“Saya, Hisyam. Daniel Hisyam.”
“Saya Danish. Dr. Danish.”
            “Oh, ada hal Doktor cari saya?” Aku mencelah. Aku baru teringat tujuan kedatangan Dr.Danish mencari aku.
I nak U gantikan tempat Dr. Fadzreen. Dia cuti kecemasan hari ni. Lagipun U boleh belajar tentang penyakit yang berkaitan dengan kehamilan. Lepas ni U boleh jadi doktor pakar dalam bidang O&G pula.” Lembut saja kata-katanya menjawab soalanku. Lemah longlai lutut aku tatkala dia memandang ke arahku sambil tersenyum. Aku tahu inilah peluang aku melepaskan diri daripada lelaki samseng itu.
Mataku merenung ke arah lelaki yang mengaku namanya Daniel Hisyam itu. Sesaat mata kami bertentangan, akhirnya Daniel Hisham meminta diri. Katanya dia akan datang lain kali untuk melunaskan janjinya tadi. Saat Daniel Hisyam mahu beredar, aku nampak wajahnya dan wajah Dr. Danish hampir serupa. Cuma gaya rambut saja yang membezakan wajah mereka. Tapi apa yang hendak aku hairankan. Wajah mereka ada iras kacukan Cina kerana mata mereka yang sepet. Itulah sebenarnya persamaan mereka.
Aku berjalan beriringan dengan Dr. Danish ke Klinik Pakar Sakit Puan. Dr. Danish masih dengan topik utamanya. Dia mahu aku menjadi Doktor Pakar seperti Dr. Fadzreen. Aku sedar siapa diri aku. Pengalaman belum ada dan keyakinan belum kukuh.
“Kenapa? U tak minat?” Dia terus menyambung hujahnya setelah melihat aku terdiam.
I  tiada pengalaman.” Aku menerangkan sejujurnya situasi aku kepada Dr. Danish Ong.
I pun tiada pengalaman. Lagipun I lelaki. Kalau I kahwin pun, I tak akan merasa pengalaman mengandung dan bersalin! Tapi I suka mengkaji.”
Hampir pengsan aku mendengar penjelasan dan pengakuan Dr. Danish Ong. Dia belum berkahwin? Betulkah? Rasanya cerita-cerita tentang Dr. Danish yang aku dengar selama ini adalah tidak benar sama sekali. Mengapa semua staf di sini menyatakan Dr. Danish serius dan komited dengan kerjanya? Tetapi dengan aku dia terlalu berterus terang.
I nak bakal isteri I nanti tidak mengalami sebarang komplikasi ketika mengandungkan anak kami.” Bagai halilintar membelah bumi tatkala Dr. Danish Ong menjelaskan keadaan dirinya dengan lebih lanjut. Rupanya Dr. Danish sudah pun berpunya. Memanglah aku tiada jodoh dengannya. Seorang lagi calon lelaki pertama aku terpaksa gugurkan. Tinggal lagi tiga calon. Adakah Dr. Fadzreen? Danny? Atau samseng yang namanya Daniel Hisyam? Aku tersenyum sendirian.
“Ada sesuatu yang melucukan?”
Malunya aku. Perbuatan aku dilihat dan dinilai orang. Pantas aku menggeleng kepala. Aku perlu melepaskan diriku daripada berfikir yang bukan-bukan.  Dr. Danish adalah ketua aku. Dia juga sudah dimiliki. Itu aku perlu ingat. Kenapalah aku asyik melayan perasaan tentang jodohku? Aku mendiamkan diri sambil mengekori Dr. Danish dari belakang. Tidak lama kami pun sampai ke depan Klinik O&G. Sebelum aku menolak daun pintu, Dr. Danish mengajukan soalan cepu emas kepadaku.
“Umur  berapa?”
Soalan itu berbaur peribadi. Perlukah aku menjawab sejujurnya?
“Rahsia ke?”
Aku menggeleng lantas menjawab sejujurnya.
“28.”
“Hmm…muda lagi.”
“Dah kahwin?”
Aku menggeleng. Peliknya sikap Dr. Danish hari ini.
“Tapi…tadi tu siapa?”
“Soalan itu I tiada jawapan. Titik.”
Aku bergegas masuk ke bilik Dr. Fadzreen yang tidak berkunci. Dr. Danish menunjukkan isyarat bagus kepadaku. Aku mengangguk.
Di dalam bilik Dr. Fadzreen, aku membayangkan beliau adalah lelaki pertama aku. Aku rasa aku tidak perlu bertangguh lagi. Aku mesti meluahkan isi hati aku kepadanya. Cuma aku tidak ada keberanian. Bayangkan heboh satu hospital apabila  mengetahui aku membuat pengakuan kepada Dr. Fadzreen. Aku mengulum senyum. Bahagianya aku saat ini.
Mataku terpaku kepada susunan fail di atas meja. Fail-fail di atas meja aku belek dengan teliti. Belum sempat aku memulakan rutinkualan itu berbaur peribadi. Perlukah aku menjawab sejujurnya?
dapnya lewat bicara kami.
"ah ketua aku. Dia juga sudah dimilik, telefon bimbitku berbunyi. Aku melihat nombor di skrin. Danny. Hampir sebulan dia tidak menghubungiku!
“Awak okey hari ni?”
“Kita okey.  Awak pulak macam mana?”
“Kita okey. I meet somebody today.”
“Siapa? Boleh kita tahu ?” Soalanku menunjukkan macamlah aku kekasih Danny.
“Bila jumpa Qistina nanti kita akan tunjukkan orangnya.”
Wait..wait…Danny…macam mana awak tahu nama kita?”
Aku memang terkejut. Selama ini aku tidak pernah memberitahu Danny nama penuhku. Aku memberitahunya nama ringkasku Qis sahaja sebelum ini. Kad nama aku dirampas oleh samseng bermotosikal dulu. Dia tak sempat pun nak lihat nama aku. Bagaimana pula dia boleh memanggil aku Qistina?
“Kita cari kat JPJ.”
“Kat JPJ ada nama kita ke?”
“Nombor pendaftaran kereta awak!”
“Apa lagi awak tahu pasal kita?”
“Semua tentang awak. Kerja awak. Umur awak. Tempat tinggal awak.”
Kata-kata Danny membuat aku terpana. Dari mana dia mendapat maklumat tentang aku? Hebat sangatkah aku hinggakan Danny sanggup bersusah payah cuba mengenaliku. Sedangkan Dr. Fadzreen yang berada di depan rumahku selama lebih lima tahun tidak pernah perasankan aku, inikan pula Danny yang baru beberapa bulan aku kenal. Itu pun aku hampir lupa rupa parasnya kerana selepas kemalangan dulu aku tak pernah lagi bertemu dengannya. Aku rasa ada sesuatu yang sedang berlaku tanpa pengetahuanku.
“Berapa umur kita? Kerja kita? Dan di mana kita tinggal?” Aku rasa sudah sampai masanya aku perlukan penjelasan daripada Danny. Aku tidak mahu berada dalam teka-teki.
“Umur awak 28. Awak doktor dan sekarang tinggal kat Selayang. Atau ada apa-apa yang tertinggal?” Penjelasan Danny membuat aku terpempan. Masih ada lagi orang yang perasankan kehadiranku di muka bumi ini.  Perasaan aku mula berbunga. Siapakah engkau wahai Danny? Maka perlukah aku isytiharkan Danny sebagai lelaki pertama aku? Lagipun dialah lelaki pertama yang bercakap dengan aku walaupun melalui telefon pada tarikh 1 Jun dulu. Seronoknya aku kerana ada insan di muka bumi ini yang perasankan kehadiran aku.
“Boleh kita tanya awak soalan yang agak personal?” Tiba-tiba aku semakin berani. Sebelum ini aku ragu-ragu untuk menyoal Danny.
“InsyaAllah.” Terkedu aku mendengar jawapan lelaki misteri yang aku langgar keretanya tidak lama dulu. Dalam masa tiga bulan terlalu banyak yang dia tahu pasal aku.
“Sebenarnya awak kan Chinese. Kenapa awak boleh bagi dan jawab salam macam orang Islam yang lain kepada saya?” Terluah juga persoalan yang berlegar di fikiranku sejak lama dulu.
“Memang Daddy kita Chinese tapi Mummy kita Malay. So, kita Muslim macam awak. Puas hati?”
“Awak, kita juga ada satu permintaan. Boleh awak kabulkan?”
