Photobucket

Tuesday, January 25, 2011

SINOPSIS NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Bab 1 : Pucuk-pucuk Kayu di Hadapan Matanya



Rahayu sukar bangun pagi kerana menyiapkan tugasan pada malam sebelumnya. Badannya juga kurang sihat. Namun dia bergegas bangun kerana dia berjanji akan ke perpustakaan bersama-sama Azrul. Tepat pukul 8.00 dia tiba di perpustakaan. Azrul mengajak Rahayu bersarapan terlebih dahulu dan mereka berbual-bual tentang tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Rahayu memberitahu dia berasa lega apabila dapat menyiapkan tugasan. Azrul pula menceritakan rancangannya untuk ke KLCC pada hujung minggu kerana menyertai kempen Persatuan pencinta Alam. Kempen itu dinamakan Save Our River untuk menyelamatkan sungai yang tercemar. Rahayu berminat ikut serta dan niat itu dipersetujui oleh Azrul. Mereka berdua memang akrab dan berhasrat untuk berkahwin. Malahan perhubungan mereka juga tidak ditentang oleh ibu bapa masing-masing. Azrul sangat aktif dalam aktiviti alam sekitar. Dia sering menyertai ekspedisi mendaki gunung. Rahayu pula berminat dengan aktiviti Azrul tetapi dia menghidap penyakit asma. Dia merupakan pelajar dalam jurusan pembangunan manusia. Ketika di perpustakaan, tiba-tiba Ayu jatuh dan pengsan. Dia dikejarkan ke Pusat Kesihatan UPM. Ketika itu imbas kembali memaparkan kisah faridah dan Mastura. Faridah mahu ke Raub dengan memandu van. Dia ingin menenangkan fikirannya. Tunangnya telah memutuskan pertunangan mereka tanpa sebarang alasan. Dalam perjalanan tiba-tiba Faridah disapa oleh Iqbal, seorang muridnya yang mengalami sindrom down. Hal ini amat mengejutkan Faridah yang melihat Iqbal bersama-sama Mastura ketika dia bertolak. Faridah hilang kawalan terhadap vannya lalu melanggar penghadang jalan. Vannya terjatuh ke dalam gaung.



Bab 2 : Hilang Tanpa Jejak



Ghazali dan Said iaitu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ke rumah Faridah untuk menyampaikan berita kehilangan Faridah dan Iqbal. Salmah , ibu Faridah berasa sangat sedih menerima berita itu kerana Faridahlah tempat dia bergantung. Majlis sembahyang hajat dan doa selamat diadakan di kampung diketuai oleh Imam Haji Sohod. Ghazali dan Said pergi ke Bukit Fraser untuk mengetahui maklumat tentang kehilangan Faridah. malam itu mereka ditemani oleh pegawai-pegawai polis telah ke tempat kejadian. Namun mereka hanya dapay melihat van yang berada lebih kurang 50 kaki di dalam gaung. Pihak penyelamat akan menarik van itu keluar dengan bantuan anggota tentera. Malam itu Ghazali dan Said bermalam di Rumah Rehat Gap di Bukit Fraser. Mereka ditemani oleh beberapa orang pegawai polis termasuk Sarjan Yusoff. Keadaan yang terlalu sejuk menyebabkan Ghazali mengenang nasib Faridah dan Iqbal yang masih hilang. Semua usaha yang dijalankan termasuk menggunakan pasukan Senoi Praak untuk mengesan mangsa menemui jalan buntu. Sarjan Yusoff mencadangkan agar mereka menggunakan bomoh kerana bimbang ada pengaruh makhluk halus dalam kejadian tersebut. Akan tetapi Ghazali kurang bersetuju dengan cadangan itu. Mereka hanya mampu berdoa dan akan mendapatkan bantuan helikopter Tentera Udara untuk meneruskan usaha menyelamat.



Bab 3 : Bersarang di Dalam Dada



Berita kehilangan Faridah disampaikan kepada bapanya Mejar(B) Kamarudin yang sudah berkahwin dengan Hamidah tidak memberitahu isterinya tentang Faridah yang merupakan kembar seiras Rahayu. yang membezakan kedua-dua beradik itu ialah Faridah mempunyai lesung pipit dan Rahayu tidak memilikinya. Namun Hamidah tidak menghalang suaminya pergi ke tempat kejadian. Sepeninggalannya Kamarudin , Hamidah mendapat berita tentang Rahayu yang dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan, cheras. Pihak hospital mahu berjumpa dengan ibu bapa Rahayu untuk membincangkan masalah kesihatan Rahayu. Azrul menunggu Hamidah ketika wanita itu sampai. Setelah bertemu dengan Rahayu yang terbaring di katil. hamidah diminta untuk bertemu dengan Dr. Susan yang merawat Rahayu. Melalui pemeriksaan Dr. Susan, terdapat tompok-tompok dikesan melalui x-ray dalam dada Rahayu. Tompok-tompok putih itu mula menjalar ke pangkal leher dan menyebabkann leher Rahayu membengkak. Pihak hospital meminta kebenaran agar ujian biopsi ke atas Rahayu dapat dijalankan untuk mengesan sel-sel kanser. Hamidah memberikan kebenaran agar ujian biopsi dijalankan terhadap Rahayu. Setelah menjalani ujian tersebut Rahayu dibenarkan pulang. Azrul membantu Rahayu ketika Rahayu di rumah. Nota-nota kuliah dan tugasan disampaikan kepada Rahayu.



