Kemelut Memperkasakan Bahasa Melayu dan Memantapkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
Para pejuang bahasa, tokoh-tokoh Munsyi Dewan, guru-guru dan rakyat Malaysia perlu memainkan peranan memperkasakan B.Melayu kerana Bahasa Jiwa Bangsa. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, maka kerajaan perlu mengambil langkah proaktif untuk memartabatkan bahasa Kebangsaan agar tidak diperlekehkan di negara sendiri. Para pemimpin perlu mendahului rakyat dengan menggunakan bahasa Kebangsaan dalam semua acara rasmi dan tidak rasmi. Janganlah pemimpin-pemimpin di negara kita menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan tidak lurus. Pemimpin-pemimpin di negara kita perlu menjadi suri teladan agar rakyat dapat mengikut contoh yang dilakukan oleh pemimpin kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Oleh itu, semua pemimpin perlu menggunakan bahasa Kebangsaan di dalam semua majlis yang dihadiri kerana Bahasa Menunjukkan Bangsa. Jika kita sebagai rakyat Malaysia tidak menggunakan bahasa Kebangsaan, maka siapa lagi yang akan menggunakannya? Tepuk dada tanya selera kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Salam sejahtera. Pemimpin perlu mendahului usaha ini. Pertama sekali, ubah semua benda yang di depan mata dan mudah dilihat oleh setiap golongan lapisan masyarakat seperti papan iklan, nama syarikat perniagaan dan iklan-iklan perdagangan. Lakukan dalam Bahasa Malaysia. Kedua, kenyataan-kenyataan pemimpin mesti ditegarkan dalam Bahasa Malaysia. Pasti boleh. Kenapa tak boleh??? Indonesia boleh lakukan (sebab negara jiran terdekat).
Panjialam.... Terima kasih atas cadangan. Maafkan saya. Sebenarnya negara kita ni pelik lagi ajaib...yang orang tak boleh buat semua kita boleh buat tapi yang orang lain boleh buat kita langsung tak boleh buat. Kita selalu mendahului bidang-bidang yang tidak dibuat orang tetapi dalam bidang kemajuan negara dan sebagainya pemimpin dan rakyat kita tidak berminat. Maka jadilah kita seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul sedangkan dirinya sendiri berjalan siring. Justeru, sampai bila-bila pun usaha memartabatkan Bahasa Melayu hanya berjaya di peringkat sekolah sahaja. Wallahualam.
Salam sejahtera. Pemimpin perlu mendahului usaha ini. Pertama sekali, ubah semua benda yang di depan mata dan mudah dilihat oleh setiap golongan lapisan masyarakat seperti papan iklan, nama syarikat perniagaan dan iklan-iklan perdagangan. Lakukan dalam Bahasa Malaysia. Kedua, kenyataan-kenyataan pemimpin mesti ditegarkan dalam Bahasa Malaysia. Pasti boleh. Kenapa tak boleh??? Indonesia boleh lakukan (sebab negara jiran terdekat).
ReplyDeletePanjialam....
ReplyDeleteTerima kasih atas cadangan.
Maafkan saya. Sebenarnya negara kita ni pelik lagi ajaib...yang orang tak boleh buat semua kita boleh buat tapi yang orang lain boleh buat kita langsung tak boleh buat. Kita selalu mendahului bidang-bidang yang tidak dibuat orang tetapi dalam bidang kemajuan negara dan sebagainya pemimpin dan rakyat kita tidak berminat. Maka jadilah kita seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul sedangkan dirinya sendiri berjalan siring. Justeru, sampai bila-bila pun usaha memartabatkan Bahasa Melayu hanya berjaya di peringkat sekolah sahaja. Wallahualam.