SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH ...1433HIJRIE
Monday, November 28, 2011
Sunday, November 13, 2011
INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
Usaha-usaha
Meningkatkan Industri Kecil dan Sederhana
Industri Kecil dan Sederhana merupakan industri kecil-kecilan yang diusahakan dan di kampung-kampung dan di desa-desa di kawasan pedalaman. Biasanya IKS diusahakan oleh pengusaha-pengusaha IKS yang menggunakan modal yang kecil, iaitu dibawah RM100,000.00. Produk yang dihasilkan oleh pengusaha IKS ialah kuih tradisional, barangan kraf tangan , cenderahati, dan produk pelancongan. Hal ini demikian kerana produk IKS tidak memerlukan kos yang tinggi ya tidak memerlukan pejabat yang luas kerana pengeluarannya sedikit sekadar menampung permintaan bagi kawasan setempat sahaja. Justru terdapat beberapa usaha untuk meningkatkan produktiviti IKS.
Industri Kecil dan Sederhana merupakan industri kecil-kecilan yang diusahakan dan di kampung-kampung dan di desa-desa di kawasan pedalaman. Biasanya IKS diusahakan oleh pengusaha-pengusaha IKS yang menggunakan modal yang kecil, iaitu dibawah RM100,000.00. Produk yang dihasilkan oleh pengusaha IKS ialah kuih tradisional, barangan kraf tangan , cenderahati, dan produk pelancongan. Hal ini demikian kerana produk IKS tidak memerlukan kos yang tinggi ya tidak memerlukan pejabat yang luas kerana pengeluarannya sedikit sekadar menampung permintaan bagi kawasan setempat sahaja. Justru terdapat beberapa usaha untuk meningkatkan produktiviti IKS.
Usaha perdana yang boleh yang dilakukan untuk menggalakkan suri rumah menceburi IKS ialah mengeluarkan1 KAMPUNG 1 PRODUK. Sebagai contoh, setiap kampung perlu yang menghasilkan barangan yang tertentu sebagai jenama bagi kampung tersebut.
Hal ini demikian kerana kampung-kampung melalui produk yang dihasilkan dapat mempromosikan kampung tersebut di mata masyarakat. Sebagai contoh, Kampung Batu Arang dikenali dengan penghasilan ikan bilis bermutu tinggi yang terkenal di Labuan. Oleh itu pembeli atau orang ramai yang ingin mendapatkan ikan bilis boleh pergi ke Kampung Batu Arang bagi tujuan mendapatlkan ikan bilis sebagai bekalan. Justeru apabila setiap kampong di seluruh negara mengeluarkan produk masing –masing, orang ramai atau pembeli mempunyai banyak pilihan .
Seterusnya,
usaha untuk meningkatkan produk IKS ialah memberi penjenamaan semula pengeluaran
barangan IKS yang dihasilkan. Hal ini
demikian kerana penjenamaan setiap produk akan mendapat memikat hati pembeli untuk
membeli produk IKS seterusnya meningkatkan pengeluaran IKS. Sebagai contoh kuih-muih tradisional diberi
nama baru yang dihasilkan dengan kaedah moden seperti kuih bahulu diberi nama
baru “Bahulu Berperisa Pandan”, kuih bangkit diberi nama “Bangkit Ayu” dan
lain-lain pasti akan memikat selera pembeli. Justeru apabila permintaan IKS meningkat
maka produk dan pengeluaran IKS juga akan bertambah bertambah kerana sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.
Usaha
lain yang boleh dilakukan ialah pihak kerajaan melalui Bank Pertanian dan Bank
Pembangunan boleh memberikan kemudahan kredit kepada pengusaha-pengusaha IKS untuk
menambahkan modal mereka. Masalah utama pengusaha IKS ialah kekurangan modal dan hal ini sedikit sebanyak dapat membantu pengusaha-pengusaha
IKS untuk meningkatkan produktiviti mereka kerana kalau tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya. Apabila kerajaan memberikan kemudahan pinjaman
melalui Bank Pertanian dan Bank Pembangunan tanpa cagaran kepada
pengusaha-pengusaha IKS, maka secara tidak langsung mereka dapat menambahkan
pengeluaran seterusnya menjana pendapatan mereka. Oleh itu, dengan usaha dan
sokongan pihak kerajaan, pengusaha-pengusaha IKS dapat mengembangkan lagi sayap
perniagaan mereka seterusnya dapat bersaing dalam dunia perniagaan kerana yang
bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang.
Intihanya, Industri Kecil dan Sederhana memainkan peranan penting dalam mempromosikan pengeluaran desa supaya dikenali di seluruh negara. Justeru usaha–usaha proaktif lagi pragmatis perlu di gembeleng oleh semua pihak agar dapat merealisasikan hasrat kerajaan mewujudkan 1 KAMPUNG 1 PRODUK. Oleh itu para pengusaha IKS perlu melakukan transformasi dalam produktiviti mereka supaya dapat meningkatkan ekonomi dan mengubah tanggapan terhadap pengeluaran IKS hanya untuk penduduk kampung tetapi IKS merupakan perniagaan yang mampu bersaing dalam dunia globalsasi .
Intihanya, Industri Kecil dan Sederhana memainkan peranan penting dalam mempromosikan pengeluaran desa supaya dikenali di seluruh negara. Justeru usaha–usaha proaktif lagi pragmatis perlu di gembeleng oleh semua pihak agar dapat merealisasikan hasrat kerajaan mewujudkan 1 KAMPUNG 1 PRODUK. Oleh itu para pengusaha IKS perlu melakukan transformasi dalam produktiviti mereka supaya dapat meningkatkan ekonomi dan mengubah tanggapan terhadap pengeluaran IKS hanya untuk penduduk kampung tetapi IKS merupakan perniagaan yang mampu bersaing dalam dunia globalsasi .
Saturday, November 12, 2011
Target Karangan Respon Terbuka...
Soalan 5
Anda telah membaca sebuah novel yang menarik.
Buat ulasan novel tersebut.
Anda telah membaca sebuah novel yang menarik.
Buat ulasan novel tersebut.
Novel merupakan sebuah genre kesusasteraan yang mengandungi tema, persoalan, watak, plot, latar, nilai dan pengajaran. Sebuah novel yang telah saya baca baru-baru ini yang menarik perhatian ialah novel Kabus Di Perbukitan. Novel ini ditulis oleh Mohamad Kholid Bin Hamzah. Novel ini mengandungi 23 Bab dan 219 halaman. Novel ini memaparkan tema mengenai kegigihan seorang wanita yang kehilangan orang tersayang sehingga membawa dirinya terbuang di sebuah negara asing yang bernama New Zealand. Watak utama dalam novel ini ialah Faridah Binti Kamaruddin.
Persoalan yang menarik dalam novel ini ialah mengenai watak Faridah seorang aktivis masyarakat yang melakukan perkhemahan di Raub. Beliau dalam perjalanan ke Kuala Kubu Bahru. Dalam perjalanan barulah dia tersedar bahawa ada seorang kanak-kanak Down Syndrom dalam van yang dipandunya. Kanak-kanak bernama Iqbal. oleh kerana terlalu terkejut, Faridah hilang kawalan, lalu van yang dipandunya terjunam ke dalam gaung. Usaha mencari Faridah dan Iqbal selama 2 minggu tidak menampakkan hasil lalu pihak polis dan PGA telah enghentikan usaha mencari menyelamat. Apa yang menarik mengenai novel ini ialah Faridah yang hilang dalam kemalangan itu sebenarnya telah diselamatkan oleh Tok Batin Senik ketika sedang merayau-rayau dalam hutan di Bukit Kutu. Ketika itu Faridah hilang ingatan. Ketika Faridah dan Iqbal sedang mandi, dia terjatuh atas batu lalu koma selama 2 minggu sebelum dijumpai oleh bapanya Mejar (B) Kamaruddin. Ketika koma itulah Faridah berada dalam abad ke 19 di mana dia bertemu dengan Residen Inggeris ketika itu yang bernama Sir Cecil Ranking. Faridah melihat masyarakat pada zaman itu yang terdiri daripada pelombong bijih yang menjadikan candu sebagai pelepas penat mereka setelah bekerja seharian. Faridah juga berkomunikasi dengan Amah Siti, pembantu Sir Cecil Renking. Dalam pengembaraannya itulah Faridah bertemu dengan adik kembarnya Rahayu. Pengarang mematikan watak Rahayu apabila Faridah tersedar dari koma.