“Aik..hari ni banyak pulak soalan peribadi. Tapi takde hal. Kalau awak minta bulan pun kita akan petik.”
“Siapa awak sebenarnya? Kerja awak. Umur awak?”
“Sebelum tu, boleh kita panggil awak Honey?”
Kali ini permintaan Danny membuat aku makin terkedu. Seolah-olah dia tahu nama timanganku di rumah ialah Honey. Aku makin keliru. Rasanya sejak sebulan yang lalu Danny tidak menghubungiku adalah kerana dia sibuk mencari maklumat tentang aku. Makin perasan pula aku.
“Kenapa?” Aku cuba mendapatkan kepastian daripada Danny.
“Kita suka sangat gelaran tu!”
“Suka hatilah. Asalkan awak suka. Tapi parents kita memang panggil nama kita Honey.”
“Ye, ke? Thanks Honey. Rawat pesakit betul-betul. Ketua awak tu handsome juga orangnya. Jangan terpikat dengan dia sudahlah.” Kata-kata Danny membuat aku terpegun. Bagaimana dia boleh tahu pasal Dr. Danish dan Dr. Fadzreen?
“Hey, awak belum jawab soalan kita.”
Sorry. Lain kali kita jawab. Bye, awak. Jaga diri. Lain kali kita cakap lagi.”
Talian diputuskan. Aku tidak tahu bila pula Danny akan menghubungiku. Banyak yang dia tahu pasal aku walaupun baru beberapa bulan kami berkenalan. Aku mula musykil. Tentu ada sesuatu yang tidak kena. Tapi sekurang-kurangnya aku bersyukur. Ada juga insan yang perasankan kewujudan aku di Kuala Lumpur ini.
Mataku melirik tanda nama di atas meja. Tertera nama Dr. Fadzreen Nushi Irsyaduddin. Baru mula kerja dah ada bilik sendiri. Aku ni entah bila lagi akan dapat bilik sendiri. Betul juga kata jejaka idamanku. Aku boleh jadi Doktor Pakar sepertinya satu hari nanti.
Mulai sekarang aku perlu fokus pada satu bidang sahaja. Sebelum ini aku bertugas di Wad Bersalin Hospital Likas, Kota Kinabalu. Kini di tempat baru juga aku ditempatkan di Wad Bersalin. Aku perlu mendalami bidang yang berkaitan kehamilan dan proses melahirkan anak oleh seseorang perempuan. Aku mahu memecah monopoli Pakar Sakit Puan oleh kaum lelaki. Biar kehadiranku dalam bidang ini akan menambahkan jumlah bilangan doktor perempuan dalam bidang perbidanan.
Ketukan di pintu mengejutkan lamunanku. Dr. Danish muncul di muka pintu. Di tangannya ada sebuah fail. Matanya tepat merenungku. Belum sempat aku bersuara, dia mula menyindirku.
“Hai senyum sorang-sorang. Baru dapat call dari buah hati ke?” Lunaknya suara yang kedengaran di gegendang telingaku walaupun ia penuh sindiran.
“Takdelah. Orang macam saya ni sapelah yang nak.” Aku merendah diri dengan situasi aku yang tidak pernah merasai nikmatnya cinta.
“Tapi gaya U jawab call tadi macam orang sedang dilamun cinta!” Dia masih memasang perangkap.
“Ye ke? Tak perasan pula ada orang sedang perhatikan saya.”
Hairannya aku. Semasa aku lalu-lalang di depan rumah Dr. Fadzreen selama lima tahun ini tidak pernah pula dia perasankan aku. Tapi di hospital ini, baru beberapa bulan aku bekerja  di sini sudah mula ada yang perasankan gerak geri aku. Hairan aku dengan sikap Dr. Danish. Cepat sangat dia menangkap apa yang tersirat dan tersurat di hatiku.
I ni makan garam dulu daripada U. Sikit-sikit tu I tahulah macam mana gayanya orang yang sedang dilamun cinta ni.”
Pandai pula Dr. Danish menggunakan peribahasa ketika berbual denganku.
“Takdelah Doktor. Tadi tu mangsa yang I langgar keretanya tidak lama dulu. Saja je dia tanya khabar I.”
Akhirnya aku  menerangkan tentang Danny kepada Dr. Danish. Aku tidak mahu dia salah faham terhadap aku. Manalah tahu dia adalah lelaki pertama aku walaupun aku baru saja mengeluarkan namanya daripada calon lelaki pertama aku sebentar tadi.  Mungkinkah pintu hatinya akan terbuka untukku satu hari nanti. Atau dia mahu menyuntingku menjadi permasuri hatinya. Biarlah aku terlebih perasan asalkan aku bahagia. Segalanya berkemungkinan. Ya, Allah! Kenapalah aku cepat sangat menaruh harapan kepada sesuatu yang belum pasti.
“Baiknya hati orang yang U langgar. Boleh telefon bertanya khabar lagi. Itulah untungnya jadi orang cantik.” Ada nada sinis dalam pujiannya. Aku kurang pasti kenapa Dr. Danish seperti marahkan aku. Tapi dia memang petah berkata-kata. Tapi cantikkah aku pada pandangan matanya? Pada aku biasa saja. Kulitku saja yang putih tapi rupa parasku biasa saja. Maklumlah Papa aku keturunan Banjar. Mama aku kulitnya hitam manis. Kedua-dua adik lelakiku semuanya berkulit sawo matang. Aku saja yang ikut kulit Papa.
Aku membiarkan detik waktu berlalu sehingga pintu diketuk dari luar. Muncul wajah seorang staff nurse. Di tangannya ada 10 fail pesakit. Jururawat itu adalah pembantu kepada Dr. Fadzreen. Selepas itu aku mengendalikan tugas yang sepatutnya dilakukan oleh Dr. Fadzreen.
Pesakit pertama mempunyai masalah kandungan luar rahim. Lembut saja Dr. Danish Ong menasihati wanita yang berusia 35 tahun itu agar tidak takut untuk menjalani pembedahan. Beliau mengarahkan aku membawa pesakit ke bilik ultrasound. Di sana dia menunjukkan kandungan pesakit itu yang berada di luar ovari sebelah kanan pesakit. Aku memerhatikan cursor yang ditunjukkan Dr. Danish Ong.
“Qis, U tolong nurse dapatkan tarikh untuk pembedahan pesakit ni. Kalau boleh esok hari.” Ringkas saja dia memberi arahan kepada aku. Tetapi masih lagi dengan suara yang lembut persis seorang ayah menyuruh anaknya melakukan sesuatu tugas yang mudah.
“Okey.” Jawabku lantas tanganku mencapai telefon di hadapanku. Aku menghubungi Dewan Bedah untuk mendapatkan masa pembedahan bagi pesakit kami yang pertama pada hari ini. Setelah mendapat masa dan waktu pembedahan daripada Dewan Bedah, aku menulis catatan di dalam borang maklumat pesakit.
“Qis, dah dapatkan masa pembedahan?”
“Dah. Jam 10 pagi esok. Jam 8 pagi ada pembedahan laparaskopi untuk pembuangan cyst seorang pesakit.”
Thanks atas kerjasama U. Sekarang U tolong rawat pesakit seterusnya. Dr. Hasbul panggil I ke Dewan Bedah. Ada emergency-operation.” Dr. Danish Ong terus meluru keluar sebaik memberi arahan kepadaku.
Ah, hari yang memenatkan. Tapi aku seronok kerana dapat bekerja di dalam Klinik Pakar ditemani Dr. Danish. Kini aku akui kenapa Dr. Danish komited dengan kerjanya. Semuanya kerana kita menganggap pekerjaan sebagai satu ibadah.
Menyelamatkan nyawa pesakit memberi satu kepuasan dan kenikmatan. Aku juga layak menjadi Doktor Pakar Sakit Puan satu hari nanti. Aku mempunyai kelebihan berbanding dengan Dr. Danish  kerana aku adalah perempuan. Ya, satu hari aku akan menjadi seperti beliau. Punya bilik sendiri dan punya pesakit sendiri. Rupanya seronok menjadi senior. Tapi kalau nak jadi senior, mesti jadi junior dulu. Itu yang tak berapa seronok tu.