Bab 4 : Air Mata dan Rambut yang Berguguran



Rahayu dirawat di hospital. Dia berasa sangat sedih dengan keadaannya. Azrul tetap datang menemani Rahayu di wad. Keadaan penyakit Rahayu semakin serius. Rambutnya gugur setelah menjalani rawatan kimoterapi. Hamidah juga tetap setia menjaga anak tirinya itu. Perasaan Rahayu bertambah tertekan apanila Suhaila yang menjadi rakannya di wad meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia Suhaila memberikannya beberapa buah novel cinta untuk dibaca. Mejar (B) Kamarudin tidak dapat menahan kesedihan melihat keadaan anaknya yang menderita. Azlin iaitu jururawat yang menjaga Rahayu di wad menjadi teman rapatnya. Azlin melayan Rahayu dengan baik agar Rahayu tidak terlalu tertekan dengan penderitaannya. Dr. susan hanya memberikan masa tiga bulan untuk Rahayu terus hidup. Dalam pada itu, Rahayu tetap mengingati kakaknya faridah yang nasih hilang.



Bab 5 : Bukit Kutu



Faridah yang hilang selepas kemalangan terasa dirinya berada di tempat yang asing. Dia seolah-olah berada di sebuah rumah zaman kolonial. Tempatnya agak eksklusif di sebuah kawasan peranginan tempat tinggi. Tuan rumah itu seorang lelaki kulit putih bernama Tuan Cecil Renking yang fasih berbahasa Melayu. Faridah mula berasa dia tidak berada di alam maya. Dia bertanya bagaimana dia berada di tempat itu. Dia diberitahu bahawa orang Penghulu Garang yang menjumpainya bersama-sama Iqbal lalu dibawa ke situ. Dia diberitahu bahawa tempat itu bernama Bukit Kutu. Ketika dia tidur dia bermimpi bertemu dengan adiknya Rahayu. Mereka berdua seolah-olah berkomunikasi antara satu dengan lain. Rahayu meminta Faridah pulang kerana Bukit Kutu deolah-olah satu dunia yang berbeza. Di hospital Rahayu kelihatan seperti meracau-racau. Dr. Susan berkata perkara itu merupakan kesan morfin iaitu ubat yang digunakan untuk merawat Rahayu. Dr. Susan juga diberitahu oleh Hamidah tentang Faridah. Dr. Susan mula menyedari bahawa ada hubungan bawah sedar antara Rahayu dan Faridah.



Bab 6 : Hanya pada Harapan



Azrul berasa sedih dengan penderitaan yang dialami oleh Rahayu . ketika dia melawat Rahayu di rumahnya, gadis itu berkata dia hanya menanti kematian. Rahayu juga meminta agar Azrul meneruskan cita-citanya untuk membuka perniagaan berasaskan pertanian. Hamidah memahami perasaan Azrul. Dia memujuk Azrul dengan mengatakan orang yang berpenyakit memang berkelakuan seperti Rahayu. Azrul pulang dengan perasan yang hambar. Satu sidang akhbar diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk mengumumkan penamatan usaha mencari dan menyelamat Faridah dan Iqbal. Namun pihak polis berjanji untuk meneruskan siasatan kes yang dikategorikan sebagai orang hilang. Penamatan operasi itu menyebabkan Kamarudin berasa kecewa. Dia membuat keputusan untuk mencari anaknya sendiri memandangkan kembar Faridah sedang sakit dan berhajat untuk bertemu dengan kakaknya itu. Kamarudin berhasrat untuk meminta bantuan rakannya, Buyung untuk membantunya mencari Faridah.



Bab 7 : Kabus di Perbukitan



Kamarudin memulakan usaha mencari anaknya Faridah di hutan. Dia ditemani oleh Buyung yang juga bekas tentera. Kamarudin berasa dirinya tidak secergas semasa masih berkhidmat dalam angkatan tentera sebelum dia bersara 15 tahun yang lalu. Buyung masih seperti dahulu iaitu dia sangat suka menghisap rokok gulung. Kamarudin mengajak Buyung mencari Faridah di Bukit Kutu. Katanya Rahayu sering meracau dan menyebut Bukit Kutu. Dia teringat akan Rahayu yang sedang sakit. Dia juga menghantarkan Rahayu untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah di Sungai Besar. Dia mahu memenuhi semua kehendak Rahayu kerana dia berasa bersalah terhadap semua pergolakan yang berlaku dalam keluarga mereka. Setelah lima jam mendaki, mereka sampai di puncak Bukit Kutu. pemandangannya sangat indah. Kamarudin dan Buyung bermalam di bukit itu ketika malam tiba. Keadaan malam sangat gelap dan berkabus. suasana sangat dingin. Kamarudin bertanya pada Buyung tentang kemungkinan kehilangan Faridah ada kaitan dengan makhluk halus. Hamidah menghubungi Kamarudin untuk memberitahu perkembangan keadaan Rahayu. Menurutnya Rahayu ada memberikan gambaran tentang tempat Faridah hilang. Berdasarkan panduan itu, Kamarudin meneruskan pencarian. Mereka cuba mencari kawasan petempatan orang asli kerana gambaran yang diberikan oleh Rahayu ada kaitan dengan kawasan orang asli.