Plot novel Kabus Di Perbukitan dijalin dengan kemas dengan memasukkan unsur imbas kembali dan pemerian. Antara unsur imbas kembali ialah Mejar (B) Kamaruddin menyesali dia telah meninggalkan isterinya Salmah dan berkahwin dengan perempuan lain yang bernama Hamidah. Dia juga menyesali kerana telah memisahkan pasangan kembar Faridah dan Rahayu. Garapan plot imbas kembali seperti ini menghambat pembaca meramal apa yang akan berlaku seterusnya terhadap Faridah. Seterusnya latar yang menarik dalam novel ini seperti Kampung Haji Dorani di Sabak Bernam yang terkenal turut dijadikan latar kampung halaman Faridah. Bukit Kutu yang tidak diketahui kewujudannya juga telah diselitkan oleh pengarang sebagai tempat Faridah dijumpai. Latar peranginan tanah tinggi seperti Bukit Fraser dan Cameron Highlands membuatkan pembaca turut merasai kedinginan tanah tinggi yang sejuk dan nyaman. Begitu juga latar tempat di New Zealand melalui unsur pemerian yang diceritakan oleh pengarang turut membawa pembaca berada di negara yang terkenal dengan buah kiwi itu. Latar masa yang diambil oleh pengarang juga sangat lama iaitu 25 tahun. Faridah yang merupakan watak utama mengambil masa 25 tahun berada di negara orang sebelum mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air kerana hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri. Semua faktor ini mendominasi usia Faridah yang berlalu tanpa disedari kerana memikirkan dia sudah tidak punya saudara mara lagi di Malaysia.
Selain itu, novel Kabus Di Perbukitan sangat menarik kerana ia kaya dan sarat dengan nilai kemanusiaan. Antaranya ialah menghormati orang yang lebih tua. Faridah yang terdidik dengan adat ketimuran telah mendidik anak-anak kembarnya Anne dan Mellina agar menghormati orang tua dalam membuat sebarang keputusan. Hasilnya, Mellina membawa Benny berjumpa dengan Faridah apabila Benny melahirkan hasrat untuk berkahwin dengannya. Setelah Soleh Johnsons, suami Faridah memberi izin, barulah Mellina bersetuju untuk berkahwin dengan Benny. Nilai yang paling utama ialah kasih sayang membawa ke mati. Azrul sangat mencintai Rahayu dan sanggup berkorban apa sahaja untuk memulihkan penyakit kanser Rahayu. Rahayu berpesan kepada Azrul, walaupun dia telah tiada, Azrul hendaklah berusaha menjadi petani moden selepas tamat pengajiannya. Hasilnya Azrul telah memenuhi amanat Rahayu sehingga dia menjadi usahawan tani yang berjaya dalam bidang ternakan kambing dan mendapat gelaran Datuk. Nilai yang tidak kurang pentingnya ialah tanggungjawab seorang ketua keluarga. Walaupun telah berpisah dengan isterinya, Mejar (B) Kamaruddin telah menjalankan tanggungjawabnya mencari Faridah hingga jumpa selepas pihak berkuasa menghentikan usaha mencari dan menyelamat. Sesungguhnya tiada ibu bapa yang tidak sayangkan anaknya kerana anak adalah harta ibu bapa yang tiada bandingannya.
Novel Kabus Di Perbukitan juga sarat dengan pengajaran yang boleh dijadikan iktibar dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, kita hendaklah memberikan kasih sayang yang sama rata terhadap anak-anak kita. Hal ini demikian kerana Faridah tidak pernah membezakan kasih sayang antara anak-anaknya Anne dan Mellina walaupun Mellina sudah berumahtangga. Pengajaran seterusnya ialah kita hendaklah mempelajari selok belok agama Islam dengan Ustaz atau pemimpin yang diiktiraf sahaja. Hal ini demikian kerana Benny tersalah memilih kawan-kawan dengan mengikuti ajaran Islam mengikut konsep yang salah yang dibawa oleh Mehmood dan rakan-rakannya hingga Benny terjebak dalam aktiviti pengganas untuk meletupkan sebuah hotel di Singapura. Kita juga hendaklah sentiasa mengamalkan di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung untuk mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak disenangi penduduk setempat. Sebagai contoh, Mellina sentiasa mengajak Khatijah untuk menemaninya dan mengajarnya tentang budaya dan adat orang Melayu apabila suaminya keluar daerah. Kita juga hendaklah sentiasa bertanggungjawab terhadap keluarga kita dengan menjaga dan memberi didikan agama yang secukupnya. Hal ini demikian kerana agama adalah benteng yang mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran. Sebagai contoh, Benny yang kurang ajaran agama sering mengunjungi kelab malam di New Zealand, tetapi apabila ingin mencari calon isteri dia tetap memilih wanita yang sama agama dengannya, iaitu Islam.
Intihanya, novel Kabus Di Perbukitan sangat menarik kerana ia memaparkan nilai-nilai murni dan latar yang menarik. Kata orang tak kenal maka tak cinta, maka para pembaca perlulah membaca novel ini untuk mencontohi nilai-nilai yang terkandung di dalamnya. Selain itu, novel ini juga dipenuhi dengan konflik dalaman watak utama apabila memikirkan tanah air yang telah lama ditinggalkannya. Ingatlah, setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di atas belakang kerbau juga.
Friday, November 11, 2011
TARGET SOALAN KARANGAN BAHAGIAN A
KEPENTINGAN
MEMBACA MAJALAH ILMIAH
Memaparkan isu-isu terkini
Bahasa yang digunakan bahasa Melayu standard
Terdapat pelbagai bidang ilmu yang dimuatkan
Pengetahuan Tanpa Sempadan
Sebagai suber rujukan dalam penulisan esei
Melahirkan penulis kreatif
CONTOH JAWAPAN.....
Budaya membaca sering dikaitkan dengan frasa Membaca Jambatan Ilmu. Ungkapan Membaca Jambatan Ilmu membawa pengertian bahawa orang yang banyak membaca akan dapat menambah ilmu pengetahuan yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian.Sehubungan itu, terdapat pelbagai bahan bacaan yang dijual di pasaran. Antaranya buku, novel, majalah dan komik. Buku-buku yang dijual pula terdiri daripada buku ilmiah dan bukan ilmiah. Begitu juga dengan majalah. Terdapat majalah ilmiah dan majalah hiburan. Umumnya remaja dan golongan pelajar lebih suka membaca majalah hiburan berbanding majalah ilmiah. Hal ini demikian kerana remaja dan pelajar tidak mengetahui kepentingan membaca majalah ilmiah. Oleh itu, terdapat beberapa kepentingan membaca majalah ilmiah selaras dengan merealisasikan budaya membaca di negara kita.
Kepentingan perdana membaca majalah ilmiah ialah kita dapat mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di dalam dan di luar negara. Sebagai contoh, kita dapat mengetahui krisis ekonomi yang melanda dunia, banjir besar yang berlaku di Thailand, pergolakan politik yang berlaku di negara-negara Islam, kekejaman Israel terhadap orang Palestin dan lain-lain lagi. Selain itu, apabila membaca majalah ilmiah, seseorang pelajar juga dapat mengambil iktibar tentang sesuatu isu yang dibaca seterusnya dapat diaplikasikan dalam kehidupan. Majalah ilmiah seperti Dewan Siswa, Dewan Masyarakat dan Pelita Bahasa banyak memaparkan isu yang berkaitan gejala sosial yang semakin membarahi masyarakat hari ini. Sebagai contoh, isu-isu gejala pembuangan bayi, lumba haram, buli, gengsterisme dan lain-lain lagi dapat mendidik remaja agar menjaga maruah dan lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, membaca majalah ilmiah dapat membendung gejala sosial yang kian meruncing belakangan ini.
Kepentingan membaca majalah ilmiah yang seterusnya ialah kandungan majalah ilmiah memaparkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan mempunyai pelbagai bidang seperti bidang ekonomi, pertanian, keusahawan, sukan, dan lain-lain. Bidang ilmu yang pelbagai ini dapat menjana dan mengasah minda para pembaca untuk merealisasikan hasrat kerajaan mencapai Wawasan 2020 kelak kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Selain itu, kandungan dalam majalah ilmiah dapat membina keupayaan menulis para pelajar kerana terdapat esei-esei dan rencana-rencana yang boleh dijadikan panduan oleh pelajar. Sebagai contoh, pelajar boleh menggunakan penulisan jenis rencana dengan merujuk rencana yang terdapat dalam majalah ilmiah. Sebagai contoh, majalah Dewan Siswa banyak menyiarkan rencana tentang kepupusan haiwan dan habitat akibat penerokaan manusia yang tidak bertanggungjawab. Kemusnahan floran dan fauna akibat kerakusan nafsu manusia yang tiada batasan juga banyak disiarkan dalam majalah ilmiah. Justeru, majalah ilmiah sememangnya membantu pelajar dalam penulisan esei mereka dengan lebih mantap lagi kerana usaha tangga kejayaan.
