Nah, akhirnya aku berani juga meluahkan segala yang terbuku di hati. Kedua-dua gadis itu terlopong mendengar pengakuan berani mati aku. Kiranya ada simpati juga dalam diri mereka. Air muka mereka tiba-tiba berubah. Sangkaan aku meleset.
“Rasanya cerita Encik boleh buat skrip drama televisyen. Kalau hantar kepada ASTRO Prima pasti meletup cerita seorang teruna hilang keterunaannya dalam majlis harijadi.” Sindir gadis tinggi lampai itu.
Sesungguhnya ia bukanlah pertemuan yang semudah aku sangkakan. Ia berakhir dengan tragedi. Gadis itu menolak lamaranku. Tergamak gadis itu menolak lamaranku mentah-mentah.
Sebaliknya dia mengambil keputusan untuk melaporkan kejadian itu ke balai polis. Aku pula sangat bodoh kerana pergi menonjolkan diri. Lagi senang gadis itu membuat laporan di balai polis. Saspek datang menyerah diri. Kenapalah aku mengikut idea bodoh Babah. Kalau aku tidak muncul kembali di rumah itu, bagaimana gadis itu dapat mengecam seterusnya membuat dakwaan terhadap aku. Gadis itu tiada saksi. Jadi sesiapa pun tidak boleh mendakwa aku. Ini tidak. Aku datang menyerah diri. Huh, tidak sangka aku sebodoh ini. Jerat makan tuan. Nasi sudah menjadi bubur.
Apa lagi yang mampu aku lakukan? Selepas gadis itu membuat laporan pagi esok, aku akan ditahan di dalam lokap. Prestasi aku sebagai seorang pegawai tentera dan juru terbang yang cekap akan merudum seperti mana harga-harga saham jatuh merudum pada tahun 1998. Tuduhan yang berat menanti aku dan hukuman yang pasti adalah penjara 20 tahun dan sebatan. Mampukah aku tersenyum selepas malam ini?
Sepatutnya malam ini aku balik ke Subang. Sebab itulah aku datang dengan berpakaian seragam ke rumah gadis itu. Pertama kali dalam hidup, aku gagal mendapat apa yang dicita-citakan. Gadis itu menolak tawaran untuk berkahwin dengan aku. Aku rasa kalau aku menawarkan diri untuk berkahwin dengan staf atau airwoman di 20 Skuadron TUDM Subang, pasti aku dapat berkahwin empat sekaligus. Mengapa gadis itu tidak dapat melihat keistimewaan aku? Aku seorang juru terbang. Pangkat aku Mejar. Silap-silap dalam setahun dua lagi aku dinaikkan pangkat kepada Leftenan Kolonel. Ruginya gadis mentah itu. Sanggup pula dia hendak berjumpa pakar perubatan dan melaporkan kejadian yang mengaibkan itu kepada pengetahuan pihak polis.
Selepas ini, semua media cetak dan media elektronik akan laris macam goreng pisang panas. Semua media akan berlumba-lumba memaparkan kejadian yang bakal menggemparkan negara.
SEORANG JURU TERBANG PESAWAT TENTERA DIDAKWA MEROGOL SEORANG GADIS
Tidak sanggup aku menatapi berita seumpama itu. Aku tidak boleh mengalah. Hati gadis itu mesti aku pujuk. Banyak pengalaman yang aku kutip bersama gadis-gadis yang pernah menjadi kekasihku akan aku aplikasikan dengan gadis itu.
Aku tidak boleh pulang dengan tangan kosong. Harapan yang disandarkan Umi dan Babah ke bahuku sangat berat. Reputasi Babah dan jawatan aku sendiri perlu aku pertahankan. Aku tidak mahu perbuatan tanpa sedar aku akan menghancurkan kejayaan yang telah aku cipta selama ini. Sesungguhnya aku mahu semua ini segera berakhir dari hidupku. Aku perlu bijak menangani masalah yang sesukar ini.
Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Itu moto hidupku. Kalau tidak masakan aku dapat menjadi juru terbang yang hebat. Aku tahu kawan-kawan aku yang membawa jet pejuang akan menyampah dengan kenyataan aku. Memang mereka hebat. Sangat cekap kerana mengendalikan pesawat seorang diri. Tapi sikap mereka yang kaki perempuan lebih dahsyat daripada aku. Aku juga hebat kerana aku juru terbang yang cekap. Cuba suruh Kapten Azzam Mazlan membawa pesawat. Kalau tidak terjunam, pasti jatuh dalam laut pesawat C130 kerana dia hanya tahu menjaga Kawalan Lalu Lintas Udara. Tidak seperti aku yang pakar engendalikan pesawat C130. Sejarah C130 TUDM cemerlang. Tidak pernah terhempas. Begitulah aku.
Aku berpatah semula ke rumah kembar dua tingkat itu. Rumah itu sudah gelap. Hanya cahaya lampu suram kelihatan di balik langsir di tingkat atas. Lama aku memerhatikan dari depan pintu pagar. Aku mencongak-congak tindakan yang bakal aku ambil. Akhirnya aku terpaksa membuat keputusan kerana aku tiada pilihan.
No comments:
Post a Comment