Tuesday, September 20, 2011

~~PERIBAHASA HARI INI~~

BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH
Maksud
Apabila melakukan sesuatu kesilapan atau kesalahan, segeralah meminta maaf dan membetulkan kesilapan yang dilakukan agar kedua-dua pihak tidak bermasam muka.
Contoh Ayat:
Hubungan Ali dan Abu semakin pulih kerana Ali mengaku kesilapannya ibarat buang yang keruh ambil yang jernih.

Saturday, September 17, 2011


BAB EMPAT 
Suasana hingar bingar di wad kecemasan. Seorang pesakit mengalami tumpah darah di bawa dari Hospital Daerah Rawang. Kebetulan aku dan Dr. Fadreen yang on-call malam ini.
“Qis, ambil contoh darah patient. Nurse, pasang drip patient. Patient terpaksa dibedah sekarang juga.” Arahan Dr. Fadzreen membuatkan semua staff di wad kecemasan kelam kabut. Dalam masa 10 minit, semuanya berjaya dilaksanakan oleh staf yang bertugas.
“Qis, ikut saya ke dalam Dewan Bedah.”
“Kenapa pula? Kan doktor pelatih dah cukup untuk menolong Doktor kat dalam Dewan Bedah nanti!”
“Kes ni Qis belum jumpa. Patient ni placenta previa type four. Kandungannya kembar pula. Nampak macam uterusnya semakin nipis kerana terlalu meregang. Komplikasinya ialah uterusnya terpaksa dibuang!”
“Apa? Buang uterus? Malangnya nasib patient ni Doktor!”
“Cepatlah. Kita ada masa dua jam saja.”
Sebaik pembedahan dijalankan, sepasang bayi kembar lelaki dan perempuan berjaya dikeluarkan dari uterus ibu muda tersebut. Uterusnya berjaya diselamatkan namun Dr. Fadzreen telah meminta tandatangan suami wanita muda itu untuk mengikat salur fallopian isterinya. Hal itu adalah untuk mengelakkan wanita itu daripada mengandung dalam masa terdekat.
Pembedahan ke atas pesakit tersebut membuatkan aku termenung panjang. Begitu sengsaranya menjadi seorang wanita. Melahirkan seorang bayi berhadapan dengan seribu kemungkinan. Risiko perlu ditanggung oleh seseorang wanita sebaik saja mereka bergelar seorang isteri. Teringat kes di Likas dua tahun lalu. Seorang wanita meninggal dunia selepas kelahiran anak ketiga kerana tumpah darah. Melahirkan anak pun boleh meninggal. Memang nasib wanita yang sentiasa berkorban sejak dilahirkan sehingga melahirkan.
Semalam seorang pesakit bilik 2 keguguran. Kandungannya sudah masuk minggu ke 14. Oleh kerana ada membran yang tertinggal, pesakit terpaksa dibuat D&C. Kasihan pula aku melihat keadaan diri pesakit tersebut.
“Penat?” Lamunanku terhenti sebaik mendengar suara Dr. Fadzreen Nushi.
“Sikit.”
“Nak makan?”
“Tak elok makan pada waktu malam.”
“Patutlah badan Qis melengking saja!”
I memang kuat makan. Cuma waktu malam memang I tak makan.” Dalihku.
 Sebenarnya aku malu juga bila Dr. Fadzreen Nushi mempertikaikan bentuk badanku. Sejak di UM lagi, teman-teman sekuliah menegur tentang badanku yang sekeping ini. Nak buat macam mana, aku sudah mencuba pelbagai kaedah namun badanku tetap tidak mahu naik. Memang  Macam-macam ubat sudah dicuba namun hasilnya tetap sama. Umairah tetamn di Likas dulu pernah berseloroh. Katanya badanku akan naik kalau aku bercinta. Katanya lagi orang bercinta memang bahagia.
“Kalau macam tu, Qis temankan I ke kafe, boleh?”
Aku hanya mengangguk. Di pertengahan jalan, telefon bimbit aku berbunyi. Aku melihat nombor yang tertera di skrin telefon. Danny! Aku meminta izin Dr. Fadzreen untuk menjawab panggilan telefon. Dr. Fadzreen hanya mengangguk sambil tersenyum.
“Assalamualaikum!”
“Waalaikumsalam. Lamanya U ambil masa nak jawab panggilan I?”
Sorry. I bersama kawan tadi.”
Danny cuba mengorek rahsia peribadi aku. Aku perlu telus. Tiada siapa di hatiku saat ini walaupun lelaki pertama yang akan menerima cinta pertama aku ialah Dr. Fadzreen. Namun Danny bukan jenis orang yang mudah berpuas hati. Danny berjanji akan membawa rombongan meminang sekiranya betul-betul tiada sesiapa di hatiku saat ini. Aku menyahut cabarannya walaupun aku tahu ia tidak mungkin akan berlaku.
Dari dalam kafe, Dr. Fadzreen melambai ke arahku. Aku terpaksa mematikan telefon bimbit sedangkan Danny masih di talian. Berbual dan berborak dengan orang yang berada dekat di sisi kita lebih bermakna daripada menjawab panggilan telefon orang yang berada nun jauh dari pandangan mata kita. Lagipun aku belum lagi meluahkan hasratku kepada Dr. Fazdreen. Biarlah perigi mencari timba pula kerana aku pasti Dr. Fadzreen lelaki pertama aku. Itulah aku yang suka berangan dan menaruh harapan..
Aku senang berdamping dan menemani Dr. Fadzreen daripada melayani panggilan Danny. Aku senang sekali membantunya baik di dalam Dewan Bedah atau di Klinik Pakar O&G. Sedangkan Danny pula hanya akan menghubungiku bila-bila masa yang dia suka tanpa mengira waktu. Kadangkala tengah malam, kadangkala awal pagi dan kadangkala pada waktu maghrib! Kata Danny dia bekerja ikut syif. Bila aku tanya apa kerjanya, tidak pula dia mahu berterus terang.
Bagaimana aku mahu meneruskan hubungan dengan Danny sedangkan aku tidak boleh suka-suka menghubunginya. Aku hanya perlu menunggu panggilan daripadanya saja. Kadangkala seminggu Danny tidak menelefon aku. Bila aku beria-ia mahu berjumpanya, macam-macam alasan yang diberikannya. Akhirnya hatiku menjadi tawar terhadap Danny. Ah, perkenalanku dengannya bukanlah lama sangat. Namun Danny juga termasuk dalam kategori jejaka pertama yang berbual denganku pada hari pertama aku bertugas di Hospital Selayang. 1 Jun. Ya, 1 Jun. Aku tidak lupa.
Saat aku kelam kabut hendak ke hospital pada 1 Jun dulu, dia menghubungiku dan mengucapkan selamat pagi. Kemudian dia memberitahu keretanya sudah siap dibaiki. Dia akan mengambil keretanya tengahari tersebut. Pasti Danny juga termasuk dalam senarai lelaki pertama walaupun aku sangat pasti Dr. Fadzreen lelaki pertama aku.
Kadang-kadang aku keliru juga. Peristiwa 1 Jun datang dan pergi bersama harapan yang belum terkabul. Siapakah sebenarnya jejaka pertama yang menegur aku pada hari tersebut? Walaupun aku pasti Dr.Fadzreenlah jejaka pertama menegur aku dengan paling sopan, tapi ada lagi individu lain yang selalu muncul di benakku.
Hingga saat ini aku tidak pasti siapakah jejaka pertama yang akan aku isytiharkan pertama sekali menegurku pada hari itu. Jika Danny, dia hanya menelefon aku pada hari itu. Jika  Dr. Danish pula, memanglah dia menegurku kerana dia bos aku. Lagipun aku melapor diri kepadanya. Jika Dr. Fazdreen pula memanglah dia orangnya kerana dia orang luar yang pertama berhadapan dengan aku pada hari tersebut. Entahlah. Tapi aku paling takut kalau samseng yang menengking aku di pintu lif hospital dikira lelaki pertama menegurku hari itu. Mungkinkah samseng itu lelaki pertama aku? Kenapa wajahnya kerap muncul di kotak fikirku saat aku lemas membuat keputusan untuk mengisytiharkan lelaki pertama aku? Betulkah dia?
Aku tidak perlu terburu-buru membuat pilihan kerana orang yang ingin datang merisik aku pada minggu pertama bulan Jun dulu membatalkan hasrat mereka. Aku bersyukur kerana belum terdesak untuk mencari calon buat diri sendiri. Oleh itu, aku tidak perlu mengisytiharkan siapakah lelaki pertama menegurku pada 1 Jun lalu walaupun aku mempunyai empat calon yang boleh dikategorikan sebagai lelaki pertama pilihan hatiku.
Hmmm..ramainya calon lelaki pertama aku. Siapakah yang akan mengisi carta hatiku yang masih lagi kosong? Baik aku buat undian. Fadzreen, Danish, Danny dan Samseng Pintu Lif. Akhirnya aku dapat memberi nama kepada samseng itu. Tapi aku tidak tergamak untuk meluahkan perasaan kepada salah seorang daripada empat calon tersebut. Lagipun aku tidak mahu dikatakan perigi mencari timba.
Kadangkala wajah lelaki samseng itu bertandang di kotak mindaku berjam-jam lamanya. Wajahnya yang bersih tanpa kumis, plaster yang membalut dahinya, rambut depannya yang beralun seperti iklan syampo jelas terbayang di ruang mataku. Matanya yang sepet seakan menyimpan pelbagai rahsia. Kenapa wajah itu yang sering mendatangi alam fantasiku? Tutur katanya yang berbisa, senyum sinis dan suaranya yang keras menengking aku seakan satu kenangan yang sukar dilupakan. Samseng Pintu Lif, kenapa engkau tiada bernama?