Intihanya, para pelajar dan semua masyarakat perlu membaca majalah ilmiah kerana majalah ilmiah bukan sahaja memaparkan isu-isu semasa yang terkini tetapi juga mereka dapat memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu dengan betul. Hal ini demikian kerana majalah-majalah hiburan yang terdapat di negara kita lebih banyak menggunakan bahasa slanga dan bahasa ringkas. Gejala ini akan merosakkan mutu bahasa Melayu itu sendiri seperti Bahasa Jiwa Bangsa. Oleh itu, membaca majalah ilmu dapat meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam pertuturan dan penulisan.
Saturday, November 5, 2011
Ramalan Sejarah....
CONTOH SOALAN SEJARAH BAB 2 ( PENINGKATAN
TAMADUN)
Apakah bidang yang diberi tumpuan dalam bidang
pendidikan di Athens dan India?
Athens
v Melahirkan manusia
yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.
v Bagi orang
Athens, manusia yang cemerlang ialah manusia yang dapat memenuhi tuntutan
mental dan fizikal.
v Hanya manusia
yang cemerlang dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan kehidupan
manusia.
v Oleh itu ,pendidikan
sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato, membaca, menghafal dan menulis
amat dititikberatkan di Athens.
India
v Peningkatan dalam
bidang pendidikan bermula pada Zaman Vedik.
v Masyarakat India
mementingkan pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan pendidikan pada zaman
ini dimonopoli oleh kaum lelaki. Kaum wanita tidak dibenarkan menerima
pendidikan.
v Pendidikan memberi
penekanan kepada Kitab-kitab Veda dan bahasa Sanskrit.
v Kaedah yang
digunakan ialah kaedah hafalan kitab-kitab Veda yang ditulis dalam bahasa
Sanskrit.
v Tujuan diadakan
pendidikan keagamaan berkaitan Kitab Veda adalah untuk menyediakan manusia
menghadapi hari selepas mati.
v Pendidikan awal
bermula di istana dan di rumah.
v Pendidikan tinggi
boleh dipelajari di Kolej Brahman bermula selepas tahun 100 S.M
v Pada abad ke 4
Masihi, telah ditubuhkan Universiti Agama Buddha, iaitu Nalanda di India.
v Untuk mencapai
taraf Brahmin, setiap penganut agama Hindu perlu menghafal kitab Veda yang
mengandungi peraturan ritual, mantera dan lagu-lagu agama.
v Mereka juga
perlu mempelajari karya saintifik dan falsafah.
v Oleh itu,
pendidikan di India adalah untuk meningkatkan ilmu sains.
Tuesday, October 25, 2011
Belajar Membuat Video
Salam semua,
Sepanjang dua minggu ini Cikgunie belajar membuat video P&P Sejarah. Biasalah bila mula belajar pasti akan ada banyak kesilapan. Cikgunie mengharapkan pengunjung blog Cikgunie akan memberi komen yang membina agar Cikgunie dapat melakukan penambahbaikan.
Sepanjang dua minggu ini Cikgunie belajar membuat video P&P Sejarah. Biasalah bila mula belajar pasti akan ada banyak kesilapan. Cikgunie mengharapkan pengunjung blog Cikgunie akan memberi komen yang membina agar Cikgunie dapat melakukan penambahbaikan.
Tuesday, October 18, 2011
PANDUAN MENGHASILKAN PENULISAN KREATIF
v
Membina AYAT TOPIK dan AYAT
HURAIAN untuk membina perenggan yang kohesi.
v
Menyusun isi dan
menggunakan penanda wacana untuk menghasilkan pemerengganan yang koheren.
v
Mengedit dan memurnikan
sesuatu karya yang telah dihasilkan.
APAKAH PERENGGAN?
v
Perenggan merupakan satu
kumpulan ayat mengenai isi atau idea yang sama.
v
Dalam penulisan, pembinaan
perenggan adalah penting untuk membahagikan isi yang ingin disampaikan.
v
Setiap kali perubahan
sesuatu isi atau focus berlaku, kita perlu memulakan perenggan baharu.
APAKAH AYAT TOPIK?
v
Ayat topik menyatakan isi
utama yang ingin disampaikan dalam sesuatu perenggan.
v
Ayat topik mempunyai
perkara pokok dan satu aspek yang ingin dinyatakan mengenai perkara pokok
tersebut.
v
Biasanya pernyataan sesuatu
aspek itu akan dapat memberikan focus kepada penulis dan pembaca.
v
Ayat topik bertindak
sebagai alat kawalan dalam penulisan isi (isi sokongan) dalam sesuatu
penulisan.
APAKAH AYAT HURAIAN?
v
Ayat topik perlu disokong
oleh ayat huraian yang terdiri daripada isi sokongan.
v
Isi sokongan pula boleh
didapati dalam pelbagai bentuk seperti fakta, pendapat, peristiwa, sebab dan
akibat, statistik dan contoh.
v
Biasanya isi sokongan dapat
memberikan bukti, menghuraikan idea atau menjawab soalan yang dikemukakan oleh
isi utama dalam ayat topik dan isi tersebut mestilah berkait antara satu sama lain.
v
Dalam penghasilan isi dan
penulisan ayat huraian, isi kawalan dalam ayat topik menjadi dasar utama atau
kerangka dalam sesebuah perenggan.
v
Calon boleh mengemukakan
slogan, peribahasa, kata-kata hikmat dan simpulan bahasa dalam ayat huraian
untuk memantapkan lagi gaya penulisan.
APAKAH AYAT PENYIMPUL?
Terdapat 3 jenis ayat penyimpul;
v
Ayat yang menyatakan semula
ayat topik.
v
Ayat yang menyimpul
keseluruhan isi dalam perenggan.
v
Ayat menyimpul yang
menggabungkan perenggan.
CONTOH SOALAN KARANGAN
CARA-CARA MENJALANI KEHIDUPAN
YANG SIHAT
AYAT TOPIK
v
Menjalani pemeriksaan
kesihatan
v
Tidur dan rehat yang cukup.
v
Bersenam dan bersukan.
v
Mengamalkan pemakanan
seimbang.
AYAT HURAIAN
Menjalani pemeriksaan kesihatan
(AYAT TOPIK)
Terdapat pelbagai kaedah untuk
mengekalkan kesihatan tubuh badan kita. Rakyat Sihat Negara Maju adalah slogan
yang menjadi mainan bibir dari ruang pejabat berhawa dingin hingga ke warung
kopi di tepi jalan.Media massa juga sering menguar-uarkan mengenai penjagaan kesihatan
sepanjang hayat. Bagi menjamin kesihatan sepanjang hayat, kita perlu melakukan
pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan amat penting dilakukan oleh
individu yang berusia 40-an ke atas sekurang-kurangnya 2 tahun sekali. Hal ini
adalah kerana sistem pertahanan badan seseorang semakin berkurangan. Apabila
usia meningkat, hormon di dalam badan kita akan berkurangan. Kekurangan hormon
akan menyebabkan badan kita mudah dijangkiti penyakit. Pemeriksaan kesihatan
yang dilakukan secara berkala dapat mengesan penyakit dari awal. Penyakit yang
dikesan pada peringkat awal mempunyai harapan yang tinggi untuk dipulihkan bak
kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati. Antara penyakit yang boleh
dikesan melalui pemeriksaan kesihatan ialah kencing manis, darah tinggi, sakit
jantung dan kanser.
AYAT PENYIMPUL
Justeru, sebagai rakyat Malaysia
yang prihatin terhadap tubuh badan mereka, sewajarnya kita menjalani
pemeriksaan kesihatan untuk memastikan badan kita sihat sepanjang masa.
Sunday, October 16, 2011
Tips Menulis Karangan Yang Mantap...
Semua calon SPM 2011....
Sedihnya kerana masih ada lagi calon-calon Cikgunie yang belum mahir menulis karangan yang mantap. Kenapa susah sangat hendak melontarkan idea-idea yang menggelegak dalam fikiran anda semua. Luahkan semua idea-idea dengan merangsang minda anda agar dapat menjana transformasi dalam olahan ayat-ayat agar dapat merentap perasaan pemeriksa kertas BM 1103/1 anda nanti. Bagaimana caranya???
Ikut formula Cikgunie....
1. Ayat pertama dalam setiap perenggan ialah pernyataan fakta tau isi karangan anda.
2. Ayat kedua pula ialah huraian kepada pernyataan dalam ayat yang pertama.
3. Ayat ketiga dalam perenggan pula ialah huraian berdasarkan data atau statistik yang diperoleh dari sumber bercetak atau visual.
4. Ayat keempat pula ialah ayat-ayat sokongan kepada huraian anda tadi.
5. Ayat kelima pula ialah contoh-contoh kepada huraian anda dalam ayat keempat.
6. Ayat keenam pula dalam sesebuah perenggan ialah ayat penyimpul untuk menutup gagasan idea anda dalam perenggan.
CONTOH : Peranan Ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak menabung.
