Photobucket

Friday, December 31, 2010

Bicara Tentang Bulan....

Analoginya :)
Bulan sangat penting dalam kehidupan masyarakat Melayu.
Lihat contoh-contoh penggunaan perkataan "bulan" yang membawa pelbagai maksud.
  1. Hari ni berapa hari bulan?
  2. Kamu datang bulan?
  3. Gaji berapa hari bulan?
  4. Mengapa bulan gerhana?
  5. Bagai pungguk rindukan bulan.
  6. Bulan purnama dua belas.
  7. Cahaya bulan terang benderang.
  8. Bulan depan kita bercuti.
  9. Habislah bulan ni!
  10. Kandungan Puan berapa bulan?
  11. Bulan berapa Puan dijangka bersalin?
  12. Bagai bulan dipagar bintang.
  13. Oh, bulan! Di manakah dikau?
  14. Setahun ada berapa bulan?
  15. Bulan Hijrah dan bulan Masihi tidak sama.
  16. Mengapakah tiada tumbuhan di bulan?
Soalannya;
1.  Bulan ialah planet atau objek untuk menghitung (mengira jumlah)?

No comments:

Post a Comment