Thursday, September 15, 2011

Forteen - Berdua Bersatu + Lirik




BAB DUA


            Bunyi telefon bimbit mengejutkan lenaku.
            “Assalamualaikum.”
            “Nak cakap dengan siapa?” Aku rasa aku tidak pernah dengar suara orang yang menelefon aku. Nombor yang tertera di skrin telefon pun tak pernah aku lihat.
            Sorry to disturb U.” Lembut dan bersahaja suaranya berbual denganku.
            “Maafkan saya. Siapa yang bercakap?” Terpaksa aku bertanya lanjut.
            “Tuan punya kereta yang U langgar pagi tadi!” Satu-satu suara di hujung talian menuturkan bicara denganku. Kenapa suaranya selembut bayu yang berpuput di pantai sedangkan pagi tadi aku rasa hampir pengsan diperlakukan oleh lelaki bermotosikal itu.
            Sorry! I tak perasan. Dah baiki kereta U?”
            I dah hantar bengkel. Mekanik tu kata bumpernya kena ganti yang baru.”
            “Berapa kosnya?”
            Arround RM200. Bumper RM100 dan upah cat bumper dalam RM100.”
            U nak I pergi bayar sekarang ke?”
            No! No! I cuma nak maklumkan U je. Esok I pergi ambil kereta I.”
            U hantar kereta kat bangkel mana?” Aku perlu tahu alamat bengkel yang membaiki kereta lelaki tersebut. Kalau tidak macam mana aku hendak membayar kos kerosakan keretanya.
            “Kenapa? Kereta U pun rosak juga ke?”
            I nak bayar kos kerosakan kereta U.
            Miss, kan I dah kata I just nak maklumkan U je. Tak payah U nak tanggung kosnya. Sikit je.”
            “Apa? Maksudnya  I tak payah bayar?” Hairannya aku. Pagi tadi bukan main marah lagi lelaki bermotorsikal dan lelaki Cina itu terhadapku. Kini lain pula nadanya. Aku mencubit tanganku beberapa kali. Mimpikah aku. Sakit pula bila terkena cubitan. Ah, realiti. Memang kenyataan.
            “Ya. I just nak bagitau U je.”
            “Nak bagitau je? Ah, terima kasihlah Encik. Boleh saya tahu nama Encik?”
Kenapa laju saja soalan itu terpacul dari bibirku? Ah, tidak rugi berkenalan dengan ramai orang. Getus hatiku. Sebenarnya aku lega kerana tidak perlu bertemu lelaki Cina yang aku langgar keretanya kerana dia mungkin akan datang bersama lelaki bermotosikal yang ganas itu.
            “Panggil I Danny aje. Okay see U next time.” Langsung lelaki itu mematikan talian telefonnya. Aku termangu di birai katil.
            Aku cuba mengingat semula kejadian pagi tadi. Aku terlanggar kereta seorang lelaki Cina. Mukanya masam mencuka. Datang pula lelaki bermotosikal kuasa besar yang garangnya mengalahkan harimau. Mengapa pula lelaki yang menelefon aku tadi siap memberiku salam. Sudahlah begitu, lembut pula bait-bait kata yang dituturkan kepadaku. Kemudian keretanya yang rosak aku tak payah bayar. Itu yang paling sedap didengar. Betulkah namanya Danny? Apa bangsa dan agamanya? Ah, meleret-leret pula aku melamun.
            Lemas melayan perasaan, aku turun ke bawah. Mama sedang minum petang bersama Papa di taman berhampiran kolam ikan. Aku menghampiri mereka.
            “Ha, dah cukup rehat?” Soal Mama. Aku mengangguk malas.
            “Honey, duduk sini.” Papa mengarahkan aku duduk di sebelahnya. Lama Papa merenung aku.
            Kenapa Pa?”
            “Honey satu-satunya anak perempuan Papa. Papa mahukan yang terbaik untuk Honey.”
            “Pa.. Qis tak faham apa yang cuba Pa sampaikan. Qis dah besar. Papa cakap ajelah apa yang tersirat di hati Papa.”
            “Mereka tak jadi datang petang ni. Pihak lelaki ada masalah. Mungkin mereka akan datang minggu depan.” Papa meluahkan perasaan yang tersirat di hatinya dengan wajah yang muram.
            “Pa, Qis belum terdesak nak kahwin lagilah. Umur Qis baru masuk 28 tahun. Qis baru 3 tahun bekerja. Qis belum puas lagi merasai nikmat hidup sebagai orang bujang.”
            “Maksudnya Qis tak rasa dah terlewat untuk mencari pasangan hidup?” Papa masih tidak puas hati dengan jawapanku.
            “Pa, Qis serahkan jodoh Qis di tangan Tuhan. Ramai lagi orang di luar sana yang belum kahwin walaupun usia sudah menjangkau 40 tahun.” Cikgu aku dulu, Intan Salwati, umurnya 45 tahun belum juga berkahwin. Jika dibandingkan dengan aku sekarang, aku rasa aku masih muda belia lagi. Aku terpaksa meredakan kebimbangan Papa terhadapku.
            Papa seorang yang agak kolot dalam hal memberi pendidikan kepada aku kerana tugasnya adalah seorang guru. Papa dan Mama memberi didikan agama dan pelajaran yang seimbang untuk aku. Aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga pendidik. Papa seorang guru tetapi Mama adalah seorang Pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri. Mama merupakan Ketua Sektor Bahagian Pengurusan dan Sumber Manusia.
            Aku tidak pernah bertanya tentang gaji mereka. Aku tahu gaji Papa mungkin lebih rendah daripada gaji Mama tetapi seumur hidup aku tidak pernah mendengar Mama merungut tentang perbezaan gaji mereka.
            “Jadi, Honey dapat pulang tak minggu depan?” Soalan Papa mematikan lamunanku. Papa lebih suka memanggilku dengan gelaran Honey. Aku tahu Papa menyayangiku melebihi Mama.
            “InsyaAllah Pa. Kalau umur panjang dan diizinkan Tuhan, Qis balik nak jumpa bakal suami.” Jawabku separuh bergurau. Aku lihat ada sinar harapan di wajah Papa.
            “Macam tu lah anak Papa!” Balas Papa dengan penuh makna.
            “Macam mana dengan tugas hari ni?” Mama pula mencelah.
            “Qis mula duty esok. Tadi dah jumpa Pengarah Hospital. Dia suruh Qis datang jumpa anak dia esok hari.” Jawapanku membuatkan Mama tertanya-tanya. Begitu juga dengan Papa.
            “Maksud Qis?”
            Ayahnya Pengarah Hospital. Anaknya pula Ketua Pakar Sakit Puan!” Jelasku ringkas. Biarlah Papa dan Mama berfikir hospital tempat aku akan bertugas mulai esok dikawal oleh Pengarah Hospital anak beranak.
            “Persekitarannya macam mana? Sibuk macam kat KK atau kurang sikit?” Mama terus bertanya soalan tentang tempat kerjaku.
            “Hospital baru. Bangunannya  nampak besar dan keadaannya tentulah lebih sibuk dari Likas kat KK dulu.” Jawabku cuba meredakan kebimbangan Mama. Aku tahu Mama risaukan aku. Aku merupakan Puteri tunggal dalam keluargaku. Dua orang adik lelakiku pun sudah bekerja. Beza umur antara kami hanya selang setahun.
Aizat adik di bawah aku sudah pun masuk 27 tahun. Aizuddin adik bongsuku pula sudah menginjak usia 26 tahun. Kedua-dua mereka sudah mempunyai pilihan hati masing-masing. Aizuddin seorang Pegawai Perancang Bandar dan Desa di Pulau Pinang manakala Aizat pula seorang pensyarah di UTP, Perak. Aku tahu sebab itulah Papa dan Mama seolah-olah terdesak untuk mencari jodoh untukku.
“Bila Honey nak ke balik ke rumah sewa?” Giliran Papa pula bertanyakan soalan kepadaku.
“Lepas Maghrib nanti. Kenapa Pa?” Aku dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena. 
“Sebenarnya, kalau Honey setuju dengan pilihan Mama dan Papa, biarlah kita sekalikan majlis pertunangan dan akad nikah nanti.” Terpaku aku mendengar saranan Papa. Bergilir-gilir aku memandang Papa dan Mama. Aku cuba mencari kepastian di wajah mereka.
“Mama, Papa … andai Qis membebankan Ma dan Pa, buatlah apa yang terbaik untuk Qis. Qis tahu niat Ma dan Pa adalah untuk kebaikan Qis.” Terpaksa aku berserah dengan takdir yang telah diputuskan oleh Mama dan Papa. Biarlah aku terima sesiapa saja pilihan mereka asalkan dapat membahagiakan kedua orang tuaku.
“Mama tahu Qis anak yang mendengar kata.” Lantas Mama memelukku dengan erat sekali. Terasa kehangatan kasih sayangnya menjalar dalam segenap urat sarafku. Sungguh aku tidak sanggup mengorbankan diriku untuk hidup di samping orang yang tidak aku kenali. Lalu bagaimana aku harus menangani kemelut yang sedang melanda diriku? Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubahnya. Aku perlu berubah. Aku mesti mengubah nasib aku. Aku tekad akan mengubah takdir aku.
Perjalanan ke Selayang terasa beribu batu jauhnya. Aku tekad dengan keputusanku. Aku akan menyerahkan cintaku kepada lelaki pertama yang menegurku esok hari. Bukan lelaki kedua atau kesepuluh. Aku akan mencari lelaki pertama untuk mengisi carta hatiku yang paling atas. Tapi siapakah dia? Tidak kira apa pun yang berlaku aku akan luahkan perasaan kepada lelaki pertama yang menegurku esok hari. Ya, aku akan mengubah nasib aku.
Kata orang yang pertama adalah afdal. Yang kedua adalah sangat baik. Yang ketiga adalah baik. Yang seterusnya adalah impian. Jadi mengejar yang pertama adalah matlamat. Mendapat yang kedua adalah rahmat. Menemui yang ketiga adalah nasib. Mencari yang seterusnya adalah harapan. Lalu aku mahu yang pertama. Lelaki pertama untuk cinta pertama aku. Adakah nasib aku akan berubah selepas mendapat yang pertama? Takdir yang menentukan.
 Biarlah siapapun lelaki pertama itu asalkan aku dapat menyelamatkan diri daripada berkahwin dengan lelaki pilihan Mama dan Papa yang entah siapa-siapa orangnya. Manalah tahu lelaki pertama yang menegurku esok hari adalah jejaka yang aku cari-cari selama ini. Tidak sabar aku menunggu esok hari.
Esok adalah harapan. Esok adalah penantian. Esok adalah penentuan. Semua yang berlaku esok adalah penentuan hidup dan mati aku.