Peribahasa sedikit sedikit lama-lama menjadi bukit sering meniti dari bibir ke bibir generasi Melayu lama. Hal ini menunjukkan bahawa apabila kita menyimpan sedikit demi sedikit hasil yang kita peroleh, lama kelamaan ia akan menjadi banyak. Sehubungan itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam usaha mendidik anak-anak menabung sejak kecil. Menabung sangat penting kerana kita dapat menggunakan tabungan semasa kecemasan atau ketika kita sangat memerlukan kewangan. Sebagai tamsilan, kita boleh menggunakan wang yang disimpan untuk membiayai perubatan anak-anak, membiayai pengajian anak-anak atau membeli harta seperti rumah dan sebagainya. Justeru, menabung sangat signifiken dengan menyimpan wang yang berlebihan atau tidak digunakan di dalam bank agar anak-anak akan terdidik dengan budaya menabung sejak kecil.
Thursday, October 13, 2011
KEMBOJA DI PUSARA~~
Secebis kenangan berguguran di kelopak ingatan
Berderai satu persatu di halaman sengsara
Dalam keterpaksaan
Aku kutip segala derita jiwa
Aku himpunkan di perdu nestapa
Awan pilu mengundang lara
Mendung sayu pun berarak hiba
Langit lazuardi bertukar kehitaman
Sabung menyabung halilintar di dada kecewa
Lalu hujan tangisan pun bergema
Mengalunkan irama sendu
Mengiringi sebuah pemergian
Kematian sebuah perasaan
Penuh luka menjerat rasa
Bersemadi di pusara sepi
Bertemankan pepohon kemboja..
Di sini berdiri aku
Di hadapan pusara tanpa nesan
Terbiar sepi di keheningan pagi
Memutih kelopak kemboja memayungi pusara
Lantas aku sirami air mata kasih
Bersama sedu sedan
Aku menyedut wangian bebunga kemboja
Membuai perasaan membelai rawan
Sebening hatiku yang berkocak
Merelakan sebuah perpisahan abadi
Merelakan sebuah perpisahan abadi
Pemergian perasaan yang tiada nama
Ke alam yang tiada ruang....
Ke alam yang tiada ruang....
Saat senja melabuhkan tirai
Aku mengusung luka yang semakin sarat
Pusara sepi aku tinggalkan
Kemboja memutih aku tinggalkan
Kemboja memutih aku tinggalkan
Pesananku kepada kemboja putih
Payungilah pusara sepi ini
Sehingga aku kembali
Pada musim-musim rindu
Yang mendatang...
Tinggallah pusara sepi...
Tinggallah kemboja putih
Aku pergi untuk kembali....
ilusirasa : rouusenie ar 114813102011....
Saturday, October 8, 2011
BELAJAR MENERIMA KEGAGALAN
Setiap manusia yang dilahirkan ke
dunia ini mempunyai pengalaman yang berbeza. Ada yang mempunyai pengalaman
manis dan pahit sepanjang sejarah hidup mereka. Bumi mana yang tidak ditimpa
hujan dan laut mana yang tidak pernah bergelora. Setiap manusia pasti mengalami
kekecewaan dalam hidup mereka. Ada yang kecewa kerana cinta, ada yang kecewa
kerana gagal mendapat pekerjaan, ada yang kecewa kerana gagal mempertahankan
rumah tangga dan ada yang kecewa dalam pelajaran. Kekecewaan yang dialami oleh
setiap orang berbeza-beza. Ada yang kecewa sekali, kecewa dua kali malah ada
yang kecewa berkali-kali. Justeru, bagaimana hendak menangani perasaan kecewa
agar kita tidak melakukan perkara yang di luar dugaan?
terima kenyataan
Setiap
sesuatu yang berlaku adalah qada dan qadar Tuhan. Oleh itu, anggaplah perasaan
gagal mendapatkan sesuatu sebagai ujian dalam hidup kita. Tidak semua orang
bernasib baik mendapat apa yang diimpikannya. Pasrah dengan ketentuan Yang Maha
Kuasa dengan belajar menerima kenyataan bahawa ia bukan milik kita. Maka biarkanlah
ia pergi kepada hak yang sepatutnya.
berfikiran positif
Sesuatu
yang berlaku perlu diteliti dan diperhalusi. Cuba kenang kembali kebahagiaan
yang telah kita miliki sebelum kita dilanda kegagalan. Pujuklah hati kita agar
kita tidak menyalahkan diri sendiri atas kegagalan yang kita alami. Senaraikan pro
dan kontra tentang kegagalan itu. Jangan biarkan kekecewaan menguasai diri
kerana kita akan bertambah kecewa. Sentiasa berfikiran positif apabila
mengalami kegagalan akan membantu kita melupakan kekecewaan yang dialami. Buatlah
post mortem kenapa kita gagal mencapai sesuatu yang kita idamkan. Selepas itu
baiki kesilapan agar kita tidak mengalami kegagalan yang seterusnya dalam hidup
kita.
luahkan perasaan
Memendam
perasaan adalah satu tindakan yang akan memakan diri. Kita boleh mengalami
kemurungan atau stress jika kita memendam perasaan. Oleh itu, kita perlu
meluahkan perasaan kecewa yanag kita alami kepada orang yang rapat dengan kita.
Sebenarnya rakan adalah individu yang paling rapat dengan kita kerana rakan
ialah tempat kita mengadu masalah dan menyelesaikan masalah. Dengan meluahkan
masalah kepada rakan, kita akan rasa tekanan akan berkurangan. Apabila tekanan
berkurangan, kita akan dapat melupakan perasaan kecewa yang melanda diri.
biarkan ia berlalu
Sesuatu
yang berlaku lama kelamaan akan berlalu jua. Ibarat angin yang bertiup, walau
sekencang mana pun ia akan reda juga. Begitu juga dengan perasaan kecewa yang
kita alami. Biarkan ia berlalu dari hidup kita kerana hidup ibarat roda,
sekejap di atas dan sekejap di bawah. Oleh itu, sentiasa ingatlah bahawa walau
cantik bintang di dada langit, ingatlah rumput yang sedang kita pijak kerana
bintang akan menghilang sebaik terbit fajar sedangkan rumput kekal di tapak
kaki kita.
fokus kepada tugasan
harian
Tumpuan
amat penting untuk memacu kejayaan dalam kehidupan. Apabila kita focus dalam
setiap pekerjaan, kita tidak akan memikirkan lagi hal-hal yang meneyebabkan
kita mengalami kegagalan. Justeru, setiap individu perlu member tumpuan tentang
matlamat dalam hidup kita yang amat singkat ini.
BAB TUJUH...
Perasaan hampa kembali bertamu di sudut hatiku. Dr.
Fadzreen langsung tidak lagi menyebut tentang pelawaannya mengajak aku makan di
restoran. Aku ingatkan tindakan aku jual mahal akan menguntungkan diriku tapi
rupanya aku mengalami kerugian yang amat besar. Dr. Fadzreen sejak akhir-akhir
ini jarang bergurau denganku. Aku amat sunyi sekali. Dr. Danish pula sentiasa
sibuk 24 jam.
Aku semakin rindu dengan Danny. Dua minggu dia tidak
menelefon atau menghantar sms kepada aku. Apakah dia sakit atau ditimpa
kemalangan? Apakah aku sudah mula jatuh cinta dengan jejaka keturunan Cina itu?
Hatiku sebenarnya sangat gembira apabila menerima panggilan daripada Danny. Ada nada lelucon lewat
bicaranya. Dia tidak pernah bercakap formal denganku. Dia lebih suka mengusik
dan bergurau. Namun dia tidak pernah mahu bertemu denganku. Alasannya sibuk.
Aku bercadang mahu menghubunginya sebaik saja sampai di
rumah. Namun takdir telah mengubah segalanya.
“Hai, Honey! Rindulah lama tak dengar suara awak!” Suara
yang dua minggu tidak kudengar tiba-tiba menghubungiku. Terkedu aku tidak
terkata.
“Apa khabar awak, Danny?” Aku terus menyoalnya.
“Lain macam je suara awak?” Awak sakit ke?” Soalanku
dibalas soalan pula.
“Mana awak menghilang?” Tanpa menjawab soalannya aku
juga terus mengasaknya dengan soalanku.
“Cari rumah awak!” Usiknya nakal.
“Buat apa?”
“Nak pinang awak!”
“Serius le sikit, awak. Kita tak sukalah hal-hal
personal jadi bahan gurauan.”
“Okeylah..awak sihat ke Honey?”
“Tak.”
“Sakit apa?”
“Sakit sebab tak jumpa awak.”