Bab 8 : Terus Mencari



Kamarudin dan Buyung meneruskan pencarian hingga ke sempadan negeri Pahang. Dalam perjalanan mereka mendengar bunyi salakan anjing dan suara kanak-kanak. Mereka berjumpa dengan kawasan orang asli suku Temuan. Buyung menceritakan tujuan kedatangan mereka kepada Tok batin Senik. Setelah mendengar cerita Buyung, Tok Batin Senik mengajak mereka ke rumahnya. Di situlah Kamarudinmendapati Faridah sedang tidur. Kepalanya berbalut dengan kain putih dan ada kesan darah. Tok batin Senik menjelaskan bahawa Faridah dijumpai di Sungai Dua. Keadaan Faridah waktu dia ditemui oleh orang asli seperti kebingungan dan tidak ingat akan namanya. Iqbal mengikut Meor untuk meminta bantuan. Tok Batin Senik menyuruh anak buahnya menebas semak untuk dijadikan kawasan pendaratan helikopter. Akhirnya Faridah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan helikopter. Berita tentang penemuan Faridah tersebar ke seluruh negara.



Bab 9 : Pekan Sungai Kubu



Bab ini mengisahkan imbas kembali yang berlaku suatu ketika dahulu di Pekan Sungai Kubu. secara bawah sedar, Faridah seolah-olah berada di tempat tersebut dan menyaksikan suasana kehidupan di situ. Penduduk keluar ke pekan membeli barang keperluan selepas hujan teduh. Terdapat 12 buah kedai di pekan kecil itu. Orang Melayu dan Mandailing mempunyai empay buah kedai. Pekedai Cina menjual pelbagai barang keperluan. Ada sebuah kedai yang menjual candu untuk pekerja-pekerja lombong. Rumah kayu milik Tuan Cecil Renking terletak di atas bukit. Kebanyakan penduduk bekerja sebagai pelombong bijih timah. Bijih diangkut dengan kereta kuda melalui pondok cukai yang dijaga oleh Penghulu Garang. Faridah dibawa oleh Amah Siti ke pasar. Faridah tertarik dengan cara orang dulu-dulu berkomunikasi dengan penuh adat sopan. Setelah sebulan tinggal di Sungai Kubu, Faridah mula menyesuaikan diri. Namun, dia masih tidak dapat mencelikkan mata. Dia berharap untuk pulang ke Sungai Besar. Akan tetapi Amah Siti mengatakan Sungai Besar sangat jauh dari tempat mereka. Di rumah Tuan Cecil, Faridah dan Iqbal diberikan sebuah bilik kecil, bersebelehan bilik Amah Siti. Tuan Cicil diberitahu tentang kewujudan buaya keramat di empangan bijih. Namun, Tuan Cecil tidak percaya tentang unsur keramat. Beliau mengambil keputusan untuk menembak buaya itu. Tindakan Tuan Cecil tidak disenangi oleh Penghulu Garang. Katanya tempat itu akan ditimpa bala akibat perbuatan Tuan Cecil itu. Penghulu Garang menyuruh orang berpindah meninggalkan tempat tersebut.



Bab 10 : Kauhadir dalam Igauan



faridah dirawat di wad kecemasan hospital tetapi belum sedar. Tubuhnya penuh dengan kesan gigitan dan calar-balar. Ghazali sedih melihat keadaan Faridah yang terlantar. Setelah keadaan stabil, Faridah dipindahkan dari wad rawatan rapi. Hanya duga orang pelawat dibenarkan melawat Faridah pada satu-satu masa. Rahayu dibawa melawat Faridah. Dia menangis sambil menggenggam tangan kakaknya. Dia bercakap dengan Faridah yang masih tidak sedarkan diri. Akibat berasa lemah kerana baru menjalani kemoterapi, Rahayu meletakkan kepalanya di tepi dada Faridah. Dia tertidur dan bermimpi rumah mereka digenangi air. Dalam mimpi itu, kedua-dua adik-beradik itu seolah-olah bercakap antara satu sama lain. Tiba-tiba suasana dikejutkan oleh raungan Faridah menyebut nama Rahayu. Pada masa itu juga Rahayu didapati telah meninggal dunia.



Bab 11 : Kasih Ibu Sepanjang Jalan



Kematian Rahayu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ibu kandungnya, Salmah. Dia sering teringat akan Rahayu dan mula diserang sakit jantung. Suatu pagi Salmah mahu ke pasar di Sungai Haji Dorani. Dia mahu membeli belacan di gerai Pak Talib. Ghazali sering datang untuk membantu Faridah. Salmah mencadangkan agar Faridah berkahwin dengan Ghazali tetapi Faridah berasa malu dan bimbang dianggap perigi mencari timba. Namun demikian Ghazali telah berterus terang untuk mengambil Faridah sebagai isteri. Rombongan peminangan akan dihantar untuk meminang Faridah secara rasmi. Faridah seba salah. Dia bimbang kekecewaan pertama akan berulang kembali. Akhirnya Faridah bersetuju untuk menerima Ghazali sebagai teman hidupnya. Salmah berasa sangat gembira dengan persetujuan Faridah.