Novel terbaru dalam proses~~

BAB TIGA

Pagi-pagi lagi aku sudah bangun. Selamat datang hari yang akan mencatat sejarah buatku. Aku melihat kalender. 1 Jun. Tarikh ini akan aku ingat selamanya. Hari ini aku pasti bertemu jejaka idaman. Lelaki pertama yang menegurku hari ini adalah lelaki pertama yang akan menerima cinta pertama aku. Siapakah jejaka bertuah itu? Biar siapa pun dia, aku akan pastikan dia menjadi milikku. Minta-minta janganlah tempang atau cacat orangnya. Hitam putih kacak hodoh bukan lagi ukuran.
 Aku mengenakan sepasang baju kebaya berwarna maroon dengan bunga-bunga kecil berwarna oren. Rambut paras bahu aku biarkan lepas bebas. Aku melihat wajahku di depan cermin. Mukaku yang bujur sirih tampak sedikit ceria selepas disapu bedak dan dikenakan make-up yang ringkas. Sekadar sedikit pemerah pipi dan lipstick nipis aku rasakan sudah terlebih pula make-up ku hari ini. Maklumlah aku akan bertemu jejaka yang akan menjadi pasangan hidup aku hari ini. Harapan aku menggunung tingginya. Aku tersenyum sendirian.
Selalunya aku tak pernah kenakan sebarang make-up ketika ke hospital. Siapakah yang mahu melihat kecantikanku? Bekerja di dalam wad bersalin tidak memungkinkan aku bergaya seperti model. Tetapi hari ini aku terpaksa bergaya. Minta-minta aku berjumpa Mr. Perfect atau Prince Charming.
Aku menghadiahkan sebuah senyuman paling manis untuk diriku sendiri di hadapan cermin. Hmm…manis juga aku rupanya. Sengaja aku memberi motivasi untuk diri sendiri sebelum memulakan langkah keluar rumah. Ketika mengenakan kasut, bunyi telefon bimbit berdering dari dalam rumah. Ah, hampir aku terlupa. Tertinggal pula telefon bimbit di atas meja ruang tamu.
Aku bergegas masuk semula ke dalam rumah. Pantas aku mencapai telefon comel itu. Aku melihat skrin telefon. Danny. Ah, panggilannya macam penting. Selepas menjawab panggilannya, dia mengucapkan selamat pagi buatku. Aku sedikit teruja. Maklumlah sebagai motivasi untuk aku menjayakan misiku hari ini. Seronoknya berangan sambil memandu kereta. Suara deejay yang menghiburkan semakin menceriakan hariku. Lagu-lagu yang berkumandang dari corong radio cukup menghiburkan. Bibirku tidak lekang mengukir senyuman. Hari yang indah ini pasti mencipta sejarah buatku. Sejarah bahagia aku.
Tanpa sedar keretaku sudah memasuki perkarangan hospital. Selepas parking kereta, aku menunggu lif untuk ke tingkat 5. Aku berdiri membelakangkan lif. Hatiku berbunga keriangan. Aku senyum sendirian memikirkan misiku yang mungkin menjadi kenyataan hari ini. Bunyi pintu lif terbuka mengejutkan aku. Segera aku berpaling untuk masuk ke dalam lif. Malangnya aku terlanggar seseorang. Beg tanganku terjatuh.
“Buta ke? Mata letak kat mana?”
Aku mengangkat muka. Pandanganku terpaku pada seorang jejaka yang berada di hadapanku. Matanya yang agak sepet memandang tajam ke arahku. Wajahnya bujur sirih. Rambut di atas dahinya diangkat ke atas dengan tangan kirinya. Terserlah plaster di atas dahinya. Mungkin dia datang untuk membuka jahitan di atas dahinya. Aku mengagak sendirian. Mungkin sebab itu dia memakai jaket kulit dan seluar jeans lusuh. Semua kemungkinan bermain di minda fikirku.
“Kenapa? Dah tak larat nak kutip barang yang jatuh ke?” Kali ini  alam fantasiku berterbangan seiring herdikan lelaki yang aku kira mengalahkan mafia di Itali. Matanya melirik ke arah beg tangan aku di atas lantai. Belum sempat aku mengambilnya, tangannya terlebih dahulu mencapai beg tangan aku lantas disandangkannya di atas bahu aku.
“Lain kali mata letak kat atas, bukan kat lutut.” Katanya sambil beredar. Aku terpaku di depan lif. Kejadian yang tidak seronok untuk dikenang. Misiku pasti menemui kegagalan. Aku ditegur oleh seorang lelaki samseng. Bukan ini yang aku harapkan berlaku pada hari yang bakal mencatat sejarah aku.
Mengapa aku berjumpa dengan samseng pula hari ini? Tapi aku perlu ingat akan misi aku. Takkanlah samseng itu pula yang mesti menjadi lelaki pertama aku. Ah, dia hanya pengganggu saja. Hatiku berbisik. Aku  menaiki lif dan menuju ke tingkat 5. Aku tidak bertemu seorang lelaki pun dalam perjalanan ke bilik Doktor Pakar Sakit Puan. Hatiku berdebar-debar. Bagaimanakah rupa Doktor Danish Ong? Adakah setegap dan segagah ayahnya? Masih muda atau sudah 40 tahun umurnya? Semuanya menjadi teka-teki. Akhirnya kakiku sampai juga ke hujung koridor. Perlahan aku mengetuk pintu.
Come in!” Jelas kedengaran suara dari dalam menyuruh aku masuk. Perlahan aku membuka pintu dan masuk ke dalam bilik Ketua Pakar Sakit Puan. Seorang lelaki keturunan Cina berada di dalamnya. Masih muda lagi orangnya. Aku ingatkan Ketua Pakar Sakit Puan sudah berusia orangnya. Rupanya masih muda lagi. Mungkin dalam pertengahan 30-an umurnya.
 Dia tersenyum memandangku. Aku mengamati rupa parasnya. Kacak dan bergaya orangnya walaupun dia memakai baju doktor di luar kemejanya. Rambutnya disisir rapi dan kemas. Kaca mata yang dipakainya tidak tebal seperti kebanyakan doktor pakar yang selalu aku temui. Matanya agak sepet tetapi tidak terlalu bundar. Hidungnya mancung. Kemas dan bergaya. Penampilannya pula menarik. Orangnya memang kacak sekacak Kingone dalam drama Taiwan Why Why Love. Sekali pandang aku menyukainya. Aku melihat tanda nama di kemejanya. Danish Ong. Sahlah beliau ialah Ketua tempat bertugas aku di sini.
Have a sit! U Miss Qistina Batrisya?”
Thanks. Saya Qistina Batrisya.” Gugup dan gementar ketika aku memperkenalkan diri kepadanya. Renungan matanya yang agak sepet seolah cuba mengenali diriku dengan lebih lanjut. Aku mula berasa tidak selesa. Takkanlah bos aku menjadi lelaki pertama yang menegurku paling sopan hari ini. Mana mungkin aku meluahkan perasaan kepadanya. Harapnya ada jejaka lain yang akan menegurku paling sopan selain dia.
Harapanku berbunga apabila kedengaran pintu diketuk dari luar. Aku berasa lega kerana mungkin ada jejaka atau doktor lain yang masuk ke biliknya lantas menegur aku. Maka tercapailah misi aku. Aku mula menguntum senyuman. Dengan agak kuat Doktor Danish Ong menyuruh tetamu yang mengetuk pintu masuk. Mataku turut melirik ke arah pintu. Seorang lelaki memakai kemeja berwarna biru laut dan tali leher bercorak petak-petak kecil berwarna kuning melangkah masuk lalu berdiri di sebelahku.