“Mustahillah. Tapi kita tak boleh jumpa awak.”
“ Kita nak jumpa awak juga. Awak… bila boleh kita
jumpa awak?”
“Honey..sorrylah..
Kita betul-betul tak boleh sekarang ni. Harap awak faham!”
“Ye lah. Awak tu milik orang sebab tu tak nak jumpa kita!”
Lega rasanya aku dapat melontarkan persoalan yang bermain dibenakku. Hanya
lelaki yang telah berkeluarga saja yang akan mengelak dari bertemu perempuan
yang baru dikenali. Persoalan itu sebenarnya telah lama terbuku di hatiku. Cuma
hari ini saja baru aku ada keberanian. Biarlah apa jawapannya akan aku terima.
Aku pasrah.
“Awak jangan
tuduh sembarangan. Kita milik Mummy dan Daddy kita saja tau. Bukan milik
siapa-siapa!”
Huh, leganya aku mendengar jawapan ikhlas dari mulut
Danny walaupun aku meraguinya 100 peratus. Aku perlu menduga untuk mencari
kebenaran. Aku tidak mahu tertipu. Seandainya Danny sudah berkeluarga, gugurlah
lagi seorang calon lelaki pertama aku. Yang tinggal mungkin samseng yang
bernama Daniel Hisyam itu. Entah kenapa kehadirannya seperti ombak memukul
pantai yang meninggalkan buih putih di gigi pantai.
“Honey, awak masih di talian?” Kidung Danny melantunkan
khayalanku ke alam nyata.
“Ya. Kita masih di sini. Kenapa awak selalu cari alasan
tak nak jumpa kita?”
“Kita takut awak nak ikut kita balik pulak. Ye lah takut
kita dikebas orang! Kan awak kata wajah kita
mirip pelakon drama Taiwan tu. Apa namanya? Ha, awak kata rupa kita macam Mike
He kan?”
“Mengadalah awak ni. Dah lah awak. Kita dah nak balik
ni. Lain kali call kita tau!”
“Baiklah Tuan Puteri. I Miss U!”
“Miss U too!”
Kenapalah aku boleh terpikat dengan kepetahan Danny? Ah,
aku tidak perlu percaya 100 peratus apa yang dibicarakan oleh Danny. Mustahil
orang sekacak beliau tidak dimiliki oleh sesiapapun. Dr. Danish yang ada
iras-iras Danny pun sudah ada seseorang dalam hidupnya. Itu Dr. Danish yang bekerja dari pagi hingga
ke malam di hospital. Tambahan Danny yang bekerja di luar sana . Tentu hari-hari boleh jumpa gadis yang
cantik-cantik.
Aku melihat jam di tangan. Hampir pukul 6.00 petang.
Cepat-cepat aku mencapai kunci kereta. Pantas aku menuju ke tempat parking.
Terperanjatnya aku melihat tayar depan sebelah kanan pancit. Macam manalah
tayar aku boleh pancit. Mungkin terkena paku. Aku mengagak sendiri.
Apa aku nak buat sekarang? Dr. Fadzreen sudah balik
sejam lalu. Dr. Hasbul on-call hari
ni. Dr. Izlynn pula tunangnya yang hantar pagi tadi. Jadi, pasti tunangnya yang
akan jemput beliau petang ni. Satu-satunya harapanku ialah Dr. Danish.
Dari bangunan Wad Bersalin kelihatan dia berjalan ke
arah parking lot. Aku melambai ke
arahnya.
“Hai Qis! Apa masalah U?” Sapanya sebaik beliau menghampiriku.
“Tayar kereta I
pancit.”
“So, U nak suruh I buka tayar dan gantikan dengan tayar spare?”
“Taklah. I tau
Doktor penat. I cuma nak tumpang
balik je. Nanti I panggil mekanik
datang.”
“Ok. No problem.
Tapi bagi kunci kereta U kat I. Nanti I
panggil mekanik.”
“Susahkan Doktor je.”
“Tak susah. U
tumpang I ni tak de orang jealous ke?”
Aku menggeleng.
“Betul?”
Aku mengangguk tanpa jawapan.
“Orang yang langgar U
tu tak marah ke?” Kali ini nadanya berbau cemburu. Aku malas melayan soalan Dr.
Danish. Bukan dapat apa pun walaupun aku tahu dia maksudkan Danny. Langkah Dr.
Danish makin laju. Aku mengekori Dr. Danish dari belakang. Dr. Danish
menghampiri sebuah kereta Proton Wira. Terperanjat aku.
Ketua Pakar Sakit Puan pakai kereta Wira! Aku mengamati
kereta Proton Wira yang berwarna Perawan
Yellow itu. Seperti pernah ku lihat. Nah, kereta yang aku langgar beberapa
bulan dulu. Langsung aku tidak perasankan kereta bos aku selama ini.
Jadi Dr. Danish adalah Danny? Soalan yang menerjah
benakku tiba-tiba membuat aku malu. Memang ada persamaan pada wajah mereka
kerana mata mereka yang sepet. Aku cuba mengingat wajah Danny dengan
sejelasnya. Namun aku rasakan seperti ada perbezaan. Entahlah mungkin daya
ingatan aku yang semakin lemah.
“Masuklah.” Dr. Danish mengarahkan aku masuk ke dalam
keretanya sambil tangannya membuka pintu kereta untukku. Tanpa bicara aku
melangkah masuk ke dalam kereta. Kepalaku sarat dengan soalan yang memerlukan
jawapan segera. Bagaimana aku hendak memulakannya. Aku perlu bertindak. Sebaik
kereta meluncur di jalan raya, aku mengeluarkan telefon bimbit. Aku mendail
nombor telefon bimbit Danny. Aku sangat berharap telefon Dr. Danish yang
berbunyi. Namun hampa. Langsung tiada deringan dari telefon bimbit Dr. Danish
sedangkan di hujung talian, deringan berlarutan tanpa diangkat. Ke mana pula
Danny pergi jika dia bukan Dr. Danish?
Mengapa jadi begini? Bukankah Danny adalah orang yang
aku langgar keretanya. Kereta yang sedang aku tumpang inilah kereta yang aku
langgar dulu. Aku ingat dengan jelas nombor plat keretanya. Sesekali Dr. Danish
menjeling ke arahku. Aku masih lagi tidak tahu bagaimana harus memulakan bicara
tentang keretanya yang aku langgar dulu. Aku perlukan kepastian. Siapakah
Danny? Betulkah Dr. Danish.
“Qis nampak I ni macam suami orang ke?” Soalan Dr.
Danish melunyaikan persoalan yang bermain di benakku. Kenapa tiba-tiba bertanya
soalan yang bukan-bukan.
“Entah.”
“Kenapa Qis ragu-ragu saya ni suami orang atau bukan?”
Bila pulak aku menganggap Dr. Danish suami orang. Dengan
Danny betullah. Aku selalu menganggap Danny suami orang kerana dia enggan
berjumpa aku. Pelik pula sikap Dr. Danish hari ini. Namun aku perlu memberi
komen untuk menjaga hati bos aku walaupun sikapnya memang pelik hari ini.
“Manusia ni macam-macam Doktor. Ada yang dah kahwin,
ngaku bujang. Ada pulak yang bujang tapi ngaku dah kahwin. Yang seronoknya ada
yang dah bercerai tapi masih kata tinggal sebumbung.”
“Tapi, Qis rasa I ni
dah kahwin ke? Jawab dengan ikhlas.”
“Entah.”Jawabku sepatah.
“Bila Qis nak kahwin?”
“Hujung tahun.”
“Dengan siapa?”
“Jangan bimbang, bakal suami I baik orangnya.”
“Ye, ke. Siapa tu?”
“Adalah. Somebody.
So, bila doktor nak kahwin?”
“Coming soon!”
Jawabnya sambil tersenyum memandangku.
“Coming soon
lagi!”
“U jangan
bimbang. U orang pertama yang akan
tahu bila I nak kahwin!” Kali ini
tiada nada gurauan lewat bicaranya. Aku kehilangan bicara saat mendengar
ungkapan yang lahir dari bibirnya. Sebenarnya setiap kali berbual dengan Doktor
Danish, banyak yang aku tidak faham. Banyak yang tersurat dan tersirat. Tapi
adakah dia Danny? Mustahil. Tadi dia tidak menjawab panggilan aku. Aku lemas
dalam teka-teki yang tiada jawapan.
“Doktor tinggal kat mana?” Aku cuba mencari topik perbualan.
Maklumlah menumpang kereta bos walaupun keretanya murah daripada kereta Honda
Accord aku.
“Taman Pelangi. U pulak nak suruh I hantar kat mana?”
“Taman Sentosa!”
“Nasib baik kita ikut laluan yang sama. Kalau tak nanti
tak sempat I nak rush.”