Bab 12 : Tekad



Azrul menamatkan pengajiannya di UPM. Namun demikian beliau tidak berminat untuk bekerja makan gaji. Dia mahu memulakan projek ternakan kambing. Pasaran kambing di negara ini semakin besar. Berdasarkan kajian Azrul, terdapat pelbagai spesies kambing yang sesuai dipelihara. Keputusan Azrul mendapat sokongan bapanya tetapi ibunya agak resah. Suatu hari, Azrul menziarahi kubur arwah Rahayu. Dia terserempak dengan Faridah yang kebetulan menziarahi kubur adiknya. Dia teringat akan kisah kehilangan Faridah ketika Rahayu sedang dirawat di hospital. Mereka berdua berkenalan. Namun kehidupan Azrul agak muram kerana masa terkenangkan Rahayu. Dia banyak termenung hingga disedari oleh ibunya. Namun Azrul menyakinkan ibunya bahawa dia akan meneruskan niatnya untuk bekerja sendiri. Dia tetap menjadikan Rahayu sebagai pencetus semangatnya untuk menghadapi masa hadapan yang mencabar.



Bab 13 : Rindu



Ghazali telah bertukar ke Kelang. Dia hanya pulang ke rumah dua atau tiga kali dalam seminggu. Faridah masih tinggal di Sungai Besar untuk menemani ibunya. Salmah pula meneruskan kehidupan dengan mengerjakan sawah. namun dalam jiwanya dia sangat rindu akan anaknya. Bertahun-tahun dia terpisah dengan Ayu setelah dibawa pergi oleh Kamarudin selepas mereka berpisah. Fikiran Salmah semakin terganggu. Dia sering menziarahi kubur anaknya itu. Dia sering teringat saat-saat terakhir kehidupan Ayu, ketika anak gadisnya pulang untuk bersama-sama dengannya. Oleh sebab itu dia sangat sukar melupakan Rahayu, walaupun dua tahun selepas Rahayu meninggal dunia. faridah dan Ghazali bimbang dengan keadaan Salmah. Faridah menceritakan tentang Azrul kepada Ghazali. Katanya Azrul terlalu sayang akan arwah Rahayu. Kini Azrul mengusahakan ternakan kambing dan tapak semaian. Dia mahu mengotakan janjinya dengan arwah Rahayu untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.



Bab 14 : Ibu, Angin Telah Menderu Pergi



Faridah bangun awal pagi, iaitu pukul 4.00 pagi. Dia menunaikan solat tahajud. Entah mengapa hatinya berasa resah. Ketika fajar menyingsing, Faridah membasuh beras kerana ibunya berpesan kepadanya untuk masak nasi lemak. Faridah berasa hairan kerana ibunya lambat bangun pagi itu. Ketika cuba dikejutkan, barulah dia sedar bahawa ibunya telah meninggal dunia. Faridah memeluk tubuh ibunya dengan penuh kasih. Dia berasa pemergian ibunya ialah titik akhir penderitaan orang tua itu.



Bab 15 : 25 Tahun Kemudian - Cintaku Abadi



Faridah kini berada di New Zealand. Dia telah berhijrah ke negara itu sejak 25 tahun yang lalu. Dia tinggal di Rosewood iaitu pekan kecil berhampiran bandar Christchurch. Dia telah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan memiliki dua orang anak perempuan, Anne dan Melina. Faridah melalui kenangan pahit di tanah air sendiri. Tidak lama selepas ibunya meninggal dunia, Ghazali pula meninggal akibat kemalangan jalan raya. Dia hampir gila dengan tekanan hidup akibat kehilangan orang yang tersayang. Nasibnya baik apabila dia ditawarkan oleh ibu pejabat JKM untuk berkursus selama enam bulan di New Zealand. Selepas itu dia tidak balik-balik lagi ke kampung kerana telah bertemu jodoh dengan Soleh Johnsons. Ingatannya terhadap Sungai Besar tetap abadi. Suaminya memahami perasaan Faridah. Soleh mengusahakan kawasan ternakan dan pusat penyembelihan kambing. Dia sering mengupah pelajar Islam dari negara luar untuk menyembelih kambing sebagai kerja sambilan.



Bab 16 : Mengejar Mimpi-Mimpi



Melina adalah salah seorang anak kembar Faridah. Pada suatu hari Melina berkenalan dengan Benny yang berketurunan Arab. Benny menyapa Melina ketika dia sedang minum di sebuah gerai di Auckland. perkenalan mereka merupakan permulaan hubungannya dengan lelaki yang lahir di Dubai itu. Dari segi peribadi Melina agak bebas. Dia sangat berbeza dengAnne yang begitu taat dengan ajaran Islam. Dia juga tidak tinggal bersama-sama keluarganya di Christchurch, sebaliknya memilih tinggal di Auckland dan bekerja sebagai pembantu pelukis pelan. Benny meneruskan perhubungannya dengan Melina. Mereka saling bertemu dan berbincang tentang pelbagai perkara. Benny memberitahu dia akan ke Malaysia kerana hendak melihat tempahan perahu layarnya di Terengganu. Dia juga bakal ditempatkan oleh syarikat keluarganya untuk mengendalikan anak syarikat mereka di Malaysia. Dia mengajak Melina dan ajakan itu sangat-sangat dihargai oleh Melina. Dia memang teringin untuk ke Malaysia kerana tidak pernah berbuat demikian walaupun ibunya orang Malaysia. Akhirnya Benny membuat keputusan untuk mengahwini Melina . Benny dan Melina pulang ke rumah ibu bapanya di Christchurch untuk menyatakan hasrat mereka untuk berkahwin serta untuk mendapat persetujuan Soleh Johnsons.