Nah, nasib aku akan berubah hari ini. Hampir pitam aku. Berkali-kali aku melihat jejaka yang berada di sebelahku sambil menggosok mata. Dr. Danish kehairanan melihat tingkah aku. Huh, lelaki idaman aku. Bagaimana mungkin dia boleh berada di sini? Aku sangat gembira. Terujanya aku kerana lelaki pertama yang akan menegurku hari ini ialah jejaka idamanku. Kenapa jejaka idaman aku ke sini? Dan kenapakah hari ini aku baru perasan jejaka idamanku terlalu kacak? Terlalu kacak orangnya tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Alis matanya yang lebat, kumisnya yang nipis, bibirnya yang kemerahan, hidungnya yang mancung dan lesung pipit yang menghiasi kedua belah pipinya menjadikan dia jejaka yang cukup sempurna di mataku.
Morning! Saya Doktor Fadzreen Nushi Irsyaduddin.” Sapanya sambil menghulurkan tangan ke arahku. Mimpikah aku. Takkanlah dia jodohku. Pipiku mula panas menahan malu sendiri saat aku bersalaman dengannya. Terujanya aku. Gembiranya aku. Memori hari ini akan aku pahat dalam diari hidupku.
Rupanya jejaka idamanku seorang doktor. Selama lima tahun aku menaruh harapan dalam diam kepadanya, baru hari ini aku tahu namanya. Sedap pula tu namanya. Suaranya pula terlalu mesra pada pendengaranku. Aku sangat terpesona  mendengar bicaranya yang sungguh lembut ketika dia memperkenalkan dirinya.
Morning. Have a sit. She’s Doktor Qistina Batrisya. Juga Doktor baru di Klinik Obsetektrik dan Ginekologi ini.” Doktor Danish Ong memperkenalkan aku kepada jejaka tampan lagi kacak itu.
“Dr. Qis, actually Dr. Fadzreen Nushi baru hari ini memulakan tugasnya sebagai Doktor Pakar O&G di hospital ini. U pun boleh jadi Doktor Pakar satu hari nanti. So, I letakkan U di bawah seliaan Dr. Fadzreen.”
Penjelasan Doktor Danish Ong telah membuatkan hatiku menjerit keriangan. Mana tidaknya aku akan bekerja dan sentiasa menemani jejaka idamanku di mana-mana saja dalam kawasan hospital ini. Mungkin juga kami akan sama-sama menghadiri seminar di luar daerah bersama-sama. Tidak sia-sia misi aku aku hari ini.
 Aku tahu kini. Aku ada jodoh dengan jejaka idaman aku. Siapa pernah menduga dia akan bertemu jejaka idaman dan bekerja di bawah satu bumbung? Bukan, ini adalah bonus dalam hidup aku. Seronok hatiku tidak terkata. Sebolehnya aku cuba mengawal perasaan yang semakin tidak keruan. Bahagianya aku. Bangganya aku. Aku masih tidak percaya aku telah berjumpa Prince Charming dalam hidup aku. Orangnya kacak lagi menawan. Bertuahnya aku bekerja dengan jejaka kacak di Malaya ni.
“Dr. Qis, U boleh bekerja di bawah seliaan Dr. Fadzreen di fist class Wad Bersalin.” Doktor Danish Ong memberi arahan kepadaku. Aku hanya menganggukkan kepala tanda bersetuju. Bodohlah kalau aku menggelengkan kepala. Menggelengkan kepala beerti aku melepaskan peluang yang hanya datang sekali seumur hidup aku. Bagaimanalah nanti keadaan aku apabila bekerja dengan orang yang kita minati dalam diam. Mampukan aku berlagak professional sedangkan hati aku sentiasa mengingati dirinya siang dan malam? Segalanya berkemungkinan.
Bulan lepas aku pernah nampak Dr Fadzreen bergandingan tangan keluar dari sebuah pusat beli belah di Rawang. Walaupun dia belum berkahwin, pastilah gadis itu istimewa dalam hidupnya. Sejak itu aku cuba menghindarkan diri daripada menaruh harapan terhadapnya lagi. Kini peluang muncul di depan mata. Perlukah aku melepaskannya? Jawapannya memang tidak.
Mindaku sarat dengan berbagai-bagai persoalan. Bagaimana aku hendak bekerja di bawah orang yang aku minati? Adakah Dr. Fadzreen Nushi mengenaliku? Mengapa sebelum ini aku tidak pernah tahu tentang pekerjaannya? Bagaimana pula dengan janjiku hari ini?
Misi aku hari ini ialah meluahkan perasaan kepada jejaka pertama yang menegur aku. Keberanian tidak ada dalam diriku untuk melaksanakan misi aku. Aku tidak berani memberitahu Dr. Fadzreen bahawa aku cinta kepadanya. Aku juga tidak berani memberitahu isi hatiku kepada jejaka pertama yang menegurku hari ini kerana orang itu ialah Dr. Fadzreen.
Betulkah Dr. Fadzreen dikira jejaka pertama yang menegurku hari ini? Walaupun Dr. Danish terlebih dahulu menegurku tapi dia adalah ketua aku. Jadi  Dr. Fadzreen  patut diisytiharkan jejaka pertama yang menegurku hari ini. Aku tersenyum dalam hati. Hmm….susahnya aku hendak membuat pilihan.
“Dr. Qis, boleh kita pergi sekarang?” Suara yang penuh kelembutan itu mengejutkan lamunanku. Aku hanya mampu mengangguk. Tuhan, benarkah apa yang sedang berlaku ke atas aku sekarang? Badanku terasa di awang-awangan apabila menyedari aku sedang berjalan beriringan dengan jejaka idamanku.
Dalam perjalanan menuju ke Wad Bersalin banyak juga soalan yang ditanya oleh Dr. Fadzreen. Indahnya dunia apabila dapat berjalan beriringan dan berbicara dari dekat dengan orang yang kita minati dan cintai. Namun kegembiraanku tidak lama apabila satu soalan yang terpacul dari bibir Dr. Fadzreen menunjukkan langsung dia tidak pernah terperasan akan aku selama ini.
“Dr. Qis asal dari mana?” Nah, soalan itu menunjukkan beliau langsung tidak pernah mengenali aku. Rupanya selama lima tahun dia menyewa di depan rumahku di Rawang, sekalipun dia tidak pernah menoleh ke arahku. Akulah yang selama ini tergila-gila kepadanya. Aku dapat menghafal jenis keretanya, nombor plat keretanya dan berapa kali dia menukar keretanya! Semuanya aku ingat dengan jelas sekali. Tapi aku? Langsung dia tidak pernah perasan aku adalah anak jiran di depan rumah sewanya selama lima tahun! Hatiku sedih tidak terkira. Masihkah aku perlu menaruh harapan kepadanya bahawa dialah lelaki pertama yang akan mengisi carta hatiku ini? Perlahan-lahan aku merasakan misi aku hari ini tidak mungkin akan menjadi kenyataan. Berbezanya realiti dan impian hidup yang kita lalui. Aku mengeluh dalam hati.
“Hai, takkan kena fikir lama sangat nak ingat nama tempat kelahiran sendiri?” Dr. Fadzreen mematikan lamunanku.
“Qis asal dari KL.” Biarlah aku berbohong untuk meredakan rasa pedih di dada..
“KL ni luas.” Tingkahnya lagi.
“Cheras. Dr. Fadzreen pula dari mana?”
“Saya dari Perak. Pantai Remis.”
“Sebelum ni bertugas di mana?”
“Hospital Daerah Rawang.”
“Oh!” Aku mengangguk perlahan.
“Pernah pergi ke Rawang?” Aku hampir terlopong mendengar soalannya.
“Pernah!” Jawabku ringkas.
“Saya menyewa di Taman Selasih. Sekarang saya berulang-alik dari Taman Selasih ke sini.” Jelas Dr. Fadzreen tanpa dipinta.