“Doktor ada hal ke?”
“I nak jumpa somebody. Janji pukul 7.30 malam.”
“Takpelah. I turun
kat sini saja. Lepas ni I ambik
teksi.”
“Tak payah. I
hantar U sampai kat depan rumah.
Warga KL sekarang ni bukan boleh percaya sangat. Hari-hari ada kes bunuh. Yang
jadi mangsa anak dara macam awak, Qis.”
“Tapi anak dara tak laku macam saya dia orang tak
pandang Doktor. Dia orang pilih yang cantik-cantik, yang solid-solid. Yang
sekeping macam saya ni pandang pun dia orang tak sudi.”
Tidak tahu mengapa aku meluahkan kekecewaanku terhadap
Dr. Danish. Mungkin kerana aku masih terasa dengan sikap Dr. Fadzreen
tempohari. Sanggup dia melayani panggilan seseorang dan membiarkan aku menunggu
di dalam kereta.
“Hish.. takkanlah awak ni anak dara tak laku Qis? U tahu Qis, awak ni cantik orangnya
tau.”
Pandai pula Dr. Danish mengambil hati aku. Tapi kalau
semua orang pandai mengambil hati aku seperti Dr. Danish, maka sudah lama aku
jadi milik orang. Namun sampai hari ini tiada seorang pun yang sudi datang
melamarku. Aku tidak tahu kenapa aku berbual yang bukan-bukan dengan Dr.
Danish. Sebenarnya aku ingin mencari topik yang sesuai untuk bertanya betulkah
Dr. Danish adalah Danny.
“Saya tak bergurau Doktor. Memang takde orang yang
hendakkan saya. Kalau tak takkan dalam usia 28 tahun ni saya masih solo lagi?”
“Takkanlah gadis secantik Qis masih solo lagi?”
Aku menggeleng. Manalah tahu Dr. Danish boleh menjadi
lelaki pertama aku.
“Qis, boleh I
bagi kritikan? Maksud I kenapa U kata diri U anak dara tak laku”
“Apa dia? Saya tak kisah. Selama ni pun saya tak pernah
ambil peduli hal orang.” Balasku tidak sabar.
Aku tahu sahabat sejati adalah cerminan peribadi kita.
Kita tidak boleh melihat kekurangan diri sendiri tetapi orang yang rapat dengan
kita dapat melihatnya dengan jelas. Jadi aku amat menghargai andai Dr. Danish
dapat melontarkan pandangan peribadinya tentang kelemahan aku.
“Pertama rupa paras Qis buat orang keliru. Ada iras-iras Chinese. Dah tu Qis tak bertudung. Kedua
nama Qis. Agak kebaratan walaupun maknanya memang agak islamik. Ketiga Qis tak
pernah bergaul dengan orang di luar lingkungan hidup Qis. Dan keempat Qis
jarang tersenyum kecuali dengan pesakit. Cubalah hadiahkan senyuman kepada
setiap orang yang Qis temui. Barulah mereka akan perasan kewujudan Qis di sisi
mereka.”
Rupanya terlalu banyak kekurangan dibandingkan kelebihan
aku. Penjelasan Dr. Danish sebentar tadi seolah-olah mengejutkan aku daripada
lena yang amat panjang. Itukah diriku? Salahkah diriku tidak bertudung? Bekerja
di dalam Wad Bersalin terasa rimasnya kalau bertudung.
Tidak bergaul dengan masyarakat? Salahkah aku yang
kekurangan waktu untuk bertegur sapa dengan jiran tetangga? Memang aku tidak
mempunyai kawan karib. Tidak pernah senyum dengan orang yang tidak kukenali? Memang
aku malu untuk melemparkan senyuman kepada orang yang tidak dikenali. Kenapa
Dr. Danish boleh menelah sikapku padahal kami jarang berkomunikasi seperti ini?
Tapi semua yang diperkatakan oleh Dr. Danish memang sikapku 100 peratus.
Bagi aku Dr. Danish pakar dalam bab memberi nasihat.
Kalau tidak masakan dia menegurku tentang calon pilihanku.
“Bagi I, Qis
tak boleh terus terima calon yang dicadangkan oleh parents U.” Dia meluahkan kata-katanya apabila aku memberitahunya
aku akan menerima siapa saja pilihan Mama dan Papa tentang calon suamiku.
“Kenapa? Dr. Danish dah jumpa calon yang sesuai untuk
saya ke?” Sengaja aku cuba
mengenakan Dr. Danish. Manalah tahu dia akan menawarkan dirinya pula sebagai
calon suamiku. Atau pun dia akan mengaku dirinya adalah Danny yang selalu
menelefon aku sesuka hatinya itu. Kalau tidak kenapa asyik jawab coming soon saja nak kahwin. Kenapa
tidak dinyatakan tarikhnya dengan jelas?
“Maksud saya, Qis kena selidik latar belakang calon
suami Qis. Tak boleh terima saja sesiapa yang datang pinang Qis.”
“Masalahnya sekarang Qis dah 28 tahun. Ini bukan masanya
nak pilih siapa calon suami Qis. Kalau macam tu tunggu kucing bertanduk baru
jumpa jodoh Qis.”
“Qis, I dah 36
tahun. Tapi I tak runsing nak kahwin
macam U. Kenapa? U terdesak sangat nak kahwin ke?”
“U lelaki Dr.
Danish. Memang la U tak runsing sebab
U yang akan pinang orang. I ni perempuan. I kena tunggu orang pinang I. Lagipun adik lelaki I nak kahwin. Mana boleh dia langkah
bendul.” Akhirnya aku meluahkan segala yang terbuku di hatiku. Biarlah Dr. Danish
tahu segalanya tentang aku. Lagipun dia adalah bos aku. Aku juga amat pasti Dr.
Danish bukan Danny walaupun aku tidak rabun lagi tentang nombor plat keretanya.
Barangkali Danny sudah menjual keretanya kepada Dr. Danish. Kesimpulan yang
paling simple.
BAB ENAM...
Pembedahan ke atas pesakit Bilik 3 Katil 4 memakan masa
hampir sejam. Doktor Fadzreen terpaksa memanggil Dr. Danish untuk membantunya
melakukan pembedahan. Ini adalah kes luar biasa yang pertama kali aku temui.
Sebelum ini dalam sesuatu kes mengeluarkan bayi dari uterus atau rahim
seseorang ibu, kami hanya mengambil masa paling lama 30 minit jika berlaku
komplikasi. Selepas itu dalam masa 20 minit kami sudah siap menjahit uterus dan
abdomen pesakit.
Hari ini kami
berhadapan dengan pesakit yang mengalami masalah placenta previa type IV sejak usia kandungannya 20 minggu lagi. Pesakit
tersebut bukan saja mengalami masalah uri di bawah tetapi urinya sudah berakar
dan melekat di uterusnya. Darah dari rahim pesakit tidak berhenti mengalir dan
sebab itulah Dr. Danish dipanggil. Aku sudah menggantikan 4 pain darah ke dalam
badan pesakit.
“Kenapa Dr.
Fadzreen?” Soal Dr.
Danish sebaik tiba di dalam Dewan Bedah.
“Placenta patient
melekat kat uterus!”
Dr. Danish mengambil dan memakai sarung tangan getah.
Kemudian dia merapati pesakit. Tangannya
membelek uterus pesakit tersebut.
“Nurse
sediakan peralatan. Dr. Fadzreen stand by.
Kita buat major-operation.” Dr.
Danish mengarah staff nurse dan Dr.
Fadzreen menyediakan peralatan untuk melakukan pembedahan hesterektomi ke atas
pesakit tersebut.
“Qis, U boleh
belajar ilmu baru hari ni.” Dr. Danish memang selesa memangil namaku dengan
panggilan Qis sahaja.
Dr. Danish memulakan tugasnya melakukan pembedahan untuk
membuang rahim pesakit tersebut. Rahim pesakit tersebut perlu dibuang kerana
urinya melekat pada rahim dan tidak boleh ditanggalkan. Lagipun berlaku
pendarahan yang berterusan. Setakat ini pesakit tersebut sudah kehilangan empat
liter darahnya. Mengikut prosedur, suami pesakit perlu tanda tangan borang
kebenaran untuk membuang rahim pesakit, tetapi dalam keadaan kecemasan seperti
ini, Dr. Danish sendiri yang turunkan tandatangannya.
“U pernah
jumpa kes macam ni?” Dr. Danish menyoalku sambil tangannya mengeluarkan rahim
dan uri yang melekat daripada perut ibu muda yang berusia 25 tahun itu.
“Belum. Ini kes luar biasa yang pertama kali saya
lihat.” Jawabku ikhlas.
