- Ambil wuduk.
- Tunaikan solat sunat dua rakaat.
- Istighfar banyak-banyak.
- Baca Quran.
- Sibukkan diri dengan aktiviti memasak, mengemas dan menggubah bunga.
- Muhasabah diri.
Monday, January 10, 2011
Mengubati Sifat Marah
Perasaan adalah anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada manusia. Perasaan kasih, cinta, sayang, rindu, marah, benci dan sebagainya adalah asam garam yang mewarnai kehidupan kita. Setiap hari kita mengalami perasaan yang berlainan bergantung kepada situasi kita. Bagi orang yang sedang dilamun cinta, mereka akan sentiasa tersenyum kerana hati sedang berbunga keriangan. Bagi insan yang sedang kecewa pula, perasaan sakit hati dan marah mudah menguasai diri. Bagi orang yang malang pula, perasaan tidak puas hati akan mula bermaharajalela. Berbeza dengan orang yang baru saja gagal dalam usahanya, air mata adalah teman setianya. Semua perasaan tidak seronok wujud dalam diri seseorang individu kerana mereka gagal untuk mendapatkan sesuatu. Apabila tidak seronok, kita akan cepat marah kerana hal-hal yang remeh. Oleh itu, bagaimanakah caranya mengubati sifat marah yang semulajadi wujud dalam jiwa seseorang yang bergelar insan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment