Photobucket

Monday, December 20, 2010

SELAMAT BERCUTI PANJANG KEPADA CALON SPM 2010

Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan SPM 2010. Pelajar2 SM St. Anthony baru saja habis menjawab kertas EKONOMI ASAS. Cikgunie doakan selepas ini semua pelajar lepasan SPM dapat menghabiskan cuti dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Kalau boleh jalankanlah peranan sebagai anak kepada ibu bapa masing2 seperti yang anda jawab dalam soalan 2 kertas BM 1 baru2 ini. "SEorang Ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tapi sepuluh anak tidak dapat menjaga seorang Ibu". Ingatlah, walau siapa pun kita hari ini, semuanya kerana Ibu kita. Sesungguhnya syurga itu terletak di bawah telapak kaki Ibu...

No comments:

Post a Comment