Photobucket

Monday, June 13, 2011

Bank Islam Kenakan Caj Yang Tinggi...

Hari ini Cikgunie melihat ada lebihan wang dalam akaun Bank Islam. Cikgunie pun pergilah ke Bank Islam untuk meminta Penyata Akaun untuk bulan Mei. Cikgunie nak tahu dari mana datangnya lebihan wang tersebut. Oleh kerana Bank Islam mengamalkan akaun tanpa buku simpanan, maka Cikgunie terpaksa meminta Penyata Bank dari kaunter. Apa yang mengejutkan Cikgunie ialah kerani di hadapan kaunter Bank Islam Cawangan Labuan meminta caj sekeping penyata RM5.00. Cikgunie pun bertanya kenapa caj yang dikenakan amat mahal. Dengan selamba kerani itu menjawab, bank lain mengenakan caj lagi tinggi. Kerani itu pun menyebut beberapa bank yang mengenakan caj yang tinggi daripada mereka. Menjadi prinsip Cikgunie untuk mencari bukti bagi mengesahkan apa yang diperkatakan oleh kerani Bank Islam itu. Maka Cikgunie pun pergi ke Bank Muamalat kononnya untuk menyemak bayaran rumah sewa Cikgunie bagi bulan April dan Mei. Apa yang memeranjatkan Cikgunie ialah kerani Bank Muamalat itu mencetak penyata untuk bulan Mei dan April dalam sehelai kertas saja. Caj yang dikenakan ialah RM1.00 sahaja. Tidak cukup dengan Bank Muamalat, Cikgunie meminta suami Cikgunie mengambil penyata gajinya dari Maybank pula. Semakin terkejut Cikgunie kerana cetakan penyata bagi Maybank ialah percuma. Jadi di sini, di mana relevannya Bank Islam sebagai sebuah bank yang berlandaskan Islam jika perkhidmatannya mencekik darah penyimpan bank berkenaan? Sejauh mana pula kebenaran dakwaan kerani Bank Islam yang menyatakan caj mencetak penyata bank-bank selain Bank Islam lebih tinggi daripada Bank Islam? Setiap dakwaan perlukan bukti dan setiap kata-kata biarlah logik. Kalau mahukan keuntungan berlipat ganda cakaplah terus terang agar tidak menimbulkan keraguan dalam hati penyimpan akaun bank. Sesungguhnya berterus terang adalah amalan mulia. Tepuk dada tanya iman.

No comments:

Post a Comment