“Dalam bidang perbidanan, kes luar biasa lebih daripada
ini pun U akan jumpa. Betul tak cakap
saya Dr. Fadzreen?”
Dr. Fadzreen cuma mengangguk. Tangannya pantas menjahit
semula abdomen ibu muda itu selepas Dr. Danish mengeluarkan uri dan uterusnya.
“Qis, tolong berikan plaster tu.” Arah Dr. Fadzreen
kepadaku pula. Aku menyerahkan plaster yang berukuran yang panjangnya 6 inci
kepada Dr. Fadzreen. Selepas membersihkan darah yang bersisa di bawah abdomen
ibu muda itu, Dr. Fadzreen terus melekatkan plaster di bahagian yang telah
dijahitnya tadi. Dr. Danish pula meletakkan uri yang masih melekat pada rahim
ibu muda itu di atas dulang di tepi meja bedah.
“Qis, U tengok
uterus patient ni. Di dalam perut ia
tergantung sendirian tanpa melekat kat mana-mana organ dalaman yang lain.
Fungsinya hanya untuk membenamkan benih yang telah disenyawakan dan seterusnya
menampung tumbesaran benih yang disenyawakan tadi.”
“Maksud Doktor?” Aku memang tidak berapa faham
penjelasan Dr. Danish sebentar tadi.
“Kalau kita pisahkan jantung daripada badan manusia,
kita akan mati. Begitu juga kalau kita buang hati atau paru-paru kita, kita
akan mati kerana fungsi organ dalaman kita saling berkait. Tapi uterus di dalam
organ dalaman seseorang wanita, fungsinya hanyalah menyediakan ruang untuk bayi
membesar setelah disenyawakan. Ada
atau tiada uterus dalam diri seseorang wanita tidak menjejaskan mereka. Cuma mereka
yang tiada uterus tak boleh mengandung
dan melahirkan anak!”
Sambil memberi penjelasan kepadaku Dr. Danish membuang
sarung tangannya yang berlumuran darah ke dalam bekas yang disediakan. Begitu
juga Dr. Fadzreen. Keadaan mereka seolah-olah baru lepas menyiang ikan.
Penjelasan Dr. Danish menunjukkan dia layak menjadi
seorang Ketua Pakar Sakit Puan. Nampaknya banyak yang perlu aku pelajari.
Memang wanita yang diciptakan Allah amat unik. Ia berbeza dengan lelaki.
Sebagai seorang wanita, aku tidak pernah merasakan apa-apa yang istimewa
sehinggalah aku mendengar penjelasan Dr. Danish. Beruntungnya menjadi seorang
wanita. Saat ini baru aku menyedari sebagai wanita aku mempunyai banyak
keistimewaan. Mungkin kerana itulah syurga seseorang anak terletak di bawah
telapak kaki ibunya.
Aku merenung ibu muda yang dibawa keluar dari Dewan
Bedah ke ICU itu. Usianya baru 25 tahun. Bayinya yang aku dan Dr. Fadzreen
keluarkan dari rahimnya tadi adalah anak sulungnya. Kerana komplikasi uri
melekat di rahimnya, Dr. Danish telah membuat pembedahan hesterektomi ke
atasnya. Ibu muda itu tidak boleh mengandung lagi! Rahimnya telah dibuang. Oh,
Tuhan! Hari ini aku melihat tanda-tanda KebesaranMu.
“Hai, jauhnya melamun. Jom ke kafe. Kita
makan sama-sama.” Satu suara lunak menerjah gegendang telingaku. Aku segera
menoleh. Dr. Fadzreen rupanya.
“Jomlah. Saya pun dah lapar. 3 jam dalam Dewan Bedah
rasa macam nak tercabut lutut ni!” Balasku sambil mengadu aku kepenatan.
“Qis, Doktor Pakar Neuron yang buat pembedahan
memisahkan kembar siam
lagi lama berada dalam Dewan Bedah. Mereka tak merungut pun.”
“Ala ,
nama pun Doktor Pakar. Tentulah takde masalah. I ni Doktor biasa je. Tu yang masalahnya!”
“Tadi I nampak
jauhnya lamunan U. Ingatkan buah hati ke?”
“Apalah Doktor ni. Asalkan nampak I melamun je pasti U
kaitkan dengan buah hati.”
“Marah ke? Habis tu U
fikir tentang I ke?” Terkedu aku
mendengar gurauan Dr. Fadzreen. Adakah dia bersungguh-sungguh atau sekadar
bergurau denganku? Diakah lelaki pertama aku? Aku tidak perlu memikirkan lagi
tentang lelaki pertama aku. Empat orang calon yang tidak menunjukkan
perkembangan positif. Lupakan saja. Ah, aku perlu berpijak di bumi nyata. Ada jurang antara kami.
Lelaki pertama hanyalah lakonan dalam drama swasta kat televisyen saja. Dalam
alam nyata jauh panggang dari api.
“Siapa lelaki bertuah tu?” Sekali lagi Dr. Fadzreen
mengusik aku.
“Lelaki mana pulak ni?” Balasku.
“Yang dalam fikiran U
sekarang ni.”
“Dr. Fadzreen, dalam fikiran I sekarang ni ialah nasib seorang kaum perempuan. Macam I ni. Banyak keistimewaan yang Allah
berikan kepada kaum wanita tapi nasib kami ….” Sengaja aku mematikan bicaraku
apabila Dr. Fadzreen mengerutkan dahinya. Aku tahu dia tidak faham dengan apa
yang cuba
aku sampaikan.
“Kenapa? U tak
suka ke dilahirkan sebagai seorang perempuan?”
“Bukan tak suka. Tapi dilahirkan sebagai perempuan
banyak fasa yang perlu dilalui.”
“Maksud U?”
“I kena
kahwin. Lepas tu fasa kedua kena mengandung. Fasa ketiga kena bersalin. Fasa
keempat kena menjaga dan membesarkan anak. Fasa kelima kena sekolahkan
anak-anak. Fasa keenam….”
“Cukup….cukup…. berdosa U menyalahkan takdir.”
“No..No… I tak
menyalahkan takdir. I hanya
berfikir.”
“Samalah tu.”
“Tak sama. Selepas I
berfikir I dapat buat satu
kesimpulan. Rupa-rupanya seorang wanita itu lebih hebat dari lelaki!”
“Maksud U?”
“Wanita yang mengandung boleh melakukan tugas yang sama
seperti lelaki selama 9 bulan 10 hari. Cuti bersalin hanya 60 hari saja.
Selepas melalui proses bersalin sama ada normal atau pembedahan, mereka boleh
mula bekerja sama seperti sebelum mereka mengandung. Menakjubkan! Lelaki tak
boleh buat camtu kan ?
Kan ? Kan ?.....”
“Betullah pengalaman dapat menyedar dan menginsafkan
kita.” Dr.Fadzreen mengiyakan kata-kataku selepas mendengar penjelasanku yang
agak panjang sebentar tadi.
“Sekarang I
percaya kata-kata pujangga bahawa Syurga Itu Terletak Di bawah Telapak Kaki
Ibu.” Aku masih lagi dibuai emosi.
“U rasa kesal
tak pihak atasan tempatkan U di Wad
Bersalin?”
“Tak. Malah I
seronok sangat. 3 tahun lagi I nak
ikut jejak U jadi Doktor Pakar
O&G.
“Macam tulah. Baru ada wawasan. Lagipun nanti U boleh praktikkan kat diri sendiri.”
“U mean?”
“Masa tu mungkin U
dah kahwin. Mungkin U dah pregnant atau mungkin U dah ada anak ke?”
Kata-kata Dr.
Fadzreen membuat aku terfikir siapakah lelaki yang akan menjadi suamiku. Kalaulah Dr.
Fadzreen yang menjadi suamiku, alangkah indahnya dunia. Jika bukan Dr.
Fadzreen, sekurang-kurangnya Dr. Danish, lagi meriah hidup aku. Kalau bukan
kedua-dua mereka, siapakah lagi yang mengenali diri aku di muka bumi ini? Ah,
malangnya nasib anak dara pinggiran seperti aku. Hari-hari menyambut kelahiran
bayi orang tapi bayi sendiri tahun bila pun aku tak pasti. Bukan apa calon
bapanya belum ada. Hmm.. nasib badan nak buat macam mana. Lelaki pertama pun
aku tak dapat cari, ini nak fikir fasal suami pula.
Sepanjang perjalanan ke kafe, aku mendiamkan diri. Rasa
malu mula bercampur baur dengan pelbagai perasaan membuatkan aku tidak
berselera untuk memesan makanan. Akhirnya
Dr. Fadzreen memesan mihun sup untuk aku. Tanpa
membantah, aku terpaksa menjamah mihun sup di depanku. Dr. Fadzreen tenang
menghabiskan nasi di pinggannya sambil sesekali merenungku. Itulah pertama kali
aku makan berduaan dengan seorang lelaki dalam hidupku. Rasa seperti aku dan
Dr. Fadzreen adalah pasangan yang bercinta pula.
