1 JANUARI 2011
Apa yang ingin dikongsi dengan peminat ialah rasa nikmat dan sentiasa bersyukur kerana dipanjangkan lagi usia untuk meneruskan kehidupan di tahun baru pada hari pertama ini. 1 Januari 2011 berlalu terlalu pantas dek kekangan dan masa yang terbatas untuk melaksanakan pelbagai kewajipan terhadap keluarga, bangsa dan agama. Berlalunya 1 Januari 2011 membawa manfaat kepada diri ini, anak-anak dan kawan-kawan. Anak-anak sangat gembira kerana dapat bersantai di tepi pantai sambil menikmati ayam panggang. Selain itu, diri ini ditemani suami tercinta dan kawan-kawan rapat yang sentiasa membantu diri ini di kala susah dan sukar. Aktiviti yang menarik pada awal tahun baru amat bermakna kerana ia dapat memberi dan menaikkan semangat untuk bekerja. Orang-orang terdahulu pernah mengingatkan kita agar bersemangat kerana ia hadir bersama harapan. Justeru, sempena tahun baru 2011 ini sama-samalah kita berazam dan bertekad untuk lebih bersemangat dalam melakukan rutin harian kita. Ingatlah, genggam bara api biar sampai jadi arang kerana belakang parang kalau diasah lagikan tajam inikan pula kita manusia yang dikurniakan akal dan fikiran.
No comments:
Post a Comment