Bab 17 : Penyembelihan Kambing



Zain ialah anak Azrul yang menuntut dalam bidang pertanian di New Zealand. Dia bekerja sambilan sebagai penyembelih kambing di pusat penyembelihan yang dimiliki oleh Soleh Johnsons. Dia tinggal bersama-sama Asraf Ameen yang berasal dari Nigeria. Pada suatu hari, mereka mendapat jemputan perkahwinan anak Soleh johnsons dan bercadang untuk menghadirinya. Zain seperti juga ayahnya, sangat meminati bidang pertanian. Dalam kalangan pelajar Malaysia di Universiti Lincoln, hanya dia seorang yang mengambil jurusan pertanian. Dia sering teringat akan pandangan ayahnya tentang kepentingan bidang pertanian. Di tanah air, ayahnya merupakan seorang peladang yang berjaya. Datuk Azrul pernah membawa isterinya melawat New Zealand ketika Zain belajar di sana. Mereka menikmati keindahan pemandangan di New Zealand ketika menaiki bot persiaran di pantai Kouikora. Menurut zain, ada ramai orang Melayu yang menetap di New Zealand. mereka menjadi orang berjaya. Pada suatu hari, Zain bertemu Anne.Zain membantu Anne yang menghadapi masalah keretanya rosak. Pertemuan itu membuatkan Zain jatuh hati pada Anne.



Bab 18 : Tanah Tumpah Air Mata



Benny membawa Melina ke Malaysia selepas dua minggu mereka dinikahkan di Masjid al-Noor, Christchurch. Di Kuala Lumpur mereka berdua dilayan dengan baik oleh pekerja syarikat yang ditugaskan untuk menjemput Benny. Benny akan memulakan tugasnya di syarikat milik bapa saudaranya Jaafar al-anbia. Dia telah lama menghabiskan masa dengan belayar. melina berasa dia berada di tempat yang sangat asing dan bimbang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Kuala Lumpur. Namun Benny berkata Kuala Lumpur mempunyai lebih 50 ribu orang ekspatriat asing seperti mereka berdua. Semasa di Kuala Lumpur, Khalid bertindak sebagai pemandu Benny. Dalam satu mesyuarat, Benny diperkenalkan kepada ahli-ahli lembaga pengarah syarikat milik keluarga al- Anbia. Dia diberitahu bahawa dia akan ditugaskan di pejabat cawangan Kuala Terengganu. Benny tidak menolak dan berkata dia suka akan Terengganu. Dia memang suka akan laut. Melina membeli peta untuk mencari tempat yang bernama Sungai Besar, iaitu tempat kelahiran ibunya, Faridah. Dia teringat akan ibunya yang gemar mendodokannya dengan lagu Melayu ketika dia masih kecil.



Bab 19 : hati dan Warna Kanvas



Benny membeli sebuah banglo di tepi pantai dengan harga setengah juta ringgit termasuk tanah lima ekar. Melina juga tertarik dengan suasana banglo tersebut kerana kedudukannya menghadap laut. Benny tidak bimbang dengan kewangan kerana dia yakin dapat menjual perahu layar yang ditempahnya dengan harga yang lebih tinggi. Marang telah menjadi tempat tinggal melina. Dia suka melihat laut dari beranda banglo itu. Dia memulakan minatnya kembali, iaitu melukis. Keindahan Marang diabadikan di atas kanvas lukisannya. Benny turut mengagumi bakat yang dimiliki oleh Melina. Setelah agak lama bertugas, Benny mempunyai beberapa orang kawan. Antaranya Mohamed Attar yang berasal dari pakistan, Mehmood dari Maghribi dan Noor Mohamad dari bangladesh. Mehmood masih bujang dan berniat untuk berkahwin dengan gadis di kampung halamannya. Mereka sering berbincang soal agama, soal jihad dan dakwah Islam. Benny mula sedar dan mahu kembali ke jalan Allah.



Bab 20 : Pendatang



Soleh bimbang dengan kejadian vandalisme di An Noor islamic Centre apabila beberapa buah kereta dipecahkan cerminnya. hal ini akan menyebabkan media memberikan gambaran yang salah tentang Islam. Faridah pula yakin ketenangan akan tetap terjamin. Malah Faridah sendiri pula mulanya sukar untuk menyesuaikan diri ketika mula-mula sampai di Christchurch dahulu. Dia disangka orang Maori, rakyat pribumi New Zealand. Kini dia diterima dengan baik oleh semua jiran. Dia juga mencadangkan agar ada usaha dijalankan untuk membaiki hubungan antara anggota masyarakat setempat. dia mencadangkan agar diadakan majlis ramah mesra komuniti. Cadangannya sangat disokong oleh suaminya. Mereka pun bercadang untuk menganjurkan majlis tersebut dalam masa dua minggu. Mereka akan memaklumkan perkara itu kepada komuniti setempat. Mereka juga menjemput rakan-rakan sekuliah Anne untuk membantu. Ketika merancang majlis tersebut, Faridah teringat akan kemeriahan majlis kenduri di kampung yang sudah lama ditinggalkan. Dia juga terbayang wajah Melina yang sudah menetap di Malaysia.



Bab 21 : Tak Ingin Tahu



Zain kembali ke tanah air setelah tiga tahun berada di New Zealand. Zain mendapati banyak perubahan telah berlaku di kampungnya dalam tempoh ketiadaannya. Azrul pula dianugerahi gelaran 'Datuk' kerana berjasa kepada rakyat melalui penglibatannya dalam bidang pertanian. Beliau juga menggalakkan para petani untuk menanam modal dalam Pertubuhan Peladang di samping berusaha menyatukan kebun-kebun tradisi menjadi estet mini kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Ketika Datuk Azrul berbual dengan Zain, tiba-tiba Masitah muncul untuk mendapatkan tandatangan tentang urusan pengambilan tenaga pekerja asing. Datuk Azrul mengambil pekerja asing untuk bekerja dengannya kerana tiada pilihan. Menurut Datuk Azrul, anak-anak tempatan semuanya sudah berpendidikan tinggi dan tidak sesuai bekerja di ladang.