Betulkah wujud lelaki pertama dalam hidup seseorang
wanita? Kalau betul, biar Dr. Fadzreen saja yang menjadi lelaki pertama aku.
Seronoknya jika fantasiku menjadi realiti. Tapi memang pun aku menyintai Dr.
Fadzreen setengah mati. Aku mengulum senyum sambil menahan gelodak di jiwa. Ya,
walau apa pun aku perlu mengisytiharkan Dr. Fadzreen lelaki pertama aku. Biar
aku berterus terang dengannya.
Aku rasa dunia tidak akan kiamat kalau aku meluahkan
perasaan kepadanya. Aku mesti berani. Kali ini aku akan mencari peluang. Aku
masih ingat pesan orang tua-tua, jodoh tak akan datang kalau tidak dicari.
“U jaga badan
ke?” Soalnya memecah suasana. Terbang semula keberanian yang baru bertandang.
Aku memandang tepat ke dalam anak mata Dr. Fadzreen. Lembut anak matanya
merenungnya. Aku jadi malu sendiri. Akhirnya aku dapat mengawal perasaan. Aku
menerangkan kepada Dr. Fadzreen bahawa aku memang jenis tak kuat makan. Lagipun
aku jarang makan pada waktu malam.
“Kalau macam tu, esok I belanja U makan kat
restoran. Boleh?” Pelawaan Dr. Fadzreen ibarat pucuk dicita ulam mendatang.
Mana mungkin aku lepaskan peluang keemasan ini. Yes, aku menjerit dalam hati. Tapi
betulkah apa yang sedang aku dengar? Kalaulah aku bukan sedang bermimpi,
nampaknya akulah orang yang paling gembira di dunia ini. Sah, Dr. Fadzreen
adalah lelaki pertama aku.
“Boleh ke?” Kali ini suara Dr. Fadzreen berkumandang
lagi di cuping telingaku.
Yes! Sekali lagi aku menjerit di dalam hati. Aku bukan bermimpi. Juga
aku bukan sedang berangan. Pelawaan Dr. Fadzreen tidak akan aku tolak walaupun
aku ragu-ragu dia sudah dimiliki kerana aku yakin seyakinnya dia lelaki pertama
aku. Namun aku perlu jual mahal. Biar harga diriku tinggi mencecah awan.
“Tengoklah.” Jawabku sepatah.
Aku meninggalkan Dr. Fadzreen yang terpinga-pinga. Biarlah
aku berpura-pura tidak setuju. Kalau betul dia bersungguh, dia akan mengulangi
lagi pelawaannya. Aku tersenyum dalam hati.
Nampaknya aku tidak perlu menjadi perigi mencari timba. Rezeki datang
bergolek. Kata orang rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Semuanya
berlaku jua dalam hidupku. Ah, hari yang mengggembirakan. Pantas aku menuju ke
dalam wad bersalin. Pertama kali hatiku berbunga keriangan. Mimpi jadi
kenyataan!
Di dalam Wad Bersalin aku lihat Dr. Danish sedang
memeriksa pesakit. Tekun sungguh dia bekerja. Tadi dalam Dewan Bedah di
bangunan sebelah, kini sudah ada dalam Wad Bersalin. Dia tersenyum sebaik
melihat kelibat aku.
“Nasib baik U sampai.
I baru nak call U. ”
“Kenapa Doktor?”
“U handle kes
ni. Patient ni kena buat emergency operation. Ketubannya dah
pecah. Airnya dah kurang takut baby
lemas.”
“Kenapa tak induce
saja Doktor?”
“The problem is
tali pusat baby dah belit lehernya. U kena keluarkan baby before two hours,
boleh?”
“Ok! Doktor nak ke mana?”
“I ada kes kat
Dewan Bedah.” Jawab Dr.
Danish sambil berlalu meninggalkan aku bersama pesakit itu. Aku meneliti report list pesakit tersebut. Umurnya 38
tahun. Anak kedua. Due date memang
hari ini. Aku mengarahkan staff nurse dan JM memasang drip kepada
pesakit tersebut.
Aku pula segera menghubungi Bilik Bedah supaya mereka
bersedia sementara pesakit dibawa ke sana .
Oleh kerana pesakit baru lepas makan, maka aku memasukkan tiub kecil melalui
lubang hidungnya. Selepas menjoloknya hingga ke dalam perutnya, aku segera
mengepam keluar makanan yang baru dimakannya. Pesakit tersebut hampir termuntah
apabila aku memasukkan tiub melalui hidungnya.
Seorang lagi staff
nurse menukar baju pesakit tersebut dengan baju putih yang bertali di
belakangnya. Kepalanya ditutupi dengan pembalut kepala berwarna putih. Dalam
masa 20 minit pesakit tersebut telah pun disorong ke dalam Bilik Bedah. Cepat
juga aku melaksanakan arahan Dr. Danish. Dr. Danish telah mengingatkan aku agar
mengeluarkan bayi dalam masa dua jam kerana takut tali pusat akan menjerut
leher bayi pesakit.
Di dalam Bilik Bedah, Dr. Hasbul sedang menanti aku. Dalam
masa tiga bulan ini banyak kali juga Dr. Hasbul membantu aku ketika di dalam
Bilik Bedah.
“Berapa pain U
bawa darah tadi?’ Tanya Dr. Hasbul.
“2 pain. Kenapa?’
“Cukuplah tu.”
“Ok, Qis. Hari ni U
buat sendiri. I tengok je. Kalau ada
komplikasi baru I tolong. Boleh?”
“Boleh.” Jawabku penuh yakin.
Dr. Hasbul kemudian menyuruh aku menyuntik ubat bius di
tulang belakang pesakit. Tanpa berlengah aku terus mengambil jarum yang telah
diisi dengan ubat bius. Ubat bius itu sebenarnya telah ditentukan dosnya oleh
Pakar Bius sebelum aku masuk tadi. Inilah kali pertama aku melakukan pembedahan
kepada pesakit sendirian dengan dibantu oleh staff nurse Bilik Bedah. Dr. Hasbul hanya memerhati saja tugas yang
aku jalankan.
Apabila bayi berjaya dikeluarkan, aku menunjukkan bayi
tersebut kepada ibunya. Ibunya hanya tersenyum. Aku kemudian menjahit semula
abdomen pesakit. Staff nurse menolong aku membersihkan bahagian yang telah dijahit.
Aku kemudian melekatkan plaster sepanjang 6 inci di atas bahagian yang telah
dijahit. Pesakit tersebut kemudian mula merasa kesakitan selepas ubat bius mula
tidak berfungsi.
“Puan rasa sakit ke?”
“Ya.” Pesakit itu menjawab lemah.
“Nurse, tolong
bagi sebiji ubat tahan sakit pada patient ni.” Arahku.
Pesakit tersebut terus tertidur sebaik menelan ubat
tahan sakit yang diberikan oleh jururawat. Aku pula segera masuk ke bilikku.
Pagi ini saja aku mengendalikan dua pembedahan. Rasa penat yang amat sangat.
Sememangnya bertugas di Wad Bersalin bagi mana-mana hospital kerajaan amatlah
memenatkan. Setiap hari ada saja kes baru. Setiap hari juga pasti ada ibu yang
akan bersalin. Kalau bersalin normal, tugasku tidaklah penat sangat, tapi kalau
bersalin melalui pembedahan, kerja bertambah sikit.
Apa yang menyeronokkan bekerja di Wad Bersalin ialah
melihat wajah bayi yang baru dilahirkan. Mendengar tangisan pertama setiap bayi
yang baru keluar dari rahim ibu mereka ibarat mendengar nyanyian dari syurga.
Wajah bayi-bayi yang baru dilahirkan pula sebersih kapas dan seputih kain yang
belum ternoda. Menatap wajah mereka ibarat menatap wajah bidadari dari syurga.
Tidak puas memandang tanpa mencuit pipi mongel mereka. Alangkah seronoknya
kalau aku juga dapat menjadi ibu seperti mereka.
Namun semua itu hanyalah anganku belaka. Tiada sesiapa
yang sudi mencurahkan perasaan kepadaku. Aku pun terlalu sukar untuk mencari
jodohku walaupun lelaki pertama yang aku inginkan sentiasa berada di sampingku.
Pelawaaan Dr. Fadzreen hanyalah pada hari itu saja dan dia tidak pernah
mengulanginya selepas itu. Semua calon lelaki pertama aku digugurkan daripada
senarai. Tiada langsung perkembangan positif. Biarlah sesiapapun selepas ini
boleh menjadi lelaki pertama aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)