Penjelasan jejaka itu sebenarnya adalah rakaman semula cerita yang telah aku hafal keseluruhan isinya. Manakan tidak. Taman Selasih adalah tempat tinggal aku. Rumahnya di depan rumahku. Aku boleh sebut satu persatu tentang rumahnya. Warna rumahnya lain dari yang lain. Rumahnya dicat warna oren lantern. Pagarnya berwarna kuning. Langsirnya sejak lima tahun dulu berwarna ungu lembut. Cuma coraknya yang bertukar setiap tahun.
“Hmmm.. kita dah sampai. Biarlah kita berkenalan dulu dengan jururawat di wad ini sebelum memulakan tugas hari ini.” Sekali lagi suara Dr. Fadzreen mengeluarkan aku dari alam fantasi.
Mataku memerhatikan Wad Bersalin Kelas Satu. Ada lima bilik semuanya. Dua bilik untuk seorang pesakit atau dikenali sebagai wad VIP. Dua bilik lagi menempatkan dua orang setiap bilik. 3 bilik lagi menempatkan empat orang untuk setiap bilik. Dr. Fadzreen menuju ke arah kaunter di depan Wad Bersalin Kelas Satu.
Morning Doktor!” Staff Nurse di kaunter pendaftaran mengucapkan salam kepada kami.
Morning.” Jawab kami serentak.
“Boleh I tengok patient list?” Dr. Fadzreen meminta senarai pesakit daripada jururawat bertugas.
“Ini listnya Doktor!”
Thanks.”
Kemudian Dr. Fadzreen mengajak aku mengikutnya untuk melihat keadaan pesakit. Akhirnya kami sampai ke bilik 3. Wad ini menempatkan empat orang sebilik. Dr. Fadzreen merapati katil nombor 3.
“Bagaimana keadaan Puan hari ni?” Tanya Dr. Fadzreen kepada seorang pesakit sambil dia meneliti fail di hujung kaki pesakit tersebut.
“Makin sihat Doktor.”
Aku sempat mengerling nama pesakit tersebut. Nur Amirah. 30 tahun. Kandungan kelima. Terkejutnya aku. Umur baru 30 tahun tahun tapi anaknya masuk kelima. Aku yang dah masuk 28 tahun ini belum lagi mempunyai seorang anak pun.
“Puan masih rasa sakit di bawah abdomen?”
“Dah kurang.”
“Masih bleeding?”
“Hari ni dah tiada pendarahan.”
“Bagus. Puan dah makan ubat?”
“Dah.”
“Lepas ni Puan kena banyak berehat. Puan tak boleh buat kerja berat. Nanti bleeding lagi.” Lembut saja suara Dr. Fadzreen menasihati pesakit yang bernama Nur Amirah itu. Aku sangat terpesona. Kalau Dr. Fadzreen boleh melayan pesakitnya seperti itu, aku bayangkan dengan keluarganya tentu lebih lembut daripada itu. Apakah mungkin aku menjadi sebahagian daripada keluarganya satu hari nanti? Ya, semuanya berkemungkinan. Aku perlu yakin dengan diri sendiri. Peluang masih ada selagi kita mempunyai harapan.
Kami meronda keseluruhan Wad Kelas Satu. Sebenarnya pada hari ini hanya 12 orang saja pesakit yang masih dirawat di dalam wad tersebut. Tepat jam 9.30 pagi Dr. Fadzreen mengajak aku ke Klinik Pakar O&G.
“Kenapa saya kena ikut Dr. ke sana?” Aku bertanya kerana aku bukan doktor pakar. Di Klinik Pakar O&G hanya doktor-doktor pakar saja yang akan merawat pesakit luar.
I nak U belajar tentang hal-hal orang perempuan. Lepas ni U boleh jadi doktor pakar dalam bidang O&G.” Lembut saja kata-katanya menjawab soalanku. Lemah longlai lutut aku tatkala dia memandang tepat ke dalam anak mataku. Hatiku tidak syak lagi dialah lelaki pertama aku kerana renungan matanya bisa mendebarkan dadaku.
Belum sempat aku membantu Dr. Fadzreen, telefon bimbit aku berdering. Tanpa melihat nombor tertera, pantas aku menekan punat menjawab panggilan. Panggilan dari Wad Bersalin. Aku dikehendaki segera ke Wad Bersalin kerana ada pesakit yang mengalami pendarahan. Bergegas aku ke Wad Bersalin. Di hadapan pintu lif, aku terlanggar seseorang yang baru keluar dari pintu lif. Seperti nangka busuk jatuh ke tanah, orang itu jatuh berdebuk. Aku cuba menghulurkan pertolongan. Tanganku ditepis dengan kasar.
“Kenapa awak ni selalu letak mata kat atas lutut?”
Aku tidak menghiraukan kata-kata lelaki itu. Sekali lagi aku menghulurkan tangan untuk membangunkan lelaki itu. Kali ini tanganku disambut dan tanpa diduga aku berjaya membantu lelaki itu berdiri semula.
“Terima kasih.” Katanya sepatah.
Aku mendongak melihat wajah lelaki itu. Pandangan kami bertaut. Matanya yang sepet dan plaster yang melekat di atas dahinya seakan-akan…. Ah, baru aku ingat. Samseng pagi tadi. Hampir pitam aku kerana lelaki itu ialah samseng yang aku tidak sengaja melanggarnya di hadapan pintu lif ini pagi tadi. Hari ini saja sudah dua kali aku terlanggar orang yang sama. Kali ini sangat dahsyat sampai orang itu terjatuh. Pandangannya sangat tajam. Hati aku berdebar dengan kencangnya. Aku takut. Aku menarik nafas cuba mengawal debaran di dada.
“Maafkan saya. Saya nak cepat. Ada patient bleeding kat atas.” Aku berbahasa seadanya.
“Kali ni saja saya maaafkan awak. Hah, cepatlah pergi. Mengapa tercegat lagi?”
“Betul, Encik tak apa-apa?” Aku risau jika samseng itu terseliuh atau apa-apa telah berlaku kepadanya akibat terjatuh sebentar tadi.
“Saya ok. Awak jangan risau. Tapi lain kali mata tu letak kat atas.” Suaranya makin kendur tapi kata-katanya masih berbisa. Pun dengan pandangan yang tajam dia merenung aku. Getaran di dada aku makin kencang. Takutnya aku. Tapi akhirnya dia menghantarkan pandangannya kea rah pintu lif. Aku mengerti isyarat menyuruh aku berlalu.
Aku meminta diri untuk beredar dan belum sempat aku melangkah ke dalam pintu lif aku terdengar bunyi benda terjatuh. Aku menoleh dan aku melihat samseng itu jatuh semula di atas lantai.
“Encik, ada masalah?”
Tanpa menjawab samseng itu mengangguk. Kakinya memang terseliuh dan dia tidak boleh berjalan. Mukanya berkerut menahan sakit. Aku menghubungi semula Wad Bersalin dan memberitahu keadaan aku. Aku cuba memapah samseng itu dan mendudukkan beliau di atas sebuah bangku yang berhampiran. Pantas aku mendapatkan bantuan dengan memanggil attendan hospital yang kebetulan lalu di situ. Di tangan attendan hospital itu ada sebuah kerusi roda. Attendan hospital itu cuba berkata sesuatu tetapi samseng itu meletakkan jari di bibirnya sebagai isyarat mendiamkan diri.
“Perlu saya ikut Encik ke Klinik Pesakit Luar?”
Samseng itu menggeleng.
“Terima kasih.” Sepatah perkataan itu jua yang keluar dari bibirnya.
Aku memandang tepat ke dalam anak matanya. Ada sesuatu yang tersembunyi di sana. Dia melarikan pandangannya ke arah attendan hospital sambil mengarah membawanya keluar dari situ. Mataku  menghantar samseng itu hingga hujung koridor. Tanpa berlengah aku bergegas ke Wad Bersalin. Pesakit yang mengalami pendarahan tadi sudah dihantar ke Dewan Bedah. Pembedahan major  kerana rahimnya terpaksa dibuang. Aku mengeluh. Hari pertama yang penuh kejutan.  