Bab 22 : Mengukur Usia



Datuk Azrul mengimamkan sembahyang Asar. Dia berasa sedih kerana tidak ramai jemaah yang hadir ke masjid. Hal ini demikian kerana kebanyakan penduduk kampung terdiri daripada orang tua. Banyak juga yang menghidap penyakit gout. Jemaah solat Jumaat juga kini berkurangan hingga sekitar 60 orang sahaja. Kebun-kebun juga telah banyak terbiar. Anak-anak yang mewarisi kebun ramai. Mereka pula tidak mahu menjual tanah pusaka masing-masing. Jadi, pemilikan tanah semakin lama semakin mengecil dan tidak ekonomi. Datuk Azrul tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengubah sikap masyarakat. Suasana kerjasama dalam masyarakat kini juga sudah berbeza. Zain bersetuju dengan pandangan bapanya bahawa zaman sudah berubah, Negara ini makmur kerana rakyat bekerja kuat. Pendidikan tinggi pula bukan jaminan untuk menjadi senang tetapi jalan yang memudahkan. Datuk Azrul sendiri berjaya dalam bidangnya kerana beliau berpendidikan tinggi. Namun dia masih tidak berjaya mengubah pandangan masyarakat setempat untuk mengusahakan tanah secara lebih komersial. Zain memberitahu Datuk Azrul bahawa dia sudah mempunyai pilihan teman hidup iaitu seorang gadis kacukan di New Zealand. Datuk Azrul tidak membantah dengan pilihan anaknya.

BAB 23 : Melihat Dalam Diri

Melina kesunyian kerana sering ditinggalkan Benny. Setiap kali Benny berpergian, Khadijah anak Haji Awang yang sering menemaninya. Haji Awang tidak sesekali akan membiarkan Melina yang tinggal hampir 100 meter jarak daripada rumahnya itu berseorangan. Hati manusia tidak boleh dijangka. Pembunuhan sering berlaku akhir-akhir ini. Tambahan pula Melina seorang wanita cantik yang tinggal bersendirian. Kejahatan ada di mana-mana. Oleh sebab itu Khadijah akan menemani Melina ketika Benny tiada di rumah. Selalunya Benny akan keluar dengan  Mehmood dan Mohamed Attar. Hati Melina terpaut dengan kematangan yang ditunjukkan oleh Khadijah. Tiba-tiba Melina teringatkan kampong ibunya di Sungai Besar.

BAB 24 :  Lambaian Hati

Faridah melayani Zain dengan ramah. Zain baru pertama kali menjejakkan kaki ke rumah Anne. Faridah sangat teruja kerana ada warga Malaysia yang belajar di New Zealand yang berkawan dengan anaknya. Zain pula menceritakan keadaan di Malaysia kepada Faridah. Faridah sangat rindukan Malaysia kerana sejak meninggalkan Malaysia 25 tahun lalu dia tidak pernah pulang lagi ke kampong halamannya di Sungai Besar. Faridah menceritakan ibunya sudah meninggal, dan dia tidak pasti dengan ayahnya, Mejar (B) Kamaruddin. Jadi tidak ada sesiapa lagi di sana. Kampong Faridah di Parit Tiga. Zain menawarkan Faridah pergi melawat kampungnya di Parit Satu. Anne pun mencadangkan agar ibunya Faridah balik ke Malaysia. Faridah amat mengharapkan hubungan anaknya Anne dengan Zain akan berakhir di jinjang pelamin. Faridah tiba-tiba sayu mengenangkan anaknya Melina yang baru berkahwin dengan Benny hidup berseorangan di Malaysia tanpa ahli keluarga.

BAB 25 :  Menghapus Dosa

Benny bersama teman-temannya Mehmood, dan Mohamed Attar mengunjungi Ustaz Hassan Syukri. Mereka berbincang mengenai perjuangan dan jihad dalam Islam. Ustaz Hassan Syukri menyatakan pengamalan ajaran Islam berbeza mengikut budaya sesuatu tempat. Contohnya, di Malaysia, semua pertikaian diselesaikan dengan penuh berhemah melalui rundingan atau mesyuarat. Tetapi Mohamed Attar menegaskan di negaranya, Pakistan semua masalah termasuk hal yang remeh pun diselaikan dengan senjata AK 16 dan bom mortar. Ustaz Hassan Syukri membuat perbandingan ajaran Islam di Malaysia dengan di Negara lain dengan sekeping roti. Di Malaysia, rnotinya nipis-nipis, di Peranchis rotinya panjang hampir dua kaki, di Pakistan rotinya keras, leper dan bujur tetapi di India rotinya nipis dan lembut yang dipanggil roti canai. Dalam Islam, jenis rotinya tidak penting kerana yang penting umat Islam hanya makan roti yang halal sahaja. Mohamed Attar membuat kesimpulan, Ustaz Hassan Syukri ialah ulama kerajaan yang tidak boleh dibawa dalam perjuangan mereka untuk menegakkan syariat Islam.

