Photobucket

Tuesday, January 4, 2011

Antologi DIRGAHAYU BAHASAKU

Puisi Tradisional

  • Pantun Empat Kerat
  • Pantun Enam Kerat
  • Syair Makna Riak
  • Syair Pemberontakan Patani
  • Gurindam Tonggak Dua Belas
  • Seloka si Luncai
PANTUN ENAM KERAT

Putik kelapa menjadi muda,
Kelapa muda jadi kemirau,
Sudah kemirau menjadi kotai;
Hati luka pura tiada,
Rasa pedih buat tak hirau,
Ibarat kaca jatuh ke lantai.

Ambil galah jolok kedondong,
Galah pendek buluh sumpitan,
Buluh bersisip tali jerami;
Bukan salah ibu mengandung,
Sudah takdir sudah suratan,
Sudah nasib jadi begini.

Sarat bermuat ikan cencaru,
Gelama tidak berumpan lagi,
Kail tersangkut di tepi batang;
Sudah dapat orang yang baru,
Yang lama tidak berkenan lagi,
Ibarat melukut di tepi gantang.

Ciri-Ciri Pantun Enam Kerat.
  • mempunyai rangkap.
  • setiap rangkap 6 baris.
  • 3 baris di atas pembayang maksud atau sampiran.
  • 3 baris di bawah maksud pantun.
  • rima akhir pantun...a,b,c,a,b,c
  • setiap baris mempunyai 8-12 suku kata.

PANTUN LAPAN KERAT

Buat bangsal di tengah hutan,
Tebaslah hutan buat halaman,
Di tepi halaman menanam kubis,
Diselang dengan pokok papaya;
Biarlah sabar dengan perlahan,
Itulah tanda tuan beriman,
Tidak patah digoncang iblis,
Akhirnya tuan menang berjaya.

Ikan teluk parang-parang,
Anak ketam disangka lelabi,
Berburu musim tengkujuh,
Dapat buruan dibelah-belah;
Bukan makhluk sebarang-barang,
Cucu Adam  sepaian nabi,
Turun dari langit ke tujuh,
Jadi khalifah kepada Allah.

Lengkang-lengkung apa dipaku,
Paku jatuh patah dua,
Menjadi riuh orang di darat,
Anak Cik Itam jatuh jalar;
Bumi kandungan nenek moyangku,
Kerana lalai rosak binasa,
Kebudayaan Timur dinodai Barat,
Bahasa ibunda hina terbiar.

No comments:

Post a Comment