Monday, September 12, 2011

Mari Menulis Karangan 2...


SOALAN CONTOH
Usaha menangani kemelut ekonomi menuntut komitmen dan pengorbanan semua pihak terutamanya institusi keluarga.
Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang patut dilaksanakan secara berterusan oleh anggota keluarga untuk menangani masalah yang melanda negara kini.

FOKUS SOALAN                   
Cara atau usaha-usaha anggota keluarga ( ibu, bapa dan anak-anak ) untuk menangani masalah yang melanda negara kini (kemelut ekonomi).

RANGKA KESELURUHAN
Pendahuluan Ayat Rangsangan
Ayat Fokus
Ayat Arah
Perenggan Isi Usaha 1 : Menabung
Perenggan Isi Usaha 2 : Merancang perbelanjaan
Perenggan Isi Usaha 3 : Mencari sumber kewangan baru
Perenggan Isi Usaha 4 : Mengelakkan pembaziran
Perenggan Isi Usaha 5 : Memantapkan disiplin keluarga
Penutup Pendirian, pandangan, harapan

JENIS-JENIS PENDAHULUAN
PENGEMBANGAN ISI
Untuk mengembangkan isi, cubalah guna formula atau rumus amalan saya.
FORMULA / RUMUS PENGEMBANGAN ISI
ATAH (5W 1H 1I) ACAS pb
AT ( Ayat Topik ) Isi utama
AH ( Ayat Huraian ) apa, siapa, bila, di mana, mengapa
( 5W ), bagaimana (1H) dan sekiranya (1I)
AC ( Ayat Contoh ) Contoh yang berkaitan dengan isi
AS ( Ayat Simpul ) Penutup perenggan

1I ( SEKIRANYA )
l Merujuk kepada KBKK
- Kaitan atau perhubungan
- Membanding atau membeza
- Meramal
- pb merujuk kepada peribahasa

CONTOH APLIKASI RUMUS
l Menabung
(AT) Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang lagi tetapi caranya sahaja yang berbeza.
(AH 1) Aktiviti ini perlulah dihidupsuburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang melanda negara. (Apa yang harus dilakukan ?)
(AH 2) Kita pasti berasa terjamin terutama sekali pada masa kecemasan sekiranya tabungan sudah memadai.
( Mengapa? )

(AH 3) Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada pendapatan sangatlah digalakkan kerana jumlah ini dianggap berpatutan. ( Bagaimana ?)
(AH 4) Kita semua tentu sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan kepada setiap anggota keluarga sejak zaman kanak-kanak lagi. ( Bila ?)
(AH 5) Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh bank-bank atau institusi kewangan untuk menarik perhatian kanak-kanak menabung.
( Siapa ? )

(AH 6) Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti menabung, tentulah kemelut ekonomi akan dapat diatasi. ( Sekiranya )
(AC) Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap, simpanan semasa atau melabur dalam dana tertentu.( Di mana ? )
(AS) Jadi, pepatah nenek moyang kita yang berbunyi beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis patutlah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan.(Sisipan peribahasa)
CONTOH APLIKASI RUMUS
l Merancang perbelanjaan
(AT) Jika selama ini kita berbelanja mengikut cita rasa dan selera masing-masing, sudah tiba masanya untuk setiap anggota keluarga merancang perbelanjaan sewajarnya.
(AH 1) Perkara pertama yang patut dilakukan ialah mewujudkan buku catatan perbelanjaan peribadi untuk merekodkan setiap pengeluaran wang. ( Apa yang patut dilakukan ? )
(AH 2) Dalam buku tersebut akan dicatatkan apa-apa sahaja barang yang perlu dibeli pada setiap hari, minggu atau bulan dengan harganya sekali. ( Bila ? )
(AH 3) Selepas menjumlahkan perbelanjaan, sudah pasti kita akan saling mengingat semua anggota keluarga agar berjimat cermat dan memikirkan kemampuan keluarga. ( Bagaimana ? )
(AH 4) Sebenarnya , kenaikan harga barangan utama kini memaksa setiap anggota keluarga merancang dan mengatur perbelanjaan dengan cara yang bijaksana.(Bagaimana?)
(AH 5) Seandainya amalan menyenarai barangan keperluan yang patut dibeli dilaksanakan setiap kali membeli belah, tentulah masalah berbelanja melebihi kemampuan dapat dielakkan. ( Sekiranya )
(AC) Bagi ketua keluarga, misalnya utamakanlah barang makanan, ubat-ubatan dan buku-buku pendidikan yang menjadi keperluan asas setiap keluarga.
(AS) Dengan cara demikian, tentulah jumlah perbelanjaan dapat kita aturkan dan wang selebihnya dapatlah disimpan sebagai tabungan kerana kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
PERKARA PENTING YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENGEMBANGAN ISI KARANGAN CEMERLANG IALAH :
ISI CUKUP DAN BERKEMBANG
n SEKURANG-KURANGNYA 3 ISI SEBAIK-BAIKNYA 5 ISI
n GUNAKAN FORMULA YANG DICADANGKAN
ATAH (5W + 1H + I ) ACAS pb
n SUSUN ISI IKUT KEUTAMAAN
n BERIKAN CONTOH ATAU BUKTI
n PERENGGAN SEIMBANG
n ADA UNSUR KEMATANGAN ( KBKK )
n SATU ISI -SATU PERENGGAN
KESIMPULAN
Pengembangan perenggan isi perlu dipelajari secara sistematis.
- Proses yang tersembunyi perlu dizahirkan.
- Konsep kohesi dan koheren perlu ditekankan.
- Formula atau rumus hanyalah kreativiti untuk memudahkan pelajar mengingat langkah-langkah pengembangan isi agar huraian menjadi jelas.
PENUTUP KARANGAN
l Penutup karangan merupakan rumusan keseluruhan atau kesimpulan terhadap isi-isi yang telah dikemukakan terdahulu. Jadi, pelajar-pelajar diingatkan supaya tidak mengulangi isi-isi yang telah dibincangkan.
l Bahagian ini juga menjadi ruang pengukuh bicara dan pengunci pendirian pelajar terhadap isu yang telah dibincangkan.
l Penanda wacana yang sesuai hendaklah digunakan untuk memberi gambaran bahawa karangan sudah tiba ke penghujung.
l Peribahasa, sedutan kata pujangga atau puisi yang sesuai juga boleh digunakan untuk mengindahkan kesimpulan dan memberi kesan.
l Ramalan, bayangan masa hadapan atau soalan yang mencabar daya fikir pembaca juga boleh diutarakan.
l Pastikan perenggan penutup ditulis dalam satu perenggan yang hampir seimbang dengan perenggan terdahulu iaitu antara lima hingga tujuh ayat.