BAB 26 : Hati Wanita

Soleh Johnson dan Faridah menginap di sebuah banglo percutian di Cameron Highlands. Soleh Johnson senang dengan cuaca di Cameron Highlands yang sejuk seperti di Christcurch, New Zealand. Hampir semingu di Cameron Highlands, dia mengenali beberapa penduduk kulit putih yang bermastautin di sana seperti Amir Mustov berasal dari Yugoslavia, Ariff Carlson berasal dari Britain, Ahmad Raffles bekas Royal Australian Force, Musa Surray berbangsa Scott bekas penyiasat persendirian yang diupah mencari jutawan sutera Thai  yang hilang di Cameron Highlands pada pertengahan tahun 1970-an dulu. Datuk Azrul, isterinya Datin Aisyah, Haji Zubair dan Zain menaiki pacuan empat roda menuju ke rumah penginapan Saleh Johnson dan Faridah. Pertemuan yang asalnya untuk membincangkan majlis perkahwinan Anne dan Zain bertukar menjadi pertemuan bersejarah. Faridah baru tahu ayah Zain, iaitu Datuk Azrul ialah kekasih adik kembarnya Rahayu yang meninggal dunia 25 tahun dahulu. Datin Aisyah sangat gembira kerana dapat menantu yang mempunyai susur galur Melayu dan warga Malaysia di sebelah ibunya.

BAB 27 :  Kembali Ke Alam Nyata

Mohamed Attar ditangkap sebaik sahaja keluar dari stesen MRT. Polis Republik Singapura menemui sejumlah besar bom yang dikawal dengan alat kawalan jauh dalam beg galasnya. Polis Republik Singapura percaya Mohamed Attar mempunyai misi meletupkan kasino yang baru dilancarkan di Pulau sentosa minggu lalu. Barulah kini Benny tahu dia tertipu dengan perjuangan Mohamed Attar. Rakannya Noor Mohamad menjadi pengikut setia Mohamed Attar. Lebih memeranjatkan ialah rakannya Mehmood ialah polis yang menyamar untuk mengesan sejauh mana perjuangan Mohamed Attar. Mehmood menghubungi Benny agar dia menyerah diri saja kepada Interpol. Benny mencampakkan telefon bimbitnya yang mahal itu keluar dari tingkap kereta kerana dia tahu polis boleh mengesan pergerakannya kerana dia bercakap dengan Mehmood melebihi 3 minit. Benny menuju ke Pulau Pinang. Dia sangat menyesal dengan apa yang berlaku. Dia meninggalkan Melina seorang diri di Kuala Terengganu. Melalui Ustaz Hassan Syukri dia menitipkan sejumlah wang buat Melina. Di Pualau Pinang, Benny melepasi sempadan perairan Malaysia melalui Thailand sebelum menaiki pesawat pulang ke Dubai.

BAB 28 : Cerita Penghujung Usia

Faridah berbual dengan Datuk Azrul mengenai masa silamnya. Ketika itu Anne dan Zain pergi ke Ipoh. Soleh pula tidak mahu mengganggu. Soleh meneruskan kerjanya di bilik bacaan. Hanya tinggal Faridah dan Datuk Azrul di ruang tamu. Faridah memberitahu dia sudah memeriksa di pejabat imegresen. Dia masih lagi warganegara Malaysia walaupun sudah 25 tahun menetap di New Zaeland. Melalui Datuk Azrul, Faridah dapat tahu ayahnya masih hidup tetapi sudah uzur tetapi ibu tirinya Puan Hamidah sudah meninggal dunia beberapa tahun dulu. Faridah juga mengenang kembali bagaimana suami pertamanya meninggal dunia selepas ibunya Mak Salmah dalam kemalangan jalan raya. Selepas itu Faridah juga terkenang peristiwa kemalangan yang menimpa dirinya dan bagaimana dia tersesat di Bukit Kutu. Datuk Azrul membuat andaian Faridah mengalami halusinasi ketika itu. Batin Senik yang memberitahunya yang Faridah meracau-racau semasa koma dan kembali pengsan beberapa kali. Katanya Faridah diserap semangat hutan. Oleh itu semua orang hairan dengan peristiwa yang menimpa Faridah ketika itu. Datuk Azrul menyuruh Faridah menulis saja pengalaman bawah sedar yang dilaluinya dulu. Namun dia sudah terlalu tua untuk menulis. Biarlah dia menyimpannya dalam memori hidupnya. Hati Faridah meronta tiba-tiba ingin menjenguk kubur ibunya dan suami pertamanya , Ghazali.

BAB 29 :  Pasrah

Melina kebingungan. Benny pergi tanpa pesan. Dia menghubungi semua rakan-rakan Benny. Namun semuanya hampa. Hanya Ustaz Hassan Syukri, imam Masjid Marang yang menghubunginya. Melina tidak tahu hendak mengadu kepada siapa. Pihak syarikat juga tidak dapat menghubungi Benny. Melina sudah hilang arah. Benny tidak pernah meninggalkannya tanpa pesan sebelum ini. Beberapa kali Melina cuba menghubungi nombor telefon Benny namun tiada jawapan. Selepas 4 hari kehilangan Benny, Melina pergi ke Balai Polis Marang untuk membuat laporan kehilangan suaminya, Benny. Selepas menceritakan peristiwa kehilangan suaminya, Inspektor Radzi memberitahu Melina bahawa nama dua orang rakan suaminya itu mencurigakan.  Mohamed Attar dan Noor Mohamad telah ditangkap polis beberapa hari lalu kerana cubaan meletupkan kasino. Setelah diselidiki nama Benny tiada dalam senarai tangkapan dan juga tiada dalam senarai yang dikehendaki polis. Sekali lagi  Melina kebingungan. Namun Melina cukup pasti, Benny meninggalkan dirinya kerana sebab tertentu dan bukan kerana benci.

BAB 30 :  Pangkuan

Melina tiada pilihan kecuali meninggalkan Kuala Terengganu untuk bertemu ibu bapanya di Cameron Highlands. Atas inisiatif keluarga Jaafar Al-anbia, rumah banglo di Marang telah diserahkan atas namanya. Akaunnya juga telah dipenuhi dengan sejumlah wang yang cukup untuk menyara dirinya dan anak yang bakal dilahirkannya selama setahun. Sebuah kereta Mercedez Benz juga telah disediakan oleh wakil Tuan Jaafar di Kuala Terengganu. Wakil Tuan Jaafar memberitahu Benny tidak dapat dihubungi dan dia menyatakan bahawa sekarang Benny sedang berada dalam kesusahan. Khalid, wakil Tuan Jaafar mempelawa Melina terbang ke Dubai, tetapi Melina menolak. Melina akhirnya tiba di Golf View Cottage, banglo yang dibeli bapanya Soleh Johnsons.

BAB 31 :  Atas Nama Cinta

Perkahwinan Anne Johnsons dengan Zain Bin Datuk Azrul melakar sejarah tersendiri. Pelbagai bangsa dari pelbagai Negara menghadiri majlis perkahwinan mereka. Rumah tumpangan, chalet, hotel, rumah rehat sekitar Teluk Intan, Sabak Bernam, Sungai Besar, Sungai Haji Dorani hingga ke Sungai Nibung habis ditempah. Perkahwinan dua Negara itu mendapat liputan meluas  termasuk di televisyen kerana Datuk Azrul terkenal dalam bidang pertanian. Faridah merupakan orang paling gembira kerana setelah melalui pelbagai pahit getir dia kembali semula ke kampong halamannya. Selepas perkahwinan anaknya, Faridah menjejak kembali kampong halamannya. Dia menemui Pak Talib, satu-satunya orang tua yang masih hidup. Pak Talib bersyukur kerana Faridah sudah menemui kebahagiaannya. Namun hati kecil Faridah masih berkecamuk mengenangkan suaminya Soleh dan anaknya Melina yang bertolak ke Dubai untuk membincangkan kehilangan menantunya dengan keluarga Jaafar Al-anbia. Bagi Faridah, dalam hidup setiap wanita yang paling utama ialah kedamaian hati dan keluhuran cinta.

BAB 32 :  Bahagia Bersulam Air Mata

Soleh Johnsons dan Melina tiba di Dubai pada pukul 12.00 tengah hari. Mereka mengambil limosin dan menuju ke  Emirate Tower Hotel di Jalan Syeikh Zayed tidak jauh dari Dubai World Trade Centre. Kedatangan mereka disambut oleh Benny. Melina sangat teruja. Benny mengalu-alukan kedatangan ayah mertuanya. Benny menceritakan jika dia gagal keluar dari Malaysia dulu, tentu sekarang dia sudah berada di penjara Guantanamou. Benny menyesal kerana silap memilih kawan. Selepas Berjaya keluar dari perairan antarabangsa di Pulau Pinang, helicopter yang diarahkan mengambilnya gagal berbuat demikian kerana kehadiran helicopter itu dikesan oleh Kapal Induk Amerika USS Lincoln di Laut Andaman. Jadi Benny mendarat di Phuket dan mengambil passport antarabangsa British di sana. Selepas itu , dengan pertolongan kawan-kawan dari merata tempat ,dia terbang ke Peranchis dengan menggunakan pelbagai nama samaran sebelum selamat tiba di Dubai 2 minggu lalu. Oleh kerana Benny mempunyai hubungan yang rapat dengan pemerintah Dubai, maka dia hanya bebas berada di Dubai tanpa ancaman. Tetapi jika di luar dari Dubai, keselamatannya tidak terjamin. Melina terpaksa membuat keputusan untuk tinggal di Dubai kerana suami yang terbaik ada di sana walaupun ibu bapa yang terbaik berada di New Zealand dan Malaysia.

BAB 33 :  Janji Pada Tanah Ini

Faridah memang mencintai perbukitan. Suasana yang sejuk ,nyaman dan kabus memutih sering mengingatkannya pada Bukit Kutu. Mereka mengambil keputusan memajukan  Lojing. Tanah Tinggi Lojing akan dibangunkan oleh Datuk Azrul dan Soleh Johnsons menjadi agropelancongan tanah tinggi. Mereka membina kotej-kotej yang tidak akan merosakkan ekosistem tanah tinggi. Soleh sendiri yang memilih pokok-pokok yang perlu ditebang. Kotej-kotej itulah kebanggan mereka. Peristiwa di Bukit Kutu kekal dalam ingatannya. Namun Bulkit Kutu tidak boleh dimajukan kerana ia adalah Hutan Rizab Hidupan Liar.



3 comments:

  1. kenapa sinopsis nie tak cukup untuk semua bab?????

    ReplyDelete
  2. oopppppssss.....bahan ada dlm laptop 1 lagi...akan dimasukkan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  3. Boleh buat sinopsis keseluruhannya tak?

    ReplyDelete